Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Isnin, 31 Oktober 2011

~Sepi Di Hati~



Desiran ombak di persisiran pantai seakan-akan melambai matahari yang akan tenggelam di hujung pandangan ku, Disitu aku terpaku memandang cahaya yang yang tidak menerangi ke seluruh pelusuk. Begitu terangnya cahaya itu akhirnya tengelam dalam pandangan ku, begitu juga setiap memori-memori yang indah pasti akan lenyap bila malam berganti. Tiada bunyi kedengaran selain ombak yang membelai pantai seperti aku yang terasang di dalam sepi,kerana rindukan matahari aku lupa bahawa bulan yang selalu melindungi aku dari kepanasan lalu di tiupkan ketenangan kedalam jiwa. walaupun matahari tidak pernah memihak kepada ku namun aku bersyukur kepanasan itu adalah kesakitan dan kesakitan itu ku miliki bulan yang menjadi penawar, begitulah kehidupan manusia tak pernah lari dari keperitan tanpa kedua-duanya hidup ku tidak sempurna sehingga hari ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan