Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Sabtu, 16 Februari 2013

Resepi Brownies Cake

Kek nie sengaja di potong kecil-kecil supaya mudah orang nak amek makan. NN buat masa jamuan makan-makan masa raya tahun lepas untuk office.


Yang nieh pulak untuk NN makan kat rumah... wah... sedap...


Bahan-Bahan
200 gm butter/marjerin
200 gm choc masakan
170 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
170 gm gula halus
4 biji telur ayam

Cara-Cara
1. Didihkan air unuk double boiler coklat & butter. Bila dah sebati boleh ketepikan adunan.
2. Mix gula dan telur sehingga kembang.
3. Masukkan tepung dan serbuk koko dalam adunan telur dan ingat kacau guna spatula sahaja.
4. Masukkan pulak adunan choc dan kacau sehingga rata.
5. Sediakan bekas untuk bakar @ kukus kek. Kukus lagi sedap berbanding bakar. Struktur kek akan lebih basah dan nyummy.

Topping
Choc + Whipping Cream. Cairkan coklat bercampur dengan whipping creame. Sukatan adalah mengikut anggaran, kalau nak bancuhan tue cair tambah lebih whipping creame, kalau nak pekat, kurangkan whipping creame.

Selepas siap di bakar, tuangkan topping dan taburkan choc cip untuk hiasan.

NN buat kek besar guna resepi nie jugak.
Gambar boleh click link nieh.
Birthday Cake Utk My Sis



Tiada ulasan:

Catat Ulasan