Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Isnin, 28 November 2016

Duit tak keluar dari ATM tapi tolak baki

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Pengalaman tukar ATM card baru RHB, dah lebih 10 tahun guna, kalau tak kerana arahan dari bank suruh tukar kad sebelum 2017, tak kuasa nak tukar kad baru... sebab???

Asyik baca post orang, tukar je kad baru ade je masalah timbul macam macam cerita ada.

Masalah tak terlepas dari melanda GB baru je tukar kad minggu lepas. Hari Jumaat 18/11/2016 dgn berat hati 2nd time nak guna card... 1st guna tukar password & semak baki je... tu hari tukar card baru tu la... tak keluar duit pun... 2nd guna errror... slip keluar card keluar duit tak keluar... dalam hati sakitnya jiwa... baru nak shopping... dengan hati yg membara apa pun tak jadi... tak de mood cuci mata... 

try kat ATM sebelah huhuhu tak mahu jugak, kemudian semak baki... baki tak mencukupi... tutttt.... dalam perjalanan nak try semak guna ATM RHB singgah jap cosway nak collect weight scale yg ditinggalkan seminggu kerana suspect rosak... rasanya tak rosak outlet tu tak tahu kot pasal spec weight scale tu... GB rasa maybe sbb body mass lebih dari maximum tue yang weight scale tu tak boleh baca... aisshhh.... penat makcik...

Jeng Jeng Jeng melangkah ke ATM RHB pulak... huhuhu... sama juga baki tak sepatutnya. terus semak online kot ada terbuat apa2 transaction ke pun entah... bila da semak NO ONLINE transaction. Putus asa dah nie...

GB cari adik entah mana sakan dia shopping kat dlm AEON tue... past jumpa cerita kat dia apa yang terjadi... dia dah siap shopping dah... tinggal nak bayorrr huhuhu... sementara dia bayar bil GB ke mesin ATM ambank tu lagi sekali kebetulan situ ada office money changer GB buat muka tak malu. Encik boleh tumpang tanya, perasan tak mesin ATM ni memang ada problem ke hari nie? dia jawap biasala mesin tu selalu macam tue. huhuhu hampa dengar jawapan tue... lain kali tak nak guna mesin yg ada kat situ lagi, itu yang 1st dan itu yg last...

Huawaaa... hari tue call punya call tak berjawap susah benar nak dpt cakap dgn RHB... jadi dengan itu hari Isnin 21/11/2016 la buat report kat RHB by call. No report dah dapat katanya dalam masa 7 hari bekerja... hari Jumaat 25/11/2016 buat follow up.. operator kata Cik kena sabar dalam masa 7 hari bekerja Cik boleh semak. GB tanya 7 hari bekerja maknanya saya kena call semula hari apa ??? dia pun berkira2 utk menjawab dan jawapan dia dalam hari Isnin depan aka hari nie lah 28/11/2016.

Dan 28/11/2016 malam2 gigih semak baki... hummmppp tak de pun???

Gigih malam2 call RHB line 24/7 untuk semak report. Operator inform hari Selasa 22/11/2016 dah hantar report ke Ambank tapi belum ada feedback. GB tanya perlu tak buat report di AMBANK dan dia kata untuk keselamatan duit, perlu buat laporan di AMBANK juga.

Selesai je dengan RHB, terus log call ke AMBANK dan dia tanya la macam2...

Bank apa
No kad Bank
IC No
Jumlah pengeluaran
ID ATM
Tempat pengeluaran
Jam berapa
Ammount pengeluaran

Lepas tu katanya tak ada no report, next nak semak baca no IC je. Masa AMBANK lagi lama 7-14 hari bekerja. Operator nak sedapkan hati GB, sebab Cik dah buat report kat RHB maybe cepat sikit masalah selesai... katanya lah.... Apapun kena tunggu 7-14hari... Nasib la call caj FREE TELEKOM to TELEKOM... call jangan tak call... 

huhuhu... machine dia yang problem kita pulak jadi mangsa menunggu...  past nie memang tak nak guna machine tue... kita bako kita bako je kata cerita awie tue...

Noted: Pesan seorang kawan yang kerja kat bank "ko jangan senyap je... sentiasa follow up dengan bank". OK...  tunggu tau bank GB akan call lagi... kalau lebih dari tempoh... aisshhh GB kena melawat bank terus nieh...

Dari hari kejadian sampai ke hari nie tak guna card baru tue sebab dok menanti bank pulang duit...

aishhhhhhhh..........



UPDATED 21/12/2016

RHB credit balik duit pada hari  Rabu 14/12/2016. Kalau di lihat dari bilangan hari ia mengambil masa yang agak lama lah jugak.

Lamanyaaa... macam menunggu buah tak jatuh2x ke riba... >_<

Akhirnya... Alhamdullillah....




Jumaat, 25 November 2016

Mimpi Rumah Kena Rompak & Mimpi Tembak Orang

Mimpi Rumah Kena Rompak
Mimpi Tembak Orang

mimpi lagi !!!

Kali nie mimpi ngeri, tido dah basuh kaki pun masih mimpi. tak suka bermimpi   sebab kalau mimpi ngeri mesti takut sampai terjaga dari tidur.

Antara yang ingat masa terjaga dari tidur, balik berjalan dari mana tak tahu sbb dlm mimpi tunjuk berhentikan kereta depan rumah. Mata pulak tengok pintu rumah terbuka.

Dalam mimpi ada mak sekali, turun dari kereta GB ngendap ke dalam rumah di ikuti mak kat belakang. Ngendap sbb ada motor tak dikenali parking depan tepi rumah. Kononnya suspect masih ada perompak dalam rumah. Ngendap sampai ke dapur & nampak pintu dapur terbuka dan nampak mcm ada kelibat orang melarikan diri.

Sepantas kilat mak GB berlari ke depan di ikuti GB konon kononnya nak g tangkap perompak. 

Ha... detik cemas dalam mimpi memang rasa cemas gila. Mana tak nya berlaku pergelutan mak & perompak dekat depan luar rumah. GB pulak dalam nak selamatkan emak bergaduh dengan perompak tup2 GB tembak mati perompak. Entah mana dapat pistol entah.

Time nie memang cemas cemas gila. Jantung nak gugur suka2 hati je tembak orang... aduh huh mimpi!!! tapi nie sbb dalam mimpi perompak cuba simbah asid kat emak. Mimpi pun pelik - perompak x dpt simbah kat mak GB dia g simbah kat kereta GB. adesss...

Hmmm.. ending dia perompak mati... barang yg dia curi duit la.. hp la... selalu mimpi suspen mesti terjaga sebelum dpt ending, kali ni dapat pulak habis mimpinya.

ok biasalah bila mimpi pelik2 mesti GB suka cari kat internet bagi maksud mimpi tersebut, walaupun mimpi itu mainan tidur.




Dia punya tafsir akan mendapat untung yang besar........ besar punya!!! dua keadaan dalam satu mimpi... 

hahaha teringat mimpi GB masak dua ekor anak harimau dalam periuk kat atas dapur gas... siap kena intai dengan ibu harimau dari pintu bilik air...  keadaan cemas tapi bila terjaga dari tidur rasa kelakar pulak GB sayang dgn kucing tak kan la sampai hati bunuh aka masak baby rimau yg comel tue....

GB jarang mimpi tapi sekali mimpi, suka sangat keluar mimpi pelik2...

Itu je nak cerita

Mimpi Pagi Nie 25/11/2016



Rabu, 24 Ogos 2016

Jom Menabung


1ST PECAH TABUNG ADIK - RM 200.00
- TABUNG RM 5.00
- Start Nov 2016 End Jan 2017
- Khamis - 2/2/2017

Jalan2 terpandang First Step Baby Walker dekat AEON, hati berkata2x kesian adik asyik jatuh je sebab sibuk nak  panjat untuk berdiri sana sini. Mak ngah nak beli nie, tapi tak ada bajet.

Sekali ibu adik cakap tabung adik ada... ngeee... tabung nak beli gajet untuk adik... tabung RM 5.00...

Jeng jeng jeng... maka dengan rasminya 1st korek tabung adik. Licin sapu... beli baju sepasang (pride n joy), blanket satu (tenderly) & 1st step baby walker satu.

Perasaan tue tak tahu macam mana nak diluahkan. Tapi seronok tue yang amat. 

Nov-Dec-Jan-3bln-dapat-RM200

CNY hari tue ada pakai RM5 2 keping terdesak tak de duit dalam beg... lepas dari tue sekejap je dapat balik 5 keping duit RM5 dalam masa tiga hari... haaa... tudia derhaka lagi pegi guna duit hijau...

Jom menabung... ingat nak menabung duit biru RM 1... hati tak kuat, sebab duit tue paling senang datang masuk beg... wahaha...





~~~~~~~~



JOM MENABUNG
Rabu - 24/8/2016






***
Nak beli ape erhhh dgn duit tabung???
Simpan belum lagi... da berangan...

***

Siapa yang masih bersekolah angkat tangan!!!
Kalau masih sekolah menengah cepat2x lah menabung.

Terasa ada penyesalan kerana tidak menabung dari zaman sekolah, dah zaman bekerja pun masih tak menabung, boros yang amat, tapi sejak dah bertambah-tambah umur nie, dok memikir macam mana umur selepas 55 tahun nanti??? masih nak bekerja kah? cukupkah kwsp tampung di hari tua? tak kerja goverment tak do pencen!!! haaaaaaaa... jeng jeng jeng... dah mengelabah....

Maka dengan itu GB pun start dengan menabung secara paksa dengan join Tokio Marine. Nie link dia sila lah  membaca  dan menambah ilmu. http://www.tokiomarine.com/my/en/personal/discover.life.html

GB ambil terus je, tak fikir panjang. Sebab terpaksa. Tapi bagi yang jenis hati kental, silalah menabung di ASB @ Tabung Haji. (GB jenis pantang aka pantang ada mesti nak keluar duit).

Terpengaruh dengan share whatsapp dari wife cousin. Nak taip panjang nieh, jom baca.


10 Perkara Jangan Buat Dengan Duit KWSP

Statistik KWSP menyatakan duit hanya mampu bertahan antara 3 hingga 5 tahun saja, jangan lakukan in jika nak duit lama bertahan:

1. Jangan buat kenduri kahwin anak ala ala anak menteri besar.
2. Jangan renovasi rumah hingga lupa kita itu dulu kerani biasa sahaja.
3. Jangan beri duit pada anak untuk bercuti atau beli kereta terkini.
4. Jangan lupa bayar zakat simpanan dari KWSP.
5. Jangan masuk skim yang berbunga-bunga.
6. Jangan percaya pada ungkapan "Bila Nak merasa lagi". Jika sanggup kembali silakan sahaja.
7. Jangan samakan perbelanjaan kita dengan orang lain, mereka bersara sebagai hakim. Kita hanya pemandu lori.
8. Jangan mulakan perniagaan dengan modal KWSP yang diterima.
9. Jangan buat pembedahan plastik do Korea nak bagi nampak muda dan tawan hati Fazura.
10. Jangan kawin lagi, memang banyak anak gadis bergetah menanti. Berilah peluang orang bujang yang belum beristeri.

Jangan sibuk habiskan duit persaraan kita secepat mungkin.
Tip: Bahagikan jumlah perbelanjaan dan duit yang diteriam, kita akan tahu bila duit kita habis segera. Beli rumah dari sekarang sebagai tabung persaraan.

PENGURUSAN KEWANGAN

Jadi kalau nak bersara dan dapat fixed RM2000 sebulan kena ada saraan terkumpul pada umur 55 sebanyak (2000x12)/0.05= 480 000 (assume duit masuk tabung haji dapat dividen 5%)

Maknanya kena ada dalam 480 000 untuk dapat dividen 24 000... haaa... mcm tu sekali...
480 000 darab dengan dividen 0.05 kot kalau dividen Tabung Haji @ ASB masa tahun tue.
bahagikan 24 000 kepada 12 bulan jadi dapat la 2 000 sebulan.

Jadi macam mana tue...
Tepuk dada tanya selera...

Bila la nak penuh niehhh...... botol madu pun ado... >_<






Selasa, 21 Julai 2015

Kekurangan folic acid, iron & air



sebelum2 ni buat blood test x pernah pulak ada masalah dgn darah merah... ni ada pulak kurang vitamin pulak... hmmm... kesan terburuk adalah depression... patutlah kebelakangan ni asyik moody... lepas tue betis sakit... padahal bulan 7 x ada buat kerja berat... mcm2 hal... bila kurang makan sayur hijau dgn kurang makan daging... mmg lama dah pola pemakanan dh hanyut sejak x diet... bulan puasa pulak panas... minum banyak dah... tapi tetap kurang air jugak... panas dalam...

biasa orang ngandung je kena lebihkan folic asid... hmmm..... apsal lah teruk sangat tahun nie... dugaan dugaan...

anemia due to iron deficiency
anemia due to folate deficiency

Anemia is a condition in which the body does not have enough healthy red blood cells. Red blood cells provide oxygen to body tissues...........



Rabu, 24 Jun 2015

Resepi Puding karamel


Lamanya tak main masak2x........
Dibulan Ramadhan nie...
Nak share resepi best...
Sedap makan tengah2 malam...
Sejuk2x (simpan dalam peti ais dulu)....


Resepi

Bahan utk puding:
1 tin susu pekat
1 tin susu sejat
1 tin air
6 bj telur
esen vanila

Bahan utk karamel
3 cawan air - (air panas)
1 1/2 cawangula

Cara penyediaan;

Puding
1. Pukul/Kacau telur hingga sebati tak perlu berbuih2x macam buat kek tue.
2. Masukkan susu pekat & susu sejat ke dalam telur dan terus kacau.
3. Last masukkan air dan esen vanila. Setelah sebati tapis dan letak tepi.

Karamel
1.Cairkan gula dalam kuali atau pun periuk.
2. Bila guna dan nak keperang-perangan cepat2x masukkan air panas.

*** Guna air panas sebab nanti gula tak mercik2x, bahaya kalau guna air sejuk.