Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216
Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan

Rabu, 1 Mei 2013

Resepi Ayam Untuk Diet

Ayam lagi ???

Seekor ayamg di perap bersama dengan bawang merah + bawang putih + halia + garam + gula + sedikit air yang di blend halus.


Perap dalam 1-3jam, tapi kalau nak lagi sedap rasa ayam, perap semalam dalam peti sejuk. Dan kalau nak menarikkan warna ayam panggang boleh jugak di perap bersama sos tiram dan kicap beserta cili kering. Tapi bukan diet lah pulak bila guna sos tiram dan kicap kwkwkw...


Kemudian kukuskan ayam dalam pengukus selama 1/2 jam sahaja.


Nielah rupa ayam bila siap di kukus selama 1/2 jam. Kemudian ayam boleh mula di panggang dalam oven selama 1 jam.

Tips untuk warna ayam jadi golden brown. Lumur dengan madu / gula halus pada badan ayam sebelum masukkan dalam oven. Nie untuk nampak cantik. Kalau nak rasa madu lebih kena lumur 2-3 kali pada ayam dalam proses pembakaran.

Tips untuk lada hitam nampak cantik lekat di badan ayam, semasa kukus taburkan lada hitam, selepas kukus pun tabur lagi rata2x ke atas badan ayam. Lepas tue baru panggang ayam.

Tips ayam nak bagi cantik, lepas kukus, terus panggang dahulu sehingga kulit ayam keperang-perangan, dan kemudian barulah boleh di jirus sedikit2 lebihan air kukusan ayam tadi untuk hasilkan ayam bakar yang tidak kering isinya apabila siap dipanggang. Mungkin boleh buat 2-3 kali masa proses memanggang.


Ayam pangang NN yang nie tak gelap sebab NN tak guna sos tiram & kicap.


Sambal ayam, bukan NN masak, NN panaskan jer. Kakak NN yang masak. Antara bahan yang digunakan untuk paste sambal nieh, Cili Padi, Halia & Gula nieh semua blend dengan sedikit air, senang jer, kemudian goreng sehingga air kering.

Sayur simple jer, masukkan broccoli, tomato cherry & cili, goreng dengan sedikit minyak, bila warna dah cantik, masukkan sedikit air rebusan ayam dan sedikit garam untuk bagi rasa kat sayur.

Dan siap untuk di hidang... LUNCH ngam ngam jam 12.00 tengah hari, baju siap basuh & ampai... 2 kali mesin basuh jalan hari nieh... penat mesin basuh...

Hari nie hari memasak ayam, mentang2xlah cuti hari pekerja. Hari memasak NN. Stok untuk minggu nieh. Sebab nak start diet strict sikit untuk minggu nieh. Haaa... tak mo makan beli kat kedai lagi nanti.

Sebelum buat ayam panggang nie tadi, NN buat ayam kukus.

Seekor ayam yang dah di potong kecik2x, di basuh dengan tepung dan garam untuk hilangkan rasa hanyir. Ayam nie NN kukus macam nie jer, lepas basuh ayam bersih2x just tambah sedikit garam halus, kemudian gaul rata dan kukus selama 45 minit.


Selepas siap kukus...


Ayam nie nanti senang nak guna, bila nak masak, tak la lama sangat amek masa, nak buat goreng ke, nak campur dalam sayur ke. Senang dah siap masak. Pagi2x tak ada lah amek masa lama sangat nak masak.


Nie adalah air kukusan ayam tadi, lemak2x ayam yang mencair, menitis ke bawah dan jadilah sup ayam ekekeke... nak betul2x jadi sup tambah lah sup bunjut, daun serai, sedikit air asam jawa dan lain2x lagi bahan untuk buat sup... tapi NN tadi tak buat pun sup, terus buang je air nieh.


Sabtu, 19 Januari 2013

Resepi Ayam Pangang - Versi Nasi Ayam

Ayam Panggang Versi Nasi Ayam

Bahan2x Perapan Untuk 1 ekor ayam sederhana besar...

Blend Bahan2x Nie
+ 2 labu bawang merah (sederhana besar)
+ 2 ulas bawang putih
+ halia sebesar ibu jari - ikut suka
+ lada hitam - 1 sudu teh @ lebih
+ kicap - aku guna kipas cap kipas udang jer... kalo nak warna gelap sikit ayam... guna la kicap pekat...
+ garam
+ >>> yang nie aku tak letak... sebab tak ada stok... memang masak tak guna sos tiram...
+ air perahan limau kasturi - 2 biji @ lebih - ikut suka

Kemudian gaulkan ayam dengan bahan2 tersebut... perap dalam 30 minit... lagi lama perap lagi sedap ler... sebab bahan perapan tue masuk ke dalam isi ayam tue...


Selepas perap... kukus selama 1/2 jam dalam pengukus...


Selesai kukus, gantung dalam oven a.k.a bakar selama 1 jam...


Selepas 1/2 jam pertama, basahkan ayam dengan air kukusan tadi... tujuan untuk dapatkan hasil ayam yang basah... nyummmyyy... kalau  nak buat 15 minit sekali pun ok... ikut suker hati...


Bila cukup 1 jam... memang dah gerenti ayam tu masak, sebab tadi dah kukus 1/2jam...


Kepanasan oven 150-180 darjah celcius... hmmm yang nie ikut jenis oven jugak rasanya...

Sesuai dimakan semasa dalam diet... jeng jeng jeng...

Berselera sikit makan untuk diet... nyummm nyummm nyummm...

* air dari kukusan tadi... boleh di buat kuah kicap untuk cecah ayam nie... cuma tambah kicap & cili padi...
terangkat... pedassshhh...



Selasa, 23 Oktober 2012

Resepi Telur Berintikan Ayam Cincang

Menu  Lunch 14-10-2012 ~ Telur Berintikan Ayam Cincang



Bahan2x
2biji telur di kacau dengan sedikit garam lalu dilempengkan... erkkk...

Inti ayam
Ayam 100g
Sosej 2
3 biji tomato ceri
5 kiub timun jepun

goreng bahan di atas dengan bawang merah, serbuk cili dan lada hitam bersama sedikit cili sos. dah siap masak letak isi ayam ni atas telur... kemudian gulung... nak cantik potong2x la dan hias... haaa... kalau da lapar... ngap aje terus...


Resepi Chicken Kebab Untuk Diet

Menu Lunch 12-10-2012 ~ Chicken Kebab


Bahan-Bahan
Ayam 200 g - di potong kiub/dadu
Serbuk kari - sedikit (serbuk kari ikan baru sedap)
Serbuk kunyit - sedikit
1 biji Bawang merah
Sedikit halia
3 tangkai Cili kering di tumbuk  @ guna serbuk cili
Sedikit lada hitam
Tomato Cerry 6 biji
Timun Jepun potong 6 kiub/dadu

Sedikit gula & garam sebagai perasa @ boleh gunakan sos dan kicap sebagai penambah rasa semasa perapan dilakukan.

Cara-Cara
1. Blender bawang merah, halia, cili kering, lada hitam, garam dan gula.
2. Kemudian tuangkan hasil ramuan yang telah di blend ke dalam ayam untuk di perap selama 1-2 jam.
3. Setelah siap tempoh perap, cucukkan ayam, tomato & timun secara berselang-seli, dan boleh di bakar selama 1 jam dengan suhu oven 150-200 darjah celcius.

Sedia di hidang. Boleh dihidang dengan salad @ makan bersama nasi.


Ahad, 20 Mei 2012

Lunch Ayam Goreng & Dinner Telur Gulung ~ Menu 20-5-2012 ~

LUNCH - Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan Ayam Goreng
Ayam 150-200g
Bawang Putih 1 Biji - tumbuk hingga lumat
Lada Hitam 1//3 sudu teh - tumbuk hingga lumat
Serbuk Kunyit & Serbuk Kari
* Gaul semua bahan dan perap sekejap sebelum digoreng.

Bahan-bahan untuk sayur
Broccoli 1/4 cawan
Carrot 1/4 cawan
Bunga kobis 1/4 cawan
Bayam hijau 1/4 cawan
Siew bak choy 1/4 cawan
Bawang merah 1/2biji
Sedikit ikan bilis tumbuk
* Tumis bawang dan ikan bilis hingga garing, kemudian masukkan sayur dan air masak sehingga empuk.

Hidangkan dengan kacang panggang dari tin atau kacang peas.


DINNER - Telur Gulung Berintikan Sayur

Bahan Untuk Telur Gulung
Telur 2 biji
Mayonnaise 1 sudu teh
Sedikit Serbuk Lada Hitam
* Campurkan bahan2x di atas dan kacau dengan garfu sehingga sebati. Leperkan di kuali leper / pan untuk mendapatkan sekeping lempeng. Jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal.

Bahan Untuk Inti
Sawi Bunga 1/3 cawan
Siew Bak Choy 1/3 cawan
Tomato 1/3
Bawang Merah 1/2 biji dicincang
Sedikit air
Sedikit Garam & Ikan Bilis
* Tumis bawang merah sehingga garing kemudian masukkan ikan bilis yang dah ditumbuk sehingga garing. Masukkan sayur2x dan sedikit air beserta garam, masak sehingga empuk.

Letakkan inti ke dalam telur yang telah dilempengkan, gulung kemas, potong dan susun ikut kreativiti masing2x.



Selasa, 15 Mei 2012

Resepi Ayam & Udang Bakar ~ Menu 26-4-2012 ~

dinner ayam bakar + sayur (broccoli + cendawan + tomato + sawi bunga) + udang bakar

Bahan perapan ayam & udang
Serai 1 batang
Bawang merah 1/2 biji
Bawang putih 1 biji
Cili kering 3-6biji
Sedikit garam & gula


Udang 5-6 ekor
Ayam 130-150gram


Cara-cara
Blender kesemua bahan dan perapkan ayam dan udang seketika. Kemudian panggang ayam. Tapi NN letak dalam bekas dan bakar je. Jadi macam rebus dah sebab air dan lemak ayam tak menitis ke bawah.

Bahan untuk sayur
Broccoli 1/2 cawan
Cendawan shitake 2-3 biji
Sawi bunga 1/2 cawan
Tomato 1/2 biji
Bawang merah 1/2 biji
Sedikit ikan bilis
Sedikit air

* Masukkan semua bahan dan masak sehingga sayur empuk.

Hidang ikut selera masing2x. Saiz hidangan utk seorang


Khamis, 29 Mac 2012

Vege+Ayam-lunch-Yong Tau Fu-dinner ~Menu 28-3-2012 ~

Breakfast amek vege tambah ayam mcm nie...


Bahan A
air 1/4 cawan,
sos lada hitam 1/2 sudu,
sawi bak choy atau sawi daging,
bunga kobis,
brokoli
tomato
Masak Bahan A dlm pan sampai masak...

Bahan B
ayam perap ngan sos thai 1 sudu selama 1 jam kemudian bakar 1 jam...

campurkan A + B = siap....

Lunch JM5...

Dinner...errr yong tau fu la pulak.... adesss...

Jumaat, 16 Mac 2012

Resepi Black Pepper Roast Chicken

Ni masak hari 4hb/3 hari tue... tak habis simpan dalam peti ais... 5hb panaskan balik je...

BAHAN2
A Ayam kecil ( dipotong setengah)
B. Bawang besar ( 3 biji)
Bawang putih (4 ulas)
Halia (1 ibu jari)
Serbuk kasar lada hitam (2 sudu)
Sos Tiram (3 sudu makan)
Kicap Manis ( 3 sudu makan)
Madu ( 2 sudu makan)
Knorr chicken stock ( 1 cube)
Gula ( 2 sudu makan)
Herba Oregano ( 2 sudu)
Herba Basil kering (2 sudu)
Garam ( 1 sudu kecil)
Mentega ( 1 sudu)
Air sikit sahaja

CARA2 MEMBUAT :
1. Blend semua bahan2 di atas.
2. Lumurkan pada ayam dan perap selama 2 jam atau semalaman.
3. Sapukan mentega di serata ayam sebelum di bakar.
4. Bakar ayam selama sejam atau sehingga ayam masak… Bakar pada suhu 180 degree..cukup2 sejam elok2 masak
5. Setelah ½ jam membakar, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis supaya ayam tidak terlalu kering.

Sos Black Pepper:
Blend Bawang Merah, Bawang Putih, Halia & Black Paper, masak atas api sederhana, bancuh 2 sudu teh tepung jagung dengan 1/2 cawan air dan campurkan sekali.Siap.

Rabu, 15 Jun 2011

Resepi Kari Ayam


~fewwhhh... done already...
~for tomorrow lunch... curry wif bread...
~focus2x... zoom2x... coz pic snap chicken curry terus dari ladang periuk belanga... mmuahahaha...




Bahan-bahan Kari Ayam
Ayam 1/2 ekor
Kentang 3 biji
Tomato 2 biji
Serbuk kari
Daun kari 2 tangkai
Asam keping 2 keping
Pati Santan 1 cawan
Air 5 cawan
Bawang Merah 1 biji
Bawang putih 2 biji
Halia sebesar ibu jari
* Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga naik bauk, kemudian masukkan bacuhan kari dan teruskan menumis. Masukkan sedikit gula, garam, air dan masukkan kentang dan ayam rebus hingga hampir empuk isi ayam dan kentang. Akhir sekali masukkan tomato dan santan, kacau sekejap. Bila dah mendidih tutup api. Siap boleh dihidang.