Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Rabu, 12 April 2017

Tukar Weatherstrip utk Tingkap Pintu Perodua Viva


Siapa kereta dia umur dah tua.......???

Biasa kalau kereta yang parking tak berbumbung macam kereta GB mesti akan ada masalah weatherstrip mereput... usia dah 8 tahun... berjemur berhujan... cat pun dah start buruk.... 

Bagi yang expert biasa lelaki la kan... benda nie kacang je untuk diaorang, bagi GB yang perempuan.... wehuhu... >_<

Risau nak g kedai kereta nie sebab??? arghhh... apa pun tak tahu pasal kereta...

Tukar di Perodua mahalnya... kalau survey online harga macam2 ada... murah2... ori dengan tak ori je yang susahnya tue...

Nah nie harga di Perodua... March 2017
Satu je yang...
front door glass, outer RM34.66 x 2
rear door glass, outer RM36.78 x 2
Belum termasuk upah pasang... 

haaa... menda tu je dah lebih dari RM100........

Next entry cerita pasal engine pulak... kereta dah nak naik 9 tahun tue kena la standby... aternyer nak pakai 10 tahun lagi tue.....




Floor Car Mat untuk Perodua Viva


Siapa pakai jenis coil???
Siapa pakai jenis flat???

Sekarang rata-rata orang pakai floor car mat jenis coil... kalau g Perodua, diaorang kata dah tak jual dah yang flat floor carmat... sebab berbau... errr... entah dulu beli tak pulak berbau......

GB tak suka jenis coil sebab tak rajin nak cuci lapik kaki tue. Kelemahan dia pasir jatuh bawah dalam tue, nak basuh lambat kering... paling tak suka... geli2 rasa bila di pijak tanpa pakai selipar...

GB punya carmat dah masuk tahun ke lapan; patah dan haus getahnya. Lama jugak hayat lapik dari Perodua... setelah sekian lama usha line jumpa juga yang berkenan di hati carmat dari Brand Trapo, nak tengok macam mana taip je Trapo Carmat dekat Google....

Harga RM 159.00 GB beli di Lazada.... nak g kedai kereta??? entah bila...

Kalau yang jual di Tesco/Aeon Big/Giant/ACE/DIY... tak de yang berkenan di hati... kat kedai kereta ada tengok juga, tapi berat & keras...

Trapo nie tahan tak tahan kena tunggu la 2-3 tahun dulu sebab warranty dia setahun... dalam masa setahun mesti la dia cantik kan kan kan...