Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Jumaat, 7 Disember 2012

Cara Merawat Penyakit Kurap

Penyakit kurap... 

Siapa pernah kena?

Balik dari Bukit Tinggi hari tu aku kena alahan, satu badan naik ruam-ruam merah... gatal garu... gatal garu... keesokan malam baru perasan satu badan naik bintik-bintik merah tue... badan rasa letih sangat2x.

Hmmm tak pasti kenapa... aku pun makan zyertec lepas tu bintik-bintik berkurang dan keesokkan harinya baru pergi klinik. Doktor cakap maybe aku alah dengan makanan yang aku makan... huhuhu... dia bagi aku ubat Pred... ubat eczema... aku makan sebiji sahaja badan letih terus tido, bangun dari tido, tangan menggeletar, seluruh badan jadi mengembang. Fuhhh... tak tau la... maybe ubat tak serasi... Lepas tu tak makan ubat tu dah... makan je stok zyertec yang ada dan bintik-bintik ruam baik dan terus baik.

Ubat yang nieh Doktor bagi masa 1st pergi klinik... aku tak suker bila pergi klinik nieh time doktor lain yang jaga... bila check patient macam tak check jer... hampeh betolll...

Nie ubat Pred warna dia pink, dalam gambar tak jelas lor... ubat nie lah yang buat aku jadi kembang semangkuk dan menggeletar weihhh... tak serasi dengan aku... huhuhu...

Yang nie ubat tahan gatal - Ezede... langsung aku tak sentuh... wahaha... takut nak makan... sebab bukan Dr. Zaini yang bagi... Doktor lain yang bagi memang aku tak yakin langsung nak makan ubat...

Piriton masa 1st pergi klinik dapat ubat nie aku tak makan pun... Kali ke-2 pergi klinik baru makan nieh... sebab doktor tue cakap Piriton nie bagus untuk tahan gatal.

Ubat yang aku suker... sejuk jer... nieh ubat sapu untuk melegakan keradangan... dia bagi kita tak rasa gatal nak menggaru... kering dan tak berminyak... macam deodorant roll on tue cara nak pakainyer... nieh ada 2 botol sebab 2 kali pergi klinik... ngeheheeheee... tapi sakit gatal yang berlainan...

Akan tetapi lepas je sembuh bintik-bintik merah tue,  terasa gatal-gatal kat kaki pulak. Makin hari makin gatal. Lagi garu lagi gatal pulak dan merebak rasa gatal merata-rata kaki sekitar betis. Permulaan dia dekat tulang kaki yang ada rasa sakit bila lepas lakukan senaman. Akibat dari sakit tu terasa gatal-gatal. Bila kena garu jadilah luka kecik, mungkin luka kecik tu terkena jangkitan kulat... howaaa...

Ke klinik sekali lagi untuk periksa ler... doktor kata maybe alahan makanan jugak... haizzz tak habis-habis alahan pada makanan. Yang nie mungkin tepat sebab bila makan ayam memang mengenyam-ngenyam gatalnya. Jadinya termasuk hari nieh, dah 4 hari aku tak makan benda-benda yang boleh menggatalkan kulit. 

Ok pertama sekali bila dah merasa sikit-sikit pasti yang ada kat kaki nie kurap. Aku test dulu cuci kaki ni dengan cecair Dettol + air sikit. Rasa gatal-gatal berkurang sedikit, tapi bukan untuk jangka masa lama. Lepas tu gatal balik. Haaa.. sah lah kurap a.k.a kulat!!! Sebelum sapu sebarang ubat memang tersangat-sangatlah penting untuk cuci dulu bahagian yang dijangkiti kurap dengan cecair dettol yang dicampur sedikit air.

Pilihan Ubat Kurap Ada Macam-Macam 
(ikut keserasian kulit dan jenis kurap)


Cara No 1 (Pilihan Aku)

Bahan2 Utama... minyak gas a.k.a minyak tanah campur dengan belerang. Belerang tu yang kuning-kuning yang orang guna untuk halau ular tue... Kat kedai hardware nieh dier tulih perlalang lor... Dulu aku guna ok jer... berkesan... kali nie agak kurang berkesan... tak tau la kenapa... mungkin sebelum tue aku tak pantang makan. Dia jadi lambat pulak kesannya... Kulit dah start mati dan mengelupas... Haaa.. tue lah tanda-tanda belerang dan minyak gas nie membakar kulit yang dijangkitan kurap tue. Tapi disebabkan aku ada luka sikit kat kaki kanan tue, pedihlah sikit dan susah  sikit nak baik. Kaki kiri ok je cepat baik sebab tak ada luka. Sebab luka tue jadi tak berapa ok bila kena belerang dengan minyak gas nie. Kulit yang luka kena kurap & kulit yang luka sebab memang luka bila sapu belerang dengan minyak gas nie, lain rasanya. 

Nak mempercepatkan sembuh aku tambah lagi dengan cara No 2 nieh.


Cara No 2
Berjumpa dengan Doktor. Jadi Doktor tue bagi aku ubat Piriton & Zyertec

Kali ke2 ke klinik dapat ubat zyertec weee... stok dier dah ader... hari tue stock tak der... tue yang dier bagi ubat Pred tuhhh...

Amek ko aku tapau sekali 3 papan... ngeh3x... 1 papan tu stok lama yang dah habis... memang setiap kali kalau aku pergi klinik ni doktor z akan tanya nak tak ubat zyertec... ngeh3x... tapi kali ke2 aku pergi, aku terpaksa mintak kat kauter tambah lebih sikit, sebab kali kedua pergi pun bukan doktor z yang check aku... huhhh...

Zyertec tambah dengan Piriton memang mengurangkan rasa kegatalan. Banyak stok ubat tapi da tinggal sikit. Piriton nie pun 5 biji da bagi kat mak cik aku, rupanya dia pun makan Piriton nie untuk alahan kat kulit muka dia. Dia kata susah nak cari ubat nieh kat klinik berdekatan. Semua kata susah nak dapat ubat nieh...

Ubat Piriton nie memang berkesan untuk mengelakkan rasa kegatalan. Sehari makan 1 biji jer waktu sebelum nak tido malam. Zyertec pulak aku makan masa kat office pagi2x selepas sarapan pagi. Untuk elakkan dari menggaru kaki masa kat office... hehehe...

Biasanya aku amek Zyertec sebelum melakukan operasi mengemas rumah secara besar-besaran, sebab aku alah habuk. Bila kena habuk, mata aku gatal-gatal dan merah-merah, lepas tue terjadilah bersin sambung menyambung. Tapi kali nie kegunaan Zyertec untuk menghilangkan rasa gatal-gatal kat kaki aku.

Lepas tu pakai la Calazite lotion tueh... untuk keringkan tempat-tempat di yang dijangkiti kulat... memang rasa sejuk dan kering dan selesa bila sapu nieh... tapi kena kerap sapu... Jadi dengan itu aku menukarkan dari pakai lotion nie baik aku pakai Ubat kurap dari farmasi... tu yang ada cara no 3 tue...

Ubat gatal kurap nie sama jer dengan ubat alahan aku hari tue. Sebab masing-masing ubat tahan gatal. 


Cara No 3
Kelmarin aku rasa gatal dah bekurangan. Tapi aku masih meneruskan tak makan makanan yang menyebabkan gatal, contoh ayam, udang, sotong, kerang. Kemudian aku pun beli ubat kurap kaki, nama dia Tolnaderm. Puas jugak nak memilih, sebab ada macam-macam jenis. Jadi aku pilih ubat nie, sebab dia tulis kurap kaki. Aku pilih yang nie sebab aku perasan bila kaki aku lembap memamg dia cepat rasa gatal. Jadi mungkinlah kot kurap kaki... ahahaha... pepandai aku jer... yang penting penyakit baik.

Tolnaderm nie aku guna masa kat office, sebab kalau guna belerang dan minyak gas masa kat office nanti kang berbau sana sini... huhuhu... Tolnaderm nie berkesan jugak kat kaki nie, bila gatal sapu jer kat bahagian-bahagian yang gatal tue, terus tak rasa gatal. Lagi satu ubat nie tak basah dan tak berminyak lepas dia kering. Tak perlu nak sapu banyak kali macam lotion Calazite tue. Ha... kan senang kalau kat tempat kerja.... Sesetengah ubat dia agak lembap dan buat kita lagi rasa gatal. Aku tak suka bila clinic bagi creame sapu yang warna putih yang berbau wangi tue... yang berminyak2x bila sapu kat kulit tue... lagi menambah kegatalan pada kulit... haizzz...


Cara No 4
Ada satu lagi ubat sapu diperbuat dari belerang jugak. Kandungan dalam ubat nieh Sulfur Power, Salicylic Asid, Champor Power, Benzoid Asid, Bomeol Flakes dan vaselin. Sila lihat gambar, comel je botol kecik nie.

Dia tulis nama Dia Salap Belerang Merah... Cap Dua Kacip... Nie abah aku yang bagi, dia bawak dari kampung hari tue.... >_<

Yang nie tak sekuat macam yang bancuh original belerang + minyak tanah tue. Tapi boleh lah sembuh jugak kurap tue.


Cara No 5
Mendapatkan suntikan dari klinik. Haaa... yang nie aku pernah amek. Pergh... macam kena cucuk BCG. Siap ada gelembung lagi bila dah 2-3hari lepas kena cucuk. Gatal rasa nak garu-garu je kat tempat kena cucuk tue. Wahahaha... yang nie aku kena gatal-gatal kat seluruh badan. Dia naik bintik-bintik halus macam ruam. Tapi tak merah-merah. Tapi gatal.

* Tips - semasa merawat badan dengan ubat-ubatan nie, masa tido tue alaskan dengan kain bersih. Untuk elakkan kurap merebak. Kemudian kalau boleh baju yang kita pakai, selimut, cadar dan sarung bantal di cuci dengan cecair Dettol dan tuang dengan air panas yang mendidih.

Cara yang seterusnya... tak pasti mujarab ke tak mujarab sebab tak pernah try. Semua info yang di  bawah nie aku kutip dari internet sajerrr... banyak lagi cara dan petua merawat kurap kalau tekan goggle dan search... kena try setiap cara tengok mana yang serasi yang tu la pakai...

Menggunakan daun belimbing

Menggunakan Daun Gelenggang

Menggunakan Daun Peria

Haaa... bila la nak baik sepenuhnyer nieh... masih ada rasa gatal sikit-sikit...

17/12/2012 update...
Bukan kurap rupanya... kulit kaki aku kering... wahahaha...
Letak losyen dan losyen dan losyen... da semakin baik... ngeeeeeeeeeeee...
Kurang makan sayur kebelakangan nieh... sejak  stop diet... haizzz...

Patut la makin merebak kawasan gatal... sebab bila gunakan ubat kurap kat kulit yang tak ada kurap akan menyebabkan kulit mati dan kering... memang minyak gas dan belerang tu untuk matikan kulit... gara2x ubat losyen kurap kaki dah habis... sapu losyen pelembab jer ari tue... wahaha... ceittt... rupanya kulit kaki aku kering... penyakit yang memang ader sejak baby... aku je yang tak cam... sebab kali nieh lain macam je dier punya ngelupas kulitnyer...

4 ulasan:

  1. Aslmkm, tn pn boleh cuba krim mutiara bumi untuk rawat kurap. Ramai dh baik dgnnya. Sila lawat krimmutiarabumi.blogspot.com utk maklumat lanjut.
    T kaseh.

    BalasPadam
  2. HAHA...same la...ni x tau kurap ke panau ni gatal miang ni...

    BalasPadam
  3. bismillah...

    saya pun ada gak penyakit kurap ni, mcm2gak guna ubat kimia ni, tak sesuai kot, skrg saya guna Herbal Blend, free paraben, selamat, cuba la..

    BalasPadam
  4. utk pengetahuan, gatal2x dah baik dah pun, bukan sebab kurap, tapi sebab kulit kering, at the end ubat dier just sapu losyen... dari kecik saya memang ada masalah kulit akan bersisik bila kurang makan sayur & buah-buahan... huhuhu...

    BalasPadam