Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Ahad, 24 Februari 2013

Lebih Baik Ku Pergi Saja



Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai di sni saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja...




Bila orang dah benci
tiada guna ku nanti
lebih baik ku pergi
pergi membawa diri

Bila orang dah benci
tinggal aku sendiri
orang pun dah tak suka
di kenang pun tak guna...


Khamis, 21 Februari 2013

Menu NN Diet Untuk Turunkan Berat


Coleslaw
Kobis + Carrot + Bawang + Mayonaise



Ayam Panggang
Perap Ayam + Bawang Merah + Halia + Cili Padi + Kicap + Sedikit Garam & Gula >>> Bakar



Daging Bakar + Sup Bayam
Daging Bakar
Perap Daging + Bawang Merah + Halia + Cili Padi >>> Bakar
Sup Bayam 
Bawang Merah + Halia + Chicken Broth + Sayur2an + Ayam Goreng Di Potong Dadu >>> Stir Fry



Sup Bayam + Susu Sunlac

Sup Bayam 
Bawang Merah + Halia + Chicken Broth + Sayur2an + Ayam Goreng Di Potong Dadu >>> Stir Fry




Daging Bakar & Sayur Campur
Daging Bakar
Perap daging + bawang merah + halia + cili padi + kicap + yogurt
Sos Daging - Bawang merah + halia + cili padi + kicap + sedikit air tepung jagung
Sayur Campur
Stir Fry Broccoli + Bunga Kobis + Carrot + Bayam Merah + Ikan Bilis + Bawang Merah + sedikit garam.



Telur Goreng & Sayur Campur
Telur Goreng
Telur + Bawang Merah + Cili Padi
Sayur Campur
Stir Fry Kobis + Broccoli + Carrot + Bunga Kobis + Bawang Merah + Ikan Bilis + Sedikit Garam

* kat tepi tu ada ayam... ngeee... cilok sikit sebelum bagi kucing makan...



Telur Robush & Sayur Campur
Telur Rebus macam biasa je.. dah mendidih air baru masukkan telur.
Sup Sayur = Dengan Sup Sayur yang ada bayam merah kat atas tue.



Sup Sayur
Stir Fry Sayur-sayur terlebih dengan bawang merah & ikan bilis kemudian asingkan ketepi.
Masukkan chicken broth + bawang merah + halia bila mendidih masukkan telur sambil kacau2x. Last sekali masukkan sayur2 tadi.



* Hari-hari ada ambil susu sunlac @ susu omega. Tak lupa di hari bekerja mesti ada buah betik @ buah jambu. Untuk tujuan pelawasan. Hmmm... perut NN sensitif...








Hukum Mandulkan Kucing & Hukum Buang Kucing

Hukum Mandulkan kucing.

Sila Rujuk Di Link You Tube

1. Hukum Mandulkan Kucing
2. Memandul & Membunuh Haiwan


Hukum Buang Kucing.

1. Hukum Buang Kucing


* Tak jemu mendengar sebab cara ceramah dia di seling dengan lawak jenaka.

Selasa, 19 Februari 2013

Cage Untuk Kucing

Cage untuk kucing? bukan dah ada cage ke? 

Ha..la... cage untuk kucing lah... yang lama tue dah kena tinggal kat kampung... sebab tinggalkan buntai dan kawar kat kampung 3/2/2013 hari tue... diaorang kena kandang untuk sementara waktu... bila dah jadi HERO nanti baru mak & abah lepaskan diaorang...

Dalam keadaan terpaksa... terpaksa beli cage baru... alang-alang... hamek ko... NN kena beli yang besar... sebab??? kakak NN cakap... alang-alang... amek yang besar... nanti senang nak kurung kucing kalo ada apa-apa... hmmm... fikir punya fikir... betul betul betul... kucing bukan sekor... kalau ada banyak tempat kena luas... kalau tak... tersiksa kucing tu behimpit-himpit... fikir jangka panjang...

NN dah usha-usha sebelum nie... sebab faktor nak kurung CikTam waktu selepas pembedahan... macam-macam harga boleh jumpa... antaranya... dari DC Dearcat / Dewi Pet Shop / Kucing4Sale dan macam-macam tempat lagi lah kalo survey dalam goggle... kalau survey jalan2x... banyak je pet shop... cuma yang membezakan  harga dan jarak dari rumah... betul tak???

Jadi semalam pergi cari kawasan... dan terus beli... NN beli kat Kucing4Sale sebab NN rasa harga yang ditawarkan murah berbanding dengan tempat-tempat lain... nasib senang nak cari kawasan dier... kalau ikut map.. macam jauh jer... jalan punya jalan... erhhh... dah telepas nieh... tapi tak nampak pun... tanya punya tanya... erhhh dekat jer... ngeee...

saiz??? saiz!!! 47" H x 30" L x 20" W... puas hati... besar lah untuk kucing-kucing NN berkurung... sementara NN boleh lakukan kerja-kerja lap rumah... kalau tidak... haizzz... si kecik mesti sebok tunjuk bontot kat NN... ekor melilit dok gesek-gesek kat orang...

berat??? berattt sangat!!! naseb hari nieh tangan ok jer... weihhh lebih dari 10KG nieh wehhh... usung dari parking kereta nak pergi naik lift... bayangkan...

perancangan masa depan??? mungkin cage nieh akan di hantar pulang ke kampung... dan yang kecik kat kampung NN nak angkut sini semula...

gambar bila dah siap pasang??? rujuk link supplier nieh... ha... dia siap letak barang kat dalam dan kerusi kat luar... supaya orang boleh imagine saiz dier... gambar menunjukkan saiz cage

apa yang best beli yang nie??? senang lipat-lipat untuk simpan bawah katil ke... blakang almari ker... senang nak angkut balik naik kereta ker... naik van ke... nak angkat pun boleh la tahan... senang kot untuk orang lelaki... bagi orang perempuan macam NN terhenti-henti jugak lah tukar tukar tangan nak angkat benda nieh... >_<

pada permulaanya time nak sambungkan klip2x tue... haizzz... rasa macam tak kukuh je cage nieh... ha... jangan fikir bukan-bukan erhhh sebelum siap pasang... pergh... bila dah siap pasang... kukuh-kukuh... memang ketat sambungan dier... berdiri elok tegak... pemasangan kalo yang rasa diri tue manjer... sila dapatkan bantuan seseorang... wahaha... NN tak manja... sendiri terkedek-kedek pegang sana sini pasang sendiri... sampai tersepit-sepit jari...

esok NN akan upload gambar cage NN yang dah siap pasang... semalam lepas siap pasang... NN terus masuk bilik... sebab si peyang bermanja-manja jerit mintak di teman main kejar2x... mengada-ngada... alih-alih NN tetido... part susah nak pasang... part tayar... sepatutnya senang jer... tapi ada 1 part tu ketat... jadi terpaksa amek skru driver untuk kikis getah tue bagi nipis bagi senang kaki roda masuk... bepeluh-peluh....

dah tue jer... nak bagi tau ada kedai murah jual cage je sebenarnya... wahaha... tapi membebel panjang yang amat...

21/2/2013 ~ updated

kandang dah di ubah suai untuk kemudahan kurung CikTam sementara proses penyembuhan...

orang belum siap lagi ubah suai... diaorang dah rasmi... mana taknya... orang sebok pasang cage... diaorang sebok lompat sana sini kat cage... sampai NN balik yang rasa risau... erhhh.. belum siap lagi... silap2x terbalik pulak cage nieh...


Berita Bunuh Diri Hari Ini

Tinggal Nota Atas Resit Bank

Haaa... NN copy paste jer...

Hmmm... NN rasa... ramai orang yang kadang-kadang ada perasaan macam nie... jalan yang kita pilih tue... memang kadang2x bila berada dalam keadaan nie... banyak benda yang menguji hati dan perasaan... semoga kita dapat mengelakkan daripada perbuatan bunuh diri walau macam mana pun keadaan kita... kena fikir... keadaan kita teruk... tapi ada lagi tuhan ciptakan lagi teruk... tapi kenapa diaorang boleh bertahan dan bersabar... dan kenapa pulak kita tak boleh???

Cuba tengok ayat dier.

- today i feel strange
- so boring w/o friend, but i still have family...
- no money, nobody love...
- lost relation just about a money...
- home say go.. grace say coming... (kadang-kadang bila stress...mesti ada tefikir kan? )


ALOR GAJAH - Seorang remaja sempat meninggalkan nota pada tiga keping resit pengeluaran wang sebelum dia ditemui mati tergantung dalam bilik tidur di rumahnya, dekat Padang Sebang, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi, Sabtu lalu, Muzaffarabadi Ishak, 23, ditemui ibunya yang berusia 60 tahun dalam keadaan leher terjerut dengan tali yang diikat pada palang kayu.

Sumber berkata, ibu mangsa yang memasuki bilik anaknya tergamam melihat keadaan mangsa yang sudah tergantung dengan lengkap berpakaian.

"Ibu mangsa menjerit sebelum abang mangsa meminta pertolongan daripada jiran untuk membantu menurunkan mangsa.

"Sebaik diturunkan, mereka cuba mengejutkan mangsa yang sudah pucat namun tiada tindak balas diterima," katanya.

Menurutnya, dalam sama sama, abang mangsa menemui tiga keping resit sebuah bank yang tertulis luahan hati mangsa yang dipercayai tulisan mangsa sendiri.

"Mangsa menyatakan hidupnya bosan walaupun masih mempunyai keluarga selain seolah-olah berdepan masalah peribadi sehingga mengakhiri luahannya dengan menyebut berkenaan kematian," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurut sumber juga, setengah jam sebelum kejadian, mangsa sempat bersarapan bersama keluarga di rumah dan tidak menunjukkan sebarang sikap mencurigakan.

"Tiada sebarang sikap ditunjukkan mangsa yang hanya bekerja sendiri itu.

"Difahamkan tali yang digunakan mangsa turut disedari beberapa rakannya sudah berada dalam bakul motosikal mangsa sejak tiga bulan lalu dan membawanya ke mana saja," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Asyik Status Kembali Diet Jer... Bila Nak Kurus Macam Nieh?

Erhhh asyik kembali diet jer?
Bila la nak kurus2x macam nie...

Berat dah capai 80kg semula hari tue...
mana tak nya... layan kenduri kawin... layan kenduri adik tunang...
lepas tue layan hati... asyik makan jer... sedar2x dah 80kg... jeng3x...

Bayangkan dari 72.5 kg bulan October 2012...
tup tup tup 80.1 kg awal bulan Feb 2013 80.1...

Hari nieh timbang dah ke angka 77.7 kg semula...



Kucing NN... CikTam DiKembiri a.k.a Spaying ~ Part 1

Hmmm... apa perasaan???
Semua bercampur aduk... tak senang duduk... kerisauan dalam hati tue... sampai tak dapat nak di gambarkan macam mana...

Nak di tinggalkan di kampung... nanti lagi bertambah kucing2x stray cat, sebab dia betina.... lagi satu sebab nanti NN pulak meroyan... dier satu-satunya buah hati NN... di bawak balik sini, sama jugak nanti sebab keinginan dia bila dia on heat... asyik nak keluar rumah jer kerja dier... kalau silap langkah... mau dapat cucu lagi NN nanti... NN terpaksa memilih jalan untuk memandulkan dia...

Untuk ulasan hukum kembiri kucing sila baca di blog S.C.R.A.T.C.H kerana mereka merupakan salah satu kumpulan volunteer untuk kucing Malaysia...

Jawapan Di Page Jakim kemusykilan.islamgrid.gov.my

Soalan yang di tanya di page Jakim

Assalamualaikum, rujuk kpd soalan "facti" dinyatakan "Menurut Keputusan Panel Kajian Syariah pada 3&4 April 2000, mengembiri (memandulkan) binatang kesayangan seperti kucing atau anjing adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah."
1. apakah maslahah ammah termasuk untuk menjaga kerbersihan rumah dari kencing kucing jantan musim mengawan.
2. Kenapa jawapan bg soalan tersebut dlm tahun 2007 mengatakan tak boleh mengasi kucing.
t/kasih

Jawapan:- 

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Ya, Maslahah Amah merangkumi persoalan tersebut dan beberapa persoalan yang lain yang boleh mengganggu keselesaan hidup manusia pada umumnya.

2.         Dalam masalah ini, berkemungkinan besar penjawab bagi soalan tersebut menjawab soalan yang dikirim berasaskan kepada pemahamannya terhadap masalah yang sedang dihadapi oleh pengirim soalan tersebut. Dengan bersandarkan kepada pemahamannya, dan beliau dapati tidak terdapat sebarang kemaslahatan umum padanya, maka beliau telah menghukumkan mengkasi haiwan adalah dilarang.
Mengkasi kucing bermakna membuang keupayaan haiwan tersebut untuk melakukan hubungan dengan pasangannya. Hal ini adalah satu kezaliman kerana menyekat kurniaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada semua makhluk yang bernama haiwan.
Walau bagaimanapun, oleh kerana bertambahnya kuantiti haiwan tersebut pada satu-satu tempat akan mendatangkan kemudaratan kepada manusia, fatwa tersebut telah memutuskan haiwan boleh dikasi bagi mengurangkan atau menghalang kemudaratan tersebut daripada terus berlaku dan menghantui hidup manusia.
Wallahu 'alam

Sebenarnya ada perasaan takut jugak.. kerana benda nieh di ubah dari yang asal... asal tu bermakna... hukum yang sedia ada dulu...

Setelah puas di survey dengan hukum mengkembiri kucing a.k.a memandulkan kucing dengan penuh rasa bersalah... NN terpaksa jugak buat keputusan nie... -.-

NN tak nak buang CikTam dari hidup NN... hoawaaa... empangan longgar bila taip ayat nieh... adesss...

Semalam CikTam menjalani pembedahan di Klinik Haiwan & Surgeri Taman Equine. Pada mulanya kelmarin NN bawak ke klinik untuk di vaksinkan... NN ingat nak operate 2 minggu selepas vaksin, tapi Doktor cakap boleh operate dah CikTam sebab CikTam dah pernah vaksin sekali... hmmm... NN berfikir sekejap masa tue, NN terus tinggalkan CikTam kat klinik untuk dikembirikan... 

Kenapa terus nak kembiri? Sebab sekarang CikTam baru lepas habis mood on heat... kalau time on heat nanti operate CikTam mesti ada risiko lain-lain pulak... 

Macam-macam semua last minit... belum lagi siap tempat untuk kurung CikTam bila dier balik nanti malam nie... macam-macam nak kena sediakan..

Cage
untuk kurung dier, supaya dapat mengurangkan pergerakan dier... kalau lepas nanti takut dia melompat2x main kejar2x pulak dengan anak dier nanti. 

Kain Lapik
untuk biar dier selesa bila berada dalam cage... dapat dier ngeram panaskan badan dier...

Kain Tutup Cage
Nak kena tutup sikit cage supaya dia rasa dier duduk dalam bilik kecik. Tak la dier rasa takot...

Litter Box yang rendah
supaya tak perlu dia nak lompat2x... biar dier melangkah atau seret dengan slow... part nieh paling risau.. macam manalah nanti...

Bekas Makan & Minum
Ha.. yang nie kena yang betul sesuai dengan sangkar, nanti kalau besar2x penuh cage nanti... pinggan CikTam yang lama... besar tak ingatlah... tue angkara kakak NN...

Ubat-ubatan
NN berharap Doktor bekalkan ubat sapu untuk CikTam.. dan jugak ubat tahan sakit dalam bentuk cecair... sebab kalau dalam bentuk tablet NN tak reti nak bagi CikTam makan ubat tue... CikTam asyik luah jer...

Tak dapat nak buat kerja dengan tenang... tapi nasib baik tak banyak kerja.....

*** kadang-kadang timbul rasa penyesalan membela kucing dalam rumah... semuanya terhad... banyak masalah yang perlu di tangani... antaranya ini lah dier... masalah yang tebesar apabila menjaga kucing betina... apabila dia mencapai umur matang... dan berakhir dengan adanya anak-anak kucing baru... dan akan semakin bertambah... lalu terpaksa buat keputusan... sama ada biarkan terus macam tue dan buang anak-anak kucing... atau... spaying kucing untuk terus membela kucing tersebut... ini yang akan membuat NN rasa serba salah seumur hidup... buang anak kucing & spaying... dua-dua perkara yang membebalkan akan fikiran... -.-

*** dua ekor anak jantan CikTam ada kat kampung... terpaksa NN lepaskan... sebabnya... hmmm... abah NN risaukan kesihatan NN... NN alah habuk... bulu kucing pulak boleh buat manusia dapat asma... insyaallah sama2x kita berharap yang baik-baik sahaja... (hari2x NN lap lantai... untuk kutip bulu-bulu kucing yang gugur & hari2x mesti scoop litter box untuk elakkan pencemaran bau dalam rumah) NN nak NN pun sihat... kucing-kucing NN pun sihat... -.-

*** kat sini NN tak jugak menghalalkan dan mengharamkan perbuatan NN... halal dan haram benda nieh... biarlah DIA yang menentukan perbuatan NN nieh... -.-

*** kepada sesiapa yang nak membela kucing... hmmm... befikirlah dua-tiga kali untuk membela kucing betina... kerana kucing betina yang mengandungkan anak-anak.... mesti korang akan rasa perasaan sayang untuk kembirikan dier... dan akan ada perasaan serba salah apabila matikan salah satu sifat semulajadi dier...

*** mesti CikTam kat sana... mama.. mama.. napewww mama biarkan CikTam kat sini sowang-sowang... aperrr diaorang  buat kat CikTam nieh... napewww mama tinggalkan CikTam sorang-sorang kat sinie... -.- bermacam-macam yang bermain dalam fikiran NN... apalah yang CikTam fikirkan... haizzz... makin hampir waktu nak pergi amek CikTam... makin menjadi2x sebak...


21/2/2012 ~ Updated

NN lega sikit bila ada you tube dari Ustaz Azhar Idrus nie... -.-
ada terselit pasal sebutan kucing... dan tepat mengena dengan CikTam yang jantinanya betina...

Ust Azhar Idrus - Memandulkan & Bunuh Binatang

Alhamdullilah jumpa lagi yang dapat melegakan hati NN...

Ust Azhar Idrus - Hukum Mandulkan Kucing



Isnin, 18 Februari 2013

Cik Tam...

harap-harap...

Old 03-22-2004, 06:55 PM
Charter Member
 
Join Date: Jul 2000
Location: Sabbatical City
Posts: 4,611
Mud (aka HyperKitty aka Purr Monster aka Your Majesty aka Dammitcat) still has all of her personalities and mood since she was spayed 5 years (or more?) ago. She was whining, yowling, and tearing about the house a a microsecond's notice. After she was fixed, she now makes a weird gurgle while tearing about the house, is still prone to pouncing up on a mid-maid bed (she will leap onto the bed when the top sheet is put on, but before the comforter is put on - does a weird little spin like she is looking over her shoulder, then takes off down the hall again). In effect, still the active, lovable moody kitty she ever was.

Let me warn you, though. When we took her in to the vet's, she did a lot of screaming, bit the vet, required four shots to finally sedate her, pissed all over herself when they (five people at once) tried to put her back in the cage, and it was four days before she would even look at us. But she eventually forgave us, and everything is back to (somewhat) normal ['somewhat', meaning she is again tearing about the house, flinging a clip-on ALF character in a game of feline hockey.
__________________
Friends help you move. Real friends help you move books. Thank you for helping me move my books. Now I have to buy more books so the shelves won't look so lonely.

Sabtu, 16 Februari 2013

Cara Buat Kotak Comel ~ Danbo


Hari tue aku kata nak sharekan link-link untuk buat danboard... tapi tak jugak sharekan lagi sebabnyer aku sibuk dengan penjagaan anak aku dan cucu2x tucing aku... ibu tucing yang menyusukan anak2x tucing memang kena  makan dengan secukupnya... jadi kena lah lebihkan masa dengan dierorang...

Jom buat danboard... tak ada kerja... cari kerja...

Barang yang yang diperlukan.
Gunting, Gam UHU, Pembaris, Jarum Peniti & Kertas Recycle.

1- Langkah pertama download, save dan print template.
2- Gunting semua bahagian dan jangan lupa tulis nombor.
3- Cantum2xkan.
4- Biarkan kering sekejap.
5- Da boleh start posing2xkan danboard.

Dekat sini sayer sertakan link untuk template & arahan cara  nak buat danboard nie. Instruction dier bukan dalam Bahasa Melayu & English. Tapi melalui gambar, rasanya bila tengok nanti dah boleh faham kan kan kan...

Link yang nie template menggunakan kertas yang bewarna.
Template 1A - 1 keping kertas A4
Template 1B - 1 keping kertas A4

Link yang nie template menggunakan kertas bewarna putih.
Template 1i - 1 keping kertas A4
Template 1ii - 1 keping kertas A4

Arahan secara begambar dan bertulis. ~ Bukan Bahasa Melayu
Langkah Step by Step

Tutorial melalui video. Memang senang nak faham bila ditunjukkan dalam video.
Tutorial Untuk Buat Dunboard

* Tips

  1. Lebih elok gunakan gam UHU, kalau guna gam cair lambat kering dan comot sikit.
  2. Kertas cari yang agak keras sikit dari kertas A4 80gm untuk bentuk yang lebih kemas.
  3. Ada bahagian-bahagian tertentu bagus guna 2 helai kertas (contoh dah print gambar pada 1 helai kertas... gamkan kertas tersebut kat kertas yang kosong tapi color yang sama jugak) . Ini untuk menguatkan bahagian2x badan2x danboard yang kerap di pusing2xkan.
  4. Kalau boleh keingkan betul2x kat bahagian lubang tengkuk dan tangan dier, bila dah kering test2x supaya dier punya fungsi berpusing tue jalan ke tak. Kalau terlekat semasa gam, hati2x cungkil gunakan jarum peniti, kalau tak mau susah, bikin baru.
  5. 1st trial banyak2x kan besabar kalau guna kertas A4 nipis ngeh ngeh ngeh.
  6. Kalau nak besarkan kena la print dalam kertas saiz A3. 
* 2nd dunbo... gambar dah snap... tapi hp rosak... tak ada rezeki nak tempek gambar step by step... jadi sesiapa yang nak buat... kena la refer link2x kat atas tue..

1st dunbo...


Resepi Brownies Cake

Kek nie sengaja di potong kecil-kecil supaya mudah orang nak amek makan. NN buat masa jamuan makan-makan masa raya tahun lepas untuk office.


Yang nieh pulak untuk NN makan kat rumah... wah... sedap...


Bahan-Bahan
200 gm butter/marjerin
200 gm choc masakan
170 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
170 gm gula halus
4 biji telur ayam

Cara-Cara
1. Didihkan air unuk double boiler coklat & butter. Bila dah sebati boleh ketepikan adunan.
2. Mix gula dan telur sehingga kembang.
3. Masukkan tepung dan serbuk koko dalam adunan telur dan ingat kacau guna spatula sahaja.
4. Masukkan pulak adunan choc dan kacau sehingga rata.
5. Sediakan bekas untuk bakar @ kukus kek. Kukus lagi sedap berbanding bakar. Struktur kek akan lebih basah dan nyummy.

Topping
Choc + Whipping Cream. Cairkan coklat bercampur dengan whipping creame. Sukatan adalah mengikut anggaran, kalau nak bancuhan tue cair tambah lebih whipping creame, kalau nak pekat, kurangkan whipping creame.

Selepas siap di bakar, tuangkan topping dan taburkan choc cip untuk hiasan.

NN buat kek besar guna resepi nie jugak.
Gambar boleh click link nieh.
Birthday Cake Utk My Sis



Edit Gambar


Software yang boleh digunakan untuk edit gambar...

Yang nie semua kena guna edit gambar online...

Yang nie kena download dalam computer dulu...



Jumaat, 15 Februari 2013

Lip Tint

Haizzz... banyaknyer jenis lip tint. nieh...

Bila surf kat goggle... fuhhh... macam2x jenis ader... macam2x harga... tapi... nak cari tempat yang ada jual terus.. bukan yang jual online... susah pulak nak cari...

Jenuh jugak goggle... setakat nieh belum jumpa lagi... yang pernah jumpa kat Cosway adalah... tapi warna yang natural jer... warna2x earth...

Review Cosway
Lip Tint ~ Cosway

Haaa... murah jer dier jual...
Lip Tint ~ Tony Moly RM 10.00

hmmm.. agak-agak kat daiso ada tak lip tint???



Glutathione Cerahkan Kulit a.k.a Putihkan Kulit

Haaa... dulu pening jugak nak memilih produk yang ada glutation nieh...

Mari kita lihat...

1 gram sama dengan 1 000 mg
150 gram sama dengan 150 000 mg

Sekarang orang dok sibuk2x pasal gluta 100 000... kalau dulu Gluta 10 000... Gluta 20 000... 

Ce ce ce tengok GlutaMix dari Cosway... 150g L-Glutation... a.k.a bersamaan 150 000mg... divide 30 tablet... bersamaan 5000mg 1 tablet... kotnya lah...

Harga kat Cosway time ada discount RM 68.00... (hmmm... pada NN... NN pilih Produk Cosway)... time tak ada discount harga boleh tahan mahal RM 88.00..


Harga macam lebih kurang jer.. tapi susah betul nak beli... kena beli on9... kat kedai-kedai jamu susah nak ada yang jenis botol punya macam  nieh... yang botol nieh harga dia RM 60.00... ada sesetengah tempat jual RM 50.00...


Kalau ada pun dalam kotak2x... harga kat kedai.. agak mahal pulak diaorang letak...


Antara tempat on9 yang menjual... 

Selain dari 2 jenis nieh... ada lagi satu jenis... keluaran Vitahealth... hmmm... NN belum try lagi... sebab harga boleh tahan sekali keluar kena RM 165.00 tapi untuk stok 2 bulan... kalo makan 1 biji 1 hari... kalo makan 2 biji 1 hari jadi stok 1 bulan aje lah...




Pengambilan glutathione mesti diambil dengan vitamin c untuk meningkatkan kadar penyerapan gluta ke dalam badan. Baru lah ada effect putih.



Dos pengambilan bagi setiap orang adalah mengikut berat badan. 

No. 1. Untuk penjagaan anti penuaan. 
10-20mg per KG

No. 2. Untuk pemutihan kulit.
20-40mg per KG

Contoh kalau berat 60kg
60 x 20mg = 1200mg.
Bahagi 2 dos. maknanya pagi 600mg, malam 600mg
Pengambilan di syorkan ambik 2 dos.

Info boleh click SINI dan Benefits of Glutathione.

Kenapa kena ambil 2 dos? sebab kalau amek sekaligus rugi jer... kena flush dengan air ler... keluar jadi air kencing dan jugak akan memudaratkan pundi kencing nak proses lebihan vitamin.

Tak perlu mg tinggi2x... yang penting tahu apa yang perlu digabungkan. 


28/2/2013 ~ update
Rentetan terdapat banyak sangat keluaran produk pemutihan... KKM telah membuat rampasan... hmmm... produk apa yang terlibat??? tak pasti... 

18/5/2013 ~ update
Hasil pemakaian GlutaMix Cosway... memang berkesan untuk memutihkan seluruh kulit di tubuh badan... tapi kos maintenance tinggi jugak... tapi tak lah setinggi Gluta yang cucuk2x guna jarum tue... adesss... NN dah puas hati dengan tona warna kulit NN... cuma masih lagi dalam pencarian untuk bagi warna kulit sekata....



Kucing Yang Manje

Ini jer yang tinggal kat sini... wuhuhu... peneman di kala hati sepi...

Syukur ada kechik yang sangat manjer... dapat pelok & belai... tak macam cik tam... cik tam tak bagi pegang & pelok dier... peyang pun sama... tapi semalam dapat pelok peyang.... ngeee... sebab??? semalam dia muntah-muntah... tak berapa nak aktif macam selalu... lemah badan2x kot... muntahan hairball dier yang pertama... kesian tengok... haaa... dok ngeram jer kat NN... >_<

Nieh si kecik yang manje... suker pelok bawak tido yang nieh... ngeee... manjerrr...



Haa... nieh si peyang yang sombong... penakot sebenarnya... dan kedekot macam ibu dier... tak boleh di pelok2x.... mencikkk betul...



Habis dah koyak pembalut kotak tue.. selama jaga cik tam... cik tam tak pernah cakar pun kotak tue... wuhuhuhu... sangat nakal budak tecittt 2 ekoi nieh...




Rabu, 13 Februari 2013

D.I.Y ~ Tempat Tidur Kucing a.k.a Tempat Mug

Tempat tidur kucing??? kat mana??? tadaaa!!!


muker budak tak reti malooo... tak sempat2x... belum siap 100% penghadang tingkap tue... dier dah sebok... naik turun... naik turun... -.-

akhirnya... pasang jugak net nieh... lambat sebab??? kakak GB nakkan yang petak2x besar... petak2x besar mana ada color putih... semua color hijau... tak cantik!!!

yang cantik hitam nieh jer... kecik2x kotak dier... akak GB kata nanti rumah gelap... huh... dah siap pasang... tak ada gelap pun... ceittt... orang dah cakap awal2x... mana ada gelap... cakap orang tak percaya... nieh akak GB pasang sendiri... GB belikan barang jer... pandai akak GB... GB ajor... ngeh3x... sebab 1st tingkap tepi GB yang pasang... ha.. simple jer... guna pengikat plastik tuer je untuk ikat net nieh kat grill besi... ngeeee....

dah siap pasang... potong lebihan-lebihan yang berjuntai-juntai tue.. time amek gambar nieh... benda nieh masih panas lagi... wahaha... baru siap... tapi belum kemas-kemaskan lagi...

lepas tue... gantung lah tempat letak mug nieh.. ikat pakai pengikat plastik tue jugak... wahaha... jadilah tempat tido kucing... saper nak tiru... boleh tiru... jommm!!! idea nieh... idea kakak GB... macam mana lah boleh terlintas kat kepala minda dier... tempat letak mug pun jadi... yang penting kucing suker...


Weeeee... dah boleh bukak tingkap lapang-lapang tanpa kerisauan lagi... kalau tak GB ada sikit2x risau lah jugak... takut ciktam tetiba berangan jadi burung pulak... dier pegi terbang (terjun bangunan) pulak kang... nayer... nayer...

* pengikat tue kukuh... boleh la menampung berat sehingga 5-8kg... kalau nak lebih kukuh... amek saiz yang besar sikit... ikat banyak2x... gerenti tak tercabut... lainlah kalo tuan kucing pegi tumpang sekaki dok sandar2x dok tahan2x dengan badan... kwkwkw...

D.I.Y ~ Tandas Kucing a.k.a Litter Box From Storage Box

D.I.Y dari storage box...


Serba guna box nieh... ahahaha... tempat tencing... tempat uk uk... tempat tido. -.- yang nieh pening dibuatnyer... ader ke tempat mein kejor2x...

Tue si perang tengah mentidokan diri dier atas litter box baru dier tue... haizzz... situ pun jadi... dier nieh lah yang kuat melabor basah dan kering di merata-rata tempat... huhuhu... beza betul antara kucing jantan & betina...

Harga box nieh RM 10.90 sahaja di Tesco Paradigm Mall kat Kelana Jaya... ha.. beli jangan tak beli... senang jer... lukis kotak 4 segi kat tepi box tue... kemudian... panaskan pisau... dan boleh potong box tue dengan mudah... tak pun guna gunting yang heavy duty... hmmm.. ada ke gunting yang heavy duty???

Lapikkan surat khabar sebelum letak pasir... ha... nanti senang nak cuci litter box nieh... scoop uk uk dier... kemudian tarik je surat khabar tue... pasir kucing yang dah basah kena air kencing kucing tak lekat kat litter box tue nanti... dier lekat kat surat khabar tue... senang sangat2x... ngeeee...

Lepas dah tarik surat khabar tue, pasir yang tertinggal dalam box tue, keluarkan ke penutup box tue... box dah kosong... kemudian lapikkan dengan surat khabar baru pada lantai box tue... kemudian tuang balik pasir tue... ha... senang kan tak payah cuci dengan air litter box tue... tak payah nak scoop yang melekat2x tue... jimat masa... seminggu sekali basuh la box tue... kalau tak mau guna surat khabar... a.k.a ada bujet lebih ler katakan... bolehlah beli cat litter box liners...

Storage box nieh... ada jugak kat Giant & Carefour cuma dari segi harga... tak pasti sama ke tidak...

Terpaksa buat.. sebab ngew ngew nieh banyak songeh...(ngew2x a.k.a anak ciktam) nak uk & cheng kat tempat tersorok... kalau cik tam... letak ajelah kat mana je dia punya litter box.. kat situ la dia pergi...

Ada dua pilihan, sama ada buat lubang kat tepi box atau kat penutup box...aku pilih untuk buat kat tepi box... sebab??? ngew3x masih lambat pick up... nak cari jalan pun blur2x lagi... nanti kang melabor merata-rata lagi... adoooiii...

Yang nieh contoh pintu dier kat atas box...

Yang nieh contoh pintu dier kat tepi box...

* cik tam dah berani share toilet dengan diaorang... sebab aku tak marah dia guna litter box yang nieh... cuba kalo litter box yang kuning tue... wahahaha... memang tak kan la... sebab dier dah kena marah masa dier baru je tinggung dalam tue... kwkwkw... beza betul dier dengan anak dier... -.- weng weng weng paler otak...


D.I.Y ~ Cat Toys ~ Pokok Galak Kucing a.k.a Cat Nips

Yang nieh video lama... dulu malas...
lalala... bungkus cat nips tue macam sup bunjut tue jer...

Baru semalam buat bantal cat nips...
Punyalah dari dulu nak buat, tapi tak buat-buat...
Baru semalam buat dan terus siap...



Fungsi cat nips???
Boleh buat kucing jadi hyper active.. tak terkawal... kalau boleh elakkan main acah-acah dengan jari... kena kuku kucing tue sangat sakit ok... diaorang macam tak sedorkan diri... main cakar2x memang keluar kuku terus... elakkan percampuran dengan kucing kecik... nanti kucing yang besar terlebih excited main gigit2x sampai terjerit2x anak2x kucing tue nanti...

Bahan2x
Cat Nip
Lebihan kain (untuk batang bantal) - empat segi sama @ tepat (ikut suka)
Kekabu @ Span @ Perca Kain (untuk isi dalam bantal)


Boleh buat pelbagai bentuk, ikot tahap kerajinan tuan kucing... kalau tak ada masa, tapi banyak duit... boleh jer beli yang dah siap yang sedia ada kat pet shop tue...

Pada yang nak buat bentuk love... print jer dari internet bentuk love... kalau pandai draft sendiri lagi bagus... lepas tue potong kain ikut bentuk love tue... kemudian boleh jahit guna tangan jer...
Love Shape Clip Art

Yang rajin nak buat bentuk tikus... boleh ikut web yang nieh... Mouse Toy... template dari web dia... boleh clik link nieh >>> Mouse Toy Template

Cat Nips - Jenis Kering:-
Boleh kait sarung >>> Sarung Dari Jahitan Kait
Boleh tabur jer kat lantai >>> Tabur Aje Kat Lantai
Boleh masuk dalam stoking baby >>> Masuk Dalam Stokin

Cat Nips - Jenis Spray:-
Boleh spray kat tempat cakar >>> Spray Kat Tempat Asah Kuku
Spray kat barang permainan kucing >>> Spray Kat Barang Mainan Meow
Spray kat mana2x lah ikut rasa nak suruh kucing tu bergolek2x... >>> Di Mana2x


Kegunaan untuk kucing... boleh refer kat link kat bawah nieh...
Galak Kucing

Kegunaan untuk manusia sejagat, boleh refer kat link kat bawah nieh...
Galak Kucing



Right Here Waiting For You




Selasa, 12 Februari 2013

Susu Sunlac!!!

Tajuk macam jakun jer... hmmm... dah beberapa kali dah bertembung dengan susu nieh... kali nieh bertembung lagi di pasaraya... hajat di hati nak try test... jadi beli lah satu pack yang kecik...

Kebiasaannya GB amek susu omega jer... sebab bancuh tak payah guna gula pun... ok... nieh nak try susu sunlac pulak... ingat nak diet ikut style group susu sejat pulak... hmmm... bila mo start... entah lah tak pasti lagi... sebab ini diet nak kena betul ikut kira betul... lebih kalori kang haizzz jenuh... melantak je kang kerjanyer...

Tak salah mencuba... cuba jer... selagi boleh cuba... asalkan badan sihat... bukan mengundang penyakit... insyaallah...

Kita mencuba... tuhan menentukan...

Saper yang nak cuba... boleh refer kat group diaorang... atau page diaorang...
Group FB Susu Sejat
Blog Susu Sejat


Maklumat Pemakanan per serving / 25 g

Energy 88 kal
Protein 9.38 g
Fat Less than 1 g
Carbohydrate
- total 12.6g
- sugar (lactose) 12.6 g
Sodium 105 mg
Potassium 400 mg
Calcium 325 mg
Phosphorus 250 mg
Vitamin B2 0.5 mg

Ni apa yang tertulis kat belakang pack susu...

Susu tepung Sunlac adalah dihasilkan daripada susu lembu yang bermutu dengan menggunakan teknologi yang terbaru. Sunlac disediakan dengna teliti untuk menjamin segar dan bersih.

Sunlac merupakan sejenis susu tepung yang sempurna dengan kebanyakan lemak mentega dan air dibuangkan. Ini hanya mengandungi kurang daripada 1% lemak susu.

Sunlac sesuai sekali untuk mereka yang mengawal berat badan dan juga untuk mereka yang memerlukan diet yang rendah lemak dan rendah kolestrol.

Sunlac larut dengan segera di dalam air sejuk untuk menghasilkan susu yang berprotien tinggi, sedan dan berkhasiat.

Cara bancuh susu... wahaha...
4 sudu a.k.a 25 gram + 250 ml air...

Ader resepi contoh...
Sunlac Recipie

* GB add nieh dalam menu Makan Malam GB... rasa hmmm... sedap lagi susu omega... lemak manish... susu sunlac tak ada rasa lemak manish... ngeee...

Ahad, 10 Februari 2013

Pet Wonderland ~ Paradigm Mall

Hari tue pergi outlet yang kat Paradigm Mall kat Kelana Jaya... hmmm.. harga barang ok... tak la jauh beza dengan yang jual secara on9...

GB pergi survey harga cage... nak cari cage untuk kucing yang 2 tingkat... lepas tue survey carrier untuk kucing jugak... survey yang saiz L... barulah nanti senang nak angkut budak2x tecit nieh nanti bila nak balik kampung nanti... kalau saiz XL rasa macam besar sangat... jenuh nak angkat bawak masuk kereta kecik nanti...

Lagipun lebih mudah yang kecik sikit... senang kalau ada dua... boleh angkat kiri dan kanan... tak ada la berat sangat nak angkat kucing2x nieh... ni kecik lagi ok lagi la ringan... sok kalo dah sama besar ibu nyer... gulppp... mesti lebih 10 kg bila total semua...

Hmmm... yang tak berapa nak best... parking kat situ... berpusing-pusing nak masuk dan keluar... pening kapla GB... ngeeeee....

Kat situ ada jual cat nip!!! saper nak??? pergi cepat!!!

Susah nak jumpa pet shop yang jual cat nip kering, kebanyakan jual yang spray jer... spray bukan tahan lama... lagi pun tak boleh nak sumbat masuk bantal kecik kucing... kan kan kan...

Macam-macam ada kat situ... macam pet shop yang lain-lain jugak... turut menyediakan grooming untuk haiwan peliharaan...

* GB rekemen... kalo korang nak beli cage ke... carrier ke... boleh lah ke pet wonderland nieh... harga berpatutan... nieh melalui pengamatan a.k.a hasil survey dari GB lah... dalam banyak2x tempat... nie kira boleh tahan lah dari segi harga... kalau yang secara on9... tapi ada kedai secara kecil-kecilan... GB rekemen 2 kedai nieh... Dewi Pet Shop dan DC MyDearcats.

Link FB
Pet Wonderland FB

Link Web
Pet Wonderland Web

Pencuci Lantai Cosway ~ EcoMax ~ Tiada Ammonia

Eco Max ~ Concentrated Floor Cleaner
Cosway Review - Concentrated Floor Cleaner

Sumber Gambar - Goggle

- untuk lantai yang licin dan bersih berciut.
- sehingga 60 pencucian. 
- pH-seimbang, lembut pada permukaan.

haaa... kalo GB yang guna lebih dari nieh boleh guna... sebab GB letak sikit jer campur air satu baldi kecik... tak perlu banyak2x... 

yang nieh GB baru guna dekat 2 minggu... nieh gara-gara anak cik tam kencing merata-rata... kena gunakan pencuci yang tak ada ammonia supaya kucing tak kencing balik kat tempat yang sama... hmmm... berkesan ker??? entahlah... sama jer kot rasanya...

sekarang dah tak kencing merata-rata dah... dia nak tempat yang tertutup sebagai toilet dier... jadi GB buatkan toilet tertutup untuk dier... lama dah nak buat... baru sekarang buat... nanti yang nie lain entry... khas untuk cat litter...

sambung balik pasal pencuci lantai... bau pencuci lantai yang nieh... wahhhhhhhhh... sangat2x harum... lembut sangat... sampai jadi terlebih rajin kerja lap lantai... ngeh ngeh ngeh... buat kerja jadi tak letih bila harum jer bau... tak percaya??? try test tengok...

sesuai sangat pada sesiapa yang ada anak kecik... orang kedai cosway tu cakap... buang kat sungai pun benda nieh... ikan tak kan mati... GB beli bukan sebab tertarik penerangan orang tue ok!!! GB beli sebab ada info dari web luar, mengatakan untuk elakkan kucing kencing kat tempat tue semula, elok gunakan pencuci yang tak ada kandungan ammonia. jadi GB pun carilah pencuci lantai yang tak ada ammonia... nak cari kat luar... mana reti... nak senang... tanya jer kat kaunter cosway... habis cerita...

1 dah pun tinggalkan kat kampung... sebab hari tue bawak balik semua ngew2 balik kampung... jadi stand by la untuk lap lantai kot2x diaorang tetencing rata-rata... alhamdulillah... tak ada tencing rata-rata... guna masa selepas kenduri jer... lap lantai... hmmm... mangi... balik sini balik... beli lagi 1... ngeh3x...

kalau baring dalam bilik... emmm.. sedapnyer bau... shiap landing atas lantai terus... =)

Member price
RM 15.00
Time promotion RM 10.90
Buy 3 Free 1
* promosi bulanan lain2x erhhh... tak sama kadang2x tue...

Penerangan di katalog~

Dirumus khas dengan bahan-bahan berasaskan tumbuhan dan pencuci biorosot memberikan kuasa pembersihan handalan tanpa menjejaskan keselamatan anda dan kesejahteraan alam sekitar.

Penerangan di botol~

Rumusan ultra-pekat yang diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan dan biorosot yang memberikan prestasi pembersihan unggul, namun selamat untuk anda dan alam sekitar.
- agen pencuci sinergistik aksi pembersihan mendalam agar lantai ultra-bersih, licin dan bersinar.
- rumusan pH-seimbang adalah selamat pada kulit dan semua jenis permukaan lantai.
- agen anti-bakteria menjadikan permukaan lantai bersih dan bebas kuman

Sesuai untuk mozek, jubin seramik, parket, papan bergilap, vinil, marmar, linoleum, terazo dll.

Cara mengguna:
Campurkan 1/3 penutup ke dalam 1/2 baldi (7.5l) air. Lap lantai dengan mop atau kain. Tidak perlu di bilas. (GB buat sikit jer... sebab rumah tak besar mana pun)

Awas: 
Jauhkan daripada kanak-kanak.



Promosi
25 May - 24 Jun 2013

Member price
RM 15.00 / RM 16.00 E
Time promotion RM 10.90 / RM 11.90 E
Buy 3 Free 1



Pencuci Lantai Cosway ~ Power Max

Power Max ~ Concentrated Floor Cleaner
Cosway Review ~ Concentrated Floor Cleaner

Sumber Gambar - Goggle

-Membersih lantai dan menghalau serangga merayap secara semulajadi

Member price
RM 12.50
Time promotion RM 9.90
2nd at RM 6.90
* promosi bulanan lain2x erhhh... tak sama kadang2x tue...

Dari segi harga... memang berbaloi... sebab tahan lama... tengok dan fikir harga macam nampak mahal... tak cuba tak tahu... sama macam GB mula2x dulu... hmmm... tak ada orang rekemen pun... saje test try sendiri cuba pakai...

Dulu GB beli nieh 3 botol sekali.. sebab time tue ada promosi yang 3 botol. 

Hmmm dah setahun 2 bulan kot guna... 1 botol tak habis2x lagi... tinggal sikit je lagi yang 1 botol nieh... 1 botol lagi belum rasmi... 1 botol lagi GB kirim ke kampung... sejak bela kucing... makin kerap lap lantai... tue yang semakin cepat habis... ngeee...

Lebih baik guna yang nieh dari guna yang ada kat pasar raya... entah... GB rasa selesa... sekali pakai terus rasa tertawan... ngeh3x... bila pijak lantai rasa lantai tue bersih sangat... berkilat tue... tok sah cakap ler... dah namanyer jubin... jubin kan memang berkilat...

Pakai nieh sebab hari tue... lantai rumah dah start ada semut gula yang kecik-kecik tue... ha... selain dari guna ubat semut... yang nieh pun boleh kurangkan semut merayap kat lantai... tapi kena la kerap lap lantai ok...

GB suka yang Citrus!!! kakak GB tak suker!!!
>_<

bau ada bermacam bau... pilihlah ikut keserasian masing2x...
dah macam promosi barang cosway pulak... jangan marah...

Penerangan di botol~
Kepekatan ekstra untuk kuasa pencucian yang lebih handal.
Dirumus khas dengan rumusan penghalau serangga yang semula jadi agar kediaman anda bebas daripada serangga merayap seperti lipas dan semut.
- rumusan kepekatan yang tinggi mencuci dengan pantas dan handal unutk memberikan sudahan berkilau  dan bersih bercuit. Setiap botol memberi sehingga 60 penggunaan.
- ramuan penjagaan lantai khas menjadikan permukaan lantai licin, bersinar dan tidak melekit.
- agen penyingkir kotoran mencengah mendapan kotoran bagi memudahkan kerja pembersihan akan datang.
- bahan anti-bakteria membunuh kuman dengan serta merta agar lantai kekal bersih dan selamat.
- mengharumkan kediaman dengan wangian sitrus yang memberangsangkan untuk suasana yang segar dan nyaman.

Sesuai untuk semua jenis permukaan lantai, mozek, jubin, vinil, seramik, granit, marmar, terazo dan parket.

Cara mengguna:
Campurkan 1/3 penutup ke dalam 1/2 baldi air (7.5L). Lap lantai dengan mop atau kain. Tidak perlu dibilas.

Awas:
Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika tertelan, minum air yang banyak dan dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Jika terkena mata, bilas dengan sebersih-bersihnya.


Dah dapat yang lagi wangi...
Pencuci Lantai EcoMax




Minyak Rose E + Bedak Miami + Bedak Pixy

Aku survey blog by blog... tips make up untuk yang kulit jenis berminyak... mesti pakai foundation yang berminyak... hmmm... aku pun try jadikan Minyak Rose E sebagai minyak asas sebelum sapukan foundation... foundation yang aku gunakan Naturactor (kod 140 @ 141)... beli on9 dari FB Naturactor & Comestic. Bedak pulak aku pakai Miami Jenis Powder (tak ada foundation)... bedak nie pulak beli dekat Cosway je. jadi masa dinner tu make up nampak smooth jer... tahan sampai tengah malam...

Hmmm... entah macam mana adik aku suruh aku jadi mak adam dia pulak masa dia bertunang baru2x nie... waaahahaha... aku jenis yang sememeh... sebab kulit muka tak cantik... tak make up pun... masa keluar jalan2x je baru tepek bedak...

Wahaha... haru di buatnyer kena make up kan si busu nieh...

Nampak tak muka yang berbaju pink? berkilat-kilat... nampak segar... kesan dari penggunaan Minyak Rosa E (yang untuk pingmentasi) di tampal dengan Naturactor dengan cara dap dap, kemudian beruskan Bedak Miami, tempek pulak Bedak Pixy untuk lebih putih secara dap dap lagi...

Make up nie tahan ke sehingga selesai habis kenduri... 

Alhamdullillah busu nieh suka dengan make up natural nieh... 

Gambar nie dari camera kawan dier... kabur... putih2x gambar sebab nampak baju apa semua jadi putih2x jer... hmmm... tak ada stok gambar.. sebab semua gambar dalam tangan adik aku...


Sebelum nieh make up kan cousin masa dia kawin... dah ada anak 2 orang dah cousin tue... make up natural jugak...

Macam tak percaya pulak aku dok make up orang... 

Kembang montot kena puji dengan kawan-kawan adik aku... make up cantik... natural... kena dengan adik aku yang suka pink tue...

Nanti nak belajar yang shading kat tulang dagu dengan hidung pulak.. supaya muka nampak bujur dan hidung nampak mancung... ngeee...

Akan update gambar close-up sikit, bile dah ada gambar...

RM49.00 ~ Naturactor (harga dulu2x) ~ harga sekarang RM 60.00 ~ Beli on9
RM35.80 ~ Minyak Rosa E ~ Pigmentation Serum ~ Garden Of Eden ~ Guardiance
RM18.40 ~ Face Powder ~ Miami ~ Cosway
RM16.90 ~ Two Way Foundation ~ Pixy ~ Natural White ~ Watson

* harga anggaran sahaja tak tepat... sebab ada yang dah kena discount... macam kat watson hari tu tengah discount... kalo kat luar lagi murah kalau tak salah... lepas tu yang cosway, harga ahli murah sikit berbanding harga yang bukan ahli... time ada promotion harga jadi lagi rendah... contah Face Powder punya harga bila ada promotion bersamaan RM 14.50... untuk sesiapa yang tak jadi ahli, tapi nak beli barang boleh je guna no ahli NN... ngeeee... tak mahal jadi ahli... RM30.00 je 1 tahun...


10/2/2013 ~ updated...

ha... 1 gambar clear sikit...
dah macam make up pengantin dah...
cantik jer... smooth dan berseri...



Link untuk Produk Miyami
Review Cosway ~ Natural, Flawless Beauty


Miyami Face Powder
Yang atas nieh dah tinggalkan kat adik... hmmm dia nak... adesss... dah berkenan... tak boleh buat apa dah... jadi bagi aje lah kat dia yang nieh...


Two-Way Foundation

Disebabkan Face Powder dah bagi kat adik... kena la beli bedak yang baru, tanya-tanya kat adik... dia kata ok... dia nak jugak bedak yang Two-Way Foundation... share dengan adik... kebetulan ada promosi... beli 3 percuma satu... 1 bekas jatuh jadi harga RM 16.40... haaa... beli...beli... jangan tak beli...

Yang nieh GB pakai pergi kerja... wahhh... memang tutup cela-cela kat muka... agak tebal berbanding dengan Pixy punya bedak compact. Hmmm... kalau tak betul cara pakai memang akan nampak tak sekata dan tompok comot-comot.

Cara GB pakai, macam biasa, oleskan minya Rose E dulu tipis-tipis kat kulit muka, kemudian dap dap kan bedak miyami nih... ha... macam tue jer...

Kalau GB pakai untuk dinner ke, kenduri kawin ker... just tambah jer penggunaan naturactor...

Harga Miyami Two-Way Foundation
Member Price RM 28.00
Time Promotion RM 21.90
Buy 3 Free 1 - RM 65.70

Macam mana boleh guna Miyami?

Pernah kenal dengan sorang awek cun, dia tengah pakai make up dalam kereta.. kat lampu traffic light pun boleh sempat make up lagi... haaa.. dari situ la GB bertanya bedak apa dia pakai... nampak cantik jer muka dia...

Lagi 1, dalam facebook ada kenalan yang suka make up pengantin lah... orang pergi dinner lah... dia yang share info... tak perlu susah2x... guna je bedak Miyami... nie gara-gara nak pergi annual dinner hari tue... GB memang tak sempat nak ke mana-mana untuk suruh orang make up kan... sebab tekejar-kejar cari barang yang belum settle untuk kenduri tunang adik GB... tue yang tanya kakak tue... macam mana nak make up yang simple je & natural... tapi cantik tak nampak cela kat muka sangat...

Start dari sini lah GB pun start pakai bedak Miyami...


Review Bedak Pixy pulak....

Pixy yang nieh GB pakai dah ada dekat 2 tahun kot... berkenalan dengan Pixy melalui adik GB... ngeh3x... adik GB nieh rajin make up tebal2x... tue yang tanya dier bedak aper pakai... nampak putih lawa ajer...

Bedak nieh nipis jer... tak setebal Miyami... lebih kering sikit... tapi halus jer... lembut kat muka...


Gambar sumber goggle lagi...

Harga Kat Watson & Guardience lebih kurang jer... Nak dekat RM 20.00.


15/5/2013 ~ updated

Ada sesiapa berminat? ini untuk yang jauh sangat dengan outlet cosway atau pun tempat memang tak ada outlet cosway, kalau berminat boleh beli secara online dengan NN. Harga ikut harga member price dan tak lupa jugak tambah kos penghantaran secara pos laju. 

>_<


GluthaMix ~ Cosway ~ Untuk Kulit Lebih Cerah



Tablet Kunyahan
Buah Beri Campuran dengan L-Glutation
Berat bersih: 30g
(30 Chews x 1g)

Cara Penggunaan:
Ambil 1-4 tablet sehari. Dicadangkan mengambil pada waktu pagi dengan perut kosong.

Kandungan:
Xilitol
Maltodekstrin
Kohjan
L-Glutation 150mg
Serbuk campuran buah beri
Astaxantin (dari alga Haematococcus) 1.5mg
Beri Acerola (dengan vitamin C)
Perisa buah beri campuran
Trikalsium fosfat
Silikon dioksida
Sukralos

Fungsi
- mencerahkan kulit sehingga 3 tona.
- mengurangkan pigmentasi wajah dan tona kulit yang tidak sekata.
- menghilangkan bintik-bintik penuaan pada lengan dan belakang tapak tangan.
- mengurangkan pigmentasi pada ketiak dan bahagian dalam peha.

* produk ini diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi. Variasi warna di antara kelompok atau perubahan warna dengan rasa berlaku secara semulajadi dan tidak mempengaruhi keberkesanan produk.

Harga 
Harga ahli RM 88.00...
Harga bila ada promotion RM68.00
2nd at RM 48.00
3rd RM 38.00

Hari tue masa nak cari lipstick ternampak tengah ada promotion, tu yang test beli 1 botol... sebenarnya nak beli yang kat Vitacare... tapi test yang nieh dulu... len kali baru beli yang kat Vitacare tue pulak...

Hmmm... rasa yang nieh masam-masam manis... kadang-kadang ada terasa macam rasa-rasa minyak omega... jeng3x... sape pernah makan minyak omega??? 

Kenapa GB amek benda nieh? Tahu tak pasal Glutation? Yang memutihkan kulit tue... dalam produk nieh ada gluta tue... kalau rajin survey... pengambilan gluta + vitamin c = kulit akan nampak berseri... ngeee...

Jangan sebarang amek jer... sebelum amek... survey dulu kebaikan dan keburukan produk...

Link untuk refer
Glutathione and Vitamin C
Dosage Of Glutathione & Vitamin C
Glutathione Side Effects
Vitamin C Side Effects
Glutathion - yang nieh senang nak baca
Glutamix - Cosway Review

~~~~~~~~~~

Glutathione Cerahkan Kulit a.k.a Putihkan Kulit




Jumaat, 8 Februari 2013

No Ahli Cosway


Untuk sesiapa yang tak mahu buat kad ahli cosway, bolehlah guna no ahli NN...

Jeng3x...

No Ahli VPM 371981

Tapiii....

kalau kerap gunakan barangan cosway, adalah lebih baik daftar menjadi ahli...

Jom!!! tak mahal pun yuran keahlian... RM 30.00 jer setahun...


* biler tak ade kerja kat office... mulalah macam-macam post nak publish kat blog... mood tak ada mood nak kerja.. CNY makin hampir...


update 5/1/2013
*** untuk jadi ahli cosway sila click link nie & baca kat situ..... tak susah... bayar yer RM30.00 dapat kad 1. Lepas tue setiap tahun nak kena renew... rm 30.00 jer.

Part 4 ~ Macam Mana Nak Ajar Anak Kucing Guna Litter Box

2 dari anak cik tam dah kena tinggal kat kampung, setakat nie penggunaan litter box kat kampung tak ada masalah. buntal & kelawar tak lagi poo & wee merata-rata. masih poo & wee dalam litter box yang disediakan.

hmmm.. perang & nyaunyau asik merata2x je poo & wee sejak balik dari kampung hari tue. macam dah tak kenal rumah pulak dah. sejak dah lepaskan dari bilik, diaorang dah melepak kat ruang tamu. lari sana sini. tapi tak pandai pegi jamban diaorang kat ruang laluan. pelik.. nyaunyau kadang2x pandai pulak. semua gara-gara si perang. sekali perang kencing  merata-rata... nyaunyau pun join sama... wuhuhu... 

howaaa... kena bawak banyak besabar nak ajar diaorang nieh guna litter box...

nak di kurung... cage tak ada... cage dah tinggal kat kampung jugak... masih dalam pencarian mencari cage 2nd hand... nak beli yang 2 @ 3 tingkat... senang boleh kurung tiga-tiga ekor sekali...

Biarkan Cinta Itu Mewangi

Tertarik dengan satu rencana dalam Sinar Harian...

~Biarkan Cinta Itu Mewangi~

BICARA cinta menurut Hamka: “Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan, cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembus kegagahan, cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat dan cinta ini mampu menggugat keimanan malah meningkatkan keimanan,”.

Forum Bicara Cinta Anak Muda malam Sabtu (2 Februari) lalu anjuran Majalah i membawakan tajuk ‘Cinta Fitrah, Cinta Fitnah’ dengan menggandingkan panel tersohor seperti Dr Rubiah K Hamzah, Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus Tuan Padang, Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin dan Catriona Ross Bahrin Ross melalui perantara Amin Idris bertempat di Kumpulan Media Karangkraf.

Cinta itu fitrah

Ramai antara kita mempunyai takrif berbeza mengenai cinta. Tanyalah sesiapa sahaja pasti terucap di bibir cinta itu indah, Namun bagi pelakon yang terkenal menerusi drama Sephia, Catriona Ross, cinta memberikan individu itu inspirasi menjadi yang terbaik daripada sebelum ini, benar kadang kala cinta jika dicampuri dengan nafsu ia merosakkan.

“Erti cinta pada saya ialah sesuatu yang boleh menggetarkan jiwa ada kalanya sewaktu berjalan menapak di bumi terasa di awang-awangan, memberikan impak yang tinggi sampai kita merasakan tidak ada haus dahaga, tidak lapar dan tidak rasa sakit.

“Kekuatan cinta pada ALLAH SWT yang membawa saya mengenal siapa diri ini. Saya pernah terlibat dalam satu tragedi yang seakan meragut nyawa sekitar tahun 2007 yang lepas. Tetapi kesan daripada itu  membuatkan hati saya ingin mengenal ALLAH secara mendalam dan akhirnya saya menemui ketenangan.

Menurutnya, dalam satu seminar, penceramah itu membacakan satu ayat dalam surah ar-Rahman menyebabkan hati dan tangannya bergetar serta berkecamuk tetapi terasa ada damai. Berbekalkan situasi itulah Catriona menjadi siapa dia hari ini.

Perlu atau tidak bercinta?

Novelis islamik popular, Fatimah Syarha menjelaskan usah berteka-teki  perlu atau tidak bercinta kerana cinta akan menyapa setiap hati dan ia wujud, persoalannya sekarang bagaimana untuk urus cinta bagi mendapat reda ALLAH.

“Kita mempunyai dua pilihan bagaimana untuk menguruskan cinta yang wujud di hati, pilihan pertama kita biarkan sahaja perasaan sayang di ingatan asyik menekan selepas itu membiarkan hati berkarat, berani bagi tangan berjabat, terjebak dengan maksiat dan akhirnya perut kempis menjadi bulat. Cuba kita lihat impaknya ialah kita telah mencipta satu kenangan yang tidak takut pada ALLAH sehingga mendera diri sepanjang hayat dengan pelbagai persoalan seperti waswas dan sebagainya.

“Pilihan kedua: kita bermujahadah. Sekarang ini di usia remaja kita mempunyai fokus, capai dahulu apa yang diri dan keluarga impikan. Tiba masanya barulah mempraktikkan amalan bercinta tuntutan Islam dan impaknya, kita bernikah atas dasar takwa yang akan memberikan wangian firdausi dalam perhubungan diredai ALLAH,” jelas pengkarya novel cinta berunsur Islam ini.

Menurutnya, pilihan ada di tangan individu itu, jika dikatakan berpasangan itu salah, bagaimana pula dengan orang yang sudah berkahwin. Adakah salah berpasangan dengan suami atau isteri sendiri. Couple itu salah jika membawa diri menghampiri zina.

Apa pula yang al-Quran dan hadis sebut mengenai cinta. Kitab ALLAH mengatakan cinta itu secara fitrah dan Nabi menyebut cinta itu secara negatif berdasarkan hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad: “Cinta kamu pada sesuatu boleh menyebabkan kamu buta dan tuli dari mendengar nasihat.” Cinta itu tidak salah tetapi ia boleh menjadi negatif atau positif  bergantung kepada cara kita menguruskannya sama ada menghampiri zina atau keredaan ALLAH.

Cinta itu perjuangan Rasulullah  

Sementara itu, Ustaz Syed Mohd Norhisham berkata, orang-orang muda hari ini apabila melihat sahaja ada program agama yang memerihalkan mengenai cinta terus mereka fikir ustaz atau ustazah tidak bagi bercinta, kata haram ibarat kata semua tak boleh seolah-olahnya begitu. Tetapi apabila menonton filem Bollywood dan Hollywood ia berlainan dan meninggalkan keseronokan.

“Cinta ini sebenarnya adalah perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah ke atas sekalian alam ini termasuk manusia, tumbuhan dan haiwan. Rasulullah telah diutus untuk membawa rahmat kerana rahmat itu adalah kasih sayang.

Seperti kita menyembelih binatang. Kasih sayang kita kepada binatang  yang hendak disembelih adalah mempercepatkan kematiannya.

“Pernah Rasulullah melihat ada dua sahabat naik unta dan seronok bersembang di atasnya, Rasulullah menegur. Baginda berkata, “Tidak boleh kamu berdua berbuat begini, kamu naik unta sebagai kenderaan bukan tempat untuk duduk bersembang.” Begitulah juga rahmat  Rasulullah kepada orang bukan Islam.

“Semasa menguruskan tahanan perang sekalipun, Rasulullah tidak menyeksa tawanan sebaliknya menjaga musuh dengan adab-adab yang khusus. Pada zaman sekarang pun, ramainya tahanan perang di Afghanistan dan Palestin memeluk agama Islam sebaik keluar dari penjara kerana melihat bagusnya layanan tentera Islam terhadap mereka,” katanya lagi.

Menurut Ustaz Mohd Norhisham lagi, inilah kasih sayang yang dibawa Rasulullah, Baginda membawa contoh yang hebat dalam proses bercinta bukan sahaja secara teori malah praktikalnya.

Anak remaja kita hari ini mencari cinta untuk keseronokan sehingga terlupa kaedah yang diamalkan Baginda. Ingatlah cinta nafsu ini seronoknya sekejap sahaja, hanya cinta kerana ALLAH kekal hakiki. Cinta itu langsung tidak salah, tetapi pengurus cinta itu yang silap mengemudinya.   

Jangan negatif dengan cinta

Memandangkan kita langsung tidak diajar mengenai cinta dalam mana-mana mata pelajaran tidak di kampus mahu pun sekolah. Kesan daripada inilah  kita mentafsirkan pengertian cinta berdasarkan apa yang orang bukan Islam ketengahkan.

Pakar motivasi dan kaunseling keluarga, Dr Rubiah menjelaskan, ramai antara kita membina cinta berasaskan filem yang dibuat oleh Barat contohnya, mengenali cinta berasaskan medium bukan acuan Islam. Ini yang dikatakan kalau mak tidak membimbing anak, mak akan susah hati.

“Ertinya konsep cinta yang kita ada  jika ikut tradisi orang Melayu menjelaskan bahawa cinta itu tidak sesuai. Tetapi oleh kerana pengaruh dari luar yang banyak mewarnai budaya kita sehingga kadang-kadang adat menjadi ibadat, tetapi ibadat tinggal adat.

“Maka kita katakan  adat bercinta orang muda ertinya semua orang yang merasakan cinta ini membuatnya panjang umur dan berjuang tidak pernah jemu,” kata penulis buku Pujuklah Rasa ini.

Menurutnya, orang yang bercinta ialah orang yang sudah membersihkan dirinya daripada perkara yang tidak penting, orang yang mempunyai matlamat, inilah orang yang layak untuk menjadi calon isteri, ertinya sebelum dia jumpa orang yang dia cinta dia sudah ada visi dan misi yang tersendiri.

Sebab itu wahai ibu dan ayah ajarlah semuanya mengenai cinta, usah cuba selindung-selindung dan malu untuk menerangkan mengenai fitrah manusia itu dengan anak. Secara psikologinya, cinta ada kaitan dengan fikiran kerana cinta  tidak akan bertapak jika tidak memikirkannya.

>_< copy paste... dari link... Biarkan Cinta Itu Mewangi