Halaman

Selasa, 23 Oktober 2012

Resepi Chicken Kebab Untuk Diet

Menu Lunch 12-10-2012 ~ Chicken Kebab


Bahan-Bahan
Ayam 200 g - di potong kiub/dadu
Serbuk kari - sedikit (serbuk kari ikan baru sedap)
Serbuk kunyit - sedikit
1 biji Bawang merah
Sedikit halia
3 tangkai Cili kering di tumbuk  @ guna serbuk cili
Sedikit lada hitam
Tomato Cerry 6 biji
Timun Jepun potong 6 kiub/dadu

Sedikit gula & garam sebagai perasa @ boleh gunakan sos dan kicap sebagai penambah rasa semasa perapan dilakukan.

Cara-Cara
1. Blender bawang merah, halia, cili kering, lada hitam, garam dan gula.
2. Kemudian tuangkan hasil ramuan yang telah di blend ke dalam ayam untuk di perap selama 1-2 jam.
3. Setelah siap tempoh perap, cucukkan ayam, tomato & timun secara berselang-seli, dan boleh di bakar selama 1 jam dengan suhu oven 150-200 darjah celcius.

Sedia di hidang. Boleh dihidang dengan salad @ makan bersama nasi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan