Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Sabtu, 12 November 2011

~Jom Layan Ayat2x Yang Di Petik Dari Novel~

~Petikan ayat2x yang menyentuh hati dan perasan~

~Empat perkara yang menjadi pegangan agama Islam. Ajal, jodoh, tanah kubur dan rezeki di tangan Tuhan. Empat perkara yang tak mungkin kita menolaknya.

~Aku bukannya burung yang terbang bebas di angkasa. Patah sayap, hilang haluan, dan aku terdampar di sini tanpa siapa pun tahu arah tujuku. Mencari seteguk air untuk menghilangkan dahaga setelah penat berterbangan membawa sekeping hati yang tercalar. Terkena duri, aku sendiri yang mencabut dan mengubatinya. Menangis, aku juga yang menyapu si air mata.

~Bunga yang mekar sedang layu. Senyum yang mekar mula berbunga keraguan dan kehampaan. Indahnya musim luruh mewarnai hidup. Tawa yang cuba dipersembahkan hanyalah satu kepura-puraan.

~Segunung kalimah keramat itu membuatkan dia terus bermimpi. Mimpi yang indah-indah tentang dunianya. Dunia yang hanya untuk mereka berdua. Dia memberikan bahagia. Dia memberikan segala-galanya umpama dialah permaisuri yang berada di tahta teratas. Kemudian, dia memberikan derita! Terjunam dia di kolong yang terbawah. Sakitnya tidak terkata. Untuk itu dia tidak harus meletakkan harapan di bahu lelaki itu. Dia tidak mahu membina angan-angan lagi.

~Dia bukan manusia pendendam tetapi perasaannya juga bukanlah barang mainan.

~Cinta sekarang, cinta berlandaskan jalan yang serong dan begkang bengkok. Cinta buta yang tidak ada perasaan. Cinta dahulu walaupun tiangnya satu, beratap rumbia tidak goyah kerana berlandaskan kejujuran dan kasih sayang yang sejati. Cinta sekarang, walau ada tiang seribu, beratap genting, bersalut emas kalau mahu jatuh tidak perlu di goyang. Mahu berpaut sahaja sudah runtuh. Betapa murah dan tiada nilai.

~Kau memiliki aku yang sudah tak berdaya lagi. Aku tak tahu apa yang harus aku berikan kepada kau dengan keadaan begini.
Berikan saja cinta di hatimu. Aku memerlukannya untuk hidup ini. Aku tak meminta lebih dari tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan