Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Selasa, 19 September 2017

Tukar Bingkai Pintu Bilik Air

Assalammualaikum.
Post update on 29/5/2019
Ramai pulak yang tanya contact no & location. Nora dah update dekat post.
----------------------------------------------------------

Rumah siapa masih menggunakan timber door frame??? Sekarang kebanyakan rumah dah guna yang besi... Susah kalau dah kayu di makan anai2x, takut anai2x membiak satu rumah.

Sebelah bingkai kayu pintu bilik air GB dah di makan anai2. Tahun lepas ingat reput biasa je, tampal je lah dengan simen. Tahun nie makin naik pulak reput.


Punca nak cat ruang laluan je sebab kerja cat terbengkalai dekat setahun 1/2... tapi tengok bahagian pintu tak cantik ingat nak repair tampal kayu je.


Di potong sikit nampak ada lagi reput, di potong lagi... ehhh jumpa anai2... titakkkkk... di potong hampir separuh sebab nak tengok had mana dah kena makan anai2x... adessssss...


Dah cuci dah nie tapi dalam dinding ada sikit anai2 lagi, lama jugak nak bagi tak nampak laluan anai2.. dalam kayu ada lagi tue.. tak boleh potong nanti tak boleh kunci pintu... siap tampal supaya anai2x konon2x tak dapat keluar...  nak raya haji... lepas raya haji... haaa dekat 3inch dia buat terowong dia atas batu simen tue dari arah kayu... getah latek tu pun dia boleh gigit makan...

Potong kayu sebelum raya haji, lepas raya haji barulah jalan project tukar frame pintu... disebabkan nak pakai pintu standard size terpaksa la cari hardware yang ada jual frame & pintu... Padahal baru je tukar daun pintu tahun lepas.. kayu ke plastik... pintu plastik tempah... leceh nak kena tempah2... datang sukat & datang pasang... siap pilih color pink... RM180 barang/upah/transport... kalau standard size katanya RM150.

*** pintu plastik - contact no lost hp rosak.

See Hup Hardware.beli frame pintu yang besi. Phone no. 03-7782 9935

Fikir nak senang masa akan datang... banyak kerja sikit la... Kerja nie yang lecehnya ada anak buah umur setahun lebih... haaa budak2x kan suka air... tapi....... Alhamdulillah... berjaya elakkan dia masuk bilik air... cakap eeeeeeee yek yek... eeeee... yek... tunjuk lantai simen hitam & pasir2 sepah... bila dia lalu je dia sebut eeeeeeeeee.... eeeeee... pandai tapi... aktif yang amat.....

Esoknya baru potong jubin sikit & pasang daun pintu..... satu rumah penuh debu... dengan koridor luar rumah pun berdebu macam kabus...




*** kerja pemasangan frame besi - contact no tak dapat nak share. bukan orang yang ambil kerja2x repair. kawan office yang tolong.

Nie semua upah orang tolong buatkan... kos tukar nie lebih kurang kos tukar pintu yang jenis slide tue... yang slide ada 2 jenis satu aluminium & satu GI... kos dia RM450-RM600.

Frame besi & pintu kayu je dah RM190 termasuk GST & transport.... belum simen/pasir/cat/upah... Orang kata bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian inilah dianya... Nota: Pembelian barang Nora sendiri pergi kedai ulang alik.

Nanti kalau pintu reput lagi tukar je daun pintu standard size... kalau bingkai reput... bingkai besi insyaallah tak de anai2..... tue jer sebab nak pintu standard size... tak leceh sangat di kemudian hari...



Sebelah dalam dah dipasangkan zink, wahaha Nora tak puas hati tak kemas... Nora bukak balik, Nora potong yang lain tampal balik yang lain.... kenapa pasang zink??? konon2 nak elak daun pintu cepat reput... 

*** kerja finishes macam pasang zink, undercoat dan cat Nora buat sendiri.

Pintu yang dah siap undercoat... itu je sempat amek gambar... undercoat frame tak dan nak amek gambar... terus cat jer... tak de masa nak ngirakan... gambar anai2x lagi la tak sempat nak amek... nampak je anai2x laju je spray bagi mati...

Belum sempat cat 2nd layer... nampak undercoat frame color hijau nampak lagi, belum touch up touch up lagi... cat pun senget benget... 2nd layer letak soletape nanti lurus la nanti... 



Nie pulak bahagian dalam yang tampal zink... bolehlah... boleh lah boleh... pun sama baru cat 1st layer... nampak sangat  cat tak rata di bahagian pintu kayu... silau masa cat nampak macam rata... bila kering cat tue dierrr...


Hasil kali ke-2 cat... malas nak sagat kertas pasir & cat lagi... boleh lah dah kilat cukup la...

Gambar dah siap belum lagi sebab belum siap... dah g cuci mata pulak hari ahad... mana nak siap kerja...


Masalah yang dihadapi...

*** silap dapat frame, kena tukar balik...

*** simen gam cair & lambat kering, tukar guna simen biasa...

*** pintu kecik jadi lock tak sampai, kena beli lock yang dalam tue yang panjang sikit... bukak sendiri & pasang sendiri... 

*** susah time nak cat... basah la cat sebab guna bilik air...


Time cuti2x la dapat kirakan hal rumah:-

Ahad - 10am-3pm - buka frame kayu & pasang frame besi...
Isnin - lepas waktu kerja - potong jubin & pasang daun pintu, skim & trim dinding...

Sabtu - undercoat 2x & 1st layer...
Ahad - pagi buka zink & pasang zink lain... lepas tu g mydin cuci mata... kerja tak siap lagi... 



Terima.kasih baca sampai habis. Maaf atas kekurangan dari segi contact no.

Macam2x plak komen diterima. 😂😂😂



10 ulasan:

  1. BoleH share kedai jual frame pintu tu kat mana x

    BalasPadam
  2. Sama juga...boleh tahu nama kedai jual frame pintu tu

    BalasPadam
  3. Nak tya upah pasang frame pintu besi tu brapa ?tanpa pasang pintu maksud saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak sure. yg nie kawan tempat kerja tolong pasangkan.

      Padam
  4. Laaa sembang bukan main panjang,mana nombor contact nya??

    BalasPadam
    Balasan
    1. mestilah panjang dah nama ruangan blog. hanya dapat sertakan location hardware sahaja.contact no lost ph rosak.

      Padam
  5. Assalamualaikum, nak tanya 2 soalan:
    1. Jenang/frame pintu besi ni ada banyak jenis material ke? Atau standard 1 jenis shj (GI).

    2. Yang jenis jenang pintu dipasang ni memang kena undercoat ke? Atau tak ada masalah kalau terus cat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. Maaf lama saya tak aktif beblog.

      1. Saya pun x sure ada berapa jenis. Cuba google @ tanya di kedai frame.

      2. Lebih baik ada undercoat supaya lebih protection. Kalau di bilik air kan selalu kena air. Tapi kalau tak undercoat pun tak apa. Cuma cepat karat je lah nanti.

      Padam
  6. Maaf ya.. nk tanya apa nama zink yg guna utk lapik pintu tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, saya lama tidak on blog.

      Aluminium zink sheet boleh refer dekat shoppe @ lazada utk survey harga.

      Padam