Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216
Memaparkan catatan dengan label Pigmentation. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pigmentation. Papar semua catatan

Isnin, 7 Oktober 2013

Stop Pakai Melashine Cream & Retin A


Up-Date 7-10-2013

Mula2x stop pakai melashine sebab nak test pakai Retin A. Rasanya dekat lebih 3 bulan stop pakai Melashine Cream.

Yang boleh diperkatakan mengenai Melashine Cream. Memang berkesan untuk menampakkan kulit putih berseri. Ta...pi... bila tak pakai kulit muka jadi normal balik macam asal. Jeragat tak nampak pengurangan. Kesan parut jerawat mula2x nampak macam ada perubahan. Tapi tak jugak hilang. Hmmm... mungkin ada salah silap dengan tata cara penjagaan kulit kot. 

Lepas tue pakai pulak Retin A. Apa yang boleh disimpulkan. Retin A memang buat kulit muka GB mengelupas dan memang kulit akan nampak putih. Pengurangan tompok jerawat. Entah... macam mana nak nampak... rasa macam sama jer... sebab??? sebab jerawat naik jer kerjanya non stop. Lepas yang nie mati... yang nie pulak tumbuh... lepas tue mati... lepas tu muncul... adesss...

Hmmm... at last... stop guna melashine & retin a... lepas tue... sebulan tanpa penggunaan produk apa2x. Hanya guna pencuci muka, kadang2x ever-soft kadang2x safi. Hmmm... naik jerawat banyak kat bawah pipi (besar2x)... yang jerawat halus tak usah katalah... lepas tue muka kusam balik...

Garden of Eden
Foundation Cream SPF dier, GB masih pakai seperti biasa. wajib pakai untuk elakkan pancaran matahari direct makan kulit. (,")

Dalam kepala... bilalah nak jumpa produk yang bersesuaian dengan kulit ini.




Selasa, 21 Mei 2013

Masalah Pigmentasi a.k.a Tona Kulit Tak Sekata



     Photo Credit BananaStock/BananaStock/Getty Images

Pigmentation a.k.a masalah kulit tak sekata.

Tapi ramai orang panggil JERAGAT!!! Penerangan detail yang nie sila ke post yang sebelum2x nieh. Jeragat vs Warna Kulit Tak Sekata kat post nie nak cerita pasal warna kulit tak sekata a.k.a pigmentation.

NN sendiri ada masalah kulit, antaranya parut jerawat yang jenis kawah2x tue a.k.a liang roma besar dan masalah tona kulit tak sekata. Boleh refer kat Parut Jerawat & Tona Kulit Tak Sekata keadaan kulit NN. Masalah kulit nie memang dari kecik lagi. Puncanya NN tak tahan dengan GULA. Kalau tak amek gula dalam pemakanan harian, jerawat NN memang kurang tumbuh, tapi bila lebih je pengambilan gula... waaa... macam cendawan tumbuh jerawat naik.

Ramai cakap punca jerawat dari kebersihan. Ye memang salah satu dari segi kebersihan. Tapi kalau kebersihan terjaga. Punca yang lain? kutil jerawat - jerawat merebak, sensitif pada makanan - jerawat  naik, tak sesuai dengan produk penjagaan muka - jerawat naik, perubahan hormon - jerawat pun mulalah naik, period pun faktor, tak cukup nutrisi pun faktor. Haaa... banyak faktor nak jaga kulit.

Berbalik ke Tona Kulit Tak Sekata. Ada yang kata dapat hilangkan @ dapat kurangkan. Kalau kita tengok dalam page search, search & search. Macam2x cara ada, tradisonallah... modenlah... keberkesanan siapa yang dah cuba sahajalah yang tahu.


Cara Tradisional

Lemon Juice, Cocoa Butter & Aloe Vera

Tea Tree Oil, Olive Oil, Eucalyptus Essential Oil, Jojoba Oil, Honey, Apple Cider Vinegar

Lemon Juice, Beta Carotene, Licorice Extract, Onion, Castor Oil



Cara Moden

1~ Laser Treatments dan macam2x lagi lah kat pusat rawatan kecantikan.

2~ Retinoids - Retin A

3~ Professional Microdermabrasion

4~ Chemical Peel - Glycolic Acid / Lactic Acid / TCA (Trichloroacetic) Peel


Macam2x ada... keberkesanan tidak diketahui. 


~~~~~~~~~~

First NN try scrub muka dengan gula... konon2x nak bagi kulit rasa halus lah konon... perghhh... tok sah buat lah weihhh... siapa kulit yang tak tahan memang akan naik jerawat tak hengatlah... NN pakai gula stevia... konon2x organic lah konon... haaa... organic lah sangat naik jerawat besar2x kat pipi... siap ada parut hitam besar2x... adesss... baik la amek beras & goreng & tumbuk & campur dengan pencuci muka... dari guna scrub gula... senget betul percubaan yang nieh...

~~~~~~~~~~
Lepas tue,

Ingat pakai lemon + madu matilah jerawat yang tumbuh disebabkan gula tue... (kan dalam internet selalu kata lemon tue anti bacteria) rupanya tidak lah jugak kot... lepas 3 hari tengok jerawat tak surut... huhuhu.. sapu jugaklah hiruscar... ha... hamek ko... mati da jerawat tue... parut hitam still ada... lepas tue sambung balik lemon + madu...

Setakat nieh NN dah cuba bleaching honey + lemon... hmmm... bleach ke? entah... 1 minggu pakai tak ada kesan bleach pun.... keh keh keh... yo yo o je dalam you tube orang letak before and after bleach... mungkin kena pakai setahun kot... sebab kulit NN sangat bermasalah

Jangan pakai siang hari... nanti kena terik matahari muka jadi merah & panas... kulit nampak glowing jer sikit...

Mask HoneyLemon

~~~~~~~~~

Lepas jer pakai lemon + honey 1 minggu... terus test yang satu lagi cara... tambah serbuk kunyit aka turmeric powder... errr... sila jangan pakai lebih dari masa yang ditetapkan... pedih... tapi NN suka pulak pakai macam nieh... yang nie lagi tak sesuai pakai di siang hari kerana lepas pakai kulit memang akan pedih dan kemerah-merahan di tambah kekuning-kuningan akibat color kunyit tue yea harap maklum.

Yang nie NN suka... sebab terasa dia kurangkan paras minyak kat kulit muka... tapi NN kulit macam kusam... mungkin disebabkan warna kuning kunyit... dan tak lupa jugak dapat keringkan jerawat... tapi tak sepower hiruscar yang dapat matikan jerawat...

Mask HoneyLemonKunyit

~~~~~~~~~~

Asyik pakai yang mask yang panas jer... mask yang sejuk NN try... timun... lalala... timun biasa tak ada stok sebab NN diet makan timun jepun yang baby size tue, nasiblah labu... kakak ku mare... katanya bukan ke orang guna timun biasa.. yang ko guna timun jepun tue apsal lah pulak...

Eleh... same jer aper... sejuk jer... mana taknya... timun dalam peti ais... madu dalam peti ais...

Cara dier... blend semua barang, kemudian amek tisu nipis letakkan kat seluruh muka... basahkan jari dengan extrat timun tadi dan slow2 tepek kat tisu yang ada kat muka tue Tujuan supaya tisu tue dipenuhi dengan extract timun tue dan dapat biarkan kat muka selama 15 minit. Barulah extract timun tue resap dalam kulit.

Sejuk jer bila pakai nie.. nak pulak bila kerja half day... balik tengah hari terasa panas... bila buat mask nieh dan tempek kat muka baring dan rileks kat rumah... sejuk jer muka...

Mask HoneyCucumber

~~~~~~~~~~

Lepas tue test Papaya Mask.... terus jatuh hati... ngeee... yang nie sempoi blend semua bahan, lepas tue sapu terus kat muka. Biar 15 minit kat muka... baring tenangkan minda... lepas tue bilas... lepas tue senyum sampai ke telinga...

Mask HoneyPapayaOat

~~~~~~~~~~

Sambil2x dengan cara tradisional NN jugak test dengan perubatan moden. Ubat sapu ler... apa lagi.. nak g laser mana la mampu... takut pulak tue...

Tengah dalam proses test & error pemakaian cream melashine produk yang mengandungi hydroquinone yang di anggap bahaya yang boleh mengakibatkan kanser kulit.

Tak risau pakai nieh, sebab pernah pakai habis 1 tube.

Tapi cream melashine kandungan hydroquinone nya nieh tak lebih dari yang ditetapkan oleh KKM. Jadi selamat di pakai. Dah selamat pakai 1 minggu. 19/5/2013 masa ngadap cerita TV2 tengah2x malam, sambil tangan gosok2x pipi terasa kulit2x halus ada yang dah start mengelupas... kot kot entah daki ke apa... tak sure kulit mengelupas ke apa, sebab baru lepas cuci muka dengan safi rania.

Yang pasti esoknya kulit memang nampak lain sikit, sikit jer la... putih sikit... wahaha perasan...

Nie rupa cream melashine tue yer. Tahun lepas pakai sebab nak hilangkan parut jerawat yang hitam2x tue... tak sangka pulak produk nie jugak untuk pemulihan pigmentation. Huh.. kalau tau dulu, memang terus continue pakai kat tempat2x yang ada pigmentation.

So... sekarang dalam tempoh percubaan cream nieh pulak.. penat dah NN guna Hiruscar dah... Hiruscar ok... tapi dier lebih kepada penyembuhan kesan jerawat... bukan pigmentation...

Minyak Rosa E, NN stop sementara waktu nie. Nak fokus kat Melashine Cream.

Sila perati Melashine Cream tue, nampak ada pelekat dari klinik ok. ~POISON~ tak sesuai untuk perempuan yang mengandung. OK.

Detail mengenai Melashine Cream click SINI

   MELASHINE CREAM

~~~~~~~~~~

Untuk elakkan masalah pigmentation, setiap hari kena pakai krim pelindung matahari. Di ingatkan mesti pakai untuk lindung kulit daripada matahari, kalau tidak sia-sia jer penjagaan kulit di malam hari tue. (Peringatan untuk diri sendiri jugak nieh)

Pencegahan adalah lebih baik dari merawat. Serius susah merawat !!!

Kalau dulu NN bejemur tak kira masa dan tak kisah pun kena matahari, tapi sekarang memang mengelak dari bejemur. Dah macam iklan cream Garnier dalam TV pulak. Bila matahari naik jer... berlari cari tempat berteduh... huahuahua...

Pemilihan SPF yang bersesuaian boleh refer dekat SINI.

Setelah di teliti dan di amati. NN memilih SPF 30++.
Keluaran Garden of Eden. Satin White Day Cream.

Cream warna putih. Sangat wangi sebab bau dia macam bau limau... nyum nyum nyum... setakat nie tak ada masalah jerawat yang timbul. Kulit jer kadang2x bila terlebih pakai akan nampak macam berminyak2x sikit. Hmmm... lagi tinggi SPF yang kita amek, lagi berminyak muka nanti.

Harap maaf gambar tak clear... malas mo amek gambar smula... >_<

Detail mengenai Day Cream - Garden of Eden click SINI

    DAY CREAM - Garden of Eden

~~~~~~~~~

19/5/2013 ~ Sunday

Hari nie surf pasal 1 cream untuk pigmentation. Dulu aka tahun lepas NN pernah pakai untuk hilangkan parut jerawat. Parut gelap. Memang sangat berkesan. NN amek atas saranan Doktor, jerawat naik banyak gila dan tompok hitam sangat banyak kat bahagian pipi kat rahang tue. NN guna sampai habis cream tue memang hilang kesan hitam tue.

Sekali lagi NN pakai cream nie. Tapi bukan atas saranan Doktor. NN pakai atas dasar diri sendiri nak mencuba. Dah dekat 5 hari pemakaian. Pakai atas sebab nak kurangkan atau hilangkan kesan pigmentation pada kulit muka.

Nama cream yang NN pakai Melashine. Boleh didapati di Klinik tapi tak sure semua Klinik ada atau tak. Di farmasi yang NN cari memang tak ada. Yang ada Melaquin. Tapi dia punyai bahan aktif yang sama. Hydroquinone 4%.

Nak buat post pasal pigmentation nie lah, surf punya surf terjumpa Blog yang memang ada syorkan cream yang ada kandungan Hydroquinone untuk kurangkan atau hilangkan pigmentation. Blog Doktor comel. >_< Boleh baca Blog Doktor tu kat SINI.

Dalam Blog Doktor nie jugak ada penerangan pasal Cream SPF. Kebetulan lagi... memang NN cari cream yang dia explain dalam post Blog dier. Last 2 week kat farmasi cari, tapi tak jumpa pun brand tue. Sebelum NN cari, NN surf dulu dalam google brand apa ok. Tapi tak jumpa brand apa ok, cuma NN jumpa post gambar SPF Parasol tue ok sebab dua dalam satu. Info pasal SPF Parasol tu pun dalam page Indonesia. Cream Parasol boleh di pakai as foundation sebab color dia warna coklat slow. Kotnya kan... ada ker jual kat Malaysia nie pun NN tak tahu. Sebab tak jumpa lagi. Siapa ada jumpa inform NN erhhh... erhhh... erhhh...

Alih2x NN beli Brand Garden of Eden sebab NN kan guna dia punya vitamin E. Dah cari apa yang kita nak tak jumpa. Kenalah cari sesuatu pengganti.

Nie page yang NN maksudkan. Yang dia explain pasal SPF Parasol, bila dah pakai boleh terus tempek bedak. Nah baca kat SINI.

~~~~~~~~~~


21/5/2013 ~ Tuesday

100% NN dah berhenti pakai HoneyLemon & HoneyLemonTurmeric Mask.

Tumpu perhatian 100 % pada penggunaan Melashine Cream.

Pagi sebelum keluar rumah
Day Cream ~ Garden of Eden
Two-Way Foundation ~ Miyami

Balik kerja
Pencuci muka Safi Rania
HoneyPapayaOat Mask.

Sebelum tidur Cream Melashine.


* Pencuci muka pun nak kena tukar, nak test product Garden of Eden.
* Bila NN dah test genap 1 bulan Cream Melashine akan NN update balik post kat Blog.



Ref:-
sila clik link2x kat atas tue. wahahaha... malas mo re-enter kat bawah nieh.





Melashine Cream 4 % Untuk Masalah Pigmentation


AMARAN KERAS
!!! SILA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR SEBELUM MENGGUNAKAN PRODUK INI !!!




Melashine cream nieh boleh didapati di klinik-klinik. Tak tahu ada atau tidak kat semua klinik atau tidak. Setakat nie kat farmasi NN ronda2x tak jumpa lagi yang ada jual Melashine. Sebabnya produk nieh produk yang di control. Dah cari tapi tak dok. Diaorang cakap Melaquin ada lah. OK sama jer. Tapi lain brand. Tapi keberkesanan tak tahulah. Kandungan Hydroquinone dier sama 4%.

Fungsi cream untuk hilangkan bekas jerawat yang hitam tue dan pudarkan pigmentation kat kulit. Setakat nie NN pakai untuk hilangkan parut jerawat yang hitam2x tue, cream nie berkesan. Bab pigmentation no komen sebab baru start tempek kat kawasan2x pigmentation.

Fungsi sebenar cream nie, dier bertindak mengurangkan pertumbuhan melanin di kulit. Bersaamaan mengurangkan tompok2x hitam di kulit. Explanation bab melanin kena baca sendiri, nak explain NN pun tak reti tapi untuk faham sendiri boleh lah.

MELANIN by wikipedia

Kurang melanin pun akan ada skin problem terlebih melanin pun akan ada skin problem. huahuahua... itu kesimpulan dari apa yang NN faham. Melanin terhasil di sebabkan kulit terdedah dengan sinar UVB. Mana datangnya sinar UVB??? dier dari sinaran matahari yang panas lah, nie lah sebab orang kata jangan berjemur tengah panas... haaa... degil lagi...

Tak rugi jadi minah payung... orang kata lebih baik mencegah dari merawat.


Sebelum orang seronok baca & seronok nak try product nieh.


Meh sini!!! Meh sini!!! Baca bahayanya produk yang mengandungi Hydroquinone.

- Boleh menyebabkan penyakit ochronosis

- Risiko mendapat kanser

- Kuku jadi kuning @ coklat

- Meningkatkan terdedahnya kulit pada sinar UV

- Sensitif pada sinar matahari

- Kulit iritasi / kemerah-merahan

- Kulit menipis


Risiko dari pemakaian Hydroquinone boleh menyebabkan masalah kulit lagi bertambah teruk. 

Untuk detail mengenai bad effect sila baca kat SINI.

Produk nieh jugak dah kena banned di US, dan di Malaysia pun sama, KKM dah buat rampasan produk yang lebih dari 4% hydroquinone. Tu pasal ubat nie under control. Doktor jer dapat lepaskan Melashine nieh. sebab takut orang salah info dan salah cara pemakaian.

Jika tak ada kesan dalam masa 2 bulan, kena hentikan pemakaian product. Jika ada pengurangan masalah kulit boleh terus pakai product dalam jangka masa 6 bulan sahaja. Jangan nak lebih-lebih mengada-ngada nak pakai dari tempoh yang di tetapkan oleh Doktor. Sila risaukan kesihatan anda. OK.

Cara pemakaian cream nie. Sikit jer sapu dekat spot2x hitam tue selama 1 bulan - 2 bulan tengok kepada tahap pudar spot2x color hitam tue. Pakai cream nie waktu malam sahaja. Selepas atau semasa pemakaian cream jangan terdedah pada sinaran matahari. 

Bila dah nampak nak sekata barulah sapu cream kat seluruh kulit muka. Bila dah sekata, jangan lagi pakai cream nie.

Haaa... part sini NN belum sampai lagi.

NN pun masih dalam proses peringkat yang pertama. Jika ada perubahan selepas tempoh 2 bulan baru NN boleh continue pakai sampai 6 bulan.

Selamat pakai waktu malam sahaja. 

Siang hari WAJIB pakai SUNBLOCK. 
Ini untuk elakkan dari kulit terbakar dan menyebabkan keadaan kulit bertambah teruk.

Semasa penggunaan produk jangan sesekali campur pemakaian produk yang lain sebab Hydroquinone akan bertindak negatif dengan sesetengah bahan2x cream lain. Yang nie sangat penting, sila dapatkan nasihat dari Doktor masing2x.

Antaranya elak dari guna product yang ada kandungan benzoyl peroxide & resorcinol. Yang nie kena baca ingredient setiap product yang kita ambil pakai untuk tahu ada ke tak bahan nieh. Untuk list detail nama2x bahan boleh click link SINI. Tengok m/s 5 aka page 5.

Antara product yang ada benzoyl peroxide & resorcinol oxy, clean & clear, neutrogena, olay, clinique, sr ives, proactiv, clarin, eucerin, clearasil, loreal. (kena survey kat ingredient nie antara list brand yang ada menggunakan tapi tak semua barang ada kandungan benzoyl peroxide & resorcinol oxy)

Kebiasaannya Doktor akan syor pencuci muka natural yang Doktor jual di klinik, ini untuk elakkan pengguna dari tersalah pakai product semasa pengguna menggunakan product yang ada mengandungi hydroquinone.

~~~~~~~~~~

Produk nie selamat selagi penggunaan di bawah pengawasan Doktor.

~~~~~~~~~

Yang tak selamat, banyak sangat product kecantikan kat luar sana tue yang tawarkan set pemutihan kulit yang kita tak tahu apa kandungan product tue. Haizzz...

~~~~~~~~~~

Masa pakai product nieh, jangan gatal nak kiss baby ke... nak pelok cium kucing ker.. kesian diaorang nanti tak pasal2x sakit disebabkan cream nie.

~~~~~~~~~~

Kalau pakai bawak tido, sila ingat jangan terlupa pulak. Nanti tergaru mata pulak nanti.

~~~~~~~~~~

Kira hydroquinone nie jalan terakhir sekiranya treatment yang lain2x dah tak boleh digunakan untuk hilangkan pigmentation tersebut. (i.e skin peel, microdermabrasion, retinoids, laser, etc).

Tapi...  kan kan... treatment yang lain2x tue mahal dari segi kos, huahuahua... -.-"

Laser huhuhu... tak perlu tanya kat klinik atau pusat kecantikan dah pasal harga, dalam internet banyak detail. Paling mahal rawatan laser nieh antara dengan rawatan lain.

Microdermabrasion sekali buat rawatan RM 150.00, yang nie NN survey kat klinik. Dalam hati... akan try kemudian nanti. Insyaallah jika di izin olehNYA. Yang nie perlu buat 5-6 kali rawatan untuk dapat hasil yang dikehendaki kata Doktor.


Retinoids jer NN belum survey lagi. Ia lebih dikenali sebagai Retin A.

~~~~~~~~~~

Harga Melashine Cream dalam lingkungan RM 55.00 dan ke atas dengan isi kandungan 20gram.

~~~~~~~~~~

OK... itu jer kot pasal Melashine Cream.

~~~~~~~~~~

Lupa pasal yang di tulis dalam kertas dier.

To be con't.

Tak larat nak taip da...

~~~~~~~~~~

Ref:-
Research - Hydroquinone
User Need To Know - Hydroquinone


Rabu, 1 Mei 2013

Jeragat vs Warna Kulit Tak Sekata

Blackhead/Whitehead vs Pigmentation

JERAGAT lebih dikenali sebagai blackhead @ whitehead. Apa itu jeragat?

Jeragat adalah bonggol kuning atau kehitaman yang tersumbat pada kulit. Jeragat adalah sejenis akne vulgaris. di sebalik kepercayaan umum ia disebabkan oleh keadaan kurang bersih, jeragat sebenarnya disebabkan oleh lebihan minyak yang terkumpul dalam saluran kelenjar sebum. Bahan di dalam bonggol ini kebanyakan terdiri daripada keratin dan perubahan sebum, yang menjadi hitam ketika ia teroksida. 

Gambar bawah nie menunjukkan masalah jeragat aka blackhead @ whitehead. Kebiasaanya ada dekat kawasan sekitar hidung.




WARNA KULIT TAK SEKATA lebih dikenali sebagai pigmentation skin. Apa itu pigmentation?

Pigmentation, kulit warna yang tidak sekata, ada yang sedikit gelap dan sedikit terang. Penyebab pigmentation kebiasaanya terdedah kepada sinaran terik matahari atau penghasilan melanin yang berlebihan atau penghasilan melanin yang kurang. Penyebab pigmentation yang pasti masih tidak diketahui dan masih dalam kajian.

Gambar bawah nie menunjukkan kulit mengalami masalah kulit warna tak sekata aka pigmentation.



Setelah di survey di web2x luar negara, nielah apa yang NN dapat. Kenapa NN survey? sebab NN nak confirmkan kulit NN alami masalah apa, dan berdasarkan info2x sekarang nieh confirm masalah pigmentation aka masalah kulit tak sekata, biasa orang melayu cakap jeragat. Tapi sebenarnya nama dia bukan jeragat. Jeragat tu blackhead @ whitehead macam dalam gambar no1.


~~~~~~~~~~


Setelah dah memahami benda nieh bolehlah start cari jalan penyelesaian untuk mengurangkan masalah kulit NN. Pigmentation nieh kebanyakan solution ramai yang guna laser atau produk pengelupsan kulit. -.-'

Hmmm... sebab dulu tak risau pun bejemur, bejemur je ikut suka hati, tak tahu pulak akibat dia akan mendatangkan masalah nieh. Kalau dulu tahu, tak ada nye nak bejemur sesuka hati, mesti nak jadi puteri lilin weihhh... Orang kata lebih baik mencegah dari merawat. Merawat nieh lebih susah dari mencegah.











Sabtu, 27 April 2013

Entry Parut Jerawat & Entry Berat Badan



Macam mana nak hilangkan parut jerawat?

Parut yang berlubang2x tue yang orang panggil tapak kawah...

Hmmm... kesan parut dari tingkatan 4-5... serangan jerawat dulu, banyak berangan kot...

Dalam gambar jarak jauh dalam 3-5 meter memang la tak nampak kawah & parut lama2x tue...

Cuba dalam jarak dekat kurang 3 meter... tambah focus... tambah set ISO...

Ni gambar lama... masa berat 98kg... Bulan 8 2011... dagu bolat... badan pun bolat... sekarang pun masih bolat lagi... >_<


August 2012 gambar nie masa berat bawah 75kg... tak pasti dah 72kg ke belum masa nieh entah... tapi gambar nie pakai naturactor & dian pixy compact powder... dan lagi satu gambar jarak jauh... mana nak nampak bekas jerawat kawah & pigmentasi yang ada tue... gambar bawah nie kena edit sikit kat part tengkuk & lengan baju... boleh nampak part bulat hitam gelap yang edit tue... ngeee...


Yang bawah nie pulak gambar September 2012, ok tanpa make up apa pun dan tidak lupa jugak hari berpeluh. Hari membakar lemak kalori, gambar snap masa dah dekat 1 jam berjalan jogging riadah... Haaa... kulit muka sebenar sebelum pakai Hiruscar & Rose E. Nampak tak perbezaan dengan gambar di atas. Gambar di atas yang berbaju hitam nie bila dah touch up dengan Naturactor dengan Dian Pixy, nampak kemas sikit kulit... tapi tak original... wuwuwu... nak tengok jelas... click gambar yang bawah berbaju putih biru... click zoom... maka akan terlihat jelas kesan parut & pigmentasi & kawah... wuwuwu...


Start pakai Rosa E 3 minggu sebelum 7/11/2012 (awal bulan 10).
Entry Pasal Rosa E
Hiruscar start pakai 7/11/2012.
Entry Pasal Hiruscar

Gambar selepas pakai Hiruscar 20gram 1 tube & Rose E 2 botol???
apa yang diharapkan? perubahan? tak jauh beza... lebih kurang jer... ada sikit je la perubahan... my sis cakap ada perubahan... entahlah... hmmm.. NN pandang sama jer.... si...kittt... jer perbezaan... yelah... baru je pakai... itu pun tak teratur... 

Ada gambar baru... tapi tak sampai 5 keping... tapi semua tak pakai tudung... perbezaan tak la beza sangat kalau tengok face to face... nampak sama jer...

Hmmm... lama tak amek gambar untuk simpanan before & after sejak stop diet & senam bulan 10 tahun 2012... aka selepas raya... sebab tukar area tempat kerja... dan sekarang baru nak start semula... sebab dah tukar balik area yang lama.... haaa.. penat mak cik asyik nak sesuaikan time table... stress memikior kata orang perak...

Kalau tak salah dah dekat 2 bulan tak pakai Hiruscar dengan Rosa E. Stop diet & senam pulak rasanya dah dekat 5-6 bulan jugak stop, menyebabkan kenaikan sebanyak 5-6kg... dari 72kg ke 77-78kg. kenaikan disebabkan makan malam dan jugak over eating... adesss... yelah dah lunch tak makan... makan malam macam selera naga lah!!

* NN baru nak berjinak2x makan pil Vitamin C & Gluta Mix. Baru renew vitamin C, 2nd botol. NN makan selang sehari... kadang2 selang 2 hari... kadang2x selang 3 hari... haaa... ikut suka aku jer.











Rabu, 7 November 2012

Rosa E Serum - Untuk Masalah Kulit


Rosa E serum merupakan produk keluaran Garden of Eden yang merupakan dari produk semulajadi dan berfungsi sebagai penyembuh masalah kulit. Boleh didapati di farmasi tertentu seperti vitacare, guardian.

Mengikut sumber internet Rosa E dapat mengurangkan kesan dan menghilangkan parut atau pigmentasi secara beransur-ansur. Disamping itu juga ia bertindak sebagai antioksidan yang menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit.

Dan pemakaian Rosa E secara teratur akan menghasilkan kesan berikut :-
1- tanda-tanda dipermukaan kulit, kedut dan garis halus akan berkurangan
2- kulit akan terhidrat dan lebih bermaya
3- mencerahkan pigmentasi dan tompok pada muka
4- kesan-kesan noda pada muka seperti garis, kedut, cela, kesan penuaan dan pigmentasi akan pulih sekitar 4-6 minggu

Hmmm... hasil dari pemakaian NN selama hampir 3 minggu, kesan2xnya sama seperti di atas. Struktur dia berminyak tapi bila disapukan pada kulit muka dan di urut seketika kesan minyak tue tak lah berminyak. Sesuai dijadikan asas foundation. NN baru test 1 botol.


6/2/2013 ~ Rabu

Hmmm... dah beli botol ke 2... baru pakai 2 kali... 1 masa dinner... 1 masa adik bertunang... masa make up kan adik... aku pakaikan dia minyak nieh... adesss... dia berkenan pulak kat minyak nieh... jadi... terpaksa buat pertukaran... aku amik dia punya minyak rosa e untuk kesan parut jerawat... dia amek aku punya minyak rosa e untuk pigmentasi... adik aku pun botol yang ke 2 untuk penggunaan minyak rosa e....

Rosa E Garden of Eden sangat elok untuk mengatasi kulit kusam.