Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Khamis, 31 Oktober 2013

Kechik Dah Balik Rumah


achik grandma nn...
sebelum dier sakit...




habis 1 tin achik makan... nasib baik bawak dier balik 29/10/2013 hari tue... kalau tidak mesti dier tak makan dekat klinik... ketakutan, mesti tak makan & tak yayak...



Lepas makan achik mandi la grarndma... grandma jangan la taco achik.... time tengok dier... tak tahu macam mana perasaan tue... yang pasti air mengalir tanpa di paksa... 



Berapa lama la dier tanggung nanah dalam rahim dier... yang pasti doktor inform baby dier dah gugur seminggu lebih dah... patut la perut dier gelembung jer... nanah dah banyak... ingatkan baby hidup sihat jer... sebab selera makan achik besar je... memang kerap makan.... hmmm...



lepas mandi sendiri... achik tido... shian sangat kat dier... ingat mula2x kalau dapat baby kucing, akan jaga sampai da pandai makan n minum semua, lepas tue nak lepas kat kampung... tapi tak ada rezeki... uterus achik dah kembang... bahaya dah untuk achik... terpaksa spay achik... memang sebelum nie nak spay, tapi masa tue dier tak cukup berat... kechik jer... tak mau beso2x... tp makan banyak...



doakan achik sihat selalu... dari dulu... dier nieh jer asyik sakit... shian dier...




Isnin, 28 Oktober 2013

Kucing Keguguran - (Kechik Keguguran)



Update 28/10/2013

Semalam bawak Kechik ke Vet, Doktor sah kan kechik peknent dan kandungan Kechik kena jangkitan. Doktor tue nasihatkan buang kandungan Kechik. Kemungkinan besar kandungan Kechik gugur.

Hmmm... memang pada mula dah rancang nak kasi kechik sebelum dia peknent, tapi berat belum capai 2kg Doktor tak benarkan operate. Hmmm... tak di rancang, Kechik peknent. Pada GB kalau dah gitu, GB terima jer, GB slalu cakap kat Kechik, nanti anak Chik Grandma anta kat kampung bagi kengkawan dengan Cik Neng. Tak sangka pulak jadi lain. Tak ada rezeki Kechik peknent macam ibu dier.

GB amek keputusan untuk keluarkan baby Kechik. Jadi Doktor cucuk Hormon bagi mempercepatkan proses kelahiran, Doktor kata ubat akan menunjukkan kesan dalam masa masa 1-2 jam. Mula2x Doktor suruh tinggalkan Kechik kat klinik untuk diperhatikan, setelah perbincangan yang genting, GB amek keputusan bawak Kechik balik dulu dan esok GB akan bawak Kechik ke klinik semula. (takut... malam ke pagi tak ada orang kat klinik untuk tengok2xkan Kechik)

Dekat rumah anus Kechik asyik keluarkan darah & air jer sampai la Kechik tertido2x keletihan & kesakitan akibat ubat yang Doktor suntik. 2 suntikan, 1 antibiotik & 1 hormon. Kesian Kechik mesti sangat2x sakit perut dier semalam, sebab dier lebih banyak mengeram. Nasib selera makan dier sangat baik, 4 kali ulang makan malam tadi.

Pagi tadi, GB tak nampak jugak apa2x objek yang keluar dari Kechik, mungkin GB ada terlepas pandang @ kemungkinan Kechik dah keluarkan masa GB tidur pagi tadi. Doktor kata, kalau tak ada apa2x keluar, bawak Kechik ke klinik, kalau dah keluar pun, bawak Kechik ke klinik untuk check up. Jadi jam 11.00 tengah hari gerak keluar ke klinik, sebab Doktor cakap operasi klinik start jam 12.00, kesian sangat kat Kechik sebab kepanasan dalam kereta (panas kalau bawak kucing dalam kereta bila waktu tengah hari, tue sebab kalau GB balik kampung, suker bawak kucing gerak pagi2x atau petang2x).

Doktor buat pemeriksaan dan Doktor sah kan tak ada apa2x dalam kandungan Kechik, mungkin Kechik dah keluarkan & makan, Doktor kata ada gumpalan kecik dalam perut dier, tapi tak pasti apa, Doktor kata, kalau nak tengok boleh scan (RM 50.00). GB amek keputusan tak scan, sebab memang dari awal nak kasi Kechik, jadi GB inform Doktor nak kasi Kechik. Doktor kata ok.

Kalau aku kaya... dah lama bela boleh bela kucing banyak2x tak payah kembiri2x... biar hidup bebas... tapi mana mampu untuk menjaga kucing yang banyak, sebab kucing boleh melahirkan anak setahun tue 5-6 kali. Jadi kalau 1 kali paling kurang pun 3 ekor, kalau 3 kali 6.... dah 18 ekor setahun... kalau ada banyak betina... waduhhh... pening kapla...

Itulah punca, kenapa ramai orang selalu amek tindakan buang kucing betina di merata2x tempat. Kesian diaorang, bila diaorang kecik comel di manja dan di sayang... tapi bila dah besar dier peknent dan bawak ramai anak... orang buang ibu & anak2xnya sebab tak tahan jaga. Hmmm... GB nasihatkan.. kalau tak betul2x mampu untuk tahan dengan karenah kucing, jangan sesekali cuba untuk bela kucing betina secara in door.

Ini lah dulu ada sorang abang tue cakap, ko biar betul dik??? nak ambik kucing yang betina untuk jaga??? Betul... NN confirm nak Cik Tam!!!

Yup... sangat2x susah untuk bela kucing betina in door. Kalau banyak, lagi pening kapla...

Syukur dapat bertahan, sebab... kucing nieh menghilangkan rasa stress. Walau macam mana kita letih dan stress tapi dengan diaorang kita dapat hadapi semua benda tue. Walaupun diaorang buat sepah, kadang2x tue muntah rata2x... haaa.. yang nieh saper bela in door tahulah kan... aper ragam2x si anak bulus nieh... kadang2x tue boleh tahan sakit jiwa... tapi itu tak menjejaskan kasih sayang kiter kat diaorang...

Diaorang lah penghibur hati nan lara... Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan itu...

Mesti sekarang Kechik tengah ngeow2x mintak makan, sebab dier kuat makan... dier tak makan biskut... dier makan semua wet food jer... tapi hari nieh dier kena puasa, sebab esok dier nak kena operate... sekali lagi mengalir air mata... terasa diri ini tak berhati & berperasaan sebab buat macam nieh kat dier... Kalau tak operate, akan memudaratkan GB & dier... sekali lagi rasa perasaan sedih tue tak terkata...

Ini Janji GB pada diri sendiri, ini yang pertama & ini yang terakhir untuk pelihara kucing in door. Tak akan ada lagi kucing in door selepas Cik Tam, Peyang & Kechik.

Untuk si peyang, hati ni nak je lepaskan kat kampung supaya dier hidup bebas sana sini macam si Jahat & si Bab... tapi dek kerana akak sayangkan peyang, tak sampai hati nak hantar Peyang balik kampung... Abah pulak memang berkenankan si Peyang sebab katanya pangkal ekor Peyang besar... jarang kucing ada macam nieh... (dalam hati berkata2x elllehhh tue mesti sebab Peyang nie besor... ekekeke...) Peyang Grandma yang enshem...

Mood melayang2x kepala ingat kat Kechik... tak pernah tinggalkan dier... kalau balik kampung... habis semua kena angkut balik kampung...

Saat paling genting adalah esok malam... a.k.a selepas Kechik di operate esok... lagi lah risaunya hati... risau macam manalah dier dalam cage tue nanti... kalau kat rumah pasti akan ada standby tempat yang selesa untuk dier... makan, minum, jamban semua akan terjaga...

Sekali lagi semua benda nie bermain dalam kotak fikiran... dulu Cik Tam... haizzz...

Haiiizzz... biler dah terlebih penyayang... makan diri...





Ahad, 27 Oktober 2013

Lagi Mengenai Kechik


Entah kenapa, asyik2x kecik jer yang selalu di timpa masalah. Hmmm... dah la paling comel & manja. Dulu masa kecik2x pernah terjatuh dari pegangan GB... terseliuh kejap kaki dier, terjengkot2x. Sekali lagi tak tahu kenapa, tahu2x jer dier tak boleh berjalan dengan kaki belakang dier.

Kaki terjengkot2x baik dah. Tak sampai dua minggu pulih. Hari2x GB sapu minyak gamat. Hmmm... yang pasal tak boleh berjalan tue pulak, kata doktor sebab saraf kat tulang belakang dia ada problem. Dekat 2 bulan jaga dier. Akhirnya sembuh seperti sediakala. Aktif... ligat...

Hmmm... kali nie... lain pulak ceritanya...

Pagi tadi masa sebelum nak pergi kerja, dukung achik dari depan ke bilik utama... dier duduk senyap jer sandar kat dada... lepas dah letak dia dalam kotak, tengok kat lantai ada air macam darah cair... amek kain & lap sambil keluar ayat pertanyaan kat kakak, weih... darah ker nieh??? saper punya darah??? perghhh... sedap jer kakak jawap... "aku tengok semalam pun ada... ingat darah period kamu..." -.- adoi la hai...

Sambung balik... ish... apsal pulak darah period aku menitik2x merata2x pulak... ishhh... bontot saper yang berdarah nie... sambil mencari tisu untuk buat testing lap bontot kucing. Tangkap & pegang kechik... hmmm... sah datangnya dari kechik... 

Hmmm.. tak tau nak buat apa... nak bawak pergi vet ke.. tunggu dulu... sebab buat search dalam internet, ada yang kata nanti kucing tue akan beranakkan jugak baby yang mati tue... ada yang kata takut baby mereput dalam perut ibu kucing... nanti ibu kucing  mati kena serangan kuman...

Hmmm... hari tue nak operate kechik utk buang rahim... tapi doktor kata tak cukup berat lagi... tak cukup 2 kg... alih2x sampai la GB rasa kechik dah tepeknent... tunggu punya tunggu nak dapat berat 2 kg... alih2x... benda lain pulak jadi...

BUNTU...


*** macam2x dugaan pelihara kucing...







Jumaat, 25 Oktober 2013

Menu GB Diet Untuk Turunkan Berat - Oct 2013


Setelah 1 tahun tak jaga pemakanan... tak jaga aktiviti... melayan jiwa... akhirnya...

"GB IS GAINING WEIGHT"

16/10/2012 ~ 72.5kg
19/10/2013 ~ 82.8kg

berat sebelum start balik jaga makan... dah 86.4kg... pagi semalam timbang 81.9kg... 

dah start balik perangai hari2x naik penimbang badan... ^_^

Lain2x menu yang masih di ambil dalam Bulan Oct 2013... goreng pisang nangka (feveret tak boleh kata apa dah), biskut (back up untuk malam2x @ petang), coklat @ icecream (time bulan mengambang pasti 2 bar dark choc habis), mcd @ kfc (haaa.. nie lagi 1 yg tak dpt nak elak... bila hari yang melibatkan ambek @ hantar adik GB)... dan dan dan... nasi kerabu... 

Antara kenapa suka makan yang masak sendiri bila diet... sebab dapat makan sayur yang GB suka... haizzz... kalau kat kedai selalunya tak banyak pilihan... lepas tue mahal... huahuahua...

ayam + sawi bunga + sayur campur (jagung/carrot/peas)

ayam + kacang panjang + terung hijau

ayam + sosej + kacang panjang + sayur campur ( carrot/jagung/peas)

 telur + salad (nampak mcm sikit kan tp dah mentekedarah kat restoran thai waktu lunch)

bebola daging + salad + peas + carrot + tomato (tukar peas... lemak manisss...)


roti massimo + telur + carrot + kobis + peas...


bebola daging + telur + carrot + peas + tomato


bebola daging + cili solok + tomato + carrot + peas + telur


bebola daging + kobis + peas + telur 
(masak sebab.. hari tu makan kat restoran thai, sedap pulak kobis masak kari....)


bebola daging + salad


bebola daging + tomato + tauhu + peas + telur


ayam + bayam (balik dari pasar, penat, lepas selesai kerja kukus ayam, makan je lah ayam kukus dogol nieh dengan sayur bayam rebus dengan bawang putih)


ayam + bebola ikan + carrot + tomato


telur + sosej + carrot + tomato + baby kobis (lamanya tak makan telur campur daun kunyit... rindunya kat mak kat kampung... sob sob sob...)

Setakat nie penurunan 3.6kg... kalau di kira dari berat 86.4 - 82.8 = 3.6kg... tak sampai sebulan lagi... start masak sendiri semula 9/10/2013 (selasa)...


Senam??? semua semput... macam mana nak buat breathless body workout macam nieh entah... kena 2 round warm up dier pun dah rasa macam apa dah... apa yang dapat dikatakan... stamina tak ada langsung... alih2x baru buat 2 hari punya workout tergeliat2x, terus perut kejang 2 hari... adesss... >_<

Nampaknya kena slow2x start dari awal balik semula...


Rabu, 23 Oktober 2013

Doakan Yang Terbaik Sesama Kita


Sama2x doakan yang terbaik untuk kita semua...


Kerana Penggosok Tumit... Betis Binasa


Dek kerana syiok pulak garu guna penggosok tumit kaki.
dan... dan... dan... selepas itu sapu Nixoderm.

leganya... tido dengan lena jer malam tadi... ^_^

haaa... dier punya effect... terbaik lah....
hari nieh... merah betis... pedihhh...

sila jangan gosok penggosok tumit yang besi tue di tempat2x lain selain dari tumit kaki jer!!!
ada faham!!!

pelik... kenapa bila time diet jer... mesti kulit jadi kering kontang... terutama part betis... hmmm... padahal makan sayur bukan mainlah banyak...

nak kata kurang air, air dah terlebih2x sampai pergi toilet 5-6 kali 1 hari...

mungkin kurang makan buah-buahan kot...

kalau pergi doktor lagi, mesti dia cakap serangan kulat lagi... adesss... (-.-)'


Selasa, 22 Oktober 2013

Rebus Telur Guna Microwave


(-.-)'
Baik jangan buat!!!
Tak sedap!!! Nak makan pun takut!!!


24/10/2013 update

baru nak upload ropa telur rebos dengan menggunakan microwave... ada ker orang rebos sedap? GB salah cara rebos kah???

kalau tengok kat bahagian putih tue, ada warna merah2x... lepas tue berair2x jer telur nieh... jari jemari gatal... mula2x pecahkan sebiji... rasa sikit... tak lalu nak telan... lalu pecahkan tiga2x telur... eeeee... shamer jer... hilang terus selera makan...




Khamis, 17 Oktober 2013

Tertinggal Techik Kat Luar


Shian techik grandma NN... tak sengaja lar... wahaha... 

Entah bila dier menyelinap keluar entah... patutlah si eyang duduk depan pintu rumah sambil ngendap bawah pintu. Masa nie tak suspek apa2x... ingatkan ada budak2x main kat depan rumah.

Lepas hilang penat, mandi jap. Lepas mandi, bunyi ngeow kucing kuat la pulak di tambah eyang pulak nyahut ngeow2x tue. Erhhh... pelik lak pulak. Grandma NN pun ngeow2x jugak. Erkkk... kucing tue makin bising lak pulak...

Tetiba perasan akan sesuatu, tak nampak techik pun dari balik rumah tadi. Ehhh mana dier... terus jerit... achik!!!!!!! 


Achik ngeow kuat dari luar nyahut... sambil ada bunyik2x kat pintu. adesss... sepantas kilat grandma NN pakai baju siap semua nak bukak pintu cepat2x...


Alololololo... shian achik grandma... melekat kat pagar plastik kat pintu grill ekekeekeee... pintu terbukak luas... terus dier loncat meluru ke dalam rumah... ketakutan...

Anak2x jiran dgn mak nyer sekali dok gelak2x tengok aku dengan achik... aku senyum jer lah kan.... adesss... tertinggal cucu sekor kat luar rumah... tak perasan biler dier terlepas masa bukak pintu balik kerja tadi...

Ada setengah jam lebih kot dier kat luar rumah, kembang2x bulu ketakutan. Nasib tak tetencing2x. Apa lak agaknya dugaan dier kat luar masa setengah jam tue... keh3x sebabnya... anak jiran tue suka kan achik... mecti achik kena kejor... wahahaha sampai terselit kat pagar plastik...



Rabu, 16 Oktober 2013

Kes Langgar Anak Meningkat



Sedar tak sedar, kes langgar anak makin meningkat.

Hmmm... teringat pulak zaman dulu2x. Dah balik rumah a.k.a dah sampai rumah, mak bercerita dengan penuh sebak. Adik kamu dah sampai kat tengah jalan raya, nasib baik ada orang tangkap dan hantar balik rumah.

GB naik motor ikut abah pergi kedai sekejap kot dulu tue kot. Tak sedar langsung di ekori adik dari belakang. Orang yang tangkap adik tue kata, adik berlari sambil menjerit2x nak ikot.

Hmmm... tue kunci pintu dari luar tue, tapi kunci tue boleh bukak bila digoyang-goyang banyak kali. Tak sangka budak yang berumur bawah 5 tahun boleh goyangkan pintu tue supaya kunci tue terbukak.

Inikan pula sememangnya pintu tak bertutup. Memang senanglah budak2x keluar rumah ikut mak/abah/kakak/abang/adik dia tanpa disedari. Bahaya... budak2x sekarang nieh pandai sangat2x.

Kena berjaga2x tak kira kat mana pun. Diaorang budak2x nieh langsung tak boleh fikir baik & buruk, tapi pandai macam mana nak buat sesuatu apa yang dia nak buat... ( -.- )'


Jumaat, 11 Oktober 2013

Hampir Kemalangan


Semalam petang hujan lebatnya. Plan nak amek adek berubah masa. Jadi lambat sikit keluar dari office. Lebat sangat2x jadi malas nak gerak. Mesti jam mcm jam.

Perjalanan dimulakan dengan merangkak2x... gilerlah jam. Sesampai di persimpangan yang dimaksudkan, mulalah berhati2x memandu sambil mencari jalan. Hmmm... gelap... lain kali kalau nak test jalan, sila lakukan di siang hari.

Tersalah jalan jugak, walau location map kat tangan. Haizzz... termasuk kawasan perumahan mana pulak entah. Pusing balik, wahaahaa... bila dah pusig... errr... mana satu simpang tadi. tiga2x nampak sama jer... yg mana satu nieh... main masuk jer, nasib betul balik semula kat jalan memula.

Jalan ke depan-depan.... wahhh... gelap gulita jer... betul ker jalan nieh... sambil tangan dah start tekan2x cari no tel member office... haaa... seb baik dah jumpa balik signage Puncak Alam... selamat.

Perjalanan balik ikot jalan biasa lalu jer. Jalan test tadi gelap sikit walau ramai jer orang lalu. Dalam perjalanan balik tue yang hampir langgar divider tgh2x jalan tue... adoiii... naseblah adek amek tindakan pantas pulas steering ke kiri. Nasib jugak tak ada kereta kat belakang... Haaa... kalaulah langgar benda tue... mau terbalik melambong kereta. Nasiblah dia bawak kurang dari 60km/jam. Kalau GB yang bawak mesti terus jer masuk simpang kat traffic light tue. -.-



Orang kata malang tak berbau...

Naseb tak jadi apa2x.

p/s:
Berhati2x semasa memandu.


Rabu, 9 Oktober 2013

Ayam oh Ayam


Nak beli ayam pun jadi isu... ^_^
Hari Isnin tak boleh beli ayam kat pasar malam (A) !!! Sebab orang yang jual tue selalu buat muka spoil. huhhh... dah la pulak tue, kira sekor2x RM 9 @ RM12... bukan kira timbang. Tau kenapa buat muka spoil? Orang mintak tolong dier buang part kepak sikit, tengkuk sikit, kaki sikit, montot sikit. Tue pun nak buat muka spoil. Tue buat muka macam tue, nak suruh orang buat sendiri kat rumah la tue. Hmmm... habis tue pisau tajam a.k.a candong dier tue nak buat apa entah ??? (-.-)'

Jadi pilihan untuk beli ayam adalah kat pasar malam (B) !!! jauh sikit la... tapi apa pun tempat feveret beli ayam & sayur pun memang kat pasar malam (B) tue. Tempat jual ayam tue pun tak kisah pun potong ayam macam mana pun. Senyum jer slalu. Baru la semangat nak masak macam nieh. Kalau beli mesti 2 ekor. Sekor buang kulit & potong kecik2x macam nak masak tom yam. Sekor potong buang hujung kepak, potong montot sikit, potong kaki & potong tengkuk macam nak buat panggang. Balik rumah barulah senang... basuh bersih2x dan boleh masak dah.

Hari nie... hari pertama menggunakan microwave baru... wahaha... gelak jahat... shiap bawak pinggan clayton dari rumah... tunggu masa nak p shopping pinggan... past tue claim... ngeh3x...

Fikiran orang kita tak boleh nak usik. Orang akan cakap, apasal susah sangat nak diet ??? Beli je lah yang dah siap masak, kalau susah sangat nak masak. Sendiri fikir lah. Beli tak sama dengan yang masak sendiri. Harga tak berpatutan dengan apa yang kita dapat.


***
kadang2x benda yang kecil pun boleh mematahkan semangat seseorang... bayangkan... yang ini campur yang itu... campur lagi sana sinun... boleh berat kepala sebelah...

***
time nak mula start diet nieh lah banyak betul dogaan... kakak!!! kakak mau minum ka??? adoi mak aiii... godaan... godaan...

***
asyik ayam jer? ikan & daging bila nak makan???




Isnin, 7 Oktober 2013

Doxycycline!!!


Sakit hati tengok entry orang lain bila boleh makan Doxycline untuk menyahkan jerawat!!!

Tension!!!

Kiter tak boleh makan apa yang ada Doxycyline!!!

Kiter alah dengan Doxycyline!!!

Huaaawaaa...

Nyampah betul!!!



Nixoderm


Wahaha... gelak dulu... punyalah beriya sangat nak beli Nixoderm nieh.

Ha... sekali beli... lepas tue balik... excited bukan kemain lagi... bukak jer penutup... terus cium... sekali bau belerang daaa...

Hmmm... produk yang guna belerang sememangnya akan mematikan kulit... gulppp... teragak2x jugak nak sapu kat jerawat kat muka nieh...

Jeng3x... try & error...

Nasib badan lah labu..


Nieh yang tertera dalam kertas dalam box nyer erhhh...


Rawatan untuk Ekzema, Jerawat, Ruam

Apabila kulit kemerah-merahan, gatal, melecur, pecah-pecah atau mengelupas, cuci kulit anda perlahan-lahan. Jangan gunakan sabun yang boleh merangsang kulit. Selepas dicuci, sapukan Nixoderm perlahan-lahan dan menyeluruh di semua bahagian kulit yang dijangkiti.


Kaedah Rawatan

Lakukannya dua kali sehari, pagi dan malam. Rawatan ini perlu diteruskan selama tujuh hari. Kemudian dihentikan selama tiga hari lalu disambung semula selama tujuh hari berikutnya. Teruskan kaedah rawatan ini sehingga kulit pulih sepenuhnya. Jika masih tidak berkesan, silalah jumpa doktor.


Rawatan untuk Gatal Kaki

Gatal, pecah-pecah, mengelupas dan sisik pada kaki, dan celah-celah jari biasanya disebabkan oleh kuman atau parasit yang hidup di bahagian dalam kulit. Masalah seperti ini sukar dirawat dan biasanya memerlukan rawatan yang berpanjangan. Selepas rawatan, kuman yang hidup dibahagian dalam kulit kaki biasanya berselindung di situ. Jadi sekalipun ia kelihatan sembuh, ia akan merebak semula. Oleh itu, anda perlu meneruskan rawatan sehingga dua atau tiga minggu selepas kulit kelihatan pulih.

merendam kaki selama beberappa minit dua kali sehari pagi dan malam boleh membantu. Gunakan sebesen air suam yang dicampur dua sudu besar garam halus dan 1/2 sudu besar soda penaik. Kemudian keringkan kaki dan sapukan Nixoderm.


Rawatan untuk Kurap

Kurap biasanya disebabkan oleh kulat yang hidup di bawah permukaan kulit. Ia dapat dikesan melalui tompok2x merah yang bulat pada kulit.

Untuk merawatnya sapukan Nixoderm.


Lain2x kegunaan

Diet amat penting untuk kesihatan kulit, sayurran segar dan diet rendah lemak dapat menghindarkan masalah kulit. Jika anda masih mengalami masalah kulit, Nixoderm pasti dapat melegakan. Bagi kulit sensitif, sapuan pertama dengan Nixoderm mungkin memedihkan. Untuk mengelakkannya, sapukan selapis jeli petroleum sebelum disapu dengan Nixoderm. Ulangi kaedah yang sama jika perlu.



^_^  ~SENGAL~
dalam hati kang ada jugak aku tempek belerang + minyak gas kat muka...
wahaha gerenti putih melepak...

(BAHAYA UNTUK KESIHATAN OK!!!) (AKAN MENYEBABKAN KULIT TERBAKAR A.K.A PEDIH) (KALAU TAK PERCAYA SILA LETAK TRY KAT PELIPAT ANTARA SIKU DENGAN LENGAN TUE!!!)



Stop Pakai Melashine Cream & Retin A


Up-Date 7-10-2013

Mula2x stop pakai melashine sebab nak test pakai Retin A. Rasanya dekat lebih 3 bulan stop pakai Melashine Cream.

Yang boleh diperkatakan mengenai Melashine Cream. Memang berkesan untuk menampakkan kulit putih berseri. Ta...pi... bila tak pakai kulit muka jadi normal balik macam asal. Jeragat tak nampak pengurangan. Kesan parut jerawat mula2x nampak macam ada perubahan. Tapi tak jugak hilang. Hmmm... mungkin ada salah silap dengan tata cara penjagaan kulit kot. 

Lepas tue pakai pulak Retin A. Apa yang boleh disimpulkan. Retin A memang buat kulit muka GB mengelupas dan memang kulit akan nampak putih. Pengurangan tompok jerawat. Entah... macam mana nak nampak... rasa macam sama jer... sebab??? sebab jerawat naik jer kerjanya non stop. Lepas yang nie mati... yang nie pulak tumbuh... lepas tue mati... lepas tu muncul... adesss...

Hmmm... at last... stop guna melashine & retin a... lepas tue... sebulan tanpa penggunaan produk apa2x. Hanya guna pencuci muka, kadang2x ever-soft kadang2x safi. Hmmm... naik jerawat banyak kat bawah pipi (besar2x)... yang jerawat halus tak usah katalah... lepas tue muka kusam balik...

Garden of Eden
Foundation Cream SPF dier, GB masih pakai seperti biasa. wajib pakai untuk elakkan pancaran matahari direct makan kulit. (,")

Dalam kepala... bilalah nak jumpa produk yang bersesuaian dengan kulit ini.




Sabtu, 5 Oktober 2013

Jimat Kos - Litter Box Kucing


Rasanya ramai kot yang dah guna pakai idea nieh.

Ini edisi untuk menjimatkan kos. Pada tuan punya yang jaga cat in door. Bolehlah try guna surat khabar pulak. Jenuh jugak kalau dah bela anak kucing ramai2x nieh... wahahaha...

Uishhh... tencing... kalahkan air tencing manusia... wabbbittt wabbbittt...







Haaa... dah... siap... kebiasaannya... pagi2x... cik tam & kecik jadi tukang rasmi... pantang bila box baru lepas cuci... laju jer diaorang nak cheng!!!