Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Oktober 2012

Petua Dapur ~ Hindari Kutu Beras

Beras yang disimpan dalam tempoh yang lama biasanya akan didatangi kutu. Atasinya dengan memasukkan:-

1- Daun limau ke dalam bekas simpanan beras.
2- Cili kering dalam beberapa tangkai.
3- Daun belimbing dalam beberapa helai.

Kutu akan hilang dan beras terjamin bersih.

Petua Dapur ~ Daun Nangka Lembutkan Daging Liat

Bagi mengatasi masalah memasak daging liat, potong daging tersebut kepada saiz yang lebih kecil. Kemudian, rebus daging bersama beberapa helai daun nangka. Daging akan lebih lembut dan enak apabila dimakan.

* Jangan lupa potong daging mengikut ira.

Petua Dapur - Laksa Tidak Melekat

Rebus laksa dengan air secukupnya. Bubuh sedikit miyak supaya laksa yang direbus tidak melekat antara satu sama lain. Laksa juga akan kelihatan berkilat dan licin apabila diangkat.

* Boleh diguna pakai bila merebus spaghetti.

Petua Dapur ~ Elak Santan Dari Membazir

Untuk memastikan santan bertahan lebih lama dan mengelakkan pembaziran, masukkan beberapa biji lada ke dalam santan. Simpan di dalam peti sejuk.

Petua Dapur ~ Air Kelapa Penyedap Hidangan

Bagi menyedapkan masakan yang menggunakan santan, semasa membelah kelapa, jangan dibuang airnya. Sebaliknya digunakan untuk meramas kelapa yang telah diparut. Masakan akan bertambah enak.

Petua Dapur ~ Ikan Goreng Tidak Kecut

Tentu tidak menarik jika ikan yang digoreng kelihatan kecut. Untuk mengelakkannya, gunakan sebiji telur dan dicampurkan dengan susu segar dan tepung. Celup ikan dalam campuran telur dan goreng seperti biasa.

Petua Dapur ~ Ayam Goreng Lebih Berperisa

Bagi menyedapkan ayam goreng, letakkan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili. Gaul rata bersama tepung dan goreng ayam sehingga kekuningan.

Petua Dapur ~ Air Garam Hilangkan Pahit Peria

Peria kurang digemari kerana rasanya yang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam di dalam air berisi garam halus selama 25minit. Sejatkan dan masaklah peria mengikut resepi anda.

Petua Dapur ~ Halia Elak Ikan Melekat Pada Kuali

Untuk mengelakkan ikan melekat di kuali, masukkan hirisan halia ketika menggoreng. Hasilnya ikan lebih mudah diangkat.

Jumaat, 17 Februari 2012

~Petua Untuk Menghilangkan Bau Hanyir Ayam @ Daging @ Ikan~

Bau hanyir pada hasil masakan boleh membatutkan selera nak makan makanan tersebut. Anda boleh cuba bebarapa cara di bawah ni...

Hilangkan Bau Hanyir Ayam @ Daging @ Ikan :-

1) Basuh/cuci daging/ayam/ikan dengan air asam jawa, atau perahan limau nipis/kasturi/lemon, & belimbing besi @ tepung gandum @ menggunakan air basuhan beras. Bilas hingga bersih.

2) Lumur daging/ayam/ikan dengan sedikit cuka masakan dan perap selama sejam. Bilas hingga bersih.

3) Ambil beberapa helai daun serai dan sedikit asam jawa. Ramas keduanya dan gaul bersama ayam/daging/ikan. Perapkan beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih.


Hilangkan Bau Hanyir Ayam @ Daging @ Ikan Pada Tangan :-

1) Lumurkan sedikit halia yang sudah ditumbuk pada tangan.

2) Ubat gigi juga boleh digunakan dengan melumurkannya pada tangan. Kemudian di bilas.

3) Guna sabun wangi... mmmiahahaha... yg nie... tipu je... ^_^

Jumaat, 10 Februari 2012

~Petua Untuk Hilangkan Parut Jerawat Di Muka~

Tahap keberkesan tidaklah diketahui...

Pegaga:- Dijadikan sebagai jus, minum dalam 3 kali seminggu, baik utk kesihatan kulit. seluruh badan lah, termasuk muka. Fakta yg blh di cari di internet, jus pegaga tidak elok utk rahim wanita. (*dulu GB rajin buat tapi terhenti sebab terjumpa fakta pulak)

Pegaga ditumbuk dan dicampur dgn bedak sejuk elok di pakai waktu malam utk mengurangkan kesan2x parut jerawat. Ni selalu buat dulu mmg ada perubahan. Sekarang susah nak jumpa pegaga. huhuhu~~~

Bunga cengkih:- Ditumbuk kering dan halus (blender pun boleh), cara pakai dicampur dgn air sahaja dan terus disapu nipis kat kulit muka. (kwkwkw... jaga2x panas lepas sapu terus duduk depan kipas) atau serbuk bunga cengkih dicampur dgn bedak sejuk. (*kat supermaket dah ada jual serbuk cengkih, GB tak rajin pakai pedih, tp ok utk keringkan jerawat, bekas jerawat pun blh la sikit2x hilang)

hmmm... ape pun GB masih mencari produk atau herba tuk hilangkan parut jerawat nie... kesan dari jerawat degil masa form 4&5 dulu...

~Petua Untuk Menghilangkan Bau Badan~

Antaranya:-

Paling nampak kesan:- makan putik buah limau kasturi, dlm seminggu tu amalkan memakan putik limau buah kasturi. akan rasa ketara perbezaan dgn bau badan sebelum nie.

Kedua:- elakkan memakan bawang merah dgn banyak. contoh bila masak kurangkan penggunaan bawang. bawang merah penyebab utama bau badan terlalu kuat. GB suke bawang nie tambah2x bila masak daging masak kicap n sardin.

yang lain2x nie... kopi pes je... keberkesanan tidaklah diketahui...

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Hampas Teh
Gosok hampas teh yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 15 minit dan kemudian mandi. Amalkan 3 kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau dengan Badan Hampas kelapa
Gosok hampas kelapa yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 45 minit dan kemudian bilas. Amalkan 3 kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Beras
Ambil segenggam beras dan goreng tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan campurkan dengan sedikit air asam jawa. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas atau mandi.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Tawas
Ambil seketul tawas dan gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.
atau
Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras dan gaul rata. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan semalaman. Kemudian bilas atau mandi. Amalkan setiap hari sehingga berpuas hati.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Daun Sirih dan Daun Nanas Muda
Rebus sama banyak daun sirih dan daun nanas muda bersama dengan sedikit garam sehingga air rebusan menjadi separuh. Minum air rebusan ini setiap hari selama seminggu dan rasailah hasilnya.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Timun Muda
Kupas kulit sebiji timun muda dan basuh bersih. Gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Serai Wangi, Daun Jambu, Daun Lengkuas dan Daun Pandan
Ambil secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan air sehingga terendam sepenuhnya. Rebus sehingga mendidih. Campurkan air rebusan dengan sebaldi air bersih. Jadikan air ini sebagai bilasan akhir ketika mandi. Amalkan tiga kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Batang Pokok Kantan
Potong batang pokok kantan pendek-pendek dan tumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih. Gunakan air rebusan sebagai air mandian. Bilas akhir mandian dengan air bersih biasa.

Sabtu, 28 Januari 2012

~28-1-2012~Petua Menghilangkan Ketuat~Wart~

huhuhu~~~

see... haisshh... 1st time...
last 2 weeks ago da g clinic... charge per treatment RM50.00 kata nya bg sejukkan ketuat tu... tak jadi menda pun... ni dah 2 weeks... arrr makin lain macam je... so semalam dah alang2x g watson... beli ubat ketuat...

yg bulat kecik tgh tu... dia nya point... kalau ari tu doktor nye ubat... mula2x tak rasa pa pe pun... bila dia tekan lama2x makin putih2x mcm dlm pic ni gak... tp rasa dia makin sejuk beku sampai tettt tetiba ngilu sakit yooo... arrr mcm tu je dok buat tu je... doktor kata mahal sebab ubat je...

nie bila tgk kaki nie... aisshhh geram jer...


nie ubat ketuart wart... ehehehe... sapu2x jadi la mcm kat atas tu... tapi pg tadi sapu tak mcm tu lak bila kena sapu... tak putih2x... ni kali kedua sapu baru jadi putih2x mcm tu...


nie dia nya note:

Warts: wart is a viral infection of the surface layers of the skin. the incubation period varies from a few weeks to several months. wart can be spread by direct or indirect contact with a wart damaged skin.

direction to use, apply duofilm once daily (errr ari ni 2 kali dlm sehari), using applicator supplied, until lesion is completely cleared and the ridge lines of the skin have been restored.

the usual treatment period is to 6 to 12 weeks (lamanyer) and success can be enhanced by the following these instructions....

1- remove any plaster and soak lesion in hot water for 5 minutes. dry with your towel... huawaaa skrg tgh rasa ngap ngap ngap...
2- tub the surface carefully with pumice stone or emery board... (ooo nak kena sagat2x la dulu)...
3- apply duofilm to affected area only... (ui rasa macam da telebey kawasan)...
4- continue treatment once daily until lesion is completely cleared and the ridge lines of the skin have been restored...

huhuhu... mmg ada rasa ngenyam2x... pg td pun mcm tu... ada rasa mcm ngap ngap ngap bila da kena sapu ubat...

take note... 2 weeks from now... 8 feb 2012... tak ok gak... kena g clinic lagi la nampaknyer... tak best bila ada rasa ngap ngap ngap dier...


PETUA MENYEMBUHKAN KETUAT

Ketuat merupakan satu masalah yang biasanya tidak diambil berat melainkan jika ianya berada di tempat yang mengganggu seperti di tangan ataupun di tapak kaki.

Walaupun begitu ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkannya, antaranya ialah;

Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.

Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.

Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.

Sapukan getah gajus atau getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.

Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.

Ni orang kata...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

yang bawah ni GB kata... >_<

*  UBAT DARI WATSON BERKESAN... 
*  LAST SEKALI SAMPAI AKAR2X KETUAT TU MATI...