Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Ahad, 28 Julai 2019

Ice Cube Bitter Melon / Peria Katak untuk Diet

Assalammualaikum
Salam Sejahtera...

Dah pernah try tak Bitter Melon Ice Cube??? Untuk sesiapa yang susah nak makan peria katak macam kita... tapi nak sihat nak turunkan HBP... meh la try buat & minum pagi2x sebelum pegi keje... 😅😅😅

Guna bekas ice cube yang macam nie.

Blend 5 biji peria katak saiz kecil. Kuantiti air yang digunakan cukup tenggelam peria katak tue.

Bila dah beku rupa dia macam nie. Siap sedia untuk digunapakai setiap pagi. Blend sebiji epal & 1 batang celery bersama air putih 500ml.

50ml ketepikan untuk minum bersama 2 ketul ice cube peria katak. 450ml masuk dalam botol untuk sarapan pagi dekat office....

Selamat mencuba...


Serai Tahan Lama

Viral dalam FB orang share cara simpan bahan mentah untuk memasak...

Kita dah try... awak-awak bila lagi...

Serai simpan dalam peti cepat mengering... jadi kita pun bekukan dengan air paip je...

Elok lagi air masak... siap titik-titikkan supaya senang terus masuk dalam periuk.. kita buat ari tu tak titik-titikkan.. aternya beku susah nak ketuk... kena siram air panas dulu... baru boleh ketuk guna anak lesung...


Rabu, 10 Julai 2019

Darah Tinggi dan Gula dalam darah

Assalammualaikum buat yang membaca post ini. Semoga semuanya berada di dalam keadaan sihat hendaknya.

Sebulan berpuasa sudah dan sebulan beraya pun sudah berlalu. Sejak kebelakangan nie pergi klinik dalam keadaan tak bermaya dan setiap kali itu jugak bila bacaan HBP dibuat mesti tinggi. 150/90 😣😣😣

Dan yang terbaru 163/100 😣😣😣
yang terbaru pergi sebab tangan rasa sakit berbalik semula. Dulu pernah terseliuh dah lebih setahun ke dua tahun pun dah tak ingat. Sekali Dr. tulis surat refer Dr. Pakar untuk Neuro. Hmmm.. biasa la kan bukan senang nak lepas ke Dr. Pakar untuk hospital goverment. Nak kena saring dulu. Dengan itu NN pun gigih control pemakanan semula.

1/7/2019 - Daftar & jumpa Dr.
9/7/2019 - Ambil darah
15/7/2019 - Jumpa Dr. utk HBP & maybe result bacaan darah

Macam2x hal timbul. Dekat klinik & hospital bacaan tinggi. 150/90. (bacaan tgh hari)

Dekat rumah tak pulak tinggi untuk sys tue... bacaan dia lebih kurang. (bacaan pagi)

Sampai pergi balik tempat beli machine HBP Omron tue & minta pengesahan mesin tak rosak.

Yea mesin tak rosak. Mula2x buat test bacaan yea 150/90... tapi setelah pharmacist tu berpesan... rileks... tarik nafas dalam2x 3 kali... bacaan pun turun la macam biasa selalu ambil dekat rumah.. faktor persekitaran jugak asbab bacaan naik... dan perasaan yang tak rileks... dekat rumah kan tenang je... tak serabut macam dekat hospital... dekat hospital fikir macam2x... 😄

Lepas nie kena bertendang dulu....

Tue la... tak sedar diri dah nak masuk __an...

Seronok sangat buat serunding tido 3-5pagi... seronok sangat terima tempahan biskut raya... tu dia...

Mendapat sakit tangan di tambah HBP...

Dalam rekod sendiri ada penurunan pada tarikh 7, 8 & 9... biasa bacaan dia 90an.. dia dah masuk 80an... harapnya makin turun sebelum pergi hospital 15/7 nie...

Nervous nak tunggu 15hb/7...
Adiosss...

______________________________________________
28/7/2019 - Sunday

Apa cerita pergi next check up hari tu ?
Alhamdulillah bacaan BP turun.. maybe tak nervous macam masa pertama kali jumpa doktor.. siap tersadung kaki...

Ta...pi gula tinggi... cholestrol tue sedia maklum tinggi.. sebab badan obesiti... yang tak disangka... GULA tinggi... nie bukan gula total... yang nie untuk bacaan Pesakit Diabetis... HbA1c 7.1 mmol/L...

5.6-6.9 pre-diabetis

7.1 tue dah masuk diabetes tahap 1

Kalau tak nak makan ubat... Doktor pun bagi masa 3 bulan untuk turunkan bacaan HbA1c tue...

Cara dia ?

Control pemakanan dan turunkan berat badan...

Target 1st.. kena turunkan sebanyak 5% dari berat sekarang...
95.3kg - 5% = 4.765kg
95.3 tolak 4.765 = 90.535kg
Nie berat masa 1st time jumpa Doktor.

2nd time jumpa Doktor ambil result darah...
93.3kg kot.. tak ingat... anggaran...
93.3 x 5 = 466.5 ÷ 100 = 4.665
93.3 - 4.665 = 88.635kg
Seingat2x kita... rasanya Doktor cakap kena timbang awak masa bulan 10 nanti berat awak 88.5kg... 😅😅😅

Doktor tanya nak jumpa Pakar Pemakanan tak ? Kita tanya dia balik... Doktor rasa ??? Macam nie la saya buat surat untuk awak jumpa Pakar Pemakanan.. susah nak dapat jumpa dia.. kita pun apalagi... kalau macam tu ok la.. saya nak jumpa Pakar Pemakanan...

24/7/2019-Hari Rabu 10pg
Seminar dengan Pakar Pemakanan
***Peringatan untuk diri sendiri... jangan meleha2×.. kan dah lambat...

Semua dah siap pagi2x.. bekal makan lunch dah siap... bekal jus apple celery dah siap... baju dah iron... orangnya dah mandi... sekali ngadap youtube pulak... nasib ngam2x sampai jam 9.55pg...

Masuk seminar Pakar Pemakanan dengan fikiran kosong... salin apa yang sempat... ada buat voice record... tapi ada ke pun.. tak try dengar lagi...

Explanation mengenai...
1. Obesiti
2. Hypertension
3. Cholestrol
4. Uric Acid - dia tak cakap sbb masa seminar tak de yg uric acid tinggi kot

Semua penerangan adalah basic bagi sesiapa yang pernah DIET... untuk yang tak pernah ambil tahu.. semua info adalah sangat membantu...

Serba sedikit apa yang disampaikan masa seminar... nanti kita tulis dekat entry lain... panjang giler dah entry yang nie...

Dan sekarang.... tunggula... bulan 10 nanti...
😅












Khamis, 30 Mei 2019

Top Overhaul Kereta Viva

Assalammualaikum.

Nora hanya share pengalaman apa yang terjadi. So kalau ada persoalan sila rujuk pada yang pakar.

Pada suatu hari kita hantar kereta untuk di service. Bermula la episode.. hmmm.. hmmm... hantar service... masa consultation dia explain enjin problem minyak hitam leaking & maybe plate bengkok.

Nora pernah share post Kereta Viva Wire Engine Rosak.  Masa di tengah jalan highway.

Apa yang tahu? try je top up minyak hitamlah kan. Keesokkannya ke produa la untuk repair. Sebab asap berkepul2x logo enjin masih kejap2x merah.

Dah survey dalam google kalau lebih minyak hitam effect dia asap berkembut2x. Masa ke produa dia kata minyak hitam ok tak lebih pun. hmmm.. pelik... kita punya la top up lebih dari 1/2 botol... tak lebih katanya... kita pun terima je la apa dia cakap sebab dah namanya perodua. Sorry bukan nak memburukkan nama. Tapi mungkin juga ada kesilapan teknikal dimana2x.

Baca lagi dari google.. kalau minyak hitam lebih.. nanti kereta kena top overhaul... tue dia... betul wooo... tup tup tak pasal2x dia kata nie nak kena top overhaul nie.

Jadi kita yang perempuan nie terima la. Sebab kita nak pakai pergi ulang alik kerja dan balik kg. Risau sesuatu terjadi di tengah jalan.

Masa nak buat top overhaul tu katanya standby bajet kot2x kena tukar plate. Kalau boleh skim x perlu tukar plate. Katanya dulu pernah jadi enjin panas disebabkan kipas enjin rosak maybe plate boleh bengkok.

Nampak tak... nora nampak 2....
Minyak bocor sebab apa?
Plate bengkok sebab apa?

Dua kali buka enjin... 2 kali caj... rm250 x 2 rm500...

Kalau cawangan lain hari tue dia tak caj 2 kali. masa dia buka enjin pertama untuk tukar barang dia nampak ada rosak yg perlu ditukar dia terus telefon untuk dptkan permision next apa nak buat. Kita proceed terus je dia buat. Yang cawangan nie buat satu dulu, pasang balik enjin kot gamaknya lepas tu telefon & kemudian repair balik bila kita confirm next tukar barang kedua. Tak tahu le mcm mana. Kadang rasa mcm tertipu. Wuhuhu... lain cawangan lain style.

Next update to be cont...


Selasa, 23 April 2019

Mimpi muntah bertubi-tubi


Maksud dia pigi la survey kat goggle ???

Lepas muntah dekat kawasan A
muntah dekat kawasan B

Lepas muntah dekat kawasan B
muntah dekat kawasan C

Macam mimpi seram... mimpi dalam mimpi.... terbangun tapi masih lagi mimpi...

Hangin satu badan...

Tak boleh percaya tahyul...

Tapi kebetulan...

Lepas 1 bil... 1 bil... 1 bil... 1 bil.. 1 bil.. nak kena bayar... adesss....

Bulan wallet kempis...

Memang kena dengan mimpi...

😅😅😅