Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216
Memaparkan catatan dengan label Kek a.k.a Cake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek a.k.a Cake. Papar semua catatan

Khamis, 7 Mac 2013

Brownies Cake Lagi

Resepi yang sama...

Resepi Brownies Cake

Nak buat kejutan kakak NN punya pasal... sebab memang jarang sekali buat kejutan untuk birthday... kebetulan adik NN nak blaja buat kek, jadi digunakan sepenuhnyalah masa yang ada.... lepas balik kerja jer... mula kelam kabut sediakan bahan....

Gerak sekali buat dadih... dadih yang paket tue jer... campur je air, susu & gula kemudian letak 1 bungkus dadih tue... kacau-kacau siap...

Hasil kek dari tangan adik NN...

Comot... sebab dia tuang je coklat atas kek tue... tak guna bontot kek pun... terus tuang jer... lepas tue terus tuang coklat sampai banjir pulak tue... >_<

Buat kek nie lagi sebab kek nie senang nak buat... lepas tue sedap... masuk dalam peti ais sebelum makan... pergh... mampat COKLAT!!!

Lepas tue mampat la LEMAK!!! naik kat badan... keh keh keh...






Sabtu, 16 Februari 2013

Resepi Brownies Cake

Kek nie sengaja di potong kecil-kecil supaya mudah orang nak amek makan. NN buat masa jamuan makan-makan masa raya tahun lepas untuk office.


Yang nieh pulak untuk NN makan kat rumah... wah... sedap...


Bahan-Bahan
200 gm butter/marjerin
200 gm choc masakan
170 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
170 gm gula halus
4 biji telur ayam

Cara-Cara
1. Didihkan air unuk double boiler coklat & butter. Bila dah sebati boleh ketepikan adunan.
2. Mix gula dan telur sehingga kembang.
3. Masukkan tepung dan serbuk koko dalam adunan telur dan ingat kacau guna spatula sahaja.
4. Masukkan pulak adunan choc dan kacau sehingga rata.
5. Sediakan bekas untuk bakar @ kukus kek. Kukus lagi sedap berbanding bakar. Struktur kek akan lebih basah dan nyummy.

Topping
Choc + Whipping Cream. Cairkan coklat bercampur dengan whipping creame. Sukatan adalah mengikut anggaran, kalau nak bancuhan tue cair tambah lebih whipping creame, kalau nak pekat, kurangkan whipping creame.

Selepas siap di bakar, tuangkan topping dan taburkan choc cip untuk hiasan.

NN buat kek besar guna resepi nie jugak.
Gambar boleh click link nieh.
Birthday Cake Utk My Sis



Rabu, 16 Mei 2012

Choc Moist Cake

2 minggu lepas diet GB ke laut... minggu nie dah start over balik semula.. semalam hari ke -2 naik tangga 5 tingkat... hari ni ke-3 insyaallah... nak buat 5 hari seminggu, sabtu & ahad tak sbb hari rest day utk naik tangga...

nie kek coklat basah... hari tu ajar adik buat.... sangat pandai... jadi la... hiasan tak seberapa je... kalau letak coklat putih @ strawberry alangkah cute nye... =p

yang ni before letak coklat cair!!!




yang ni dah salut dgn coklat cair!!!



melimpah2x coklatnya... memang saje dilimpahkan... kalau nak lebih kemas kena letak kek atas besi jaring ke ape2x selain dari tu blh supaya coklat menitis kebawah... bila dah keras baru ubah ke dalam pinggan... kemas la bahagian tepi2x kek tu...

Khamis, 15 Mac 2012

Resepi Kek Karamel

13/3/2012 ~ Selasa 

Test test test resepi... amek dari kak azlita yang glamour ngan kek2xnya...
Nyummy2x... tapi rasa mcm tak jadi... sebab extra basah keknya...
GB salah teknik baked mmmiahahaha...

Taaadaaa... nie gambar 1st trial buat kek karamel nie... nanti nak test lagi sekali hari sabtu nanti... insyaallah...

Nie masa selepas meringue proses selesai... siap terbalikkan bekas... nak tengok jatuh ke tak...


Ni masa dah penuhkan acuan... terlebey sudah patut kena bagi balance kosong dalm 3/4inci tuk dia naik ke atas... haaa... masa bakar dia dah jadi mcm kepala cendawan sikit... =)


Ni masa dah diterbalikkan dari acuan...



Bahan-Bahan
2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc
jangan yang kecik, nanti melimpah ruah macam NN punya kek.

Tabur gula dalam loyang dan masak dengan api perlahan, bila gula cair dan bertukar jadi perang, matikan api, dan ketepikan.

Bahan Karamel
1/2 susu tin cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

* untuk kurangkan manis, boleh kurangkan gula castor sebanyak 10g

Kacau susu dan gula hingga larut, di satu bekas yang lain kacau telur dan esen secara perlahan.
Satukan bahan kemudian tapis masuk ke dalam loyang berisi gula hangus tadi.

* kak Azlita cakap kalau nak dapatkan lapisan karamel yang tebal, boleh gandakan adunan karamel.

Jangan bakar @ kukus adunan lagi, tunggu campurkan dulu adunan seterusnya.

Adunan Kek A
3 biji kuning telur
135ml air
45ml minyak masak
70g gula castor

Masukkan minyak, telur dan air, pukul adunan sehingga gebu dan warnanya bertukar sedikit putih.
Kemudian masukkan gula castor, dan pukul lagi sampai adunan bertambah lagi kembang.

Adunan Kek B
140gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Campurkan adunan kek B ke dalam adunan kek A secara perlahan-lahan, menggunakan kaedah kaup balik hanya menggunakan senduk @ spatula. Ini untuk mengelakkan struktur kek tak cantik. Buih2x tak hilang lah kiranya.

Meringue
* gambar meringue ada di atas tadi, sila rujuk kat atas.
6 biji telur putih (nie dari telur kuning tadi tue)
70gm gula castor
1 sudu krim of tar tar

Nak buat nie part yang paling penting, kalau tak jadi part nieh, kek tak berapa nak menjadi. Sila pastikan alat mixer berada dalam keadaan kering sebelum melakukan proses meringue.

Mula-mula pukul telur sehingga menjadi buih-buih halus dan strukturnya ringan sekali.

Masukkan gula dan krim of tar tar, pukul lagi dengan speed yang tinggi hingga adunan menjadi kental. Terbalikkan bekas tue pun adunan tak jatuh. Orang kata pukul sampai bertanduk.

Siap meringue, 1/3 dari adunan merigue campurkan dalam adunan kek, gaul kaup alik secara perlahan. Bila dah sama rata, masukkan lebihan adunan merigue dan kacau lagi perlahan-lahan.

Kemudian sediakan 3 bahagian yang berlainan color sama banyak. Kalau nak guna 5 color, bahagikan kepada 5 bahagian.

Setelah diwarnakan dengan pewarna, tuangkan adunan secara berselang seli ke atas lapisan karamel yang sudah berada dalam loyang tadi.

Buat secara sedikit demi sedikit, sampai adunan habis. kemudian lorekkan dengn lidi untuk menghasilkan corak.

Panaskan suhu oven 150-170 gunakan api bawah. Bakar dengan menggunakan kaedah steam bath.

Sila rujuk blog Kak Azlita


Belum habis update lagi... 16/2/2013...