Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Selasa, 31 Mei 2011

~Kisah Penimbang

Ngeee~ di cedok dari laman orang lein...

Penimbang yang wajib ada di rumah korang jika korang betul-betul komited untuk naik mahupun turun berat badan. Ia tidak lain dan tidak bukan ialah bathroom scale atau penimbang berat badan. Sila laburkan sedikit wang untuk membeli penimbang jenis ini kerana ianya PENTING untuk menentukan tahap kemajuan (progress) korang dalam proses naik (mahupun turun) berat badan.

Terdapat 2 jenis penimbang jenis ini yang boleh dibeli di pasaraya-pasaraya besar seperti Tesco, mahupun di farmasi-farmasi berhampiran seperti Guardian, iaitu Penimbang Analog (harga sekitar RM20++) dan Penimbang Digital/Elektronik (harga sekitar RM70++). Apakah perbezaan di antara kedua-duanya? Tak jauh beza sebenarnya, mungkin Penimbang Digital itu lebih jitu bacaannya berbanding Penimbang Analog (sehingga satu tempat perpuluhan), dan lebih mudah untuk mengambil bacaan berbanding Penimbang Analog. Ini terpulang kepada bajet dan cara masing-masing. Pokoknya cuma satu, sila beli sebuah penimbang berat badan ini.

Untuk mendapatkan bacaan yang konsisten dan tepat, aku sarankan korang ambil bacaan berat badan korang setiap kali selepas bangun tidur. Korang juga dinasihatkan tidak mengambil bacaan berat badan setiap kali selepas bersenam mahupun selepas makan, kerana mungkin terdapat perbezaan berat yang significant hanya disebabkan oleh jumlah makanan dan air yang baru sahaja diambil. Mungkin terdapat perbezaan berat yang ketara atau berubah-ubah antara hari-hari ketika bacaan berat korang diambil, sebagai contoh:

(Turun Berat)
Isnin, 17 Mei : 105.5 kg
Selasa, 18 Mei : 104.5 kg
Rabu, 19 Mei : 103.8 kg
Khamis, 20 Mei : 104.5 kg
Jumaat, 21 Mei : 104.0 kg
Sabtu, 22 Mei : 103.8 kg
Ahad, 23 Mei : 103.6 kg

Perhatikan dengan teliti turutan berat badan di atas (Ini adalah rekod sebenar kepunyaan seorang teman yang sedang mengamalkan kaedah kalori ni, weight loss phase). Korang mesti pelikkan kenapa berat badan beliau tiba-tiba naik pada hari Khamis? Usah bimbang, kerana ini adalah gejala yang biasa, hanya disebabkan oleh isipadu air yang berbeza-beza di dalam badan korang dari hari ke sehari (Ingat, 1L air = 1Kg). Oleh yang demikian, pastikan korang pantau berat korang hanya sekali setiap minggu, dan bukannya setiap hari. Dan catat juga berat korang setiap minggu tu dalam ‘food log’ korang. Dalam kes teman kita di atas, beliau telah turun kira-kira 2kg dalam tempoh 17 Mei - 23 Mei 2010 (105.5kg-103.6kg = 1.9kg).

Nor Nora: Memang lama dah nak beli yang digital scale... yang analog ni susah nak tengok... tapi nak beli kat mana erhhh yang leh agak2 elok sikit...

Kalori Roti Gardenia


Errr... 2 keping >>> 4 keping...
Gardenia Classic
Calorie per serving  147kcal >>> 294kcal
Protein 4.9g >>> 9.8g
Carbohydrate 28.1g >>> 56.2g

Gardenia Whole-Grain Fibremeal
Calorie per serving  137kcal >>> 274kcal
Protein 7g >>> 14g
Carbohydrate 22.3g >>> 44.6g 

Gardenia Breakthru - Multigrain Oatmeal - RM4.70
Calorie per serving  109kcal >>> 218kcal
Protein 7.4g >>> 14.8g
Carbohydrate 14.4g >>> 28.8g

Kolestrol 0mg

Serabut Diet 4.9g >>> 9.8g

Tanpa Lemak Trans

* Update On 23/11/2012


Gardernia Honey Wholemeal - High Fibremeal - RM 2.80

Calorie per serving  148kcal >>> 296kcal
Protein 7.6g >>> 15.2g
Carbohydrate 24.1g >>> 28.2g

Kolestrol 0mg

Serabut Diet 4.3g


* Note:
- untuk NN pantau... tu belum campur sardin ke, sambal ikan bilis ke, sambal kerang ke...  
- belum add timun, carrot & matamato... adehhh...
- errr... baru terperasan... carbo tinggi lebih 20g... haissshhh kena bertukar ke gardenia breakthru...

Isnin, 30 Mei 2011

Masa yang Sesuai untuk Minum Air

Semua orang tahu, minum air adalah sangat penting dan sangat baik untuk kesihatan. Tapi adakah anda tahu bilakah masa yang PALING BAIK untuk anda minum air?

Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat boleh memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut adalah masa minum air yang PALING BAGUS seperti yang di syorkan oleh pakar-pakar perubatan.

  • Minum dua (02) gelas air masak – SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman
  • Minum segelas (01) air masak – 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan
  • Minum segelas (01) air masak – SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah
  • Minum segelas (01) air masak – SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur
Kesimpulannya, kita sangat digalakkan untuk minum air masak yang secukupnya untuk kesihatan badan kita. Dan masa yang dinyatakan di atas adalah MASA PALING BAIK untuk minum air.