Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216
Memaparkan catatan dengan label Agar-Agar a.k.a Jelly. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agar-Agar a.k.a Jelly. Papar semua catatan

Rabu, 24 Jun 2015

Resepi Puding karamel


Lamanya tak main masak2x........
Dibulan Ramadhan nie...
Nak share resepi best...
Sedap makan tengah2 malam...
Sejuk2x (simpan dalam peti ais dulu)....


Resepi

Bahan utk puding:
1 tin susu pekat
1 tin susu sejat
1 tin air
6 bj telur
esen vanila

Bahan utk karamel
3 cawan air - (air panas)
1 1/2 cawangula

Cara penyediaan;

Puding
1. Pukul/Kacau telur hingga sebati tak perlu berbuih2x macam buat kek tue.
2. Masukkan susu pekat & susu sejat ke dalam telur dan terus kacau.
3. Last masukkan air dan esen vanila. Setelah sebati tapis dan letak tepi.

Karamel
1.Cairkan gula dalam kuali atau pun periuk.
2. Bila guna dan nak keperang-perangan cepat2x masukkan air panas.

*** Guna air panas sebab nanti gula tak mercik2x, bahaya kalau guna air sejuk.










Khamis, 15 November 2012

Agar-Agar Kelapa Muda Gula Melaka


Sedap di makan masa tengah hari... atau masa menonton tv di malam hari...

    phewsss... nyummmyyy...

   dihidang sejuk bersama gula hangus...

Bahan2x
18 g x 2 Agar2x kering
1 liter air
1 liter air kelapa muda
1 biji Isi kelapa muda
Gula Melaka 3 keping
Gula Merah 5 sudu besar
Gula putih 5 sudu besar

Untuk gula hangus 3 sudu besar gula...

Cara2x
1. Blend separuh isi kelapa dengan air kelapa muda.
2. Separuh lagi isi kelapa muda dihiris2x pendek untuk hiasan.
3. Didihkan 1 liter air bersama agar2x kering.
4. Kemudian campurkan air kelapa muda yang siap diblend ke dalam bancuhan agar2x.
5. Masukkan gula melaka, gula merah & gula putih. Kacau sehingga larut.
6. Masukkan isi kelapa muda yang dihiris tadi. Kacau dan tutup api.
7. Biarkan sejuk seketika sebelum masukkan ke dalam acuan dan simpan dalam peti ais.

* Bila agar2x dah keras dan sejuk, panaskan gula dan sedikit air biar keperangan. Kemudian tuang ke atas agar2x. Siap untuk dihidang dan makan... nyummmyyy...

* sudu besar tue.. sudu yang besar tue tau... yang orang selalu guna makan sup2x tue...


Sabtu, 10 November 2012

Agar-Agar Milo


Bahan-Bahan
Agar-agar kering 20gram
Air 1.3 liter
Milo 5 sudu besar
Susu 3 sudu besar
Gula 8 sudu besar

Cara-cara
1. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih.
2. Kemudian ambil sedikit air tersebut untuk cairkan susu dan milo.
3. Sementara air yang dalam periuk tersebut, didihkan agar-agar kering hingga agar2x sebati.
4. Satukan bancuhan agar2x dengan bancuhan milo bersama susu kemudian masukkan gula.
5. Bila mendidih padamkan api dan tapiskan agar2x ke dalam bekas acuan.
6. Biarkan sejuk seketika sebelum di masukkan ke dalam peti ais.
7. Agar2x yang siap dan sejuk enak di makan bersama taburan milo.

* Tip
Apabila membuat agar2x tak kira apa jua perisa, semasa merebus agar2x kering kita boleh rebus daun pandan bersama untuk mendapatkan bau yang harum.





Rabu, 27 Jun 2012

~Agar-Agar Coklat a.k.a Dark Choc Jelly~

Tadaaa....


Ta da da da...

Bahan2...
20gm agar2 kering
59gm coklat
2liter air
5packet sugar (5gm ever sweet) kalau pakai gula biasa 8-10sudu besar gula

Topping
cream blend dengan choklat rice...

Panaskan air, bila dah mendidih masukkan agar-agar kering. 

Setelah agar2x sebati dengan air masukkan gula dan coklat dan kacau.

Sejukkan sedikit dan tapis agar2x sebelum masukkan ke dalam acuan.

* Sesetengah coklat tak sedap bila buat agar2x. Ada yang coklat dia  bakal timbul kat permukaan agar2x dan berminyak. Coklat Tudor Gold nie sedap untuk buat agar2x.

* sudu besar tue, sudu yang orang guna makan sup2x tue tau...

* resepi guna ever sweet tue, resepi untuk orang yang ada kencing manis... atau tengah diet...


Rabu, 20 Julai 2011

~Agar-Agar Kacang Merah Bersantan~



Bahan2...

250gm kacang merah (dlm pack siap masak dah)
santan nn guna 1 cawan - GB suggest better guna susu lg sedap
250gm gula
agar2 serbuk 20gm
air 1 liter
pewarna merah

Cara2...
air tambah agar2 panaskan sampai betul2 cair agar2 - (tak beketul2)
masukkan gula - kacau sebati
lenyekkan kacang merah - jgn hancur sangat
pewarna merah ikut suka
dah mendidih masukkan santan
kacau sehingga santan masak jgn sampai pecah minyak...

shiappp!!!

hasil yg GB buat... saje gatal test semua acuan...




amek ko... mcm2 ada... raye nanti kalau umur panjang leh la GB uat...
mai mai mai dtg umah... (^_^)


~Agar-Agar Cendol~

wau wee... ni nn paling suke...
sebab GB suka cendol... nyummmy... nyummy...
jom... kita uat agar2 cendol...

pengalaman pengalaman... sbb ini 1st time GB buat agar2 cendol...
adesss... tak jadi sieh... apa yg tak jadi???
jom kita tgk... (^_^)


ha... cuba tgk... cuba tengok... mustahil jd mcm ni kan???

* cara nak lekatkan kena cakar2x bahagian yang 1st dibekukan... baru boleh tuang yang lapisan ke2...

ha... tu adalah cubaan GB yg petama...


Bahan2...

250gm cendol
1 biji kelapa - santan nye kita amek
1 1/2 liter
Gula merah 450gm
Agar2 serbuk 30gm

Cara2...
Cairkan agar2 serbuk dgn air 1 1/2 liter...
masukkan gula... dan kemudian cendol...
diikuti santan... sama juga... kena kacau...
jgn bg pecah minyak...

shiap!!!

GB masak part gula n part santan n cendol berasingan...
ha... campuran gula terlalu kurang agar2... lembik sangat... tak melekat pulak tu... adesss... penyudahnya... GB panaskan balik semua agar2... GB campur balik semula... dgn itu... rupanya adalah mcm ini....


suker sangat.. GB suker tgk... cantikkk...

esoknya... besamaan isnin... GB tapau la bawak office... mamam...
hari ahad siap bg m.cik... mak n abah, adik n kakak makan...
tak habis2... ;p GB gila uat agar2...

yang ni dah siap masuk dlm bekas utk bawak p opice...