Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216
Memaparkan catatan dengan label Tafsir Mimpi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tafsir Mimpi. Papar semua catatan

Jumaat, 25 November 2016

Mimpi Rumah Kena Rompak & Mimpi Tembak Orang

Mimpi Rumah Kena Rompak
Mimpi Tembak Orang

mimpi lagi !!!

Kali nie mimpi ngeri, tido dah basuh kaki pun masih mimpi. tak suka bermimpi   sebab kalau mimpi ngeri mesti takut sampai terjaga dari tidur.

Antara yang ingat masa terjaga dari tidur, balik berjalan dari mana tak tahu sbb dlm mimpi tunjuk berhentikan kereta depan rumah. Mata pulak tengok pintu rumah terbuka.

Dalam mimpi ada mak sekali, turun dari kereta GB ngendap ke dalam rumah di ikuti mak kat belakang. Ngendap sbb ada motor tak dikenali parking depan tepi rumah. Kononnya suspect masih ada perompak dalam rumah. Ngendap sampai ke dapur & nampak pintu dapur terbuka dan nampak mcm ada kelibat orang melarikan diri.

Sepantas kilat mak GB berlari ke depan di ikuti GB konon kononnya nak g tangkap perompak. 

Ha... detik cemas dalam mimpi memang rasa cemas gila. Mana tak nya berlaku pergelutan mak & perompak dekat depan luar rumah. GB pulak dalam nak selamatkan emak bergaduh dengan perompak tup2 GB tembak mati perompak. Entah mana dapat pistol entah.

Time nie memang cemas cemas gila. Jantung nak gugur suka2 hati je tembak orang... aduh huh mimpi!!! tapi nie sbb dalam mimpi perompak cuba simbah asid kat emak. Mimpi pun pelik - perompak x dpt simbah kat mak GB dia g simbah kat kereta GB. adesss...

Hmmm.. ending dia perompak mati... barang yg dia curi duit la.. hp la... selalu mimpi suspen mesti terjaga sebelum dpt ending, kali ni dapat pulak habis mimpinya.

ok biasalah bila mimpi pelik2 mesti GB suka cari kat internet bagi maksud mimpi tersebut, walaupun mimpi itu mainan tidur.




Dia punya tafsir akan mendapat untung yang besar........ besar punya!!! dua keadaan dalam satu mimpi... 

hahaha teringat mimpi GB masak dua ekor anak harimau dalam periuk kat atas dapur gas... siap kena intai dengan ibu harimau dari pintu bilik air...  keadaan cemas tapi bila terjaga dari tidur rasa kelakar pulak GB sayang dgn kucing tak kan la sampai hati bunuh aka masak baby rimau yg comel tue....

GB jarang mimpi tapi sekali mimpi, suka sangat keluar mimpi pelik2...

Itu je nak cerita

Mimpi Pagi Nie 25/11/2016



Ahad, 11 Januari 2015

Mimpi Beruang

Melihat beruang = Ada pesaing dalam mendapatkan cinta seseorang.


Dikejar beruang = Rugi finansial di bidang bisnis.

Melihat beruang sedang memanjat = Melambangkan keputusan ada di tangan Anda.

Membunuh beruang = Kemenangan atas lawan.



mula2 mimpi ada orang bela beruang kutub comel, tengah sibuk bersihkan lokan ramai2 kat rumah jiran, tetiba nampak beruang putih tue terlepas...

beruang tue berlari ke arah rumah... haishhh rumah kat kampung pulak tue... kelam kabut berlari jugak ke arah rumah... ingatkan selamat grill tutup... tapi bila beruang tu panjat grill pintu, tup tup tebukak grill ke dalam rumah... padahal pintu grill kat kampung jenis yg tolak ke tepi sliding.. n memang kunci slalu...

o... titak beruang masuk rumah.. punyalah jerit2... past tue terjaga... sebab takut sangat....

cari mimpi beruang jumpa la jugak tafsir, cari jugak mimpi lokan... tapi tak jumpa pun apa2 tafsir... 

ha... slalu mimpi buaya.. kali ni beruang.. hmmm... kalo kata kawan nk khianat, siapa lah agaknya tue...

kalo beruang tue memanjat... hmmm.. memang tengah dlm berkira2 utk sesuatu... haizzz... belum ada nampak lagi nak pilih apa...

ajer lain dari yg lain mimpi kali nie...

Ahad, 30 Jun 2013

Tafsir Mimpi Naik Kereta


mimpi minggu lepas2x...

tak pernah2x mimpi macam nie... kelakar giler...

bangun dari tido... tersipu2x senyummm...

wahaha... tajuk tak habis tue...

naik kereta idaman... keh keh keh... mengong...

naik2x time nak tutup kereta... erh erh erh...

tak berapa nak moat la nak tutup pintu kereta nie...

apsal besar sangat kaki nieh...

apapun kereta berjalan dengan lancar...

dalam mimpi tue malu tak hengat lah...

wahaha...

macam tue pun boleh...

maksud???


mimpi naik keta nieh... siap ada hero ensem... mana la datangnya... adesss... apsal lah naik nak kena lunjur kaki... kaki tak moat sempit kereta dalam mimpi tue... tersipu2x malu dalam mimpi...

macam nak kena naik kereta lumba pulak nak lunjur2x kaki... apa da...

cun tak keta lumba???



yang nie setakat mimpi naik mobil ja ya...

tafsir mimpi naik mobil

nie mimpi naik kereta lepas tue brek ler pulak


dalam buku tak der la pulak tafsir mimpi naik kereta... dalam buku ada naik kuda... naik motosikal... pelik.. naik keta tak ada la pulak....

jadi kat atas tu hasil survey internet aje lah...

ke telepas pandang baca buku tafsir mimpi tadi...


*** rasanya terbawak2x sampai ke dalam mimpi... berat badan dah naik... biasalah... kaki kan beso... semuanya beso... emo -.-"



Sabtu, 6 April 2013

Tafsir Mimpi Kucing Mati


Mimpi 3 hari lepas kot...
Hmmm... dalam buku tak ada tulis bahagian yang nie...
Jadi hasil dari survey aje lah untuk hari nie...

Mimpi Kucing Mati
~ anda sedang di kongkong dan di kawal dalam sebahagian kecil dari kehidupan anda.

* susah nak dapat tafsir kucing mati dalam mimpi.....

hmmm... anda dikongkong... hmmm...hmmm...hmmm...


Ahad, 17 Mac 2013

Siapa pernah mimpikan ular???



Lama dah tak mimpi... yang nie mimpi terbaru...

Siapa pernah mimpikan ular???

Siapa pernah siapa pernah? mesti ada je ramai mimpikan ular kan kan kan???

Baru2x nie termimpikan ular... besar... macam cerita anaconda tue... sampai terjaga dari tidur, sebab takut sangat-sangat...

Entah permulaan macam mana tak berapa nak ingat... mula2x ular kat bawah katil ke bawah almari ke... masa tesedar tu cepat2x suruh mak & adik masak air panas banyak2x... 3 api pasang...

Bila dah masak air... siram punya siram... punya la banyak guna air panas, sebab ular tu tak mati-mati... lepas punya la lama siram... ular tu pun keras kat kayu bumbung... macam dah mati...

Mak NN pergi la dekat nak check da mati ke belum... rupanya belum lagi... tiba2x je dia hidup & hizzz hizzz dia nganga mulut dia nak gigit mak NN... cepat2x NN siram air panas lagi... ular tu menuju kat NN pulak dengan mulut dia nganga besar... makin lama makin hampir... siram punya siram air kat tangan habis... 

Punya la dah dekat ular tu kat muka NN... kot ada 1-2 kaki... time tue pulak air panas abis dalam cerek tue... masa yang last tue... ngap!!!... terkejut!!!.. hoooawaaaa... terus terjaga... ha... naseb tak tekencing-kencing atas katil... -.-'

Jom kita tengok tafsir mimpi pulak...

No 1
Kalau mimpi pasal ular, kalau masih belum ada pasangan - akan dapat pasangan.
Kalau yang dah berkahwin - rumahtangga akan sempurna.

No 2
Kalau mimpi ular membelit badan kita - akan dapat laksanakan pembayaran niat nazar.

No 3 - mimpi nie yang paling glemer ramai orang tau maksudnya kan.
Kalau mimpi dipatuk ular - katanya akan mendapat jodoh.

No 4
Jika di kejar ular - katanya kelak akan dapat jodoh lebih cantik atau lebih kacak a.k.a tampan.

Haaa.. mimpi NN jatuh kat No 4 la.......

Naper tak kat No 3....... biler la nak ada rezeki jodoh kan... hmmm... setiap kejadian tuhan ada hikmahnya yang tersendiri...

Berbalik pada pangkal jalan... mimpi hanyalah sekadar mainan tidur... jangan terlalu mempercayainya ok... sekadar suka-suka untuk sharekan ramalan mimpi jer... tak de kerja cari kerja...




Rabu, 6 Februari 2013

Mimpi Kawan Kepada Kawan

Hmmm... agak-agak ada tak ramalan untuk mimpi nieh?

Jom buat carian dalam goggle...

Hmmm... tak jumpa... jumpa macam-macam... hmmm... sebab tak ingat jalan mimpi macam mana... yang ingat mimpi kawan kepada kawan... macam mana nak cari???

Ahad, 18 November 2012

Mimpi Hantu


Mimpi Dikejar Hantu!!!

Pulak tue terjaga sebabkan mimpi ni pulak jam 3.38pagi... susah betul nak lelap balik... takut... paling tak suka bila mimpi hantu pocong... rasa macam nak tekencing-kencing... sebab paling banyak kalau tengok cerita hantu, paling takut mesti tengok cerita yang berkaitan dengan hantu pocong...

Jom kita tengok tafsir mimpi hantu...

Tafsir mimpi lihat hantu:-
Segala usaha yang kita usahakan akan berjaya dalam beberapa hari lagi.

Kalau mimpi hantu senyum pulak lain pulak tafsirnya.

Tafsir apabila melihat hantu senyum:-
Usia kita panjang a.k.a akan hidup lama.

Kalau mimpi dikejar hantu lain pulak tafsirnya. Yang nie survey dalam internet, sebab tak ada dalam buku. huhuhu...

Tafsir mimpi dikejar hantu:-
ada dua...
satu... ada orang nak kenakan anda sihir...
dua... peringatan dari Allah sama ada kita ada melakukan dosa2x yang besar.

Tafsir mimpi mengejar hantu:-
Alamat akan memperoleh sesuatu yang sangat baik sekali.

hmmm... kesimpulannya... banyak dosa-dosaku... peringatan dari Allah supaya pulang ke pangkal jalan...

Sabtu, 3 November 2012

Mimpi Dipukul Ombak


Mimpi yang menjadi pertanyaan NN dari dulu tak pernah terjawap.

Mimpi NN ~ Di tepi pantai ada seorang lelaki memegang tali yang menghubungkan sekeping papan apung yang NN duduk. Tiba2x tali tue lepas dari pegangan lelaki tue. Menyebabkan NN hanyut ketengah dan dipukul ombak. Makin ketengah dan ketengah. Lepas tue tersedar dari mimpi.

NN rasa dalam hidup NN sampai sekarang nie... kemungkinan dah lebih 10kali NN mimpi yang sama... macam drama ada episod ulangan...

Kebanyakan mimpi NN sama... lagipun NN jarang mimpi... tapi.. kalau sekali mimpi memang ngeri...

Sampai buat NN tertanya2x siapa lelaki tue?
Abah NN kah?
Bukan!!!
sebab dia bukan abah NN...
Abang NN kah?
Bukan!!!
sebab NN tak ada abang...
Siapa???
NN pun tak tahu... sebab ia ciptaan mainan tidur...

Kenapa NN dilepaskan hanyut dilaut dipukul ombak???

Pernah NN suarakan persoalan NN pada mak NN... tapi mak cakap semua mimpi adalah mainan tidur, jangan terlalu difikirkan...

Tapi jika sering dihantui mimpi yang sama sejak dari usia sekolah rendah? apa perasaan anda?

Hmmm... satu persatu NN cari... dan akhirnya... NN jumpa mimpi yang ada sikit persamaan... di pukul ombak laut......

Tafsir Mimpi
Bermimpi di pukul ombak laut, membawa petanda anda sedang dipermainkan dalam rezeki kebahagiaan.


Photobucket

Akhirnya terjawap persoalan mimpi NN selama nie. Hmmm... dugaan hidup menjadi insan bernama _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Seseorang pernah bertanya pada NN... cuba fikir... apa yang NN cari dalam kehidupan NN? Jawapan NN pada dia... kebahagiaan yang NN cari... sebab NN tahu dari dulu kebahagiaan yang NN cari... tapi NN masih tak jumpa kebahagiaan yang NN cari... kebahagian duniawi dan akhirat... hmmm... berat lelah sebak hati nie...

NN tau... hidup NN yang selalu lupa kepada DIA... membuatkan NN tak pernah menjumpai kebahagiaan yang NN cari... 

Mungkin disebabkan itu jugak NN lebih suka ke tepi pantai mendengar desiran angin dan deruan ombak yang memukul pantai di temani cahaya matahari tenggelam membuatkan NN rasa tenang...




Mimpi Harimau

Mimpi pak ghimau yang nie selalu time nak dekat2x bonus tue mulalah mimpi. Tapi ada jugak mimpi time rezeki2x yang lain.


Tafsir Mimpi
Jika bermimpi dimakan harimau; petanda mendapat seorang majikan yang baik hati.

* Jeng3x nie baru mimpi hari tue. Sebelum NN masuk transfer office baru. ^_^

Tafsir Mimpi
Kalau mimpi terlihat harimau, kemungkinan mendapat rezeki dalam apa sahaja perkara yang dilakukan.

Tafsir Mimpi
Kalau mimpi harimau datang menerkam anda; ada orang sedang memikirkan untuk menganggu anda. (musibah)

* ketiga2x mimpi nie memang ada berulang2x dalam mimpi NN. boleh dikatakan tafsirnya jugak agak tepat. walau apa pun semua adalah tafsiran. terdapat berbagai2x tafsiran jika kita tekan search dalam dunia cyber nieh.



Mimpi Buaya

Photobucket

Jom kita tengok apa maksud apabila bermimpikan sang buaya!!!


Tafsir Mimpi

Jika anda bermimpikan sang buaya atau melihat binatang itu. Ia merupakan satu petanda anda akan dicelakakan oleh seorang musuh yang tidak disangka-sangka.

Hmmm... bedasarkan tafsir yang sangat ringkas nie... memang tepat buat NN... selalu lepas dari bermimpikan ini memang ada kejadian2x yang tak NN sangka... tak sangka orang2x tue yang akan tikam belakang kita... apa pun NN selalu biarkan ia pergi... jangan dikesalkan... tuhan lebih mengerti apa yang dilakukan..

Mimpi Gigi Tercabut

Photobucket
Jika bermimpi gigi tercabut a.k.a tertanggal a.k.a patah.

Tafsir Mimpi 
Apabila  bermimpi gigi anda tercabut atau patah. Anda akan berdukacita. Kalau gigi yang tanggal itu dibahagian atas maka besar kemungkinan yang ditimpa kemalangan ialah orang tua dan kalau gigi yang tercabut atau patah itu dibahagian bawah maka yang ditimpa malapetaka ialah isteri (kalau sudah berkahwin) atau anak, cucu atau mungkin juga ahli keluarga yang muda dari anda.

Yang nie NN ada mimpi jugak biasanya malam nie mimpi esoknya dapat khabar berita kematian. Yang pernah NN alami yang mimpi gigi atas tercabut, dan orang meninggal tue adalah orang yang NN kenal. Contoh macam atok & opah, atok saudara & opah saudara, pakcik saudara & makcik saudara.

Selalu kalau NN mimpi gigi tercabut 100% memang akan terus terjaga dari tidur, lepas tue memang gila gabra, nak sambung tido susah sebab risau berita yang bakal diterima siang nanti macam mana la........

Mimpi


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-36 yang bersidang pada 15 Dec 1994 telah membincangkan Mimpi Dari Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Mimpi seorang nabi dan rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar.
  2. Mimpi orang ramai di zaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus di zman semasa Baginda masih hidup.
  3. Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasullullah S.A.W.
  4. Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketida ialah mimpi khabar gembira dari Allah S.W.T. Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak.
  5. Mimpi orang awam bukan hujah terhadap satu hukum atau berita atau satu kenyataan.
* Sumber
e-fatwa.gov.my

Mimpi Benar
Bagi mimpi yang benar, roh tersebut memang keluar (sambil sebahagiannya lagi berasa dalam jasad) ke tempat-tempat yang tertentu. Ada yang bermimpi keluar dari bilik tidurnya dan melihat ayahnya sedang membaca suratkhabat di ruang tamu. Bila terjaga, didapatinya memang ayahnya sedang beradi di ruang tamu, membaca suratkhabar. Mimpi sebegini digelar 'mimpi semasa', kita bermimpi berkenaan apa yang sedang berlaku pada waktu itu.

Ada juga mimpi benar yang menunjukkan perkara yang akan berlaku. Ini terjadi apabila roh seseorang itu 'menjenguk' ke masa hadapan. Kerana itulah para pemikir Islam meyakini bahawa kelajuan roh mengatasi kelajuan masa.

Mimpi benar yang satu lagi ialah mimpi yang 'kelihatan' ganjil, atau mimpi qiasan, yang mana dalam keadaan ini roh tersebut memasuki alam yang lain, digelar alam ghaib. Alam ghaib ini ada banyak, antaranya alam barzakh (bila bermimpi bertemu orang yang telah meninggal dunia), alam jin dan sebagainya. Dalam mimpi jenis ini, seseorang itu mungkin bermimpi melihat tempat atau makhluk yang ganjil. Mimpi rambut menjadi panjang, mimpi dipatuk ular atau mimpi tercabut gigi adalah termasuk jenis mimpi qiasan. Mimpi yang disebut dalam Surah Yusuf, juga adalah dari jenis qiasan.

Mimpi Lagha
Mimpi akibat mainan syaitan dipanggil mimpi palsu, atau mimpi lagha atau lalai. Maksudnya lalai dari menyebut nama Allah S.W.T. sebelum tidur. Biasanya mimpi jenis ini tiada sebarang makna, ataupun dusta. Dipercayai sewaktu mengalami mimpi jenis ini, hakikatnya adalah salah satu daripada dua keadaan:
  1. Roh yang keluar 'berjalan-jalan' telah dikelirukan / ditipu oleh syaitan.
  2. Roh tidak ke mana-mana, cuma di dalam otak atau fikiran sendiri (contohnya seorang yang terlalu ingin jumpa (si polan) mungkin akan bermimpi sedemikian. Juga termasuk mainan syaitan.
* Sumber
Virtual Friends

* Family NN cukup tak suka kalau NN membaca mengenai tafsir mimpi... dan bacaan ramalan mengikut kiraan jawi... sampai buku2x tue kena sorok... haaa... langsung NN tak dapat bace dah...

* Huhuhu... nie bermula masa sekolah menengah rendah dulu... perasaan ingin tahu tu terjadi bila kerap kali mimpi yang sama... lepas tue selalu mimpi... mimpi biasa2x... tapi bila tiba harinya... NN akan rasa... erhhh dah pernah lalui benda nie... tapi dalam mimpi la... segala butir dan percakapan dalam mimpi sama seperti yang nyata berlaku kemudian...

* hmmm... entahlah... kejadian dan kebesaran DIA...