Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Selasa, 9 Oktober 2018

Cuti Cuti di Langkawi - Part 2


Sambungan part 2.

Plan nak kemana seterusnya.

Contoh
Day 1 - hari ketibaan
Check in rehat
Malam jalan2x cari makan
*** GB malam ketibaan GB jalan survey location arah jalan kiri & kanan dari roomstay.

Day 2 - hari jalan2x
Pagi hening bangun semangat nak naik cable car; macam tak pernah naik.
Erkkk... memang tak pernah naik cable car yang kat langkawi... 😅
Korang baik plan cable car pergi sebelah tengah hari ke petang. Kalau kena pagi tak jalan; memang menganga tak tau nak buat apa. Time GB hari tue angin kuat so cable car tak jalan. Huhuhu separuh hari menunggu.

Berfikir nak kemana2x; mula2x pusing jugak area situ tapi tak ada apa yang menarik.

So decide ambik la combo tiket b. Hentam sajala labu. Nasib emak & abah layankan saja.

Commbo B:-
Skycab
Skydome
Skyrex
3d art
6d cinemotion

Tapi paling lama memang dalam building yang penuh dengan gambar 3d nielah. 😂



lepas tu kejadian makan tak ingat... makan dulu ke... naik cable car dulu... adesss... makan dekat situ banyak kedai makan... nak murah dekat food court jer senang banyak pilihan.

Masa beratur panjang la jugak. sebab berliku2x 😅. Baca la apa yang ada kat dinding situ.


View dari dalam cable car.
Tuhan saja yang mengetahui.


Nampak macam mainan jer.

Alhamdulillah hajat yang disimpan rapi.
Selama 5 tahun. 2 tahun tak de rezeki dalam masa. 3 tahun abah sakit dan dalam tempoh pemulihan mild stroke.

Pemandangan yang sangat tenang.

Emak Abah berehat sambil makan ice cream & minum air dekat kiosk bawah. Anak dia dah macam apa; berjemur bawah terik matahari kat tingkat atas semata2x melayan view. Memang hitam berbelak muka.

Dah puas hati ??? Jangan tanya soalan nie.
Jika diberi rezeki dariNYA insyaallah.

Balik survey jalan lagi ke dataran berdirinya mercu tanda Langkawi yang gah.


Disebabkan periatiwa ni dah lama; so makan memang tak berapa nak ingat. Kalau tak salah hari kedua untuk makan malam makan di reatoran sajian murni. Seronok tengok family makan; walaupun kena bebel sebab ikan masak masam manis mahal.
😁😁😁


done part 2 

Isnin, 10 September 2018

Cuti Cuti di Langkawi - Part 1


Assalammualaikum buat yang membaca Post Cuti-Cuti di Langkawi.

Jom baca.

Plan untuk naik ETS & Ferry kena beli tiket yang bersesuai dari segi:-
-tarikh
-masa
-no seat
-menghadap ke depan @ ke belakang

GB lama dah plan, tapi setelah 5 tahun baru ada rezeki untuk sampai ke Langkawi.

Jadi nie Contoh yang BG punya trip hari tue.

Bertolak naik ETS Kampar tiket 11.39pagi dan sampai ke Arau 14.45petang. Perjalanan rileks je la tak yah nak drive cuma masa panjang tapi berbaloi pemandangan cantik. Pilih la Gerabak C dekat dengan Toilet Surau & Cafe.

Dari Arau nak ke Jeti Kuala Perlis ambil masa 1/2 jam. Di ETS Arau banyak Teksi menanti, tapi kalau rasa nak naik Grab pun boleh. Jadi tiket feri kena beli yang lambat sikit dalam jam 5.00petang. SUPAYA tidak terkejar2x dan tidak tertinggal Ferry. Jarakkan 45minit-1jam.


Untuk Bab Harga
ETS
Kalau Kampar-Arau
Dewasa RM 50.00
Warga Emas RM 29.00

Ferry
Kuala Perlis-Kuah
RM18.00

Grab
ETS Arau ke Jeti Kuala Perlis
RM 20 something 1 Grab/Teksi
tak ingat harga tapi bawah RM30.00.
Beza teksi dengan grab?
katanya grab penumpang insurans cover; teksi penumpang tak di cover insurans.
















Untuk Penginapan & Kereta Sewa, dah booking awal untuk elakkan perkara tak di jangka.

Family Room - 4 hari 3 malam
Kereta Proton FLX - Auto
Katil Queen 2
1 bathroom
A/C
Television
Dapur di penghujung bilik
Iron hujung sebelah lagi
RM 450.00
*** dekat dengan Pekan Kuah senang nak cari makan dan menshopping 😅😅😅

ok la kan tempat beradu jer;
memang masa dihabiskan di luar.





Asalnya plan 3 hari 2 malam.
Emak bersuara >>> ^kenapa kejap sangat^
 😅😅😅

Jadi tambah ler 1 malam lagi... yes nasib tambah hari... aktiviti terbengkalai akibat Cable Car tak jalan pagi2x... jalan tengah hari ke petang jea... huhuhu.... katanya angin kuat... bila di riki2x ada yang kata memang Cable Car jalan petang2x je sokmo... aktiviti island hopping pun cancel masa tak mengizinkan... (deposit burn)

Perjalanan sangat tenang dan lancar. Tiada tangisan baby @ sebagainya.



Pemandangan masa air surut kata pakcik driver teksi air mati. Memang lapang sangat2x sampai feri pun susah nak berlabuh.

Tenang hati dengan awan biru; tapi tak tahan teriknya matahari.



sampai di sini untuk part 1






Ahad, 22 Julai 2018

DIY bekas baju kotor / Laundry Basket

Assalammualaikum.

Ruangan bilik terhad ?
Ruangan yard terhad ?

cant get size fit behind the door 😅

ta...daaa...

diy adalah solution...

Just guna pipe dan kain.

Panjang x Lebar x Tinggi
Sukatan ikut suka hati kita.
Ikut keluasan kawasan.

Penyambung T - 4 biji
Elbow - 8 biji
Paip 8kaki - 3batang
Option Gam paip
Gergaji






























perbezaan beli dengan diy. harga murah lagi beli bakul laundry sedia ada. diy mahal beli paip. tenaga kena buat sendiri lagi. tapi diy dapat size apa yang kita nak.

kain je belum jahit lagi; warna apa nak guna... kelabu? purple? pink? putih? hijau?

😥



Ahad, 18 Februari 2018

Macam Mana Korang Maintain Bilik Tidur


Adoiii... macam mana nak bagi bilik kemas jer... tak sepah2x...  macam mana nak maintain kemas....

Tempat seluar yang dah pakai tapi nak pakai ulang mana nak letak???

Tudung aka shawl ke apa ke macam mana nak simpan???

Baju dah pakai letak mana???

Cadar selimut sarung bantal salinan semua yang dah basuh simpan mana???

Bag segala bag macam mana nak simpan???

Dilema bila bilik kecik dan sempit... barang yang amat banyak...

Baju/Seluar yang dah tak pakai.. nak buang sayang nak simpan semak... dilema dilema...

Katil double deck...  tapi tido kat lantai jugak yang best... adoiii....

Ni la bila mengemas secara besar besaran... sakit otak sakit jiwa... yang koyak nak kena jahit...yang longgar pun sama... haa... pakai lagi kain manik2x... sendiri cari susah...

Cuti CNY haaa... tak balik kampung... guna sebaik mungkin cuti ngemas bilik...






Sabtu, 10 Februari 2018

Istikharah


Istikharah yang bermaksud meminta pilihan yang  baik.

Alhamdulillah segala kekeliruan hati sudah terjawab.

23hb Februari 2018 yeay... last day kerja kat company A dan 5 March 2018 akan datang bersama company B semoga dipermudahkan segala urusan hendaknya.



*** Untuk lebih detail mengenai Istikharah