Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216
Memaparkan catatan dengan label Masker. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masker. Papar semua catatan

Ahad, 26 Mei 2013

Papaya Mask a.k.a Masker Betik


DIY Masker Dari Buah Betik.

1st time try... terus jatuh CINTA.

Selepas pakai HoneyLemonKunyit 2 kali.

Terus try test mask yang lain pulak.

Papaya Mask.... lup lup lup...

Sangat sangat suke, lepas pakai kulit nampak bersih jer... putih... kalaulah tak ada pigmentasi kat muka... tak ada merah sana sini... comeynya... wahaha... perasan...

Malam pakai dalam 15 minit. Lepas tue cuci dan memang terus nampak perbezaannya... memang betullah betik itu memutihkan. Tak ada la orang kata memutihkan dari gelap ke putih. Macam mana nak cakap pun tak tahu. Apa pun try lah dulu, tengok macam mana.

Masa keesokkan harinya di office... suka sangat... sebab kulit dari pagi ke petang nampak putih dari hari2x biasa. aiceh aiceh... yoyoo jer ayat... sebenarnya kulit tak kelihatan kusam... tu jer sebenarnya...

Hari ke dua pemakaian... errr... besh sangat layan sejuk kat muka... tertido2x... 45minit mask kat muka... sampai mask kering dan susah nak taggal ler pulak... keh2x.... tapi wa.... comey bila muka dah kena bilas...

Dalam page nieh cakap memang mask nie sesuai sangat kepada mereka yang mempunyai kulit muka yang ada pigmentation, tompok gelap dan sun burn. Papaya & Honey Face Mask

Apa pun NN sangat berpuas hati dengan mask yang nieh berbanding dengan HoneyLemon & HoneyLemonKunyit.


Bahan2x 2-3 sudu oat yang dah siap di blend, 1 sudu madu, dan 3-5 kiub buah betik. Haaa... itu jer... senang jer, campurkan kesemua bahan kacau bagi mixed well, dan kemudian boleh sapu terus kat muka menggunakan berus comel.

Kalau tak cukup oat tambah oat... kalau tak cukup betik tambah betik. Kalau ikutkan 2 kiub betik dah cukup dapat untuk bancuhan 1 muka... biar bancuhan likat, tujuannya supaya bila sapu kat muka, ia lekat kat muka. Lepas tue boleh baring 15 minit rehatkan diri.


Honey, Lemon, Tumeric Powder Mask a.k.a Masker Madu, Lemon, Serbuk Kunyit


Dah cuba HoneyLemon Mask ?

NN dah dah dah !!!

Lepas dah try HoneyLemon Mask jom try add 1 lagi bahan dalam mask nieh.

Serbuk kunyit!!! yang selalu guna untuk goreng ikan & ayam tue.

Jadilah Mask HoneyLemonKunyit... >_<

Yang nie NN terpengaruh dengan video you tube yang nie pulak. Skin Pigmentation

Tempoh pakai mask hanya 15 minit. Bagi NN dah mencukupi sebab bila terlebih masa muka NN akan rasa pedih2x. Pedih nie lain sikit dari pedih Mask HoneyLemon, yang nie kuat sikit lagi. Mungkin sebab kunyit kot.

Sebelum dan selepas bilas guna air suam. wahaha... muka sangat cantik... cantik lah sangat kononnya... kuning habis... memang nampak jelas segala cela yang ada kat muka tue nanti... tak usah dok perasan hokey.. melainkan kulit asal memang gebu putih mulus... sob sob sob...

Kelebihan serbuk kunyit
- untuk hilangkan kegatalan akibat di gigit serangga
- untuk cuci luka2x kecil
- untuk kecutkan jerawat

Orang dulu2x selalu asahkan kunyit kat batu sungai untuk dapatkan extract kunyit tue dan terus sapukan kat muka. NN ingatkan untuk apa, rupanya untuk kesihatan kulit muka.


Bahan2x, 2 sudu serbuk kunyit, 2 sudu extract lemon di tambah 1 sudu madu. Campurkan ketiga2x bahan, kacau hingga sebati. Lepas tue kalau nak sejukkan dalam peti ais pun boleh. Bila sapu kat muka sejuk jer. Biarkan dalam 15 minit. Kalau lebih masa muka akan rasa perit. >_<


Ref:-
Turmeric Benefits


HoneyLemon Mask a.k.a Masker Madu Lemon


Secara ringkasnya.
- madu dapat menyembuhkan luka.
- lemon pulak bersifat anti bakteria.

Nie konon2xnya nak memudarkan pigmentation lah konon, jadi NN terpengaruh dengan you tube yang menunjukkan penggunaan madu & lemon sebagai mask. Skin Brightening

Siapa yang tak pernah pakai jom try. Saja nak try test kot mau pulak hilang pigmentation kat muka NN nieh.  Bahan pun senang didapati. Hanya diperlukan madu dan lemon je. Senang nak buat, senang nak pakai malam2x sebelum tidooo.

NN pakai kalau tak salah dari 8/5/2013 sampai 15/5/2013 setiap malam hanya sekali sehari selama 15 minit. Kalau lebih masa NN rasa muka gatal2x dan start pedih2x.

Apsal pakai kejap jer?
Tak serasi ke? 
Ada masalah ke?

Nope! Nope! Nope!

Sebab hari berikutnya NN buat mask lain pulak. Mask HoneyLemonKunyit. >_<





Ref:-
Benefit Honey & Lemon Juice
How Long It Will Take