Mengenai Saya
- Butterflies
- "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216
Halaman
Jumaat, 7 Julai 2023
KENAPA AKU DIUJI ?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta" - Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" - Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al- Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan)," - Surah Al-Imran ayat 200
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2x muk'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... - Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
" ... dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12
Semoga ianya menjadi renungan dan panduan kita bersama. Allahu 'alam - Edaran Mohamad Sufian Hasim (Building Surveying Dept)
💞💞💞
Jumaat, 29 Julai 2022
Sofa oh sofa
Assalammualaikum,
Buat yang singgah santai di Blog Golderbutterflies nie.
Lamanya tak berblog.
Hari nie terasa nak share 1 DIY yang orang lain pun boleh try.
DIY tukar sarung badan sofa & sarung kusyen.
Yang perlu ada :
1. Sofa lama
2. Kain
3. Mesin Jahit
4. Heavy duty stapler
(https://shopee.com.my/product/1530870/2070795620?smtt=0.102457287-1659028719.9)
5. Gunting
6. Hammer
7. Portable handrill
8. 03MM U Tip Nail Staple Rivet Tack Puller Upholstery Staple Remover Screwdriver Tool (https://shopee.com.my/product/175748596/12040005598?smtt=0.102457287-1659028520.9)
9. Non woven fabric
10. Gam Dunlop
11. Span - boleh beli kat kedai bunga @ kedai sofa @ shoppe.
12. Player
Nie yang belum habis tukar.
Nie yang dah siap di tukar bajunya.Bahagian belakang dan bawah yang dah berlubang. Biasakan terjadi ?
Anak2 simpan remote dalam tu. Anak2 lompat2 atas tu.
Dulu set sofa ni datang dengan meja kopi yang hampir dibuang dek kerana rumah burung kan ruang limited. So dari dibuang NN pun buka cover & potong ikut ketinggian base sofa. Kemudian balut semula & add span foam baru.
Span berbalut hitam, beli dari Otai Sofa di Klang. Taip je nama Otai Sofa dekat FB boleh jumpa PAGE dia.
Kebiasaan sofa buka dari tapak dia yang berkain non woven. Gunakan pembuka ubat stapler kalau ada jenis player lagi senang. NN guna yang macam kuku kambing tu. Refer gambar paling last.
Ceraikan bahagian arm dan seat. Biasanya kalau sambungan pakai skru senang la buka. Kalau pembuat sambung guna paku, menangis la jawapnya kalau nak buka confirm rosak kayu bingkai
Touch up dengan span untuk bahagian mana yang dah damage tue dulu. NN gunting saja tanpa sukat aka main agak2. Letak gam dunlop terus stapler.
NN guna kain recycle je untuk penjimatan kos.
Kain purple & bunga2 purple tue kain langsir. Potong jadikan sarung kusyen. Sukatan ikut size sarung asal.
Kain hitam untuk balut badan sofa beli di Nagoya Shah Alam. RM 12 / meter. NN beli 15 meter. Ada lebih dalam 2-3meter macam tue.
Sukatan tiru semula sarung lama & sukat sofa semula, sebab sarung lama kain dah meregang so size akan lari nanti.
Alatan penting untuk buka ubat stapler & untuk pasang semula.
Dekat atas NN ada share link shoppe.
Projek NN yang lama terbengkalai. Bila menganggur siap la projek nie. 😄
Bagi yang berkemampuan order la sofa baru. Bagi yang tidak mampu macam NN, kita pilih repair semula mengikut color pilihan kita.
Sekian dari NN.
Selasa, 9 Jun 2020
Matte Creamy Lips - MCL FREE POS (2PCS/RM50.00)
Sabtu, 18 April 2020
Sekalung Rindu
Di keheningan malam sepi menyelubungi diri.
Tak kala kita termanggu sendiri, tuhan mencuit hati kita untuk merindu. Tapi untuk siapakah perasaan rindu itu ?
Rindu... yang membuat hati dan jiwa bercampur baur... takkala hati mengetahui rindu kita kepadanya tak kan terbalas... kerana di kala kita merindui dia... dia merindui insan lain... jiwa rebah...
Sesungguhnya...
Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang dia kehendaki dan di sisi-Nya-lah terdapat Umul Kitab
Jumaat, 27 Mac 2020
Covid-19 2019/2020
Jika ditakdirkan kita dipanggil dengan cara ini. Kita nak minta maaf.
Maafkan segala salah tutur kata kita. Halalkan makan minum kita.
Semoga covid-19 segera berakhir.
Jumaat, 20 Mac 2020
2020 Tahun yang mencabar
Dugaan hidup 2020.
6hb Mac 2020 tarikh lahir kekanda kita dan merupakan tarikh jatuhnya kita. Syarikat umum secara verbal gaji feb 2020 lewat bayar dek kerana kedudukan kewangan syarikat berada di tahap genting.
Option syrkt... option 1 hantar resign letter 24jam tiada notice 2 month or 1 month & sykt berjanji akan bayar gaji bln Feb 2020 bila kewangan syarikat pulih. option 2 terus bekerja dan gaji tidak dijanjikan bila dapat.. mungkin keadaan berlarutan 4 hingga 5 bulan sehingga kewangan syarikat kembali stabil katanya.
Pekerja biasanya selalu tertindas dengan majikan. Siapa pernah lalui benda nie mesti faham.
Susah untuk kita buat pilihan. Di telan mati emak di luah mati bapa.
11hb Mac 2020 kita dan rakan2x menuju ke bangunan Perkeso untuk dapatkan nasihat dari JTK dan seterusnya JPP dan seterusnya ke Perkeso utk membuat semakan Socso & SIP dan seterusnya ke KWSP.
JTK - tiada apa yg boleh pekerja lakukan kerana syarikat terangkan secara verbal tiada hitam putih. Hanya repot aduan lewat bayar gaji sahaja yg boleh kami tinggalkan dan JTK hanya akan keluarkan perintah kepada majikan utk bayar gaji pekerja selepas buat penyiasatan.
JPP - pemecatan konstruktif... siapa biasa dengar ? bagaimana kesudahan ? pekerja tidak berkemampuan untuk membayar kos peguam jika kes berlarutan sehingga di bawa ke.mahkamah tinggi. Pekerja menang ? @ Majikan Menang ?
Perkeso - hanya aduan juga yang mampu kami tinggalkan. Di dalam penyata gaji ditolak, Perkeso semak hmmm setahun syarikat tidak jelaskan bayaran. Apa tindakan lanjut dari Perkeso kita pun tak pasti.
KWSP - sama juga... hanya aduan sahaja yg mampu kami tinggalkan. Lebih dari 6 bulan syarikat tidak jelaskan ke KWSP... apa tindakan KWSP agaknya nanti.
16hb mac 2020 letak jawatan... tidak ada kemampuan utk meneruskan pekerjaan tanpa gaji.
Siapa tak kenal dengan covid-19 ?
18-31 Mac 2020 perintah kawalan pergerakan. 20 Mac 2020 titah Agong.. 22 Mac 2020 askar di kerah utk jaga kawalan pergerakan.
2018 lagi kita dah dengar kejatuhan dalam sektor pembinaan. 2020 dengan covid-19 banyak sektor pekerjaan terjejas.
Besar sungguh dugaan mu ya Allah....
Ahad, 12 Januari 2020
Diet Ke Laut - December 2019
Diet ke laut.. tapi berat maintain
takut satu je.. risau gula naik...
Last aktiviti hiking n trekking je stop senam atas faktor kesihatan tak menentu. Sakit kepala kerap akibat gigi.
December record
12/12/2019 Broga hill lepas tu shoot terus ke Masjid Sendayan dan Bukit Sendayan N9. Unplanned jalan2x. Planned just Broga Hill.. alhamdulillah.. akhirnya sampai jugak Broga Hill...
1st plan bukit sendayan... bukit sendayan dah jadi taman kata cip so cip tukar ke broga... sampai peak broga... sambil makan2x... nak puaskan hati nak jugak sampai ke Masjid Sendayan... cip n cousin kata ok... jom !!!
14 & 15/12/2019
14 Bukit Batu Putih
15 Birthday parties 💞
1st time naik lrt sampai ke gombak.. nak naik carpool... tompang ke N9... dalam perjalanan naik kereta memang dah rasa pusing2x. Ingatkan badan penat & tak biasa duduk seat belakang. 15hb lepas birthday parties jam 3 petang pengsan dah atas katil menahan sakit kepala... dalam kereta balik makan panadol malam naik berpeloh2x badan... ketegur pun ada... 2 minggu makan ubat batok... gula gula gula... 😅
21/12/2019 Bukit Gasing
Pencarian trek yg mudah dan selamat utk bakar lemak biasa2x...
27/12/2019 Cabut akar gigi taring... fuhhh.. seminggu makan ubat tahan sakit... rupanya ada tulang exposed... 4/1/2019 buka blood clot n cuci n tumpulkan tulang n kambus balik... Alhamdulillah semakin pulih...
29/12/2019 ziarah new baby n jalan2x tengok lampu n makan malam sambut birthday...
9/1/2019 blood test... balik dari blood test... briskwalk... test keupayaan kepala menahan sakit... kot sakit lagi gusi... Cuma pening2x sikit... Insyaallah ok.. esok 12/1//2019 nak hiking Bukit Gasing...
15/12/2019 Birthday parties alhamdulillah tak makan manis2x...
24/12/2019 birthday parties PA boss ada makan manisan di situ.. kuih muih.. adududu...
30/12/2019 kalah la kalau dengan kek buah n devil coklat dari mamasab...
27hb dec & 4hb jan Cabut gigi punya pasal ada jugak la makan ice creame...
Untuk yg berusia 30 tahun ke atas kalau badan obes tahap 1 & 2... jaga pemakanan... dulu muda... organ badan dah tak sama selepas umur 35an...
Dulu berat yg sama tapi tak de Hba1c... sekarang berat yg sama tp ada Hba1c...
Bukit Batu Putih
Broga Hill
Pesta Lampu
Masjid Sendayan
Bukit Sendayan
Kenapa la 8-9tahun dulu tak kenal dengan dunia hiking n fun run nie...
Orang kata.. berkawan nie memang sedikit sebanyak membantu dalam perjalanan hidup...
Jika bertemu kawan yang positif.. kena bersyukur selalu.... jika ketemu yang negatif... kena slalu jauhkan diri dan cekalkan hati...
Alhamdulillah masih tidak terlambat...
Ahad, 5 Januari 2020
Secebis Nota - Setiap Kali Perasaan Itu Goyah
Terima kasih pada Dia yang mengedarkan Nota ini kepada anak2x didiknya.
Notanya berbunyi...
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta" - Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" - Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al- Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan)," - Surah Al-Imran ayat 200
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2x muk'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... - Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
" ... dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12
Semoga ianya menjadi renungan dan panduan kita bersama. Allahu 'alam - Edaran Mohamad Sufian Hasim (Building Surveying Dept)
💞💞💞
Pengalaman Cabut Gigi Taring
Jan 2020...
Lembaran baru...
Bertambah lah umur lagi dan semakin terasa ketuaan... dan bila teringat post yang lama2x dalam blog nie... terasa di situ kebudak-budakkan.. Biarkan saja untuk memori di hari tua...
Nak dijadikan cerita Disember 2019 diet ke laut.. dengan demam di ikuti sakit gigi.. dan sakit gusi...
Diet nanti cerita tepi... yang nie khas untuk simpan memori cabut gigi taring yang dah di jaga dan di simpan maybe 7-8tahun setelah dimatikan akarnya...
4 Jan 2020
MC sehari di hari lahir patut bergumbira... tapi duduk rumah layan sakit gusi...
Gambar menunjukkan titik tulang rahang yang exposed... besar itu pun... tapi sakitnya.. tak tertahankan bila sakit gusi... tambah pulak bahagian gigi taring... akarnya dekat 1 inch....
Pada anak2x yang baca post nie... sila jaga gigi sebaik mungkin... pagi gosok... sebelum tido gosok... lepas lunch gosok... nak pakai gigi nie sampai la hujung nyawa...
Kita dah tua2x aka dah bekerja nie baru ada kesedaran... nanti jadi macam mak cik... akarnya elok kuat... giginya merepot... udah terlambat....
Okey...
Jumaat, 29 November 2019
Menu Diet October-November
Dalam proses nak memdapatkan target 10% nie terpaksa try test buat IF. Sesiapa nak buat sila dapatkan nasihat dari Doktor memasing erh.
Nanti orang cakap kita memandai ajar orang buat IF pulak. Diet itu satu pilihan. Terpulang pada diri sendiri. Tepuk dada tanya selera memasing.
Diet IF nie Nora dah lama baca jer... dulu lagi dah tahu pasal IF nie... Tapi tak pernah buat sebab nanti takut payah nak follow balik jadual makan macam biasa. Breakfast, lunch dinner. IF nie pulak kita buat last makan malam jam 8 @ 9 mlm. so jam 11 @ 12 dah lapar. Makan time lunch n dinner. BF sudah hilang.
Bulan 10 hari tue tunggu aje lah jam 1 tgh hari... baru makan... tapi bulan Nov nie bawak je epal siap potong @ banana @ roti makan je la time office hour yg ringan2x... tak tahan menahan pewut berkeroncong on time...
Selepas jumpa dietitian bulan 11 baru2x nie. Katanya risau gula kurang dalam badan makin teruk. Nasihatnya tak boleh buat IF dalam jangka panjang. So kita bagi taulah maybe 3-6bulan je. Aternya dah Dr. kata 10% berat kena turun dalam 3 bulan... wahaha... udah umur lebih 35 an tahun badan tak sama macam diet umur 25 an... banyak tak lalu dari lalu...
*** soklan: jangka panjang tu mcm mana banyak panjang nya? jawapan dari dietition... 2 tahun... nie tak de pulak survey kesahihannya... sebab tak de planning buat IF sampai 2 tahun...
So nak selamat dan sedapkan hati... pagi ambil bacaan gula... jam 12 sebelum makan epal ambil bacaan.. selepas makan lunch jam 3 ambil bacaan lagi... Alhamdulilillah semua reading bawah dari 10... kata dietition tu mesti bawah 10... tapi kalau survey dalam reaserch beza pulak wooo... apapun reading alhamdulillah masih bawah bacaannya jugak... bawah 7... 👻👻👻
7 minggu lagi to go... hari2x naik penimbamg...
Dugaan dalam berdiet.... godaan makanan bergula.. kek.. ice creame... makanan bercarbo... kerepek ubi, maruku...
Nie antara makanan yang sempat di photokan...
Occtober - November 2019
Dinner - sekeping roti sebiji telur di renjis lada hitam pak aji.
Lunch - Nasi dari beras faiza, timun, terung bulat hijau, ikan kembung masak kicap.
Dinner - wrap telur, salad, tomato, bawang merah & mayo.
Lunch - Nasi dari beraa faiza, ulam raja, terung panjang hijau, ayam grill bersama sambal ayam penyet.
Dinner - wrap ayam grill, epal hijau, salad, mayo n cili sos.
Lunch - Nasi beras faiza, timun n tomato. Telur grill (telur itik, telur ayam, daun ketumbar, ulam raja, daun selom n bawang merah)
Lunch & Dinner - Lunch tak habis makan so bawak ke dinner.
Ayam grill, kacang kuda, kentang bakor, timun, tomato & bun.
Lunch - Nasi beras faiza, ulam salam, telur itik n terung bulat hijau masak lemak cili padi.
Dinner - Ayam grill, kacang kuda, ulam raja, epal hijau, tomato.
Lunch - Pecal
Dinner - Sandwich ayam grill
Dinner - Sandwich telur dengan sosej.
Lunch - Ikan kembong goreng, daun selom, salad.
Dinner - Sandwich sosej bersama kacang tanah tumbok.
Lunch - Beli
Lunch - Ayam goreng pandan cecah sambal penyet berulamkan timun.
Sambal ayam penyet.
Dinner - Beli meehoon tomyam
Dinner - wrap.chicken grill
Lunch - Nasi beras faiza, ayam grill, salad n timun.
Dinner - Ayam grill bersama nenas.
Lunch - Nasi beras cap rambutan, ayam grill bersama nenas, sup cendawan enoki, salad.
Dinner - Mee ramen n cendawan enoko n ayam grill.
Lunch - Sup ayam 2 ketul ayamnya, cendawan enoki, tomato, carrot, kentang n saderi. Dinner - pun sup ayam makan bersama roti 2 keping. Nak makan roti tapi sup banyak masak pagi tadi... So makan je la roti n sup... Jam 12 tgh hari makan banana. Jam 1.00 makan lagi banana... ( pisang emas saiz kecik )
D








































