Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Isnin, 10 September 2018

Cuti Cuti di Langkawi - Part 1


Assalammualaikum buat yang membaca Post Cuti-Cuti di Langkawi.

Jom baca.

Plan untuk naik ETS & Ferry kena beli tiket yang bersesuai dari segi:-
-tarikh
-masa
-no seat
-menghadap ke depan @ ke belakang

GB lama dah plan, tapi setelah 5 tahun baru ada rezeki untuk sampai ke Langkawi.

Jadi nie Contoh yang BG punya trip hari tue.

Bertolak naik ETS Kampar tiket 11.39pagi dan sampai ke Arau 14.45petang. Perjalanan rileks je la tak yah nak drive cuma masa panjang tapi berbaloi pemandangan cantik. Pilih la Gerabak C dekat dengan Toilet Surau & Cafe.

Dari Arau nak ke Jeti Kuala Perlis ambil masa 1/2 jam. Di ETS Arau banyak Teksi menanti, tapi kalau rasa nak naik Grab pun boleh. Jadi tiket feri kena beli yang lambat sikit dalam jam 5.00petang. SUPAYA tidak terkejar2x dan tidak tertinggal Ferry. Jarakkan 45minit-1jam.


Untuk Bab Harga
ETS
Kalau Kampar-Arau
Dewasa RM 50.00
Warga Emas RM 29.00

Ferry
Kuala Perlis-Kuah
RM18.00

Grab
ETS Arau ke Jeti Kuala Perlis
RM 20 something 1 Grab/Teksi
tak ingat harga tapi bawah RM30.00.
Beza teksi dengan grab?
katanya grab penumpang insurans cover; teksi penumpang tak di cover insurans.
















Untuk Penginapan & Kereta Sewa, dah booking awal untuk elakkan perkara tak di jangka.

Family Room - 4 hari 3 malam
Kereta Proton FLX - Auto
Katil Queen 2
1 bathroom
A/C
Television
Dapur di penghujung bilik
Iron hujung sebelah lagi
RM 450.00
*** dekat dengan Pekan Kuah senang nak cari makan dan menshopping 😅😅😅

ok la kan tempat beradu jer;
memang masa dihabiskan di luar.





Asalnya plan 3 hari 2 malam.
Emak bersuara >>> ^kenapa kejap sangat^
 ðŸ˜…😅😅

Jadi tambah ler 1 malam lagi... yes nasib tambah hari... aktiviti terbengkalai akibat Cable Car tak jalan pagi2x... jalan tengah hari ke petang jea... huhuhu.... katanya angin kuat... bila di riki2x ada yang kata memang Cable Car jalan petang2x je sokmo... aktiviti island hopping pun cancel masa tak mengizinkan... (deposit burn)

Perjalanan sangat tenang dan lancar. Tiada tangisan baby @ sebagainya.



Pemandangan masa air surut kata pakcik driver teksi air mati. Memang lapang sangat2x sampai feri pun susah nak berlabuh.

Tenang hati dengan awan biru; tapi tak tahan teriknya matahari.



sampai di sini untuk part 1