Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Ahad, 20 November 2011

~Persahabatan~

Bila rasa tak perlu lagi persahabatan ini... tak perlu lagi berpura2...
Aku redha andai itu yang ditakdirkan... aku akan pergi...
Sudah suratan persahabatan kita hanya sementara...

Isnin, 14 November 2011

~Bicara Sekeping Hati~

andai bisa aku menetapkan hati, akan ku pateri jiwa ku agar bisa tertutup selamanya... akan ku simpan rapi sebuah percintaan yang tidak sampai ke puncaknya... andai aku bisa... akan ku pateri agar tiada lagi cinta, agar abadi cinta ini menjadi sebuah kenangan abadi sehingga akhir hayat ku... andai bisa kekecewaan ini terubat ku mohon pada mu tuhan jangan lagi hadir luka cinta itu.. aku tidak kuat untuk menanggung segala derita yang kau ciptakan untukku...

Sabtu, 12 November 2011

~Rindu Zaman Persekolahan~

Kadang2x rasa rindu tu hadir sesekali waktu kita sunyi... atau bosan dengan zaman pekerjaan... tambah pulak bila selongkar2x jumpa dgn barang2x pemberian adik angkat waktu sekolah2x dulu... heheehee... tak tau la... nape la tersimpan rapi... sayang pulak....


hehehe... kalau dulu2x hadiah mesti muzik box la... jubin kecik2x la... ^_^ sekarang da canggih... mcm2x hadiah ade kat pasaraya...


yang nie tak boleh blah nie... adoooi... mmg duit nie tersimpan rapi... pemberian ALONG masa zaman blaja... duit wayer.... kadang2x mcm kelihatan kesengalan... tapi bila tengok... jadi seronok pulak... kenangan tersimpan rapi... nie weit tak pakai dari tahun 2001... ^_^


bila di selongkar.. senyum sorang2x... next edisi selongkar lemari... to be con't...

~Batu Seremban/Serembat/Selambut~

Batu seremban merupakan satu permainan tradisional. Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak tujuh biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Hehehe~~~ aktiviti selongkar lemari pada hari raya haji yg baru2x nie... menemukan koleksi batu seremban yang disayangi... errr... tahun bila punya??? entah... tapi yang pasti... masa sekolah rendah...


yang tujuh tu je batu nyer... yg lagi 2 biji tu.. sebab cantik... simpan je... batu ni dulu.. kadang2x... ada gak kegunaan lain... ngeee~ zaman budak2x... ketuk2x... amek serbuk sapu kat kuku... tuk kilatkan kuku... ^_^

~Jom Layan Ayat2x Yang Di Petik Dari Novel~

~Petikan ayat2x yang menyentuh hati dan perasan~

~Empat perkara yang menjadi pegangan agama Islam. Ajal, jodoh, tanah kubur dan rezeki di tangan Tuhan. Empat perkara yang tak mungkin kita menolaknya.

~Aku bukannya burung yang terbang bebas di angkasa. Patah sayap, hilang haluan, dan aku terdampar di sini tanpa siapa pun tahu arah tujuku. Mencari seteguk air untuk menghilangkan dahaga setelah penat berterbangan membawa sekeping hati yang tercalar. Terkena duri, aku sendiri yang mencabut dan mengubatinya. Menangis, aku juga yang menyapu si air mata.

~Bunga yang mekar sedang layu. Senyum yang mekar mula berbunga keraguan dan kehampaan. Indahnya musim luruh mewarnai hidup. Tawa yang cuba dipersembahkan hanyalah satu kepura-puraan.

~Segunung kalimah keramat itu membuatkan dia terus bermimpi. Mimpi yang indah-indah tentang dunianya. Dunia yang hanya untuk mereka berdua. Dia memberikan bahagia. Dia memberikan segala-galanya umpama dialah permaisuri yang berada di tahta teratas. Kemudian, dia memberikan derita! Terjunam dia di kolong yang terbawah. Sakitnya tidak terkata. Untuk itu dia tidak harus meletakkan harapan di bahu lelaki itu. Dia tidak mahu membina angan-angan lagi.

~Dia bukan manusia pendendam tetapi perasaannya juga bukanlah barang mainan.

~Cinta sekarang, cinta berlandaskan jalan yang serong dan begkang bengkok. Cinta buta yang tidak ada perasaan. Cinta dahulu walaupun tiangnya satu, beratap rumbia tidak goyah kerana berlandaskan kejujuran dan kasih sayang yang sejati. Cinta sekarang, walau ada tiang seribu, beratap genting, bersalut emas kalau mahu jatuh tidak perlu di goyang. Mahu berpaut sahaja sudah runtuh. Betapa murah dan tiada nilai.

~Kau memiliki aku yang sudah tak berdaya lagi. Aku tak tahu apa yang harus aku berikan kepada kau dengan keadaan begini.
Berikan saja cinta di hatimu. Aku memerlukannya untuk hidup ini. Aku tak meminta lebih dari tu.

~Ikan Oh Ikan~

tiiitaaakkk!!!

ceittt~~~

ingat nak tambah kemeriahan aqua... sekali itu ikan semunyik la pulak... adessss...

yg 1 lg pulak... jalan mein langgar je ikan emas kedek2x...

arrr yg semunyik (bellon fish) tu tak jadi masalah... arrr yg langgar2x (kissing fish) anew lak ler nak campak ikan nie... arrr ade yg anto balik g kedai ikan esok2x nie...


karang ayat... leh tak tokey... u angkat la balik ikan kissing kissing nie... u kata ikan baik... manyak jaat ooo ini ikan... jalan2x kasik langgar itu ikan emas o... adesss... mengshan jap...

letak dulu dlm cebok... amekkk ko dok dlm tu... leh lak dia buat pecubaan nak melompat kuar dari cebok... adesss...

sambung balik... dah kedapur memanaskan sup daging korban... asal ada munyik2x... ekekeke... madan muke... sape soh lompat kuar dari cebok... seb beik nampak... kalau tak mesti sekor kissing fish mati x de air... berenang2x atas jubin... =)

jam >>> 8lebih malam... baru amek gmbr... nie ikan kissing... rasa nak bg tempeleng2x je.... gewaaammm... amek dok dalam cebok diam2x...


susah gak nak campur ikan nie.. tokeh kedai pun salah kira2x... acem anewww nie... ikan belon pun kijam... mula2x je takut sebab tempat baru... bila da keluar segerombolan mcm nieee...


ooo... titakkk... yg tantan tantannye tunjuk berani... kunun2x selamatkan awek2x la kunun2x... adesss... di tunjal2xnya peyut ikan emas kedek2x kitewww... arrr mencikkk ikan belon kecik nieh... amek... sebelum keluarkan dia... masing2x dera dulu kurung dlm net mcm nie... sbb jaat sangat dok p tunjal2x peyut ikan emas kedek2x... hahaha rasakan...


ha... ape jeling2x... nyorok balik pokok tgk2x org pulak... tunggu la... ko nak amek napas neik atas jugak kan... mmmiahahaha...


ha... semua da masuk cebok.. ha... tunjal2x la ikan kissing tu... sekali dia kiss tak lepas2x... melekat baru tau... ha... ikan kissing... langgar2x la ikan belon tu... nanti biar dia tunjal2x... amek amek amek... arrr... 1 kerja lak nak kena cari baldi letak dia... tapi sampai bila... adesss... anewww la nak campak ini ikan...


seb baik la ari ni sabtu... kalau ari biasa... sah2x campur je ikan... nanti malam tido tak tgk pun keserasian diaorg... bila half day... leh tgk ape yg terjadi... haishhh... lau tidak... mangun2x je titow... abesss lenyet ikan emas kedek2x yg manje nieh...

Jumaat, 11 November 2011

~Usang~

walaupun usang... tapi di situ ia memberikan aku ketenangan... di situ dulu... tempat aku berteduh... di situ tempat aku membesar... di situ juga tersimpan seribu kenangan... rumah ku syurgaku...

bila rasa kerunsingan melanda... hanya di situ yg ingin aku tuju... bebaring sambil melihat siling yg usang... melontarkan pandangan jauh dan jauh... agar segala kekusutan berakhir dan pergi...

~Aku Tanpa Cintamu~

Novel yg... entah ke berapa yg di baca... 1 hari suntuk habiskan masa cuti raya haji baru2x nie... hehehe... nie novel hak milik adik... ^_^


Ben, aku tanpa cintamu tidak sempurna umpama bunga tanpa madu dan wanginya. Sayangnya kita dipertemukan lewat musim kepedihan dan kelukaan yang tak mampu aku ubati sendiri kerana dirinya yang aku cintai. Kau kumbang yang mengekoriku tika aku di penghujung musim kemarau berpanjangan lalu... jadilah aku bunga yang kelopaknya gugur satu per satu apabila di tiup sang bayu yang hiba... Saat aku titiskan air mata kerana cinta kita... Tuhan seakan memberi jalan kepada kita untuk bersatu selamamnya....

~Seredup Kasihmu~

Sana sini org sibuk baca novel akibat panahan mata Nora Elena... hiksss... saje mengimbas kenangan zaman dulu2x... lalu raya haji baru2x nie... aktiviti selongkar lemari berlaku...

Nie novel ke2 yg aku beli du...lu... satu masa dahulu...


Kisah silam Lea Haryani sentiasa menghantui hidupnya. Lea Haryani dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan orang tuanya. Setelah ibunya meninggal dunia, Mak Long nya, Sutinah memeliharanya sehingga dewasa.

Lia Haryani tidak begitu senang dengan sikap Mak Longnya. Apa sahaja yang dilakukan oleh Lea Haryani tidak menyenangi hati Mak Long. Ada-ada sahaja kesalahan yang dicari. Bukan itu sahaja, Mak Long juga suka mengungkit asal-usul keturunnan menyebabkan Lea Haryani terasa kerdil untuk berhadapan dengan masyarakat.

Setelah dewasa dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, sikapnya yang pasif terbawa-bawa hinggakan ke universiti. Di universiti dia tidak mempunyai kawan rapaat melainkan kawan sebilik bernama Suziyan.

Emnir Safwan yang satu kuliah dengan Lea Haryani cuba menggodanya tetapi tidak dilayan. Pelbagai cara dilakukan oleh Emir Safwan untuk memikat hati Lea Haryani namun tidak berhasil. Dengan bantuan Professor Halim, akhirnya Lea Haryani dipertemukan dengan Emir Safwan.

Mama Emir Safwan tidak berkenan dengan Lea Haryani dan menyuruh anaknya itu memilih Syamen, anak Datin Jawaher. Emir Safwan tetap dengan pendirian memilih Lea Haryani. Akhirnya berlaku konflik. Lea Haryani mengalah dan menyuruh Emir Safwan akur dengan pilihan mamanya. Emir Safwan tidak boleh terima kerana hatinya benar-benar mencintai Lea Haryani. Berjayakah Emir Safwan memujuk hatinya yang telah terluka untuk menawan hati Lea Haryani kembali? Berapa mahalkah harga harus di bayar untuk satu kemaafan?

~Ombak Rindu~

Novel pertama yang ku beli... tahun bila... tak pasti...



Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah, Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pakcik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelan malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalama dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

~Oyen & Yuteh~

...kau penawar hati ku...

terkedek2x berenang2x mencuit hati... cute...

setelah lama berhenti pelihara ikan emas... kini aku kembali...


aksi suspen bila oyen atau yuteh tido atas pokok bonzai... haishhh... ingat mati dah... adooiii... ari ni lak sekejap tak de lektrik... adooi... ooo... titakkk...


ikan bandaraya kuning... nyorok disebalik rimbunan2x pokok semak... ekekeke...


kenangan... ikan bandaraya ku hilang... bukan hilang... rupanya mati... tau2x jumpa rangka je... adesss... entah mcm ne la dia leh mati dulu...

harap kali nie... kekal lama ikan emas kedek2x nieh... dulu lama tak bela sbb frust bila dia kena white spot dot bacteria... kesian sangat... lama bela... dah sayang gila... tup2x kena sakit lak...

penah bela yg kecik punya ikan emas buntal... ni lg tak leh tahan... asik2x ditemui mati di corong pump tapis air... entah pe pasal suke sangat dia pegi ke lubang pump tu pun entah... bila dah tesepit... ha... tak reti keluar sendiri... ha... mati kelemasan dier... comel2x dah ikannya... tapi asik ditemui mati... ekekeke...

~Weee Handphone Dah Okies~

Gambar terbengkalai... Hikshiks...
Berbuka Puasa kat ner... Lupa dah pun...
Cyberjaya/Putrajaya tak henggat dah...

~MeMbEkAs DiHaTi~


Perpisahan ini bukanlah pilihanku
Kau yang pergi meninggalkan aku

Pernah aku memuja dirimu
Mencintamu setulus hatiku

Kau yang slalu aku puja
Ternyata menduakan aku
Mengkhianati cintaku
Tak pernah ku membayangkan
Kau kan melukai hatiku
Hancurkan mimpiku tinggalkan aku

Mungkin aku bukanlah pilihanmu
Tak seperti yang kau mau

Kau yang slalu aku puja
Ternyata menduakan aku
Mengkhianati cintaku
Tak pernah ku membayangkan
Kau kan melukai hatiku
Hancurkan mimpiku tinggalkan aku

Sakit yang kurasa
Takkan mudah sirna
Membekas di hati ku terluka
Entah sampai kapan
Ku harus bertahan
Melawan sedihku sendiri

Rabu, 9 November 2011

~Hari Lahir Abah~

4 Nov... hmmm... salah aku... susah utk mengingati hari2 penting... disangka 5hb... pasti abah kecewa... T_T sedih di hati... 5 Nov sesampai aku di kg... ku ucapkan pada abah tercinta... dgn senyum "Selamat Hari Lahir Lambat ucap, abah"... abah tersenyum... tapi nampak kehampaan melalui air mukanya...

5 Nov... perjalanan pulang ke kg... di awal perjalanan terjadi tragedi... membuatkan sepanjang perjalanan aku sentiasa berhati2x... belum sempat masuk lebuh raya... hampir sahaja aku melanggar sebuah lori trailer... nasib kelajuan aku sekitar 70-80km/sejam... terpaksa mengambil tindakan drastik ke kanan... walau dari cermin pandang belakang ternampak kelibat myvi orange... trailer tersebut tiba2 membuat break emergency menyebabkan bunyi geseran tayar yg amat kuat dan mengeluarkan asap yg berbau busuk (mcm tayar tebakar)... mungkin rasa mcm selamat... dlm 2-3saat mata terpana ke depan semula... kepala lori senget ke kanan tapi masih begerak terseret ke depan akibat kelajuan dan mungkin muatan berat, tekanan membuatkan lori tidak dpt berhenti... dgn laju aku menekan break dan lari lagi 1 lane... dlm hati... tuhan saja yg tahu... mungkin kita telah berhati2x... kadang2x kecuaian org lain kita mungkin terbabit sama...

hmmm... aku pun tak pasti... salah siapa... sama ada pemandu lori yg cuai... atau 3 biji kereta dhadapannya... atau kereta yg rosak diletakkan di bahu jalan dan berdekatan dgn selekoh... tapi apa yg penting... aku selamat sampai ke kg... x de kemalangan jiwa berlaku...

Sesampai di rumah... ku lihat abah dan emak membuat persiapan utk menyediakan rendang dan lemang... tersentuh hati... pabila mengenangkan bahwa tahun lepas aku tidak pulang ke kg meraikan Hari Raya Qurban bersama mereka, disebabkan sykt di mana aku bekerja mmg tidak meletakkan Hari Raya Haji sebgai cuti umum... Nekad tahun nie, aku mengambil cuti...

Kali ini sepanjang perjalanan ke kg, perjalanan aku ditemani air mata... ada sesuatu yg aku kesalkan... sebak di hati tak dapat ku tahan... emosi mengawal minda... sesungguhnya mak dan abah... --- tak berniat --- tuk melukai hati mak dan abah semasa kehadiran mak dan abah 3 minggu lepas di sini... maafkan --- ... tak ada kata lain yg dapat --- luahkan... semua salah --- kerana tak dapat mengawal emosi... dgn apa yg terjadi dlm kehidupan --- dan tahap kestabilan --- pada hari tu agak tak terkawal... maafkan --- atas segala apa yg berlaku... --- tahu, sikap --- telah mengguris hati mak & abah...

Andai tiada abah dan emak... pada siapa lagi tempat --- meluahkan perasaan... dan tak ada lg tempat utk --- bergantung...