Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Selasa, 9 Jun 2020

Matte Creamy Lips - MCL FREE POS (2PCS/RM50.00)



LIPMATTE HAUS TAK MELEKAT PADA CAWAN

Bila kita minum habis lipmatte lekat dekat cawan. Malu je orang duduk semeja dengan kita, berbekas bila cium baby, habis lekat kat muke baby tu. Kalau anak kita takpe lagi, anak orang? Allah segan je. Mak Ayah dorang duk jeling.

Bila cium tangan suami, abis berbekas tangan tu. Nampak murah je lipmatte tu. Malu lagi dengan suami. 

Ada ke lipmatte tak melekat???

Ade. Dengan lipmatte Haus semua situasi diatas dapat diatasi.

Sekali oles je, dap atas bawah terus full coverage. Senang nak apply dan yang UTAMA bile kita pakai lipmatte ni TAK MELEKAT dekat permukaan tu dan tahan lebih lama. JIMAT !!!

Seronoknya dunia. Dah tak segan gi kenduri ke kalau minum kat gelas. Dah tak kena jeling dengan mak ayah kalau cium baby, dah tak kena tegur dengan husband kalau tangan die berbekas lipmatte. Alhamdulillah, dengan 1 produk selesai masalah.

Untung tak?? Setel masalah yang memalukan ni. Dapat plak dengn harga promosi 2pcs RM50 je dan FREE POS. Ade 12 color cantik tertarik.

Jom grab sekarang wasap Nora di 018-668 3836












Click Pages for more video : https://www.facebook.com/NorNora01/





Sabtu, 18 April 2020

Sekalung Rindu

Coretan pendek

Di keheningan malam sepi menyelubungi diri.

Tak kala kita termanggu sendiri, tuhan mencuit hati kita untuk merindu. Tapi untuk siapakah perasaan rindu itu ?

Rindu... yang membuat hati dan jiwa bercampur baur... takkala hati mengetahui rindu kita kepadanya tak kan terbalas... kerana di kala kita merindui dia... dia merindui insan lain... jiwa rebah...

Sesungguhnya...

Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang dia kehendaki dan di sisi-Nya-lah terdapat Umul Kitab


Jumaat, 27 Mac 2020

Covid-19 2019/2020

Dunia digemparkan dengan virus covid-19 pada akhir tahun 2019 dan pada March 2020 masih belum dijumpai antivaksinnya...

Jika ditakdirkan kita dipanggil dengan cara ini. Kita nak minta maaf.

Maafkan segala salah tutur kata kita. Halalkan makan minum kita.

Semoga covid-19 segera berakhir.

Jumaat, 20 Mac 2020

2020 Tahun yang mencabar

Assalammualaikum

Dugaan hidup 2020.

6hb Mac 2020 tarikh lahir kekanda kita dan merupakan tarikh jatuhnya kita. Syarikat umum secara verbal gaji feb 2020 lewat bayar dek kerana kedudukan kewangan syarikat berada di tahap genting.

Option syrkt... option 1 hantar resign letter 24jam tiada notice 2 month or 1 month & sykt berjanji akan bayar gaji bln Feb 2020 bila kewangan syarikat pulih. option 2 terus bekerja dan gaji tidak dijanjikan bila dapat.. mungkin keadaan berlarutan 4 hingga 5 bulan sehingga kewangan syarikat kembali stabil katanya.

Pekerja biasanya selalu tertindas dengan majikan. Siapa pernah lalui benda nie mesti faham.

Susah untuk kita buat pilihan. Di telan mati emak di luah mati bapa.

11hb Mac 2020 kita dan rakan2x menuju ke bangunan Perkeso untuk dapatkan nasihat dari JTK dan seterusnya JPP dan seterusnya ke Perkeso utk membuat semakan Socso & SIP dan seterusnya ke KWSP.

JTK - tiada apa yg boleh pekerja lakukan kerana syarikat terangkan secara verbal tiada hitam putih. Hanya repot aduan lewat bayar gaji sahaja yg boleh kami tinggalkan dan JTK hanya akan keluarkan perintah kepada majikan utk bayar gaji pekerja selepas buat penyiasatan.

JPP - pemecatan konstruktif... siapa biasa dengar ? bagaimana kesudahan ? pekerja tidak berkemampuan untuk membayar kos peguam jika kes berlarutan sehingga di bawa ke.mahkamah tinggi. Pekerja menang ? @ Majikan Menang ?

Perkeso - hanya aduan juga yang mampu kami tinggalkan. Di dalam penyata gaji ditolak, Perkeso semak hmmm setahun syarikat tidak jelaskan bayaran. Apa tindakan lanjut dari Perkeso kita pun tak pasti.

KWSP - sama juga... hanya aduan sahaja yg mampu kami tinggalkan. Lebih dari 6 bulan syarikat tidak jelaskan ke KWSP... apa tindakan KWSP agaknya nanti.

16hb mac 2020 letak jawatan... tidak ada kemampuan utk meneruskan pekerjaan tanpa gaji.

Siapa tak kenal dengan covid-19 ?
18-31 Mac 2020 perintah kawalan pergerakan. 20 Mac 2020 titah Agong.. 22 Mac 2020 askar di kerah utk jaga kawalan pergerakan.

2018 lagi kita dah dengar kejatuhan dalam sektor pembinaan. 2020 dengan covid-19 banyak sektor pekerjaan terjejas.

Besar sungguh dugaan mu ya Allah....



Ahad, 12 Januari 2020

Diet Ke Laut - December 2019

December 2019

Diet ke laut.. tapi berat maintain

takut satu je.. risau gula naik...

Last aktiviti hiking n trekking je stop senam atas faktor kesihatan tak menentu. Sakit kepala kerap akibat gigi.

December record



12/12/2019 Broga hill lepas tu shoot terus ke Masjid Sendayan dan Bukit Sendayan N9. Unplanned jalan2x. Planned just Broga Hill.. alhamdulillah.. akhirnya sampai jugak Broga Hill...

1st plan bukit sendayan... bukit sendayan dah jadi taman kata cip so cip tukar ke broga... sampai peak broga... sambil makan2x... nak puaskan hati nak jugak sampai ke Masjid Sendayan... cip n cousin kata ok... jom !!!

14 & 15/12/2019
14 Bukit Batu Putih
15 Birthday parties 💞
1st time naik lrt sampai ke gombak.. nak naik carpool... tompang ke N9... dalam perjalanan naik kereta memang dah rasa pusing2x. Ingatkan badan penat & tak biasa duduk seat belakang. 15hb lepas birthday parties jam 3 petang pengsan dah atas katil menahan sakit kepala... dalam kereta balik makan panadol  malam naik berpeloh2x badan... ketegur pun ada... 2 minggu makan ubat batok... gula gula gula... 😅

21/12/2019 Bukit Gasing
Pencarian trek yg mudah dan selamat utk bakar lemak biasa2x...

27/12/2019 Cabut akar gigi taring... fuhhh.. seminggu makan ubat tahan sakit... rupanya ada tulang exposed... 4/1/2019 buka blood clot n cuci n tumpulkan tulang n kambus balik... Alhamdulillah semakin pulih...

29/12/2019 ziarah new baby n jalan2x tengok lampu n makan malam sambut birthday...

9/1/2019 blood test... balik dari blood test... briskwalk... test keupayaan kepala menahan sakit... kot sakit lagi gusi... Cuma pening2x sikit... Insyaallah ok.. esok 12/1//2019  nak hiking Bukit Gasing...

15/12/2019 Birthday parties alhamdulillah tak makan manis2x...

24/12/2019 birthday parties PA boss ada makan manisan di situ.. kuih muih.. adududu...

30/12/2019 kalah la kalau dengan kek buah n devil coklat dari mamasab...

27hb dec & 4hb jan Cabut gigi punya pasal ada jugak la makan ice creame...

Untuk yg berusia 30 tahun ke atas kalau badan obes tahap 1 & 2... jaga pemakanan... dulu muda... organ badan dah tak sama selepas umur 35an...

Dulu berat yg sama tapi tak de Hba1c... sekarang berat yg sama tp ada Hba1c...


Bukit Batu Putih


Broga Hill


 Pesta Lampu


Masjid Sendayan


Bukit Sendayan


Kenapa la 8-9tahun dulu tak kenal dengan dunia hiking n fun run nie...

Orang kata.. berkawan nie memang sedikit sebanyak membantu dalam perjalanan hidup...

Jika bertemu kawan yang positif.. kena bersyukur selalu.... jika ketemu yang negatif... kena slalu jauhkan diri dan cekalkan hati...

Alhamdulillah masih tidak terlambat...







Ahad, 5 Januari 2020

Secebis Nota - Setiap Kali Perasaan Itu Goyah

Maka dengan setiap kali itulah Nota ini yang akan aku cari dan baca berulang kali.

Terima kasih pada Dia yang mengedarkan Nota ini kepada anak2x didiknya.


Notanya berbunyi...


KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta" - Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" - Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al- Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan)," - Surah Al-Imran ayat 200

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2x muk'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... - Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129


AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

" ... dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Semoga ianya menjadi renungan dan panduan kita bersama. Allahu 'alam - Edaran Mohamad Sufian Hasim (Building Surveying Dept)

💞💞💞

Pengalaman Cabut Gigi Taring

Assalammualaikum...

Jan 2020...
Lembaran baru...
Bertambah lah umur lagi dan semakin terasa ketuaan... dan bila teringat post yang lama2x dalam blog nie... terasa di situ kebudak-budakkan.. Biarkan saja untuk memori di hari tua...

Nak dijadikan cerita Disember 2019 diet ke laut.. dengan demam di ikuti sakit gigi.. dan sakit gusi...

Diet nanti cerita tepi... yang nie khas untuk simpan memori cabut gigi taring yang dah di jaga dan di simpan maybe 7-8tahun setelah dimatikan akarnya...


Sabtu
4 Jan 2020

Kami ke Klinik Pergigian Zahida untuk kali ke2 selepas cabutan gigi dibuat pada 27 December 2019 untuk check semula apa yang membuat gusi terasa sakit berlarutan ???

27hb Dec 2019 Klinik Pergigian Zahida cabut gigi dan dibekalkan antibiotik n ubat tahan sakit

30hb Dec 2019 klinik TTDI check luka gusi. ok. tambah ubat tahan sakit & antibiotik
MC sehari di hari lahir patut bergumbira... tapi duduk rumah layan sakit gusi...

4hb Jan 2020 Klinik Pergigian Zahida check gusi.

Dr. Shah : check sambil kuis2x gusi tempat cabut... sini sakit tak ? tak sakit kan ? sebab saya tengok luka dah sembuh n nak kering.

Nora: haah situ tak sakit.

Dr. Shah : sini yang sakit kan ?

Nora : Haah situ yang buat denyut2x ke akar... 😟

Dr. Shah : Ini sebenarnya tulang rahang. Dia dah exposed keluar masa cabut gigi hari tu.

Nora : habis tu nak buat mcm mana ?

Dr. Shah : Kita kena injek bius dulu lepas tu kena tumpulkan tulang tu tapi sebelum tue saya nak kena cuci dulu luka nie.

Nora : kejap kejap mmm.. mmm.. mmm... takot nie...
( dalam hati ngerinya.. dia nak buat mcm tue ? )

Dr. Shah :  Jadi kita nak cucuk ubat bius nie...

3 kali dia ulang... benda yg sama...

yg nie kita dah rasa nak lari dari klinik... part cucuk sebelah atas gusi ok... sebelah dalam kat blah lelangit... wah... rasa nak jer bagi sedebik penumbok...

Nora : hmmm.. kalau tak cucuk mcm mana nak tumpulkan kan.. ? haaa... cucuk la... cucuk slowx2 tau... takut n sakit tue...

Dr. Shah : Ok.. nurse bla bla bla...

Nora : Tengok jarum tengok Doktor... tengok jarum.... tengok Doktor...

Dr. Shah : Saya cucuk nie.. ok tarik nafas... lepas.... tarik nafas.... lepas...

Nurse dok perati tangan kiter yg dok genggam... wahaha... makcik sakit lelangit weihhh.. sakitnya kena cucuk kalahkan sakit gigi...

Nora : dalam hati suspen gila dia cucuk bius slowx2 menggeletar jari doktor... nasib sakit sikit je... itu pun sebab bius dah jalankan kerja... 👻👻👻

Ha... maka start la dia korek2x dia keluarkan darah beku... cuci sembur guna air apa entah guna picagari... terasa ubatnya...

Ha... tang dia pahat nya tulang tue... tau tak macam kita pahat kayu nak bagi rata.. ha.. memang la tak sakit time tue... tapi kepala nie dok tahan la bergoyang2x tulang rahang kena pahat... seram tak seram tak ?

Berkali2x dia pahat.. dia tekap darah... dia sambung balik.. 3 kali lepas tu dia da cuci dia kata nak masukkan ubat apa entah... warna hijau.. bau... bau ubat la.. wangi herba... sejuk jer... dia tekan ubat tu nak bagi masuk dekat tempat cabutan gigi tue begegor rasa lelangit dan kepala otak...

Lepas tu masuk kain kasa tu gigit... waduh...

Kena hadap lagi 1 minggu sakit gusi...

Dr. Shah : Hari tu masa doktor tu cabut ada guna alat nie tak ?

Nora : Alar tak ingat...

Dr. Shah : Masa dia cabut tue  susah nak cabut yea ?

Nora : Haah Doktor tu kata lama sikit n susah sikit nak cabut. (gigi tak goyang)

Dr. Shah : Itula saya tengok rahang gigi awak nie.

Nora : ooo.. habis tue mcm mana ?

Dr. Shah : Antibiotik dah makan berapa lama?

Nora : Dekat seminggu

Dr. Shah : Saya bagi ubat tahan sakit je sebab baru lagi ambik antibiotik.

Nora : oo...ok

Dr. Shah : Nie ambik masa 6 bulan tau utk sembuh...

Nora : Ha.... ??? udah kenapa ?

Dr. Shah : Sebab tulang rahang tu sebelah luar dah exposed.

Nora : Habis tu macam mana ?

Dr. Shah : Makan kena jaga.. 
pantang... makan yang lembut2x sejuk untuk 2-3 hari nie...

Nora : ok...

Memori starting tahun 2020... 

30hb Disember 2019 MC 1 hari duduk kat rumah layan sakit gusi... nyesal tak g klinik gigi terus... nak tunggu seminggu baru pergi balik... wuhuhu... 

Moralnya.. lain kali kalau dah sakit... pergi balik klinik gigi yang sama... jangan pergi klinik biasa... kepakaran diaorang lain2x... 

Kena strong walau sakit macam mana sekali pun slow2x lah drive tue ke klinik... jangan jadikan alasan jauh... 

Hmmm.. jenuh menahan sakit berhari2x... udah kena harung 1 minggu lagi untuk sakit gusi...

Doktor gigi kali nie teliti sangat orangnya... pandai bagi orang hilang rasa takut... jap... iklan ensem pulak... wahaha... iklan tak berbayar ok...

Pengalaman bertambah jadi 2... 1st masa darjah 6... 2nd yang nie... ngeri weihhh cabut gigi yang tak goyang lagi akarnya...

Dan pesanan buat yg rasa jenis malu2x tue... lepas cabut gigi balik rumah terus...

Jangan merayap kalau rasa malu sebab banyak je mata memandang.. apsal la muka makcik nie senget sebelah gamaknya sambil diaorang tersengeh2x kerang busuk... 

Nasib lah jiwa mak cik kental... lantak ler komer... mak cik nak beli betik nieh... hari nie n esok kena makan nasi lembik n betik je.. n roti cicah milo o je... sambil berlalu dengan gigi ngepit kapas kain kasa tue la...

Orang tak nampak kain kasa tu simpan kat dalam tertutup dgn bibir... doktor letak elok2x supaya muka tak nampak sememeh.. tue yg kata kali nie doktornya teliti orangnya...




Gambar menunjukkan titik tulang rahang yang exposed... besar itu pun... tapi sakitnya.. tak tertahankan bila sakit gusi... tambah pulak bahagian gigi taring... akarnya dekat 1 inch....


Pada anak2x yang baca post nie... sila jaga gigi sebaik mungkin... pagi gosok... sebelum tido gosok... lepas lunch gosok... nak pakai gigi nie sampai la hujung nyawa...

Kita dah tua2x aka dah bekerja nie baru ada kesedaran... nanti jadi macam mak cik... akarnya elok kuat... giginya merepot... udah terlambat....

Okey...