Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Isnin, 10 September 2018

Cuti Cuti di Langkawi - Part 1


Assalammualaikum buat yang membaca Post Cuti-Cuti di Langkawi.

Jom baca.

Plan untuk naik ETS & Ferry kena beli tiket yang bersesuai dari segi:-
-tarikh
-masa
-no seat
-menghadap ke depan @ ke belakang

GB lama dah plan, tapi setelah 5 tahun baru ada rezeki untuk sampai ke Langkawi.

Jadi nie Contoh yang BG punya trip hari tue.

Bertolak naik ETS Kampar tiket 11.39pagi dan sampai ke Arau 14.45petang. Perjalanan rileks je la tak yah nak drive cuma masa panjang tapi berbaloi pemandangan cantik. Pilih la Gerabak C dekat dengan Toilet Surau & Cafe.

Dari Arau nak ke Jeti Kuala Perlis ambil masa 1/2 jam. Di ETS Arau banyak Teksi menanti, tapi kalau rasa nak naik Grab pun boleh. Jadi tiket feri kena beli yang lambat sikit dalam jam 5.00petang. SUPAYA tidak terkejar2x dan tidak tertinggal Ferry. Jarakkan 45minit-1jam.


Untuk Bab Harga
ETS
Kalau Kampar-Arau
Dewasa RM 50.00
Warga Emas RM 29.00

Ferry
Kuala Perlis-Kuah
RM18.00

Grab
ETS Arau ke Jeti Kuala Perlis
RM 20 something 1 Grab/Teksi
tak ingat harga tapi bawah RM30.00.
Beza teksi dengan grab?
katanya grab penumpang insurans cover; teksi penumpang tak di cover insurans.
















Untuk Penginapan & Kereta Sewa, dah booking awal untuk elakkan perkara tak di jangka.

Family Room - 4 hari 3 malam
Kereta Proton FLX - Auto
Katil Queen 2
1 bathroom
A/C
Television
Dapur di penghujung bilik
Iron hujung sebelah lagi
RM 450.00
*** dekat dengan Pekan Kuah senang nak cari makan dan menshopping 😅😅😅

ok la kan tempat beradu jer;
memang masa dihabiskan di luar.





Asalnya plan 3 hari 2 malam.
Emak bersuara >>> ^kenapa kejap sangat^
 ðŸ˜…😅😅

Jadi tambah ler 1 malam lagi... yes nasib tambah hari... aktiviti terbengkalai akibat Cable Car tak jalan pagi2x... jalan tengah hari ke petang jea... huhuhu.... katanya angin kuat... bila di riki2x ada yang kata memang Cable Car jalan petang2x je sokmo... aktiviti island hopping pun cancel masa tak mengizinkan... (deposit burn)

Perjalanan sangat tenang dan lancar. Tiada tangisan baby @ sebagainya.



Pemandangan masa air surut kata pakcik driver teksi air mati. Memang lapang sangat2x sampai feri pun susah nak berlabuh.

Tenang hati dengan awan biru; tapi tak tahan teriknya matahari.



sampai di sini untuk part 1






Ahad, 22 Julai 2018

DIY bekas baju kotor / Laundry Basket

Assalammualaikum.

Ruangan bilik terhad ?
Ruangan yard terhad ?

cant get size fit behind the door 😅

ta...daaa...

diy adalah solution...

Just guna pipe dan kain.

Panjang x Lebar x Tinggi
Sukatan ikut suka hati kita.
Ikut keluasan kawasan.

Penyambung T - 4 biji
Elbow - 8 biji
Paip 8kaki - 3batang
Option Gam paip
Gergaji






























perbezaan beli dengan diy. harga murah lagi beli bakul laundry sedia ada. diy mahal beli paip. tenaga kena buat sendiri lagi. tapi diy dapat size apa yang kita nak.

kain je belum jahit lagi; warna apa nak guna... kelabu? purple? pink? putih? hijau?

😥



Ahad, 18 Februari 2018

Macam Mana Korang Maintain Bilik Tidur


Adoiii... macam mana nak bagi bilik kemas jer... tak sepah2x...  macam mana nak maintain kemas....

Tempat seluar yang dah pakai tapi nak pakai ulang mana nak letak???

Tudung aka shawl ke apa ke macam mana nak simpan???

Baju dah pakai letak mana???

Cadar selimut sarung bantal salinan semua yang dah basuh simpan mana???

Bag segala bag macam mana nak simpan???

Dilema bila bilik kecik dan sempit... barang yang amat banyak...

Baju/Seluar yang dah tak pakai.. nak buang sayang nak simpan semak... dilema dilema...

Katil double deck...  tapi tido kat lantai jugak yang best... adoiii....

Ni la bila mengemas secara besar besaran... sakit otak sakit jiwa... yang koyak nak kena jahit...yang longgar pun sama... haa... pakai lagi kain manik2x... sendiri cari susah...

Cuti CNY haaa... tak balik kampung... guna sebaik mungkin cuti ngemas bilik...






Sabtu, 10 Februari 2018

Istikharah


Istikharah yang bermaksud meminta pilihan yang  baik.

Alhamdulillah segala kekeliruan hati sudah terjawab.

23hb Februari 2018 yeay... last day kerja kat company A dan 5 March 2018 akan datang bersama company B semoga dipermudahkan segala urusan hendaknya.



*** Untuk lebih detail mengenai Istikharah

Rabu, 20 Disember 2017

Lampu Enjin Menyala - Perodua Viva


Merah Menyala Si Bunga Raya,
Biarkan ia Mekar di Sana,
Izinkan Saya Mula Bicara,
Agar Manfaat Diperoleh Bersama....


Nak dijadikan cerita dalam perjalanan pulang dari kampung halaman di jalan highway yang lurus tiba-tiba lampu enjin menyala... menyala yang tak berkelip tak padam2×... nyalaan berwarna oren... suspen sebab tak pernah jadi macam nie lagi... nasib ada adik ipar & adik masa tue... 

Tengok minyak hitam... macam ada... macam tinggal sikit.. kurang pasti... so standby isi minyak hitam sebab takut minyak hitam kering... jalan sampai rumah dan keesokkannya baru hantar ke perodua yang berdekatan... 

Dan... dan... target kerosakan adalah wire engine... kata orang perodua tue masalah utama perodua viva yang selalunya terjadi bila lambang enjin menyala adalah disebabkan wire engine... katanya... setelah tinggalkan kereta..... jam dekat nak jam 5petang dah... tak telefon jugak... nak tunggu dia telefon tue tak telefon telefon... alih-alih kita pulak yang kena telefon dia nak tanya kereta rosak apa... huhuhu...

Nak minta harga sahih pun agak susah... tunggu jugak dia telefon sampai la kita telefon semula untuk tahu harga barang, harga upah dan harga GST... aje nya membunuh... 19/12/2017 Rabu bila dah dapat harga, minta dia repair... hmmm... hari nie 20/12/2017 belum lagi terima sebarang call... minta2x paling lambat siap pun esok... katanya siap nanti dia call... wuhuhu...

Masalah wire engine dah tahu dah sebelum nie pergi service yang sebelum nie orang perodua lagi satu tempat dah bagi tahu... kena tukar wire engine... huhuhu tapi tak tahu pulak harga dia cenggini... hari tue tak tukar wire engine lagi sebab tukar barang lain dah cecah 2k... gulppp...


Untuk tukar wayar engine yang terbaru nie katanya harga dalam anggaran RM463.00

Harga barang RM 316.40
Harga upah    RM 120.00
GST               RM 26.184
Total              RM 462.60


Hmmm... hati dah tak sabar nak ke perodua... sebab sebab sebab ???

Ada lagi yang rosak kat kereta nie...

Paling parah... belum repair...

Air-cond...


Air-Cond macam2x nak kena ganti barang katanya... perodua yang satu lagi tempat kata... quotation yang pernah dia buat sebelum nie... kereta viva jugak katanya... kos dalam 3k... wahaahaa... aje membunuh.... haaa.. tue dia akibat langsung tak pernah service air-cond selama hayatnya viva tue.. hayatnya sudah 9 tahun....  perodua yang ganti wire engine pulak katanya kos untuk repair air-cond dalam 1k... tue yang nak tahu tue ganti apa... apa dan apa... kot boleh ganti sikit2x... sabar... kena tunggu tukar wire engine siap dulu baru pergi tanya harga untuk repair air-cond...


Siapa ada pengalaman lampu engine menyala?

Siapa ada pengalaman masalah dengan air-cond?

Share la pengalaman anda di blog... senang orang nak refer...

__________


23/12/2017

semalam ambik kereta dan bilnya... slalu ada pulang barang gantian... tapi semalam tak de pulak dia pulang barang gantian...  kalau telefon tanya pun susah... tak tanya makan hati... set wayar banyak... wayar  mana entah yang rosak... sekarang orang repair nak senang diaorang je... full set nak di tukar... kita owner kereta la yang merana bayar kos repair...




Hmmm mintak tolong keluarkan minyak hitam pun tak dikeluarkan... dia kata minyak ok ngam... hmm habis tu wire engine yang rosak tue ke makan minyak hitam 2.5 liter??? asap dah la keluar berkepul2x pagi tadi... adoiii... nak kena cari bengkel lain untuk check apa masalah asap berkepul... tapi yang pasti bila dah tuang 1.5 liter 2nd isi masa kat highway yang jadi asap berkepul2x... bau hangit kat depan bila press minyak... baca kat google boleh jadi disebabkan lebih minyak hitam... kalau tak keluarkan takut leaking & rosak benda2x lain...

Tak sampai sebulan service aka tukar minyak hitam... mula ingat minyak hitam ada leaking ke apa...

Bila lampu engine nyala top up 1 liter... lampu ok sekejap dari slim river ke sg buloh... kemudian lampu nyala lagi... top up lagi 1.5liter... tak berkesan dah... lampu terus je menyala sampai la sampai ke rumah...

Isi minyak hitam sbb ingat lampu engine nyala sbb minyak hitam kurang... so dalam kereta tue macam jadi banyak je... apsal dia kata level minyak hitam ok... adoiii otak lemas... something wrong here...

kalau kata level minyak ok... maknanya engine makan minyak? ke ada leaking? asap kepul2x tue dah kenapa pulak? tak terjawap persoalan nie...