Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Jumaat, 27 Mac 2020

Covid-19 2019/2020

Dunia digemparkan dengan virus covid-19 pada akhir tahun 2019 dan pada March 2020 masih belum dijumpai antivaksinnya...

Jika ditakdirkan kita dipanggil dengan cara ini. Kita nak minta maaf.

Maafkan segala salah tutur kata kita. Halalkan makan minum kita.

Semoga covid-19 segera berakhir.

Jumaat, 20 Mac 2020

2020 Tahun yang mencabar

Assalammualaikum

Dugaan hidup 2020.

6hb Mac 2020 tarikh lahir kekanda kita dan merupakan tarikh jatuhnya kita. Syarikat umum secara verbal gaji feb 2020 lewat bayar dek kerana kedudukan kewangan syarikat berada di tahap genting.

Option syrkt... option 1 hantar resign letter 24jam tiada notice 2 month or 1 month & sykt berjanji akan bayar gaji bln Feb 2020 bila kewangan syarikat pulih. option 2 terus bekerja dan gaji tidak dijanjikan bila dapat.. mungkin keadaan berlarutan 4 hingga 5 bulan sehingga kewangan syarikat kembali stabil katanya.

Pekerja biasanya selalu tertindas dengan majikan. Siapa pernah lalui benda nie mesti faham.

Susah untuk kita buat pilihan. Di telan mati emak di luah mati bapa.

11hb Mac 2020 kita dan rakan2x menuju ke bangunan Perkeso untuk dapatkan nasihat dari JTK dan seterusnya JPP dan seterusnya ke Perkeso utk membuat semakan Socso & SIP dan seterusnya ke KWSP.

JTK - tiada apa yg boleh pekerja lakukan kerana syarikat terangkan secara verbal tiada hitam putih. Hanya repot aduan lewat bayar gaji sahaja yg boleh kami tinggalkan dan JTK hanya akan keluarkan perintah kepada majikan utk bayar gaji pekerja selepas buat penyiasatan.

JPP - pemecatan konstruktif... siapa biasa dengar ? bagaimana kesudahan ? pekerja tidak berkemampuan untuk membayar kos peguam jika kes berlarutan sehingga di bawa ke.mahkamah tinggi. Pekerja menang ? @ Majikan Menang ?

Perkeso - hanya aduan juga yang mampu kami tinggalkan. Di dalam penyata gaji ditolak, Perkeso semak hmmm setahun syarikat tidak jelaskan bayaran. Apa tindakan lanjut dari Perkeso kita pun tak pasti.

KWSP - sama juga... hanya aduan sahaja yg mampu kami tinggalkan. Lebih dari 6 bulan syarikat tidak jelaskan ke KWSP... apa tindakan KWSP agaknya nanti.

16hb mac 2020 letak jawatan... tidak ada kemampuan utk meneruskan pekerjaan tanpa gaji.

Siapa tak kenal dengan covid-19 ?
18-31 Mac 2020 perintah kawalan pergerakan. 20 Mac 2020 titah Agong.. 22 Mac 2020 askar di kerah utk jaga kawalan pergerakan.

2018 lagi kita dah dengar kejatuhan dalam sektor pembinaan. 2020 dengan covid-19 banyak sektor pekerjaan terjejas.

Besar sungguh dugaan mu ya Allah....