Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Selasa, 23 Oktober 2012

Komuter 1Malaysia


Diskaun 50% Tiket KTM Komuter ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan RM3,000.00 sebulan dan ke bawah.

GB pun tak melepaskan peluang nie... apa ada kita grab je lah. Sekurang-kurangnya dapat lah GB berjimat dalam RM33-RM35 sebulan boleh beli makanan special untuk anak mama nn tue. Pada yang jarak jauh dan kos dia lagi mahal... baik grab cepat2x kad nie... ngeee... kalau kos perjalanan 200 separuh harga jadi 100... jeng3x...

Untuk mendapatkan kad tersebut sila isi borang secara online @ borang yang boleh didapati di kaunter2x yang disediakan oleh pihak KTM di stesyen2x terpilih (KL Centre, Tg. Malim, Kepong Central, Bangi, Sg. Gadut, Sentul & Subang Jaya). Link borang on9 Komuter 1Malaysia. http://intranet2.ktmb.com.my/kom1m/ . Kemudian hantar kat kauter2x yang disediakan dah terus boleh collect kad KL centre.

Cuma diperlukan salinan kad pengenalan dan setiap kad Komuter 1Malaysia dikenakan caj RM1.00 sahaja. Kaunter khas akan beroperasi sebulan dan bermula dari 22/10/2012 dari jam 11.00pagi hingga 8.00malam.

Dekat kad ada tertulis, no siri, nama & no kad pengenalan.

Terma & Syarat:
1. Pembelian tiket diskaun hanya melalui kauter sahaja.
2. Hanya pemegang kad ini sahaha layak mendapat diskaun.
3. Kad ini tidak sah untuk -
 (i) Konsesi tambang lain sedia ada.
 (ii) Pengguna yang menggunakan kad Touch n Go dan
 (iii) Konsesi/promosi lain yang akan diperkenalkan oleh KTMB.
4. Kad ini tidak boleh ditukar milik.
5. Kad ini mesti ditunjukkan apabila diminta oleh pemeriksa tiket/pegawai KTMB atau mana-mana kakitangan KTMB untuk tujuan pemeriksaan.
6. Penggunaan kad ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang dikeluarkan oleh KTMB dari semasa ke semasa.
7. Kad ini adalah hak milik KTMB dan mesti dikembalikan kepada KTMB sekiranya dijumpai.
8. Kad ini bukan tiket perjalanan.
9. Adalah menjadi satu kesalahan jika kad ini disalah guna.
10. Kad ini tidak sah digunakan oleh bukan warganegara Malaysia.
11. Kad ini sah untuk tempoh penggunaan satu (1) tahun - 1 Nov 2012 - 31 Oct 2013. 
12. Tertakluk kepada Akta SPAD 2010.







* 15/11/2012 ~ update

1/11/2012~7/11/2012 1st tiket mingguan yang NN beli... sekali pakai jer... lepas tue ilang... adesss... jadi minggu tue masih pakai touch n go lagi... next weeknya baru beli yang baru...

Harga jatuh jadi RM6.00 untuk 1 minggu untuk pergi dan balik...
weee... suker2x...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan