Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Isnin, 28 November 2016

Duit tak keluar dari ATM tapi tolak baki

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Pengalaman tukar ATM card baru RHB, dah lebih 10 tahun guna, kalau tak kerana arahan dari bank suruh tukar kad sebelum 2017, tak kuasa nak tukar kad baru... sebab???

Asyik baca post orang, tukar je kad baru ade je masalah timbul macam macam cerita ada.

Masalah tak terlepas dari melanda GB baru je tukar kad minggu lepas. Hari Jumaat 18/11/2016 dgn berat hati 2nd time nak guna card... 1st guna tukar password & semak baki je... tu hari tukar card baru tu la... tak keluar duit pun... 2nd guna errror... slip keluar card keluar duit tak keluar... dalam hati sakitnya jiwa... baru nak shopping... dengan hati yg membara apa pun tak jadi... tak de mood cuci mata... 

try kat ATM sebelah huhuhu tak mahu jugak, kemudian semak baki... baki tak mencukupi... tutttt.... dalam perjalanan nak try semak guna ATM RHB singgah jap cosway nak collect weight scale yg ditinggalkan seminggu kerana suspect rosak... rasanya tak rosak outlet tu tak tahu kot pasal spec weight scale tu... GB rasa maybe sbb body mass lebih dari maximum tue yang weight scale tu tak boleh baca... aisshhh.... penat makcik...

Jeng Jeng Jeng melangkah ke ATM RHB pulak... huhuhu... sama juga baki tak sepatutnya. terus semak online kot ada terbuat apa2 transaction ke pun entah... bila da semak NO ONLINE transaction. Putus asa dah nie...

GB cari adik entah mana sakan dia shopping kat dlm AEON tue... past jumpa cerita kat dia apa yang terjadi... dia dah siap shopping dah... tinggal nak bayorrr huhuhu... sementara dia bayar bil GB ke mesin ATM ambank tu lagi sekali kebetulan situ ada office money changer GB buat muka tak malu. Encik boleh tumpang tanya, perasan tak mesin ATM ni memang ada problem ke hari nie? dia jawap biasala mesin tu selalu macam tue. huhuhu hampa dengar jawapan tue... lain kali tak nak guna mesin yg ada kat situ lagi, itu yang 1st dan itu yg last...

Huawaaa... hari tue call punya call tak berjawap susah benar nak dpt cakap dgn RHB... jadi dengan itu hari Isnin 21/11/2016 la buat report kat RHB by call. No report dah dapat katanya dalam masa 7 hari bekerja... hari Jumaat 25/11/2016 buat follow up.. operator kata Cik kena sabar dalam masa 7 hari bekerja Cik boleh semak. GB tanya 7 hari bekerja maknanya saya kena call semula hari apa ??? dia pun berkira2 utk menjawab dan jawapan dia dalam hari Isnin depan aka hari nie lah 28/11/2016.

Dan 28/11/2016 malam2 gigih semak baki... hummmppp tak de pun???

Gigih malam2 call RHB line 24/7 untuk semak report. Operator inform hari Selasa 22/11/2016 dah hantar report ke Ambank tapi belum ada feedback. GB tanya perlu tak buat report di AMBANK dan dia kata untuk keselamatan duit, perlu buat laporan di AMBANK juga.

Selesai je dengan RHB, terus log call ke AMBANK dan dia tanya la macam2...

Bank apa
No kad Bank
IC No
Jumlah pengeluaran
ID ATM
Tempat pengeluaran
Jam berapa
Ammount pengeluaran

Lepas tu katanya tak ada no report, next nak semak baca no IC je. Masa AMBANK lagi lama 7-14 hari bekerja. Operator nak sedapkan hati GB, sebab Cik dah buat report kat RHB maybe cepat sikit masalah selesai... katanya lah.... Apapun kena tunggu 7-14hari... Nasib la call caj FREE TELEKOM to TELEKOM... call jangan tak call... 

huhuhu... machine dia yang problem kita pulak jadi mangsa menunggu...  past nie memang tak nak guna machine tue... kita bako kita bako je kata cerita awie tue...

Noted: Pesan seorang kawan yang kerja kat bank "ko jangan senyap je... sentiasa follow up dengan bank". OK...  tunggu tau bank GB akan call lagi... kalau lebih dari tempoh... aisshhh GB kena melawat bank terus nieh...

Dari hari kejadian sampai ke hari nie tak guna card baru tue sebab dok menanti bank pulang duit...

aishhhhhhhh..........



UPDATED 21/12/2016

RHB credit balik duit pada hari  Rabu 14/12/2016. Kalau di lihat dari bilangan hari ia mengambil masa yang agak lama lah jugak.

Lamanyaaa... macam menunggu buah tak jatuh2x ke riba... >_<

Akhirnya... Alhamdullillah....




Jumaat, 25 November 2016

Mimpi Rumah Kena Rompak & Mimpi Tembak Orang

Mimpi Rumah Kena Rompak
Mimpi Tembak Orang

mimpi lagi !!!

Kali nie mimpi ngeri, tido dah basuh kaki pun masih mimpi. tak suka bermimpi   sebab kalau mimpi ngeri mesti takut sampai terjaga dari tidur.

Antara yang ingat masa terjaga dari tidur, balik berjalan dari mana tak tahu sbb dlm mimpi tunjuk berhentikan kereta depan rumah. Mata pulak tengok pintu rumah terbuka.

Dalam mimpi ada mak sekali, turun dari kereta GB ngendap ke dalam rumah di ikuti mak kat belakang. Ngendap sbb ada motor tak dikenali parking depan tepi rumah. Kononnya suspect masih ada perompak dalam rumah. Ngendap sampai ke dapur & nampak pintu dapur terbuka dan nampak mcm ada kelibat orang melarikan diri.

Sepantas kilat mak GB berlari ke depan di ikuti GB konon kononnya nak g tangkap perompak. 

Ha... detik cemas dalam mimpi memang rasa cemas gila. Mana tak nya berlaku pergelutan mak & perompak dekat depan luar rumah. GB pulak dalam nak selamatkan emak bergaduh dengan perompak tup2 GB tembak mati perompak. Entah mana dapat pistol entah.

Time nie memang cemas cemas gila. Jantung nak gugur suka2 hati je tembak orang... aduh huh mimpi!!! tapi nie sbb dalam mimpi perompak cuba simbah asid kat emak. Mimpi pun pelik - perompak x dpt simbah kat mak GB dia g simbah kat kereta GB. adesss...

Hmmm.. ending dia perompak mati... barang yg dia curi duit la.. hp la... selalu mimpi suspen mesti terjaga sebelum dpt ending, kali ni dapat pulak habis mimpinya.

ok biasalah bila mimpi pelik2 mesti GB suka cari kat internet bagi maksud mimpi tersebut, walaupun mimpi itu mainan tidur.




Dia punya tafsir akan mendapat untung yang besar........ besar punya!!! dua keadaan dalam satu mimpi... 

hahaha teringat mimpi GB masak dua ekor anak harimau dalam periuk kat atas dapur gas... siap kena intai dengan ibu harimau dari pintu bilik air...  keadaan cemas tapi bila terjaga dari tidur rasa kelakar pulak GB sayang dgn kucing tak kan la sampai hati bunuh aka masak baby rimau yg comel tue....

GB jarang mimpi tapi sekali mimpi, suka sangat keluar mimpi pelik2...

Itu je nak cerita

Mimpi Pagi Nie 25/11/2016



Sabtu, 19 November 2016

Halangan

huh... hari nie stress... pagi ok je... balik kerja singgah ioi nak ke cosway untuk tanya weight scale kenapa tak boleh detect body mass.

sampai situ nk keluar duit. guna ambank ATM machine, sekali keluar resit tapi duitnya tak keluar. semak baki dia deduct la pulak. dah la hari sabtu kejadiannya bertambah stress mak nakkk oiiii...

g cosway test la 2 biji scale yg ada kat situ pun sama jugak. wife dia naik timbang tu screen jadi kosong sama jugak tak boleh baca body mass. setting untuk lelaki tak bermasalah nampaknya... bertambah sakit hati. kalau tak sebab nak tengok body mass tak ada kuasa nak beli penimbang kat cosway tu. kalau nak tengok berapa kg je baik beli penimbang biasa je...

maka dengan hati yang stress tinggalkan aja mesin timbang untuk cosway tu check dengan HQ dia sama ada mesin tu ada ke hal apa.