Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Jumaat, 7 Julai 2023

KENAPA AKU DIUJI ?

KENAPA AKU DIUJI ?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta" - Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" - Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al- Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan)," - Surah Al-Imran ayat 200

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2x muk'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... - Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129


AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

" ... dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Semoga ianya menjadi renungan dan panduan kita bersama. Allahu 'alam - Edaran Mohamad Sufian Hasim (Building Surveying Dept)

💞💞💞

Jumaat, 29 Julai 2022

Sofa oh sofa



Assalammualaikum,


Buat yang singgah santai di Blog Golderbutterflies nie.


Lamanya tak berblog.


Hari nie terasa nak share 1 DIY yang orang lain pun boleh try.


DIY tukar sarung badan sofa & sarung kusyen. 

Yang perlu ada :

1. Sofa lama

2. Kain

3. Mesin Jahit

4. Heavy duty stapler

(https://shopee.com.my/product/1530870/2070795620?smtt=0.102457287-1659028719.9)

5. Gunting

6. Hammer

7. Portable handrill

8. 03MM U Tip Nail Staple Rivet Tack Puller Upholstery Staple Remover Screwdriver Tool  (https://shopee.com.my/product/175748596/12040005598?smtt=0.102457287-1659028520.9)

9. Non woven fabric

10. Gam Dunlop 

11. Span - boleh beli kat kedai bunga @ kedai sofa @ shoppe.

12. Player



Nie yang belum habis tukar.

Nie yang dah siap di tukar bajunya.


Bahagian belakang dan bawah yang dah berlubang. Biasakan terjadi ? 

Anak2 simpan remote dalam tu. Anak2 lompat2 atas tu.



Dulu set sofa ni datang dengan meja kopi yang hampir dibuang dek kerana rumah burung kan ruang limited. So dari dibuang NN pun buka cover & potong ikut ketinggian base sofa. Kemudian balut semula & add span foam baru.




Span berbalut hitam, beli dari Otai Sofa di Klang. Taip je nama Otai Sofa dekat FB boleh jumpa PAGE dia.




Kebiasaan sofa buka dari tapak dia yang berkain non woven. Gunakan pembuka ubat stapler kalau ada jenis player lagi senang. NN guna yang macam kuku kambing tu. Refer gambar paling last.


Ceraikan bahagian arm dan seat. Biasanya kalau sambungan pakai skru senang la buka. Kalau pembuat sambung guna paku, menangis la jawapnya kalau nak buka confirm rosak kayu bingkai 


Touch up dengan span untuk bahagian mana yang dah damage tue dulu. NN gunting saja tanpa sukat aka main agak2. Letak gam dunlop terus stapler.



NN guna kain recycle je untuk penjimatan kos.

Kain purple & bunga2 purple tue kain langsir. Potong jadikan sarung kusyen. Sukatan ikut size sarung asal. 


Kain hitam untuk balut badan sofa beli di Nagoya Shah Alam. RM 12 / meter. NN beli 15 meter. Ada lebih dalam 2-3meter macam tue.


Sukatan tiru semula sarung lama & sukat sofa semula, sebab sarung lama kain dah meregang so size akan lari nanti.



Alatan penting untuk buka ubat stapler & untuk pasang semula.



Dekat atas NN ada share link shoppe. 


Projek NN yang lama terbengkalai. Bila menganggur siap la projek nie. 😄


Bagi yang berkemampuan order la sofa baru. Bagi yang tidak mampu macam NN, kita pilih repair semula mengikut color pilihan kita.


Sekian dari NN.



Selasa, 9 Jun 2020

Matte Creamy Lips - MCL FREE POS (2PCS/RM50.00)



LIPMATTE HAUS TAK MELEKAT PADA CAWAN

Bila kita minum habis lipmatte lekat dekat cawan. Malu je orang duduk semeja dengan kita, berbekas bila cium baby, habis lekat kat muke baby tu. Kalau anak kita takpe lagi, anak orang? Allah segan je. Mak Ayah dorang duk jeling.

Bila cium tangan suami, abis berbekas tangan tu. Nampak murah je lipmatte tu. Malu lagi dengan suami. 

Ada ke lipmatte tak melekat???

Ade. Dengan lipmatte Haus semua situasi diatas dapat diatasi.

Sekali oles je, dap atas bawah terus full coverage. Senang nak apply dan yang UTAMA bile kita pakai lipmatte ni TAK MELEKAT dekat permukaan tu dan tahan lebih lama. JIMAT !!!

Seronoknya dunia. Dah tak segan gi kenduri ke kalau minum kat gelas. Dah tak kena jeling dengan mak ayah kalau cium baby, dah tak kena tegur dengan husband kalau tangan die berbekas lipmatte. Alhamdulillah, dengan 1 produk selesai masalah.

Untung tak?? Setel masalah yang memalukan ni. Dapat plak dengn harga promosi 2pcs RM50 je dan FREE POS. Ade 12 color cantik tertarik.

Jom grab sekarang wasap Nora di 018-668 3836












Click Pages for more video : https://www.facebook.com/NorNora01/





Sabtu, 18 April 2020

Sekalung Rindu

Coretan pendek

Di keheningan malam sepi menyelubungi diri.

Tak kala kita termanggu sendiri, tuhan mencuit hati kita untuk merindu. Tapi untuk siapakah perasaan rindu itu ?

Rindu... yang membuat hati dan jiwa bercampur baur... takkala hati mengetahui rindu kita kepadanya tak kan terbalas... kerana di kala kita merindui dia... dia merindui insan lain... jiwa rebah...

Sesungguhnya...

Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang dia kehendaki dan di sisi-Nya-lah terdapat Umul Kitab


Jumaat, 27 Mac 2020

Covid-19 2019/2020

Dunia digemparkan dengan virus covid-19 pada akhir tahun 2019 dan pada March 2020 masih belum dijumpai antivaksinnya...

Jika ditakdirkan kita dipanggil dengan cara ini. Kita nak minta maaf.

Maafkan segala salah tutur kata kita. Halalkan makan minum kita.

Semoga covid-19 segera berakhir.