Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Selasa, 19 Februari 2013

Berita Bunuh Diri Hari Ini

Tinggal Nota Atas Resit Bank

Haaa... NN copy paste jer...

Hmmm... NN rasa... ramai orang yang kadang-kadang ada perasaan macam nie... jalan yang kita pilih tue... memang kadang2x bila berada dalam keadaan nie... banyak benda yang menguji hati dan perasaan... semoga kita dapat mengelakkan daripada perbuatan bunuh diri walau macam mana pun keadaan kita... kena fikir... keadaan kita teruk... tapi ada lagi tuhan ciptakan lagi teruk... tapi kenapa diaorang boleh bertahan dan bersabar... dan kenapa pulak kita tak boleh???

Cuba tengok ayat dier.

- today i feel strange
- so boring w/o friend, but i still have family...
- no money, nobody love...
- lost relation just about a money...
- home say go.. grace say coming... (kadang-kadang bila stress...mesti ada tefikir kan? )


ALOR GAJAH - Seorang remaja sempat meninggalkan nota pada tiga keping resit pengeluaran wang sebelum dia ditemui mati tergantung dalam bilik tidur di rumahnya, dekat Padang Sebang, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi, Sabtu lalu, Muzaffarabadi Ishak, 23, ditemui ibunya yang berusia 60 tahun dalam keadaan leher terjerut dengan tali yang diikat pada palang kayu.

Sumber berkata, ibu mangsa yang memasuki bilik anaknya tergamam melihat keadaan mangsa yang sudah tergantung dengan lengkap berpakaian.

"Ibu mangsa menjerit sebelum abang mangsa meminta pertolongan daripada jiran untuk membantu menurunkan mangsa.

"Sebaik diturunkan, mereka cuba mengejutkan mangsa yang sudah pucat namun tiada tindak balas diterima," katanya.

Menurutnya, dalam sama sama, abang mangsa menemui tiga keping resit sebuah bank yang tertulis luahan hati mangsa yang dipercayai tulisan mangsa sendiri.

"Mangsa menyatakan hidupnya bosan walaupun masih mempunyai keluarga selain seolah-olah berdepan masalah peribadi sehingga mengakhiri luahannya dengan menyebut berkenaan kematian," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurut sumber juga, setengah jam sebelum kejadian, mangsa sempat bersarapan bersama keluarga di rumah dan tidak menunjukkan sebarang sikap mencurigakan.

"Tiada sebarang sikap ditunjukkan mangsa yang hanya bekerja sendiri itu.

"Difahamkan tali yang digunakan mangsa turut disedari beberapa rakannya sudah berada dalam bakul motosikal mangsa sejak tiga bulan lalu dan membawanya ke mana saja," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan