Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Jumaat, 30 November 2018

Mimpi Mainan Tidur

Lagi lagi lagi...

Lamanya tak mimpi.... sekali dia punya mimpi suspen panjang...

balik dari mana tak sure.
2 kereta. 1 dah jalan.
naik punya la naik apahal la tak muat.
2kali keluar masuk kereta.
rupanya 6 orang. patut kena naik kereta lagi 1. dah tak muat tup2x nampak ada train. jadi cakap la tak pe la kita naik train.

nak naik train kena naik tangga.
dah beli tiket, lari2x nampak kawan.
ajak naik sekali sebab beli tiket 5.

lari2x kena tahan dekat check tiket. tiket salah pergi tempat lain.
nak tukar tiket dpt bantuan dari HOD
(adoiii apahal la HOD masuk mimpi)

Lari2x naik tangga nak cepat main gayut2x je sekali erhhh tak lepas kena jugak naik tangga. ingat gayut2x sampai dah. sekali pergh punya la tinggi tangga 3 kali ketinggian fly over. 😂😂😂

tiba kat tempat check tiket dia lepaskan sebab tiket kat kawan dah lari ke depan laju masuk train dulu.

lambat ingat train tak tunggu. tapi orang ramai sorakan lari2x train tunggu. 😂😂😂

sampai dlm train cari kawan balik sebab tiket train.

banyak betul keadaan yg ditempuhi tue.

naik tangga tak habis2x..

Isnin, 12 November 2018

Cuti Cuti di Langkawi - Part 3


Next plan yang ada dalam senarai. Sambil tengok tempat bersejarah sambil cuci mata.

Pantai Pasir Hitam
Beras Terbakar
Kota Mahsuri
Minyak Gamat Warisan Saju Langkawi
Minyak Gamat Nusantara
Gedung Bayu Enterprise - Gudang Batik Jawa
Idaman Suri
Langkawi Saga
HIG




Pantai Pasir Hitam

Tak sampai 15 minit kejap je kawasan nie gelap dan macam malam terus... melayan matahari terbenam... itu je yang sempat... kawasan memang sunyi... kurang pengunjung...

Tapi yang sukakan matahari terbenam... view sangat best...

Pasir hitam? ada pasir hitam tapi tak la banyak... maybe ada masa2xnya kot...








Beras Terbakar

Uishhh nak sampai ke kawasan beras terbakar... tak disangka2x kena lalu gerai2x kain batik.... dan kawasan dia terletak di dalam laman rumah penduduk...



12/11/2018 belum sempat update full

Khamis, 1 November 2018

Zamani Slam - GV


Penyanyi pujaan hati.
Hmmm... lama tak play kan dalam gegendang telinga lagu2x dia.

Lama tak tengok siaran hiburan di television; kecoh di wall FB zamani gagal nyanyikan lagu mengapa perpisahan yang kau pinta.

I feel you bro. Hilang suara satu faktor. Tapi jiwa kacau wuwuwu... tak terbawak kalau dok nak feel bawak lagu sedih...

Haisshhh jiwa terbawak jauh balik ke 17-18 tahun yang lalu....


LIRIK MENGAPA PERPISAHAN YANG KAU PINTA BY FLYBAITS

Seketika itu
Sepi mencuit hati
hanya suara hujan seakan menyanyi
mendendangkan lagu syahdu
seketikaku terpegun merenung jauh
gambarmu sayangku

Terkikan rasa bila kata-katamu kau ucapkan padaku
Dan kau membuatku terpaku
Bersama-sama suratmu
setelah kubaca kini
seolah kuberada dalam mimpi

( korus )
Titisan demi titisan
air mataku Jatuh berlinangan
ku genggam gambarmu
dalam pelukan mesra
tak mungkin dapatku melupakan mu
sayang
di dalam dunia ini
Tak mungkin dapatku cari pengganti
Dirimu

oh.. mengapakah
perpisahan yang kau pinta (dariku)
janganlah kau lupa
satu ketika dulu
kita pernah bersama
berjanji dan bercinta
tapi kini kau mungkiri
segala janjimu dulu
Dimana terletak kejujuranmu
 




Sabtu, 13 Oktober 2018

Cili Kering Beku

Hari sabtu datang lagi....
jom... jommm... jommm...

Jom....siapa yang masak pagi2x sebelum nak berangkat kerja & balik kerja nak kena masak; kita buat stok cili kering aka cabai kering. Mempercepatkan memudahkan kerja-kerja

Step 1 :
Potong cili buang biji, basuh kemudian rebus cili 2-3minit.

Step 2 :
Blender cili yang dah disejukkan tadi dengan air rebusan  cili dicampur sedikit garam. Kacau hingga pekat dan naik bau.

Step 3:
Sejuk bekukan dalam peti ais. 


Step 4 :
Keluarkan dari bekas dan potong-potong dalam besar-besar kiub ais. 











Bila-bila nak masak ambik je campak dalam periuk/kuali.

Sebenarnya boleh je blebd sekali dengan bawang & halia pagi-pagi kan? Tapi rasa dia tak sama bila masak kan?

😅😅😅










Selasa, 9 Oktober 2018

Cuti Cuti di Langkawi - Part 2


Sambungan part 2.

Plan nak kemana seterusnya.

Contoh
Day 1 - hari ketibaan
Check in rehat
Malam jalan2x cari makan
*** GB malam ketibaan GB jalan survey location arah jalan kiri & kanan dari roomstay.

Day 2 - hari jalan2x
Pagi hening bangun semangat nak naik cable car; macam tak pernah naik.
Erkkk... memang tak pernah naik cable car yang kat langkawi... 😅
Korang baik plan cable car pergi sebelah tengah hari ke petang. Kalau kena pagi tak jalan; memang menganga tak tau nak buat apa. Time GB hari tue angin kuat so cable car tak jalan. Huhuhu separuh hari menunggu.

Berfikir nak kemana2x; mula2x pusing jugak area situ tapi tak ada apa yang menarik.

So decide ambik la combo tiket b. Hentam sajala labu. Nasib emak & abah layankan saja.

Commbo B:-
Skycab
Skydome
Skyrex
3d art
6d cinemotion

Tapi paling lama memang dalam building yang penuh dengan gambar 3d nielah. 😂



lepas tu kejadian makan tak ingat... makan dulu ke... naik cable car dulu... adesss... makan dekat situ banyak kedai makan... nak murah dekat food court jer senang banyak pilihan.

Masa beratur panjang la jugak. sebab berliku2x 😅. Baca la apa yang ada kat dinding situ.


View dari dalam cable car.
Tuhan saja yang mengetahui.


Nampak macam mainan jer.

Alhamdulillah hajat yang disimpan rapi.
Selama 5 tahun. 2 tahun tak de rezeki dalam masa. 3 tahun abah sakit dan dalam tempoh pemulihan mild stroke.

Pemandangan yang sangat tenang.

Emak Abah berehat sambil makan ice cream & minum air dekat kiosk bawah. Anak dia dah macam apa; berjemur bawah terik matahari kat tingkat atas semata2x melayan view. Memang hitam berbelak muka.

Dah puas hati ??? Jangan tanya soalan nie.
Jika diberi rezeki dariNYA insyaallah.

Balik survey jalan lagi ke dataran berdirinya mercu tanda Langkawi yang gah.


Disebabkan periatiwa ni dah lama; so makan memang tak berapa nak ingat. Kalau tak salah hari kedua untuk makan malam makan di reatoran sajian murni. Seronok tengok family makan; walaupun kena bebel sebab ikan masak masam manis mahal.
😁😁😁


done part 2