Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Selasa, 26 Mac 2013

Minyak Hijau - Cap Delima

Mana nak cari minyak panas nieh?
sape tau... sape tau... sila tinggalkan komen...
alamat ke no telefon ke kot kot ada tempat yang jual minyak nieh...
susah dah nak dapat minyak nie kat kampung NN...
minyak nie alamat dia kat melaka ler... jauhnya...

Lot No. 20
No. AG9336 kot... tak jelas kat botol nie...
Kawasan Perindustrian Kelemak,
78000 Alor Gajah,
Melaka

Ha... nak minyak nieh...
minyak nie sangat2x elok untuk NN...
kalo senggugut boleh guna...
kalo kembong perut boleh guna...
kalo kejang kaki boleh guna...
kalo ceri beri pun boleh guna..
kalo kena gigit dengan serangga pun boleh guna...
macam-macam... sangat berkesan...
dah guna nie lama... sejak umur 16 tahun...
gulppp... sekarang dah umur 30 tahun...
ha lama tak... lama tak?

pengguna setia minyak hijau cap delima...
howaaa... mana nak cari pembekal nie...
tak kan tak ada orang jual kat selangor nie weihhh oi...

nak pesan kat sapa nie..
diaorang nie tak buat sistem jual secara poshhh ka?
haaa...

Product Detail

ha... dapat no tel dari Yellow Page tapi tak tau lah wujud ke dak nyer nombor nie... ha.. sini pulak ada tulis no fax office dier... jeng3x... nanti nak try tel @ call...

wah... jumpa email address pulak lagi kat sini nanti nak try email jugak nieh nanti... semata-mata nak tanya mana la nak dapatkan minyak dier kat area selangor nieh...

bila search search search... erhhh macam2x jugak business wahisham delima nie... entah ada lagi ke tidak entah keluaran minyak hijau diaorang nieh...

adoiii...



Isnin, 25 Mac 2013

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya KL

Pergh... wahhh ada limit umur tue... tak sangka... tak sangka...
Kalo limit umur 18 tahun ke atas tu ok lagi...
yang nieh... 30 tahun ke bawah... terang lagi bersuluh...

Jadi pada sesiapa yang dah berumur 31 tahun ke 50 tue...
memang dah sah-sah tak berpeluang menjawat jawatan dalam sektor awam... dah la nak masuk ke sektor awam susah...

haaa... faham2x aja sudah lah...


Ahad, 24 Mac 2013

Rayuan Ujrah

Sambungan Post Kurarngkan Caj Pentadbiran PTPTN

Borang Permohonan UJRAH dah selamat di tangan salah seorang pegawai PTPTN. Hmmm... di harap segalanya dapat berjalan lancar.

Katanya permohonan nie mengambil masa 1-2 bulan untuk buat penyelarasan. Lepas tue nanti dapat 1 salinan perjanjian UJRAH tue nanti.

Kita tunggu dan lihat. Lepas tue baru dapat meneruskan step yang berikutnya.

~~~

5/5/2013 - Ahad
Rayuan ujrah approved bulan April 2013.




Rabu, 20 Mac 2013

Elaun Perjalanan, Elaun Petrol Atau Kadar Tol

Nak membebel pasal Elaun nieh.

Perhatian kepada fresh graduate... Sila ambil perhatian... Jika mahu mula bertapak di alam pekerjaan. Sila ambil perhatian. Haaa... berapa kali perhatian da...

Silalah minta Elaun Perjalanan semasa anda di temuduga. Jika kawasan anda berjauhan dari tempat kerja.

Dan!!! Jika kerja anda memerlukan pertukaran. Contohnya setahun @ 2 tahun di pejabat yang berlainan. Haaa... mintaklah Elaun yang fleksibel. Atau kena tanya kemudahan penginapan yang disediakan oleh majikan. Sama ada rumah disediakan dengan bayaran api dan air sebagainya.

Sila ambil kira Elaun Perjalanan nie ok.

Kalau boleh minta syarikat tulis dalam offer letter.

Kat bawah nie ada tulis limit Elaun. Macam mana kira tak pasti. Tapi limit RM 2,400.00 setahun kalau tak melibatkan hal kerja. Kalau melibatkan urusan office kadar tol tak melebihi RM 6,000.00 setahun.

Ta...pi... kalau kata yang tak melibatkan kerja... contohnya kena transfer ke tempat yang jauh dari rumah... kena ada budi bicara antara syarikat dan pekerja. Errr ini hanya untuk yang bekerja yang memang asyik memerlukan tukar tempat kerja... Contohnya company construction.

Ha... tue je nak membebel...



Lembaga Hasil Dalam Negeri

Kurangkan Caj Pentadbiran PTPTN

Kalau dulu caj pentadbiran PTPTN tinggi, sekarang dah ada sistem Ujrah. Di kira 1% untuk setiap tahun pinjaman.

Jadi untuk sesiapa yang belum betukar ke sistem Ujrah, lebih baik tukar serta merta bagi mengelakkan kos meningkat semasa pembayaran. a.k.a bayar bayar.. tapi kos bayar tambah caj dah jadi tinggi...

Pada yang dah dapat tawaran dulu, tapi tawaran tamat tempoh sebab lambat dapat kad. ha... boleh la buat rayuan di PTPTN. Caranya email @ telefon Pejabat PTPTN. Nanti akan ada seorang Pegawai/Penyelia yang akan menyelia para peminjam erhhh...

Hmmm... alhamdulillah setakat nie berjalan lancar. GB dalam proses nak tukarkan ke sistem Ujrah. Sebab dulu dapat kad tawaran. Tapi kad tawaran tue sampai kat Kampung. Bila dapat kat GB kad tue, GB tengok dah habis tarikh. Haa... tunda punya tunda... lama dah benda tue berlalu...

Sekarang nie tengah dok fikir macam mana nak kasi settle hutang. Di harap semua berjalan lancar. 

* Sebelum mati berharap dapat selesai segala hutang piutang. mati nie bukan kira usia kan???

Laman Utama - PTPTN
Semakan Ujrah - Ujrah
Capaian Borang - Borang