Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216
Memaparkan catatan dengan label Udang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Udang. Papar semua catatan

Sabtu, 3 November 2012

Udang Bakar Mangga Parut

Resepi masakan NN 2/11/2012 a.k.a hari Jumaat...

Adik NN seorang penggemar UDANG... jadi hari apa entah NN telah membeli stok udang... dan... berlangsunglah kerajinan untuk masak udang bakar... jeng3x...

Tak tau nak masak sambal udang bakar nie macam mana... Jadi setelah dikebek2x peti ais yang kosong tue... erkkk terjumpa pelam lemak... jadi timbulah rasa nak parut memarut itu pelam...

Bahan perapan yang disediakan oleh adik NN... hehehe... NN bagi arahan jer... sibuk buang kepala udang...

Bahan Perapan
2 sudu makan cili boh
1 sudu teh lada hitam
(boleh tukar cili padi)
1 Ibu jari Halia
2 biji bawang putih
1 batang serai
3 sudu teh gula perang
1/2 sudu teh garam
3biji limau nipis
sedikit cuka masakan
udang setengah kilo

blender semua bahan kat atas ni dengan sedikit air... sikit je.. sebab nak perap... tapi kalau dapat tumbuk lagi bagus... sebab tak pakai air bila tumbuk atau giling...

kalau nak lebih rasa lagi tambah ler jintan ke santan sikit ke... ape2 benda yang lain lagi yang dapat menambah rasa... NN masak simple2x je... asal boleh makan kenyang...

sebiji pelam lemak yang di parut...
salad...
hirisan limau..

lepas perap dan bakar... hias dengan salad, limau nipis dan pelam... tambah la tomato... nn kehabisan stok tomato... ngeeee...

ta...da....


nak makan tu amek selai salad letak udang atas tue... letak pelam parut... perah limau... past tu ngap... nyum3x... terkenyit2x mata...



Ahad, 20 Mei 2012

Lunch Udang Broccoli ~Menu 19-5-2012~


Bahan-bahan 
Udang 5-8 ekor
Sosej 2 batang
Broccoli 1/3 cawan
Bunga Kobis 1/3 cawan
Bawang merah 1/2 biji
Sedikit ikan bilis
Sedikit garam
* Tumis bawang dan ikan bilis sehingga garing dan masukkan udang dan sosej dan goreng separuh masak. Masukkan kesemua sayur dan sedikit air dan garam kacau sehingga empuk.







Selasa, 15 Mei 2012

Resepi Ayam & Udang Bakar ~ Menu 26-4-2012 ~

dinner ayam bakar + sayur (broccoli + cendawan + tomato + sawi bunga) + udang bakar

Bahan perapan ayam & udang
Serai 1 batang
Bawang merah 1/2 biji
Bawang putih 1 biji
Cili kering 3-6biji
Sedikit garam & gula


Udang 5-6 ekor
Ayam 130-150gram


Cara-cara
Blender kesemua bahan dan perapkan ayam dan udang seketika. Kemudian panggang ayam. Tapi NN letak dalam bekas dan bakar je. Jadi macam rebus dah sebab air dan lemak ayam tak menitis ke bawah.

Bahan untuk sayur
Broccoli 1/2 cawan
Cendawan shitake 2-3 biji
Sawi bunga 1/2 cawan
Tomato 1/2 biji
Bawang merah 1/2 biji
Sedikit ikan bilis
Sedikit air

* Masukkan semua bahan dan masak sehingga sayur empuk.

Hidang ikut selera masing2x. Saiz hidangan utk seorang