Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216
Memaparkan catatan dengan label Cuci Mata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cuci Mata. Papar semua catatan

Isnin, 26 November 2012

Daiso

Daiso. Daiso nie merupakan sebuah kedai yang menjual semua barangan keperluan rumah errr luar rumah pun ada jugak. Kedai nie asalnya dari Jepun. Kalau survey dalam internet macam-macam boleh jumpa. Antaranya Apa itu Daiso ha... bolehlah click link yang nie >>> Wikipedia . Lepas tu nak tengok web dia boleh click yang nie >>>  Daiso Japan . Kalau nak cuci mata boleh tengok gambar dekat link nie >>> Online Store Daiso. 

Lama dah pendam nie, tak pergi-pergi lagi. Sebelum bulan puasa lagi dah nak pergi. Tapi tak pergi-pergi. Kalau tak salah dalam bulan May 2012 officemate cerita pasal Daiso. Terbukanya cerita Daiso sebab semua bermula daripada cerita kucing. Officemate cakap baju kucing RM5.00 pun ada jual kat Daiso. Jeng3x.

Hasil survey kat internet, kat bawah nie senarai cawangan Daiso yang ada dalam Selangor. Nak pergi yang mana nieh??? Rasanya aku nak terjah Cawangan IOI dulu, sebab ada satu blog cakap cawangan yang kat IOI paling besar kedainyerrr.

Kalau masuk kedai macam nie mau duduk 1/2jam-1jam kot tengok barang. Untuk yang 1st time la, kalau dah 2nd time pergi tue kejap jer la sebab cari barang yang nak je terus. Wahaha...

Lokasi 1 : Bandar Sunway, Selangor.
Alamat : Sunway Pyramid Shopping Mall, No 3 Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Lokasi 2 : Puchong, Selangor.
Alamat : Second Floor, IOI Mall, Batu 9, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor, MALAYSIA.

Lokasi 3 : Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Alamat : One Utama, LG Floor, Bandar Utama City Centre Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Lokasi 4 : Damansara, Selangor.
Alamat : Curve, 2nd Floor, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, MALAYSIA.

Lokasi 5 : Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Alamat : Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Lokasi 6 : Pavilion, Kuala Lumpur.
Alamat : Lot No. : 6.24.05 & 6.24.06B, Level 6, 168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Lokasi 7 : Harbour Place, Klang.
Alamat: Lot No. : G.02&G.03,Ground Floor,Habour Place Mall, Klang, MALAYSIA.

dah nie nak letak under label apakah ini?
hmmm... hentam je lah. under cuci mata.


*update 26/11/2012 - Isnin

Dah pergi cuci mata kat Daiso Cawangan IOI... antara barangan yang menggugat jiwa... semestilah barang buat kek & biskut... lepas tue pinggan mangkuk dia... wahahaha... ( )_( )v peace tutup mata... tutup mata...


 macam-macam acuan ader...

baju pet...

pedometer... alat ukur langkah pun ada...

dumbbell comel nie pun ada...

stop watch pun ada...


yang nie kan glemer orang jual kat internet... ta..da... 5 hengget jugak kat sini...

Time jalan-jalan kat mana-mana pasaraya bolehlah singgah sebentar ke Daiso. Bekas-bekas plastik dia macam-macam fesyen ada. Cantik-cantik warna.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*update 29/11/2012 - Khamis

Next aku pergi pulak Daiso dekat Sunway Piramid, cawangan nie kecik sikit dari IOI tapi barang-barang dia macam besh lagi dekat sini. Hasil tangkapan aku hari tue 6 barang, kakak aku 3 barang, aku 3 barang... Haahaahaaa... 1 set bekas makanan, 1 beg bekas makanan... dan 1 penyambung ear phone..

Lega dapat penyambung ear phone nie... 2 meter 5 ringgit... ok lah tue... dari nak kena pergi mencari-cari lagi kat mana-mana entah... yang penting tak senget kepala lagi bila dengar lagu masa kat office...




Sabtu, 3 November 2012

Matahari Baru Nak Keluar

Ta da... ta da keja ka?
Ada ada ada...

Hasil tangkapan 3 setting yang berlainan... suka sangat tengok... sampai tak sedar komuter da sampai... nasib la berpaling... kalau tak tertinggal komuter... ngeee...




suka sangat amek gambar dan buat semak...

Ekspo Buku Islam 4 - KL Centre


Pagi yang indah... erkkk... disebabkan hari sabtu.... 
Photobucket

Semalam NN singgah sebentar di KL Centre nak beli tiket ETS (KTM antara bandar) untuk adik NN. Bagus bila ada KTM antara bandar. Dapat mengurangkan masa pergi balik. Perjalanan lancar. Kalau menaiki bas paling2x kena 3jam dalam bas. Tapi NN sendiri tak pernah naik lagi ETS ngeee...

Haaa... bila dah naik kat tingkat atas terpandang booth. Baca2x erhhh pameran hari tue. NN terlupa, sebelum ni NN pernah terbaca pasal booth nie tapi masa tue belum start lagi. Rezeki NN semalam. 

Mula2x NN pergi beli tiket dulu... whoooaaa ramainya orang... kena amek no giliran tau!!! NN kena no 3009 no sekarang 3967. Nampak tak betapa ramainya. Faham tak? NN kena tunggu no tu jadi 3999 lepas tue dia start over 3000..... 40 no angka giliran sebelum no angka giliran NN tue.

Sambil menunggu kepala terjenguk2x tengok ekspo tue, sambil befikir kalau NN pergi nie sempat ke? kang telepas pulak no angka giliran nie, sebab kalau dah tengok buku berzaman2x membelek2x. No angka giliran kadang2x jalan laju kadang2x lambat. Akhirnya NN tunggu ajelah sampai no giliran NN. Dalam hati tak sabarnya nak pergi nak beli VCD zikir (dalam hati).

Harga tiket kena RM24.00 NN tak perasan nie premier. Adik yang bagi tau bila NN da sampai rumah. Patutlah murah. Yang sebelum2x nie beli yang Gold RM36.00. Idakler NN perasan. Main beli ikut date dan masa je. Harga dan class tiket idakler NN tengok.

Masa singgah kat booth 1 tue NN pusing apsal la tak jumpa VCD tue pun??? Last sekali tanya lah kat kauter bayaran, VCD zikir tue tak ada jual ke? Dia jawap kat sini ada jual buku je. VCD tue percuma kalau beli buku yang tebal tue. Lepas tue hanya untuk promosi konsert Zikir Penenang Hati. NN pun OOOOOOOO..ooooo.....

Hasil dari rondaan di booth berkenaan 3 buku NN beli.... ngeee...

Lihatlah pandanglah... errrr... untuk siapa nieh!!!
Untuk NN lah!!!

Jadinya mari membaca!!!
Photobucket

Ekspo Buku Islam 4 KL Centre
27 Okt - 4 Nov 20012
Tingkat 2, Stesen Centre, Kuala Lumpur.
9pg - 10mlm

Untuk maklumat lanjut sila ke
Ekspo Buku Islam
Banner Ekspo Buku Islam