Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Sabtu, 10 November 2012

Agar-Agar Milo


Bahan-Bahan
Agar-agar kering 20gram
Air 1.3 liter
Milo 5 sudu besar
Susu 3 sudu besar
Gula 8 sudu besar

Cara-cara
1. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih.
2. Kemudian ambil sedikit air tersebut untuk cairkan susu dan milo.
3. Sementara air yang dalam periuk tersebut, didihkan agar-agar kering hingga agar2x sebati.
4. Satukan bancuhan agar2x dengan bancuhan milo bersama susu kemudian masukkan gula.
5. Bila mendidih padamkan api dan tapiskan agar2x ke dalam bekas acuan.
6. Biarkan sejuk seketika sebelum di masukkan ke dalam peti ais.
7. Agar2x yang siap dan sejuk enak di makan bersama taburan milo.

* Tip
Apabila membuat agar2x tak kira apa jua perisa, semasa merebus agar2x kering kita boleh rebus daun pandan bersama untuk mendapatkan bau yang harum.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan