Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Rabu, 28 Disember 2016

Penting Bila Diet - Nutrien


Jangan diet sebarangan. Ambil tahu dulu nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.

Contoh Nutrisi yang diperlukan dalam diet kalori range 2000 boleh refer dari page nie. Setiap orang adalah berbeza kiraan dia ikut tinggi umur berat dan jantina. Anggaran Nutrisi Per Day Bila tahu apa yang perlu baru boleh kira anggaran apa dalam makanan yang kita makan.

Contoh:- Greek Yogurt

1 tablespoon yogurt 13.31gram
Link refer :- measure yogurt converter

Contoh ambil Greek Yogurt sebagai snack bersama fresh fruits. 
3 table spoon.
13.31 x 3 = 39.93 gram. 

Carbo contoh yang biasa orang elak makan masa diet atau kurangkan supaya cepat proses penurunan berat badan. Part nie kena refer kandungan nutrisi kat label bekas Greek Yogurt pulak.

100g Greek Yogurt = 10.5g Carbo
1g = 0.105g

Dah makan 
3tblsp = 39.93g
39.93 x 0.105 = 4.19265 Carbo 

Dalam link 1st tadi nilai Carbo per day 300gm. Jangan suka sangat tengok eee.. banyak lagi boleh makan Carbo.

Ini baru kiraan Greek Yogurt belum buah yang dicampur masa makan. 

Belum kira BF, Lunch, Dinner & Snack dll.

>_<

Label Nutrisi Greek Yogurt



*** Selain tengok Nilai Carbo jangan lupa kandungan lemak dan garam, penting nie. Garam dan lemak paling penting sbb glemer penyakit darah tinggi & kolestrol tinggi sekarang nie. 





Selasa, 27 Disember 2016

Apple with Greek Yogurt


Bahan-Bahan:-

3 tblspn Greek Yogurt
1/4 Red Apple
2 Strawberries & Slices for topping

Cara-Cara:-
Mix Greek Yogurt dengan Apple
Letak dlm glass @ bowl
Topping dengan Strawberries 

Freeze dalam peti beku waktu petang @ malam dan esok boleh bawak pergi office untuk snack 10.00am.






Anggaran Kalori Boleh Survey dekat sini Calories King





*** Buah-buahan tue u can change with your favourite fruits.
*** Resepi & Rupa tak la glamour, bukan glamour di cari, sharing menu untuk sesiapa yang berdiet.
*** Boleh refer link nie Kebaikan Greek Yogurt. Benefits of Greek Yogurt



Isnin, 26 Disember 2016

Frozen Red Chillies and Red Onions


Haaa.. stok banyak tak habis guna minggu lepas. Takut busuk habis, sayang... Dengan tahap kerajinan yang sikit hari krimas pagi tadi... terpaksalah menghiris2x bawang merah & cili merah tue.

Secara tak langsung memudahkan kerja2x memasak. Kalau diet masak sendiri senang control makanan.






Ahad, 25 Disember 2016

Sup Ayam / Chicken Soup for Baby


Jom buat stok chicken soup untuk baby 8 bulan ke atas... senang je tulang-tulang lebih dari penggunaan ayam yang buat makanan baby jangan dibazirkan. Simpan sikit-sikit dah banyak sikit masuk periuk buat sup ayam, masa makan porridge aka nasi lembik boleh suap sup sekali.

Dah nama nak bagi baby makan so tak perlu menggoreng aka menumis awas-awas. Semua awas-awas just rebus je, yang berdiet pun boleh tumpang sekaki makan sekali.

Bahan-bahan:-
Halia sebesar ibu jari 2 hiris nipis
Serai 2 dititik
Bawang merah yg kecik
  @ shallot 2 biji di belah 4
Bawang Putih 3 ulas just ketuk pecah je
Tulang-tulang ayam & Isi
Sup bunjut
Lada Hitam
Garam
Gula
Air asam jawa
Air 1 jug

GB tak masukkan yang bawah ni X ada stok
Kentang
Carrot
Kacang tumbuk
Lengkuas
Daun sup

Cara-cara:-
Masukkan 1 jug air 1.5 litre air
Masukkan semua awas-awas biar mendidih dulu, bila naik bau baru masukkan tulang dan isi ayam. Kalau masak campur kentang dan carrot, masukkan bersama-sama dengan awas-awas supaya kentang lembut dan keluarkan rasa lemak-lemak kat sup nanti.


Dah siap tapiskan sup dan boleh bekukan dalam ice cube tray. Senang bila nak makan nanti. Macam gambar dibawah ni.


Bila dah sejuk beku pindahkan dalam bag plastik berzip.



Bila nak guna ambil beberapa cube yang diperlukan dan panaskan. GB just masukan dalam mangkuk kaca dan rendam mangkuk kaca tu dalam bekas lain yang di isi air panas. Macam gambar di bawah ni. Kacau-kacau tak sampai seminit dah cair dah 1 cube chicken soup. 




Hari nie baby makan laju sebab hari nie dia dapat makan porridge dengan telur rebus dan sup ayam. Kenyang lama sikit sebab ada telur rebus.

Nak buat chicken porridge for baby???
Resepi???

Terus letak link susah sikit update guna HP.



Selasa, 20 Disember 2016

Re-stok Bawang Putih


Hari Ahad sememangnya hari yang memenatkan. Hari tu la nak mengemas, membasuh dan sebagainya.

Stok bawang putih bakar dah habis, so kali nie buat stok lebih sikit. 1 botol isi yang bawang putih bakar dan 1 lagi just blend bawang putih bersama minyak masak simpan dalam bag plastic zip.

Pada yang nak buat stok macam nie, kuantiti minyak yang diperlukan tue tak perlu banyak sikit je asal boleh putarkan blender. Bila masuk peti ais memang lambat beku, keluar dari peti ais cepat je dier cair. Kondisi macam ice cream.

Hasil dari bekukan dalam ice cube boleh tengok gambar di bawah. Bila dah keras keluarkan dari acuan dan potong mengikut kuantiti saiz yang kia selalu guna masa memasak.





Senang kerja memasak.

Selamat mencuba !!!



*** Info:- tak perlu masukkan air.
*** Roasted Garlic @ Bawang Putih Bakar



Ahad, 18 Disember 2016

Serbuk Lada Hitam & Serbuk Lada Putih Homemade

17/12/2016

Hari Sabtu siapkan bahan2x supaya senang nak memasak nanti.

Akhirnya siap juga honemade serbuk lada hitam dan serbuk lada putih GB. Kebiasaan bila nak guna baru tumbuk, walaupun ada pengisar kecik yang pusing2x dengan tangan tue (tak fresh) lada senang berbau lain macam.

Mak GB kalau memasak haaa.. santan beku, cili beku, durian beku, kacang hijau beku, habis dibekukan semua supaya tahan lama dan senang nak memasak nanti. Dah siap awas2x simpan dalam peti ais.

Nak senang kerja beli je yang dah siap jadi serbuk. Untuk GB hmmm tak best la serbuk lada yang dah siap halus tue. Tak kawww... sebab tak kaw makanya setiap kali nak guna serbuk lada hitam setiap kali tu la tumbuk. Dan dengan itu terpaksa merajinkan diri buat Homemade   Serbuk Lada Hitam & Serbuk Lada Putih.

Lada Hitam




Lada Putih








Sabtu, 17 Disember 2016

Pati Limau Kasturi Homemade

17/12/2016

Jom buat Pati Limau Kasturi pulak jom. Hahaha nie gara2x GB kemaruk baru nak blaja buat sos cili nasi ayam tue... 1st time buat jadi rasa tue ada... tapi tengah dok nak try macam mana nak buat rasa. halia tue jadi sedap.

OK bila buat pati limau make sure tapis buang biji.  Nak bagi rasa lemak2x campur garam sikit. Macam biasa bila dah siap masuk peti beku. Guna bekas ice cube, nanti dah freeze transfer dalam zip plastic bag.







Selasa, 13 Disember 2016

KENAPA AKU DIUJI?



***masih tersimpan rapi apa yang seorang tenaga pengajar edarkan kepada GB.

Sabtu, 10 Disember 2016

Demam Campak Halus


Lama gambar yang satu nie tersimpan dalam draft.....

Pernah alami demam campak halus masa dewasa??? Tahu macam mana rasa dia tak??? Meh nak cerita sikit ... rasa dia rasa tak pasti, tak pasti sakit apa nie???

Bila malam terasa sejuk nak demam, tapi badan terasa pedih panas kulit... rasa yang membuat kita rasa terbakar dan asyik rasa nak mandi. Kalau tak mandi terpaksa spray air kat kaki dan lengan... kalau tak spray air kena berselimutkan tuala basah.Yang nie rasa badan kat kuat dekat betis dan tangan...

Tambah pulak bila malam jer terasa pening kepala... kalau demam biasa pening biasa je rasa tapi bila demam campak halus pening dia lain macam rasa berpusing rasa. 

Badan pulak bila malam bila dah rasa seram sejuk memang rasa sendi semua sakit2x tak lalu je rasa badan rasa nak mengeram jer atas katil ke atas sofa ke atas lantai. Tiada perasaan nak buat apa2x kerja pun selain dari nak baring dan mengeram.

Bila siang rasa semua tu hilang tapi badan rasa lemau muka sembab gelap gulita. Tangan kaki muka kepala badan semua naik bintik2x halus macam ruam. Bila buat kerja yang cepat dan laju kepala cepat jadi pening dan pusing2x. 

Bila pergi klinik swasta Doktor sukat suhu katanya  tak demam nadi je tinggi.

15/4/2016 MC HBP naik klinik swasta...
20/4/2016 MC HBP  naik klinik swasta...

05/05/2016 MC HBP naik klinik swasta

06/05/2016 EL kepala dan badan sakit2x tapi tak g klinik
07/05/2016 EL kepala dan badan sakit2x tapi tak g klinik


09/5/2016 - 14/5/2016 MC
Hospital Serdang 12 jam jugak la duduk situ dari malam ke pagi... aka setengah hari masuk air. selebihnya terlantar kat rumah, tak dapat detect demam dengue ke apa. Yang dapat detect kurang air dalam badan. HBP tak turun2x walau dalam pantauan makan panadol untuk turunkan HBP. Last2x Doktor suruh balik bila air dalam badan dah ok. Tapi suhu badan turun takat 37.9 je. Nanti follow up dekat klinik kesihatan yang berdekatan untuk test dengue lagi.

11/5/2016 ke klinik kesihatan test dengue.. tetap tak de apa2x... masa pergi test nie bahagian kulit tengkuk belakang telinga mengelupas kulit... kulit kering mati tertanggal2x. Doktor pun confuse. Hmmm... masih sama katanya demam virus... 

Tapi masa nie dah dapat tahu dah demam campak halus. Makcik2x yang bagi tahu lepas diaorang tengok bintik2x tue katanya nie demam campak nie.

Segala pantang larang kena ikut.
1. Tak boleh kena hujan
2. Tak boleh ada orang menggoreng/menumis dalam rumah.
3. Tak boleh makan tumbuhan yang menjalar - labu, tembikai nanti bila ingat GB update 
4. Tak boleh makan ayam & seafood katanya takut menggatal kulit.


Segala dalam gambar tue haaa... 
Ubat dari klinik kesihatan
Renew tu kawan office bagi
Skin MD klinik swasta (best yang  nie)
Botol hitam klinik swasta
Pinetarsol beli kat Caring
Calamine losyen beli dekat

Siap buat test darah apa entah kat klinik swasta. Amount RM 300 lebih jugak lah. Punya la risau. Nasib baik tak de apa2x.

Alhamdullillah dua minggu lepas tue semua baik. Kulit muka 3 kali mengelupas. Badan bintik2x lama2x hilang dan surut. Parut ada la jugak halus bintik2x. Paling teruk muka sebab bintik bukan sikit... menyeluruh!!!!! muka jadi gelap... huhuhu...



Roasted Garlic @ Bawang Putih Bakar

Jom buat Roasted Garlic banyak2!!!

Senang nak simpan lama boleh tahan dan mempercepatkan masa memasak.


Senang je ^_^

Peel Garlic, mix with olive oil and put in the oven and bake about 30-45 minutes. Preheat oven 200 degree. After bake about 30 minutes, down the heat to 150 degree and bake till it soft and brown. 


DONE !!!

Hasilnya....




Storage kena kedap udara baru fresh. Buat banyak nie dapat stok untuk seminggu sahaja 2 orang makan. GB buat 3 labu bawang putih masa nie.

Ramai yang tak suka rasa bawang putih tapi GB suka bila ada rasa lemak2x dia tue bila kena cara masaknya sedaplah rasa bawang putih tue, bila tak kena memang rasa bawang putih lah !!!



Recycle botol mayonnaise untuk simpan Roasted Garlic. Pastikan tutupnya dari plastik bukan besi, sebabnya besi cepat karat.

Bila nak memasak amek je masuk kuali ke sapu terus atas roti ke. Lenyek je sebab dah lembut dan rasanya lemak berkrim...





Jumaat, 9 Disember 2016

How to freeze Ginger @ Pati Halia Frozen

Macam mana nak bagi halia tahan lama ??? Entah???

Cara dia bekukan halia tue.

Jom Freeze Ginger!!! Step by Step.

1. Peel it and grounded/grind/grated.

2. Mix with water / without.

3. Freeze untill solid and transfer to air tight container or zip bag plastic.

DONE !!!








Bila nak masak just grab it mudah kan. Nak masuk masa masak sambal ke nak buat teh halia ke... senang dan tahan lama... kejap je boleh habis bagi yang memang selalu masak, sesuai bagi wanita2 yang tidak punya banyak waktu aka wanita bekerja...


😍😍😍