30-12-2012 semakin hampir... target 30-12-2012 terbengkalai. Tak dapat nak buat apa dah. Disebabkan semangat tak kuat jiwa tak kental, akhirnya aku karam tenggelam di lautan kegagalan...
Kalau jiwa kuat aku pasti pada tarikh tue berat aku dah capai 65kg. hmmm... aku gagal mengawal perasaan... wahaha... dugaan demi dugaan yang datang...
Bila bertukar tempat kerja, aku tak dapat lagi bawak bekal makanan dari rumah. Bila tapau makanan dari gerai agak susah nak kawal pemakanan kerana harga kat gerai tersebut agak tinggi. Bila sarapan dan lunch tak ok, secara automatik makan petang pun terganggu.
Senaman pun terganggu kerana tekanan emosi yang asyik tak stabil. Kerana memikirkan takdir diri. Apalah nak jadi....
Kesihatan pun terganggu... alahan teruk satu badan naik bintik-bintik ruam... lepas tu kena sakit kulat pulak lepas tue... gigi pulak sakit nieh... buat temujanji isnin lepas, sabtu ari tu baru dapat pergi tampal... yang cabut punya belum lagi... kena makan antibiotik dulu... kena buat temujanji lagi... rabu malam nanti baru dapat cabut...
Howaaa... apalah nasib diri...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan