Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216
Memaparkan catatan dengan label Riadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Riadah. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Mei 2013

Lagi Gambar Tasik Cyberjaya



Taman Tasik Cyberjaya post lama.

Dulu titi titi reput.... sekarang tak lagi.... weee!!!

Tangkap gambar Pemandangan di saat menenangkan hati yang sedang gundah...




















Jumaat, 23 November 2012

Taman KLCC

Semalam dah bersiap sedia untuk ke Taman Tasik KLCC. Sebelum bergerak jalan kena pastikan dah ke toilet terlebih dahulu. Sebab nak terus pusing satu tasik untuk menikmati pemandangan. Tak mau tergesa-gesa berjalan-jalan ambil angin kali nieh. Tujuan sebenar mengunjungi Taman Tasik KLCC adalah untuk melihat sesuai tak dijadikan tempat jogging di kala petang hari. Eicheh-eicheh...

Cantik sangat suasana kat Taman Baru dibahagian sebelah kanan KLCC. Hijau lumut dan pengcahayaan yang membuatkan nampak seakan-akan memberi sinar bahagia. Tak percaya? Tak percaya pergilah tengok sendiri. Kalau pagi hari mesti lagi cantik, maksud aku masa matahari tengah terbit.




Photobucket
Gambar jadi bercahaya-cahaya, suka sangat duduk kat sini. Dah snap sana sini terus berjalan menuju pintu utama KLCC. Cari macam mana nak ke Tasik KLCC. Sebab tak pernah lagi pergi Track Jogging kat sini. Hari pulak semakin gelap seakan-akan tak mengizinkan langkah untuk diteruskan. Tapi aku tetap teruskan jugak. Waktu tue dalam hati dah cakap, dah sampai sini, tak kan nak balik tanpa pusing tasik. Selagi tak hujan ku hayunkan je kaki berjalan keliling tasik.

Pemandangan sekeliling track jogging sangat cantik, ramai orang kat Tasik nie. Ada yang dengan rakan-rakan, ada yang datang berpasangan, ada yang datang dengan keluarga. Yang datang dengan keluarga best, sebab kawasan Taman Permainan Kanak-Kanak a.k.a Children Playground kat situ besar. Kemudian ada pulak kolam untuk kanak-kanak. Memang suka la budak-budak main kat sini. Sebab boleh main mandi kolam!!!

Gambar yang sempat aku snap.







Tak dapat nak jalan-jalan lama. Sebab keadaan hari yang tak mengizinkan. Mendung dan renyai menanti hujan. Guruh berulang-ulang berdentum, orang ramai dah ramai clearkan kawasan taman. Kalau kena hujan nanti badan tak sihat, tapi aku masih setia sehingga menghabiskan 1 pusingan tasik. 

Hmmm... jika di izin, jika panjang usia... insyaallah tak kemana. Apapun kawasan yang sangat cantik untuk jogging. Cuma buat aku, aku tak biasa bila ramai orang. Kalau ramai orang jogging tak pe, tapi bila ramai orang bersiar-siar hmmm... rasa tak selesa pulak nak jogging bila kena dipandang-pandang. Kan aku comel lagi pendek, begegar sana-sini bila jogging. Malooo...

Sekian coretan untuk hari ini...

* gambar-gambar nie hasil tangkapan dari HP sony aku dan di edit dengan software yang terdapat dalam internet...

~goldenbutterflieqiss~




Khamis, 15 November 2012

Taman Tasik Cyberjaya

Satu lagi tasik yang best untuk jogging... tapi sedikit sayang sebab ada bahagian yang tak dapat nak lalu sebab faktor titi nya yang reput... kawasan bahagian tersebut jugak agak sunyi... (memang sunyi kat part paya titi-titi belakang tue) saper berani lalu... dia lalu jer... kalau reti berenang boleh la lalu... kot2x jatuh bolehlah sambung sukan renang pulak...

Macam mana nak ke sana... sila guna google map...
Google Map


 kalau senja matahari terbenam mesti cantik... ngeee...

 dari jauh... hujung tasik dah nieh... hati2x ada biawak kat paya nieh...

tak tau la amek gambar apa pun tak tahu...

 cantik... ada pulau kecik... dari titi nie boleh nampak ikan besar2x dalam tasik nieh...

 kat sini jugak ramai orang main kasut roda... kat astaka sana nun...

 tasik sini kecik jer... tak besar sangat... sebab tak dapat 1x pusing... ada 2 titi reput... jadi tak dapat pegi menara pandang kat situ...



kalau NN pergi sini... NN buat 3kali ulang alik... dapat la keluar peluh sikit...

suka pergi sini... sebab cantik!!!

tenang jer...

kalau bawak family beriadah... kat sini ada taman permainan kanak2x... besar jugak... puaslah budak2x tu berlari2x... tapi nak kena jaga la... nanti silap2x leka... ada yang berjalan menuju ke tasik... huhuhu...

berdekatan tasik pun ada kelab komuniti taman tasik cyberjaya... macam2x ada...
Kelab Taman Tasik Cyberjaya

Lagi Gambar Tasik Cyberjaya


Tasik Metropolitan a.k.a Taman Layang-Layang ~ Kepong

Masa mula-mula dulu baru2x nak start round kawasan nie NN buat 1 pusingan je, berjalan dekat tasik nie. Memang tak puas sebab kurang berpeluh. Setakat nie baru sekali je NN pusing tasik nie dengan moderate jogging 2x pusing sekaligus. Yang lain2x 1 pusing jer... Hmmmm... 2x pusing baru rasa lebat berpeluh.... 2x kali pusing lebih dari sejam lah jugak... gulppp...

Rasa macam dah 5 kali dah kot ke Tasik Metropolitan nie untuk riadah... seronok pergi sini sebab kawasan sini besar, banyak kemudahan alat senam, orang pun ramai. Tapi kalau dari kawasan rumah NN, Tasik Metropolitan nie agak jauh untuk dijadikan kawasan riadah di hujung minggu.
  
    Jogging track 3.5km
   Sumber
   Map My Run

Seperti biasa... gunalah google map untuk search tempat...
Google Map

Untung siapa yang berdekatan dengan Tasik Metropolitan nie... boleh jogging hari2x... setiap petang... mesti badan sentiasa fit jer...

Bila NN nak kuwus jadi 60kg nieh... 70kg pun tak lepas2x lagi... adoiii...

Haaa... begambar lebih dari beriadah dah nie... sebab suker sangat tengok pemandangan... dapat tenangkan perasaan...

Menara pandang kat tasik nieh... beshhh sangat...

 Beshnya kalau dapat dok kat pelantar tue...

Ketar paler lutut kalau naik atash nieh time selepas jog 2 round weihhh oiii...

Agak-agak dalam nie ada ikan toman besar macam tong dram tak?

Kalau naik time lepas hujan kena hati2x kat tangga... licin...