Halaman

Jumaat, 17 Februari 2012

~Petua Untuk Menghilangkan Bau Hanyir Ayam @ Daging @ Ikan~

Bau hanyir pada hasil masakan boleh membatutkan selera nak makan makanan tersebut. Anda boleh cuba bebarapa cara di bawah ni...

Hilangkan Bau Hanyir Ayam @ Daging @ Ikan :-

1) Basuh/cuci daging/ayam/ikan dengan air asam jawa, atau perahan limau nipis/kasturi/lemon, & belimbing besi @ tepung gandum @ menggunakan air basuhan beras. Bilas hingga bersih.

2) Lumur daging/ayam/ikan dengan sedikit cuka masakan dan perap selama sejam. Bilas hingga bersih.

3) Ambil beberapa helai daun serai dan sedikit asam jawa. Ramas keduanya dan gaul bersama ayam/daging/ikan. Perapkan beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih.


Hilangkan Bau Hanyir Ayam @ Daging @ Ikan Pada Tangan :-

1) Lumurkan sedikit halia yang sudah ditumbuk pada tangan.

2) Ubat gigi juga boleh digunakan dengan melumurkannya pada tangan. Kemudian di bilas.

3) Guna sabun wangi... mmmiahahaha... yg nie... tipu je... ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan