Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Isnin, 28 Mei 2012

Jumaat, 25 Mei 2012

Cara Kecilkan Lengan

hishishis...

antara yg GB follow buat sekarang nie... tapi belum jugak mengecil-ngecil, sebab lemak GB banyak. ini aktiviti selepas buat senaman cardio atau hari yg GB tak buat cardio.

yang nie utk biceps


yang nie utk triceps


yang nie juga utk triceps

yang nie juga utk triceps


yang nie paling powel langes~~~ x dapat nak buat 10 kali. dapat 3 je.




Khamis, 24 Mei 2012

Kasut Exercise

GB ada 2 kasut. Last 3 month GB sanggup beli sampai 2 kasut nie semata2x nak  exercise. berbaloi2x sebenarnya. Ia untuk penjagaan kaki kita. 1 kasut utk aktiviti luar & 1 kasut utk training dlm rumah.

yang ni GB gunakan utk beriadah kat luar, contohnya bila pergi berjalan2x & jogging. kalau kat kedai BATA dia ada tulis kasut yg ni utk apa yg tu utk apa, tak pun tanya kat jurujual tu nak beli utk apa.



yang ni GB gunakan dalam rumah utk bersenam telompat2x ngeh3x. kasut ni under training. tapak kasut yang nie berbeza dari tapak kasut yg dalam gambar kat atas kan. dan harga... mahal yang bawah ni sikit lah... egegeegee...



Rabu, 23 Mei 2012

Bersenam Cardio Lagi


Petang naik anak tangga 5 tingkat turun 5 tingkat... kali nie melompat pantas.... sempat sampai ke tingkat 3 pancit... keh3x... stop amek nafas lepas tu lompat dgn laju habis tingkat 4... amek nafas lagi habiskan tingkat 5... perghhh...

Senam cardio... saja try pakai baju kelabu tak de lengan hari nie.. nak tgk peluh mcm mana... kebiasaan pakai baju lengan panjang... baju tebal... color jenis tak nampak basah... hari nie... his his his... gila la peluh... macam hujan menitik2x...

Nie sambil2x searh senam utk triceps... tak puas hati bawah lengan lambat mengecil.... tadi kat office tanya member yg kaki gym... ada 2 cara... 1 cara ok... 1 lg tuff sangat... jadi terpaksa survey kat u-tube tgk lagi apa yg ada...

Selasa, 22 Mei 2012

~How To Measure Body Size~

Hmmm.... Baru nak berjinak2x dengan nie. sebab hari tu GB test baju lama, da muat tapi masih ketat a.k.a sendat. Nie nak try amek ukuran body masa timbang hari sabtu nanti.




Cardio Exercise~ Amy Dixon

akhirnya dapat jugak upload video senaman. terbaikkk~ salah satu vcd yg GB ikut. setakat nie paling suka ikut pergerakan yang nie. GB buat nie setiap hari isnin, rabu & khamis.












ha... tu dia...

Ahad, 20 Mei 2012

Lunch Ayam Goreng & Dinner Telur Gulung ~ Menu 20-5-2012 ~

LUNCH - Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan Ayam Goreng
Ayam 150-200g
Bawang Putih 1 Biji - tumbuk hingga lumat
Lada Hitam 1//3 sudu teh - tumbuk hingga lumat
Serbuk Kunyit & Serbuk Kari
* Gaul semua bahan dan perap sekejap sebelum digoreng.

Bahan-bahan untuk sayur
Broccoli 1/4 cawan
Carrot 1/4 cawan
Bunga kobis 1/4 cawan
Bayam hijau 1/4 cawan
Siew bak choy 1/4 cawan
Bawang merah 1/2biji
Sedikit ikan bilis tumbuk
* Tumis bawang dan ikan bilis hingga garing, kemudian masukkan sayur dan air masak sehingga empuk.

Hidangkan dengan kacang panggang dari tin atau kacang peas.


DINNER - Telur Gulung Berintikan Sayur

Bahan Untuk Telur Gulung
Telur 2 biji
Mayonnaise 1 sudu teh
Sedikit Serbuk Lada Hitam
* Campurkan bahan2x di atas dan kacau dengan garfu sehingga sebati. Leperkan di kuali leper / pan untuk mendapatkan sekeping lempeng. Jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal.

Bahan Untuk Inti
Sawi Bunga 1/3 cawan
Siew Bak Choy 1/3 cawan
Tomato 1/3
Bawang Merah 1/2 biji dicincang
Sedikit air
Sedikit Garam & Ikan Bilis
* Tumis bawang merah sehingga garing kemudian masukkan ikan bilis yang dah ditumbuk sehingga garing. Masukkan sayur2x dan sedikit air beserta garam, masak sehingga empuk.

Letakkan inti ke dalam telur yang telah dilempengkan, gulung kemas, potong dan susun ikut kreativiti masing2x.



Lunch Udang Broccoli ~Menu 19-5-2012~


Bahan-bahan 
Udang 5-8 ekor
Sosej 2 batang
Broccoli 1/3 cawan
Bunga Kobis 1/3 cawan
Bawang merah 1/2 biji
Sedikit ikan bilis
Sedikit garam
* Tumis bawang dan ikan bilis sehingga garing dan masukkan udang dan sosej dan goreng separuh masak. Masukkan kesemua sayur dan sedikit air dan garam kacau sehingga empuk.







Sabtu, 19 Mei 2012

Tips Kuruskan Berat Badan

1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan
Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.
  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.comuntuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya? Rujuk kepada eBook 25 Calorie Saving Tips saya.
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu makan dalam eBook percuma 45 Craving Saving Tips.

11-20: Senaman

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
  1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
  2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)
  3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
  4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
  5. Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
  6. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
  7. Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). Untuk panduan yang tepat, dapatkan eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
  8. Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
  9. Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
  10. Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

21-25: Suplemen dan makanan tambahan

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.
  1. Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
  2. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
  3. Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
  4. Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
  5. Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
  6. Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.

~Cendawan Oh Cendawan~

cendawan... oh cendawan... 


kebaikan bercendawan... cendawan makan je erhhh jgn menda lain pulak yg bercendawan... cendawan2x yg dlm gmbr nie baik utk kesihatan... utk membantu kadar penurunan cholesterol... bagi yang tinggi cholesterol dalam darah... sesuai disertakan cendawan nie dalam menu masakan erhhh... 


pemililhan cendawan... cendawan yang bewarna coklat, kalau lagi gelap coklat dia lagi sedap... dalam 3 jenis cendawan nie... cendawan enoki paling murah... cendawan shitake kalau nak sedap... hiris nipis2x dan masak dgn butter + oyster sos + garam... kalau cendawan enoki... masuk dlm apa2x juga masakan pun sedap... giant? entah... tak pernah masak lagi... tapi office-mate ni cakap sedap...

* 23/6/2012 ~ blood test haizzz... kena down kan bacaan kolestrol...




~Virgin Olive Oil - Grape Oil~

info pagi nie... virgin olive oil vs grape oil...
errr dah berbotol2x last year guna virgin olive oil utk masak... hari ni baru tau... virgin olive oil tak elok jika digunakan di atas pan panas... ia sesuai utk kegunaan raw je... contohnya dicampur ke dalam salad... tak sesuai utk menumis erhhh... kalau nak menumis pilihlah grape oil... grape oil sesuai utk menumis... hohoho~~~



VCD Jillian

Saya beri dari  kak zalia... tak sabar menanti... agaknya isnin kot baru sampai... semalam dia pos... tapi hari ni sabtu... posmen kerja ke cuti hari nie... kalau cuti tak dapat la hari ni vcd tu...

http://loseweight-chaiyok.blogspot.com/2011/11/jillian-michael.html

Senang cerita... sbb malas nak cari kat pasar raya... entah kat mana nak cari pun tak tau.. lagi pun gerak sorang2x malas... nak ajak orang pun leceh... baik beli on9... mudah cepat... kakak nie ada dalam group diet di facebook... so dipercayai... ramai yang dah berurusan dengan dia...

Khamis, 17 Mei 2012

~Makanan dan Hikmahnya dalam Islam~

Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)

Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)

Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)

Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)

Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak
dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

 Kulit kayu manis (darchini)

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid
(utrujj)

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)

Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

 "Endive" (hindiba)

Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)

Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

Buah Ara fig (fin)

Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)

Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak  seimbangan badan

Bawang putih (thum)

Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
   
Halia (zanjabil)

Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (henna)

Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sl)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)

Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
   
Daging (lahm)

Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

~Makanan Yang Membantu Membakar Lemak~

Bawang putih

* Mengandungi antibakteria yang membantu mengurangkan kolesterol dan lemak yang tidak sihat.
* Minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak.
* Bahan berkenaan juga berfungsi membersihkan badan dari dalam.

Epal

* Mengandungi bahan kimia dipanggil ‘pectin’ yang juga boleh didapati dalam buah beri dan buahan segar lain.

Kacang soya

* Mengandungi lecitin yang mampu menghalang pembentukan lemak.


Buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon

* Mengandungi vitamin C serta dikenali sebagai asid ascorbik yang berfungsi untuk membakar lemak dan menghalang pembentukan lemak.


Asparagus

* Mengandungi kimia ‘asparagin’. Ia sejenis ‘alkaloid’ yang membantu kitaran dan mempertingkatkan fungsi buah pinggang.


Tauge

* Sayuran yang mengandungi banyak khasiatnya terutama vitamin C dan kaya dengan protein yang membantu mempertingkatkan sistem metabolisme.


Lobak merah

* Mengandungi karotina iaitu sejenis vitamin A yang mana membantu membersihkan sistem penghadaman dalam badan dan membuang sisa lemak dengan cepat. 


Seleri

* Mengandungi kalsium dan mempunyai tahap magnesium tinggi.


Timun

* Mengandungi sulfur dan silikon. Juga untuk kebaikan buah pinggang untuk membersihkan asid urik.


Tomato

* Tinggi vitamin C dan asid citricmalic-oxalic yang mana ia mempercepatkan proses metabolik. Untuk kebaikan buah pinggang juga, asid berkenaan membantu seseorang membuang air berlebihan.

Teh hijau

* Mengandungi kafein yang boleh mengurangkan tahap ‘plasma triglycerides’ dan membakar lemak.

Kobis

* Makanan terbaik yang membantu mengurangkan lemak.


Oat

* Membantu membersihkan organ dalam badan kerana mengandungi sulfur dan iodin. Ia juga membantu membersihkan membran dalam perut dan intestin.

Rabu, 16 Mei 2012

Fat a.k.a Lemak Dalam Badan

Untuk kekuatan diri sebenarnya...
Sebab dah lama tak lost weight nie... da 2 kali bacaan naik... 1 bacaan statik...
So minggu nie kena usaha keras menurunkan angka scale...

Selama nie rasa macam tak bersyukur je bila kg tu dlm 1/2 kg... tapi sekarang dah makin besyukur... sbb dah makin faham dgn lemak2x di badan nie...

Bukan senang nak hilangkan lemak... nak tambah bukan main la senang je... jadi kat sini kena kuatkan minda dan semangat... balik2x kena ingatkan diri masa makan...

" kau nak kurus ke tak ni?"
" ingat lemak 1 pound tu!"

Nie la lemak 1 pound tu... tengok banyakkan sebemarnya... kita je tak perasan kadang2x tu... terutama GB la tu... bila hilang 1/2kg je rasa frust sangat2x..






nie pulak kalau berat lemak vs muscle... nie yg kdg2x orang kata berat tulang... sebenarnya bukan berat tulang... berat otot... ekekeke...



haizzz... kena tabahkan hati melakukan senaman dan penjagaan pemakanan... semoga dapat turun ke angka 75-77 sebelum raya nanti... nak kena senaman lebih nie.. adoiii...

~Tentang Kucing~

Roshhheee yang sangat nakal... tersangat2xlah nakal...
ta...da...




Penjagaan anak kucing peringkat anak :
~ anak kucing dilahirkan selepas lebih kurang 63 hari dalam kandungan ibu.

::::Umur 1 hari hingga 10 hari
--> mata masih tertutup

::::Umur 2 minggu hingga 7 minggu
--> keadaan bertambah kuat,koordinasi bertambah baik.
--> mula menerokai alam luar.
--> mula belajar tentang kebersihan diri dan bermain

::::Umur 2 1/2 bulan hingga 3 bulan
--> cerai susu ibu & mula belajar makan makanan 'pejal' yg lembut & perlahan-lahan bertukar kpd makanan berbentuk biskut.

::::Umur 3 bulan hingga 6 bulan
--> membesar dengan cepat & lebih bertenaga dan aktif.
--> gemar bermain dan meneroka alam luar.

peringkat umur 1 tahun - dewasa~



copy paste dari page FB nie...

https://www.facebook.com/pages/KaMi-PeNcInTa-KuCiNg/122042341176738

~ Spaghetti Masak Sambal~

Percayalah... masak sambal... mmmiahahaha resepi telah di tokok tambah...
masak mcm masak bolognese punya sos... tp ni ada daging & cili kering... nak bagi pedas... lepas tu tambah sayur... mantap...

nie sama gak... adik GB request nak blaja masak... last 2 week tu la cakap... diet GB betaburan lari... bz sana sini... bz buat itu ini... letih dan kepenatan melayan dia cuti sem.... melaypark kat sini 2 minggu... alhamdullilah ajar dah semua... dah balik kg dah dia... cuma 1 je lagi belum sempat... kek karamel tak dan nak ajar...

cun tak? sedap? mmg sedap! air pulak air soda bikarbonat + sirap... adesss... hancus diet ku... tepi2x tu tambah pulak bola2x daging... buat sendiri guna daging cincang ramlee je...


Bahan-bahan 1
Daging Kisar 500gram
Bawang  Merah 1biji - tumbuk hingga halus
Bawang Putih 1 biji - tumbuk hingga halus
Halia 1 ibu jari - tumbuk hingga halus
Cili Kering 6-8biji
Tomato Pure 1/4 tin
Tomato Cincang 2 biji
Sedikit Gula
Sedikit Garam
Sedikit air asam jawa
Sedikit minyak masak
Sedikit air
Sedikit tepung jagung
* Panaskan minyak masak, goreng bawang merah, bawang putih & halia sehingga garing. Kemudian masukkan cili kering yang siap ditumbuk, goreng sehingga naik bau dan garing dan tambah daging goreng sehingga daging separuh masak. Masukkan gula dan garam beserta air asam jawa. Setelah agak mendidih masukkan tomato puri & tomato yang telah dicincang. Akhir sekali sedikit air untuk mencairkan bacuhan kuah. Jika mahu kuah kelihatan likat tambahkan  sedikit tepung jagung.

Bahan-bahan 2
Bawang Merah 1/2biji
Sedikit ikan bilis
Sedikit garam
Broccoli 50g
Bunga Kobis 50g
Tomato 1 biji
Sedikit air
* Tumis bawang, ikan bilis sampai garing kemudian masukkan sayur2x dan tambah sedikit air dan garam. Masak sehingga sayur lembut.

Bahan-bahan 3
Daging cincang 400gram
Lada hitam 1/2 sudu teh - tumbuk halus
Tepung 1 sudu makan
Secubit garam
* Gaulkan semua bahan, dan bulat-bulatkan, goreng dengan minyak.
Bahan-bahan 4
Spaghetti 1/3 pack
Garam secubit
Minyak masak @ olive oil 3-5sudu makan
Air secukupnya untuk memasak spaghetti.
* Didihkan air dan letakkan garam, bila air cukup mendidih masukkan spaghetti, setelah spaghetti masak toskan air dari spaghetti dan masukkan spaghetti ke dalam mangkuk seterusnya letakkan minyak dan gaul sehingga rata. (untuk elakkan spaghetti melekat/ untuk beri kilatan pada spaghetti/ untuk menambah rasa spaghetti)

Hidangkan ikut citarasa sendiri. Taburkan oregano.
Saiz hidangan 2-3 orang