NN tak ingat bila... dalam perjalanan ke gerai makanan nak menapau a.k.a bungkus makanan untuk lunch nn, nn terpandang seorang mak cik... sayu sangat terasa hati... dia duduk atas kertas, tangan tertutup dengan baju tapi ada nampak balutan di tangan kiri dia... hmmm... dihadapan dia terletak satu raga kecik berisikan pen dan tisu... sayu mukanya tertunduk ke bawah melihat bumi... =_=
Pergi dan balik nn lalu macam tue jer... sebab nn ada rm tak sampai sepuluh ringgit dalam tangan nak pegi tapau lunch... masa balik dan makan kat office asyik terfikir... mak cik tu makan apa hari nie... rumah dia kat mana... anak2x dia kat mana... ada keluargakah dia... macam2x yang berlegar2x dalam kepala...
HARI INI sekali lagi nn lalu lagi kat situ... mak cik tu di tempat yang sama... =_=
NN lalu di gerai buah dan air... nn fikir... macam nak tapau kat mak cik tadi tue... nn berjalan lagi menuju gerai biasa... nn tapau dulu makanan nn... lepas tue nn singgah beli air utk nn dan buah betik utk nn... nn ingat nak tapau cekodok pisang kat mak cik tue... tapi nn fikir mak cik dah tua takut pulak nn nak bagi cekodok pisang yang berminyak... nak belikan dia betik pulak rasanya... tapi takut jugak nanti dia sakit perut... sebab perut orang tua nie selalu nak ke bilik air je... jadi nn belikan buah ciku untuk dia...
ahahaha sambil taip nie pun dah begenang ayor mata teman...
Syahdu rasa hati bila nn meninggungkan diri dihadapan mak cik tue... duit yang tak seberapa yang nn dah sediakan selepas beli buah ciku tu nn keluarkan... lalu nn letakkan buah ciku dalam raga mak cik tu dan duit derma ke dalam bekas yang berada dalam raga mak cik tue... nn pilih utk amek tisu comel nie... mak cik tu hulurkan lagi satu tisu buat nn... tapi nn menolak lembut tangan mak cik tue dan berkata terima kasih, saya amek satu je... T_T
Syukur alhamdulillah mak dan abah nn tak melalui semua nie.. syukur untuk nikmat yang tuhan kurniakan untuk kami sekeluarga... T_T
Tisu comel... cartoon comel macam nn... perasan jap...
Kita tak tahu kehidupan kita di masa akan datang... TUHAN bisa mengubahnya dalam sekelip mata... kita tak tahu apa yang dilalui mereka... tak salah menolong orang yang memerlukan...
(UNTUK DIRI NN)
Dia berusaha dengan tidak menadah tangan... dengan menjual tisu dan pen... nn sebagai manusia yang mampu... jangan alpa dengan kehidupan yang nn ada sekarang nie...
Definisi Derma
Derma ialah sumbangan ikhlas daripada seseorang untuk diberikan kepada seseorang yang lain.
Menurut Kamus Dewan; derma diertikan sebagai bantuan yang berupa wang (kepada perkumpulan dan lain2), dan diertikan pula sebagai pemberian ikhlas.
Menderma dalam konsep Islam bukan sekadar membantu golongan miskin dan mereka yang ditimpa musibah, malahan juga boleh dibuat melalui pembiayaan pembinaan rumah anak-anak yatim, golongan orang kurang upaya dan warga emas. Menderma juga boleh diertikan dengan menyediakan peralatan serperti makanan, perabot dan lain-lain peralatan yang bersesuaian bagi golongan tersebut.
Sumber Dari Web
http://islam.dunyahalal.com/index.php?id=81&mnu=81
Tiada ulasan:
Catat Ulasan