Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Selasa, 31 Januari 2012

~Asmiranda Feat Dude~Bunga-Bunga Cinta~

* tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

** tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji

reff:
bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta

repeat **
repeat reff
repeat *

memboncah di hati harapan dan suci
dalam mihrab cinta

http://www.youtube.com/watch?v=p3pRq4NHSPA&feature=share

Isnin, 30 Januari 2012

~Survey More About Hada Labo~

Hmmmm... days 3...

Normal set ok... wink wink wink... I think, I started to love this product, not because of it's packaging, it's all about it's effect...

Tengah survey tuk yg nie...
Hada Labo Arbutin Whitening Lotion...
Ada page org2x kata Arbutin Whitning Lotion sesuai di pakai lepas pakai AHA/BHA cleanser... yg AHA/BHA cleanser nie ada yg tube kecik... jeng3x... ada hati nak cari Arbutin Whitning Lotion yg nie... huhuhu~

AHA/BHA cleanser
This cleanser contain AHA (Alpha Hydroxy Acid) and BHA (Beta Hydroxy Acid) which can give clarity, brightness and promote skin cell removal.
It can exfoliate skin gently by removing impurities, dirt and oil which trap inside the pore.
(GB belum try pakai)

GB baru pakai set biasa 3 hari... tapi best.. smooth je... nak try pakai dlm 3 minggu dulu... huhuhu... ni dah day 3 nie w/o foundation & compact powder... suke2x...

tgk you tube pulak... adesss...
http://www.youtube.com/watch?v=RPvtrIMCLDc

Ahad, 29 Januari 2012

~PerFume~

(◕‿◕)wink wink(◕‿◕)

rasanya 2 tahun kot... kalau tak salah... tak beli perfume... ari sabtu ari tu memborong perfume... ha... tak hengat dunia jap...

2 tahun lepas hadiah besday kakak GB bg present minyak wangi... bnyk lak tu... dgn vanila soft musk 1 botol besar... 2 purse concentre 1 vanila 1 butterfly... baru je habis guna tahun ni...

ha... ini kali tak tau la bila habis... ekekeke...

jeng3x...

sopin sakan... suke beli yg purse saiz... senang nak bawak g mana2...

semua nya soft2x je... tak de yg bau keras... nanti GB pakai GB sendiri yg pening... tak tahan perfume yg keras2x... pening~~~

~Hada Labo~

Sejenis produk pembersih muka... 1st time try... sebelum ni ada member office lama pakai... tapi tak pernah pulak GB tanya kat dia produk ni ok ke tak... ha... GB beli masa g watson kelmarin... try yg set dia nie...

set ni rasanya RM58.00 berapa sen belakang tak ingat...

dah guna 2 hari... rasa sedap... ok tak ok belum tau lagi... tp ok dari pencuci muka sebelum2x nie... hari sabtu try... ha... g kerja tak de letak apa2x sebab sengaja... nak try pakai mcm nie je dulu buat masa sebulan 2 nie...

Sabtu, 28 Januari 2012

~28-1-2012~Petua Menghilangkan Ketuat~Wart~

huhuhu~~~

see... haisshh... 1st time...
last 2 weeks ago da g clinic... charge per treatment RM50.00 kata nya bg sejukkan ketuat tu... tak jadi menda pun... ni dah 2 weeks... arrr makin lain macam je... so semalam dah alang2x g watson... beli ubat ketuat...

yg bulat kecik tgh tu... dia nya point... kalau ari tu doktor nye ubat... mula2x tak rasa pa pe pun... bila dia tekan lama2x makin putih2x mcm dlm pic ni gak... tp rasa dia makin sejuk beku sampai tettt tetiba ngilu sakit yooo... arrr mcm tu je dok buat tu je... doktor kata mahal sebab ubat je...

nie bila tgk kaki nie... aisshhh geram jer...


nie ubat ketuart wart... ehehehe... sapu2x jadi la mcm kat atas tu... tapi pg tadi sapu tak mcm tu lak bila kena sapu... tak putih2x... ni kali kedua sapu baru jadi putih2x mcm tu...


nie dia nya note:

Warts: wart is a viral infection of the surface layers of the skin. the incubation period varies from a few weeks to several months. wart can be spread by direct or indirect contact with a wart damaged skin.

direction to use, apply duofilm once daily (errr ari ni 2 kali dlm sehari), using applicator supplied, until lesion is completely cleared and the ridge lines of the skin have been restored.

the usual treatment period is to 6 to 12 weeks (lamanyer) and success can be enhanced by the following these instructions....

1- remove any plaster and soak lesion in hot water for 5 minutes. dry with your towel... huawaaa skrg tgh rasa ngap ngap ngap...
2- tub the surface carefully with pumice stone or emery board... (ooo nak kena sagat2x la dulu)...
3- apply duofilm to affected area only... (ui rasa macam da telebey kawasan)...
4- continue treatment once daily until lesion is completely cleared and the ridge lines of the skin have been restored...

huhuhu... mmg ada rasa ngenyam2x... pg td pun mcm tu... ada rasa mcm ngap ngap ngap bila da kena sapu ubat...

take note... 2 weeks from now... 8 feb 2012... tak ok gak... kena g clinic lagi la nampaknyer... tak best bila ada rasa ngap ngap ngap dier...


PETUA MENYEMBUHKAN KETUAT

Ketuat merupakan satu masalah yang biasanya tidak diambil berat melainkan jika ianya berada di tempat yang mengganggu seperti di tangan ataupun di tapak kaki.

Walaupun begitu ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkannya, antaranya ialah;

Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.

Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.

Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.

Sapukan getah gajus atau getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.

Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.

Ni orang kata...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

yang bawah ni GB kata... >_<

*  UBAT DARI WATSON BERKESAN... 
*  LAST SEKALI SAMPAI AKAR2X KETUAT TU MATI... 

Rabu, 18 Januari 2012

Biar Berjauhan ~ Kapilla



buat seseorang yang pernah menjadi teman susah senang NN... maafkan NN...

Biar menjauh dari menghampiri
agar tak berulang kelukaan hati
Biarlah putus tak bersambung lagi
andai diingati sedih pun kembali

Tak perlu berkirim salam
Tak perlu Bertanya Khabar
Tak Perlu Mengambil hati memujuk hati ini
Dan bila ku berhadapan teringat kenangan silam
yang menghiris perasaan lama terpendam
Rasanya sudah terlewat untuk ku terima tiap kekesalan
Walau berbagai caramu tapi ternyatalah sia-sia saja

**Biarlah aku dgn caraku
Selama ini tidak kau peduli
Sedari dulu tidak sedikit pun
Aku terima kasih dan sayangmu

Repeat */**

Biarlah aku dgn caraku selama ini tidak kau peduli
Sedari dulu tidak sedikit pun aku terima kasih dan sayangmu

Biar menjauh dari menghampiri agar tak berulang kelukaan hati
Biarlah putus tak bersambung lagi andai diingati sedih pun kembali

Andai kamu ingin memberi cinta Oleh : NORDEN MOHAMED Tarikh : November 30, 2011

Cinta. Istilah ini amat popular. Ia mudah dikata, tetapi sukar dimengerti. Tatkala melafaz istilah ini, ia mencetuskan pelbagai makna dan perasaan buat seseorang. Ada getaran di suara apabila menyebutnya, ada gambaran indah di layar minda apabila mengingatinya dan ada perasaan berbunga di hati tatkala menghayatinya.

Cinta boleh menjadi istilah yang paling disukai. Atau paling dibenci, bergantung kepada saat bahagia atau deritanya seseorang dengan cinta. Namun ia juga sering disalah tanggap kerana cinta biasanya dikaitkan dengan cinta lelaki dan perempuan yang mengasyikkan. Dalam erti kata lain, cinta di alam remaja yang disebut sebagai cintan-cintun.

Tetapi, apabila ruang lingkup cinta itu diperluaskan, kita akan dapati cinta itu mencakupi cinta anak kepada ibu bapanya, kepada isteri atau suami, kepada sahabat, alam, kampung, negeri, negara dan yang paling mutlak dan hak ialah cinta kepada al-Khaliq iaitu ALLAH SWT.

Dalam pada itu, oleh kerana mudahnya istilah cinta ini disebut-sebut, ia seolah-olah sesuatu yang begitu mudah dicurahkan. Bahkan, adakalanya ia menjadi begitu murah. Kerana apa? Kerana pada pelbagai ketika dan keadaan, kita sebenarnya tidak menyintai apa atau siapa yang kita cinta. Ia berlaku apabila kita tidak mengerti perasaan kita sendiri akibat tidak menyelami sanubari.

Ini terjadi apabila kita menyintai kerana terikut-ikut dengan dunia cinta orang lain. Cinta ikut-ikutan ialah apabila kita turut bercinta semata-mata kerana kita lihat orang lain bercinta. Pendek kata, kerana kita tidak mahu ketinggalan. Kita menyukai sesuatu kerana lihat orang lain suka. Kalau orang lain ada kekasih, kita pun mahu kekasih sedangkan kita belum bersedia untuk menyintai.

Kalau orang lain menggilai gajet komunikasi seperti Blackberry, kita pun turut suka walaupun kita hanya gunakan alat-alat itu untuk kegunaan asas seperti menelefon dan mengirim teks sahaja. Bila kita tidak gunakan sepenuhnya fungsi e-mel, PDA, Internet, muzik dan video dalam Blackberry seperti mereka, itu hanya cinta ikut-ikutan. Kalau kita katakan yang kita cinta pada alam tetapi hanya dengan menanam sebatang pokok sebagai simbolik, itu belum lagi dinamakan cinta. Cinta ikut-ikutan akan cepat pudar dan membosankan diri kerana ia hanyalah kesukaan luaran. Esok, lusa, kita akan mencari cinta yang lain.

Cinta apabila ‘ada’ juga bukan cinta luhur kerana ia ada kepentingan. Orang kata, ada wang sayang abang, tiada wang abang melayang. Ertinya, cinta itu hanya datang apabila ia memenuhi kehendak kita. Andainya cinta kita tidak dibalas setimpal dengan apa yang diberi, maka ia mudah diketepikan. Cinta pada pasukan bola sepak Malaysia selagi mereka menang, tetapi membencinya sekiranya mereka tewas dan melukakan hati kita, itu belum cinta namanya.

Ada kalanya, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menyintai, tapi sebenarnya cinta itu sudah lemau. Oleh kerana ingin menjaga prinsip dan nilai kesetiaan serta tanggungjawab, maka kita memaksa diri. Tanpa disedari juga mungkin kita berlakon suka. Kita boleh temui cinta suami dan isteri yang sudah rutin. Di meja makan restoran, si isteri berSMS dan si suami membaca akhbar. Tanpa senyum-senyuman, tanpa lirik melirik, mereka menghabiskan makan malam dan keluar dari restoran dan melangkah beriringan sedepa jauhnya. Kononnya, mereka sudah makan malam bersama.

Memberi cinta secara ikut-ikutan, cinta tatkala ada dan cinta hingga memaksa diri adalah cinta yang tempang. Ia tidak menyeluruh. Sebaliknya, memberi cinta dan menyintai secara tulus ialah apabila kita menyukai sesuatu kerana perasaan kita sudah jatuh kepadanya. Memberi cinta bukan kerana baiknya, malah menerima keburukannya sebagai satu pakej.

Kita masih boleh terus menyintai, meskipun ia tidak akan dibalas. Umpama seorang pelukis dengan lukisannya; dia tetap akan menyintai lukisannya meskipun lukisannya tidak boleh membalas cintanya. Memberi cinta yang luhur akan terus kental dan tidak berpaling arah meskipun yang lain datang menguja. Bagai cinta ibu pada si anak, walau apa pun cacat celanya anak, si ibu tetap mekar dengan cintanya.

Untuk kukuh dan kekal memberi cinta luhur, kita bukan sahaja perlu menyintai sesuatu itu pada pandangan mata, tetapi menyintai, mengkaji dan memahami asal usul, kebaikan, keburukan, malah menerima dia atau ia pada hari esoknya. Paksi cinta juga mestilah seiring cinta kita kepada ALLAH SWT. Ia bukan memberi cinta kerana ikut-ikutan atau taklid.

Ia bukannya menyintai kerana memperoleh hidayah dan hilang cinta apabila menerima musibah. Bukan juga menyintai dengan melakukan ibadah kerana ia tanggungjawab semata-mata. Cinta yang hanya menggunakan akal fikiran dan tidak disertai dengan perasaan telah mengenepikan cirri utama cinta ~ jiwa yang halus tempat asal di mana cinta itu membenihkan bibit-bibitnya.

Layari http://www.maafcakap.blogspot.com untuk membaca artikel-artikel sebelum ini.
Di copy dari:- www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

~MaSa LaLu~


kadang-kadang kita terpaksa lepaskan ianya pergi..
walaupun ianye sangat bermakna..

kadang-kadang kita perlu tunduk pada keadaan..
kerana itu pilihan yang terbaik..

kadang-kadang kita terpaksa menipu diri sendiri..
kerana hanya itu pilihan yang ada..

tapi percayalah diri..
pasti ada yang lebih baik menanti..
mengalah bukan bermakna kalah...

ya ALLAH, aku mohon padaMu..
berikan aku kekuatan untuk menempuh segalanya..
tiada yang lebih memahami diriku melainkan diriMu..
tiada yang mengetahui apa yang tersirat dihatiku melainkan diriMu..

ameen ya rabbal alamin..

♥ ♥ ♥ I'm not Hot or gorgeous♥ ♥ ♥

I'm not Hot or gorgeous. I don't have an Amazing figure or a Flat Stomach. I'm far from being considered a Model but, I'm me. I eat food, I have curves, I have more fat than I should, I have scars, I have a history. Some people Love me, some like me, some Hate me. I have done good, I have done bad. I love my Pj's and I go without makeup.. I'm random and crazy, I don't pretend to be someone I'm not. I am who I am, you can love me or not. I won't change!! And if I Love You, I do it with my Heart!! I make no apologies for the way I am.

~DI SAAT ITU~

‎-Aku belajar melupakan seseorang yg melupakan aku...
-Aku belajar memaafkan semua orang yg menyakiti aku...
-Aku belajar utk menjadi yg terbaik utk org yg aku sayangi..
-Tetapi, sesuatu yg tak bisa aku pelajari iaitu,
"harus belajar TERSENYUM disaat org yang aku sayangi MENYAYANGI org lain"

♥ ♥ ♥ SEBELUM KITA MENCINTAI SESEORANG ♥ ♥ ♥

"Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak SUDI.. Pada insan yang tak MENGERTI.. Kerana,sekali kau memberi, selamanya dia di HATI.. Kerana, sekali kau dilukai, sampai bila2 tetap kau ingati.. Pesan lagi pada diri, hati2lah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI... !!!

Khamis, 5 Januari 2012

~HaDiR Mu~

hadirmu bagai awan berkala
penyeri cetera mimpi
gemilangnya kita sejiwa
di bawah pepayung ungu

benakku mula goyah bercinta
padamu ku curah rasa cinta
aku di buai khayalan
kita di pentas peterana....

bila disinari kerdipan dian
aku percaya dikau ratna ku
masakan hatiku tiada tertawan
pada anggun satu wajah
yang menyerlah.....

aku ratapi satu nostalgia
kau lemaskan hati saliku ini

aku ratapi setiap pertemuan
masih lagi ku merasai cinta(dipintu hatimu)....

aku ratapi gelora kau curah
antara kita dimanakah asmara

aku ratapi dinginnya hatimu
menutup ruang tiada bisaku menabur raksi......

aku ratapi takdir kegagalan...........

Selasa, 3 Januari 2012

KeLaM HaTi


aku disini hanya bertemankan sepi
terbias cahaya gelisah disetiap sudut
berkecamuk menahan rindu yang menyapa
berselimut malam yang kian kelam

Soal Cinta

Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.

Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.

Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.
Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain

Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.