Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Rabu, 1 Mei 2013

Resepi Ayam Untuk Diet

Ayam lagi ???

Seekor ayamg di perap bersama dengan bawang merah + bawang putih + halia + garam + gula + sedikit air yang di blend halus.


Perap dalam 1-3jam, tapi kalau nak lagi sedap rasa ayam, perap semalam dalam peti sejuk. Dan kalau nak menarikkan warna ayam panggang boleh jugak di perap bersama sos tiram dan kicap beserta cili kering. Tapi bukan diet lah pulak bila guna sos tiram dan kicap kwkwkw...


Kemudian kukuskan ayam dalam pengukus selama 1/2 jam sahaja.


Nielah rupa ayam bila siap di kukus selama 1/2 jam. Kemudian ayam boleh mula di panggang dalam oven selama 1 jam.

Tips untuk warna ayam jadi golden brown. Lumur dengan madu / gula halus pada badan ayam sebelum masukkan dalam oven. Nie untuk nampak cantik. Kalau nak rasa madu lebih kena lumur 2-3 kali pada ayam dalam proses pembakaran.

Tips untuk lada hitam nampak cantik lekat di badan ayam, semasa kukus taburkan lada hitam, selepas kukus pun tabur lagi rata2x ke atas badan ayam. Lepas tue baru panggang ayam.

Tips ayam nak bagi cantik, lepas kukus, terus panggang dahulu sehingga kulit ayam keperang-perangan, dan kemudian barulah boleh di jirus sedikit2 lebihan air kukusan ayam tadi untuk hasilkan ayam bakar yang tidak kering isinya apabila siap dipanggang. Mungkin boleh buat 2-3 kali masa proses memanggang.


Ayam pangang NN yang nie tak gelap sebab NN tak guna sos tiram & kicap.


Sambal ayam, bukan NN masak, NN panaskan jer. Kakak NN yang masak. Antara bahan yang digunakan untuk paste sambal nieh, Cili Padi, Halia & Gula nieh semua blend dengan sedikit air, senang jer, kemudian goreng sehingga air kering.

Sayur simple jer, masukkan broccoli, tomato cherry & cili, goreng dengan sedikit minyak, bila warna dah cantik, masukkan sedikit air rebusan ayam dan sedikit garam untuk bagi rasa kat sayur.

Dan siap untuk di hidang... LUNCH ngam ngam jam 12.00 tengah hari, baju siap basuh & ampai... 2 kali mesin basuh jalan hari nieh... penat mesin basuh...

Hari nie hari memasak ayam, mentang2xlah cuti hari pekerja. Hari memasak NN. Stok untuk minggu nieh. Sebab nak start diet strict sikit untuk minggu nieh. Haaa... tak mo makan beli kat kedai lagi nanti.

Sebelum buat ayam panggang nie tadi, NN buat ayam kukus.

Seekor ayam yang dah di potong kecik2x, di basuh dengan tepung dan garam untuk hilangkan rasa hanyir. Ayam nie NN kukus macam nie jer, lepas basuh ayam bersih2x just tambah sedikit garam halus, kemudian gaul rata dan kukus selama 45 minit.


Selepas siap kukus...


Ayam nie nanti senang nak guna, bila nak masak, tak la lama sangat amek masa, nak buat goreng ke, nak campur dalam sayur ke. Senang dah siap masak. Pagi2x tak ada lah amek masa lama sangat nak masak.


Nie adalah air kukusan ayam tadi, lemak2x ayam yang mencair, menitis ke bawah dan jadilah sup ayam ekekeke... nak betul2x jadi sup tambah lah sup bunjut, daun serai, sedikit air asam jawa dan lain2x lagi bahan untuk buat sup... tapi NN tadi tak buat pun sup, terus buang je air nieh.


2 ulasan:

  1. Leh try nih, if ada ms sila lah bg kata2 smgt utk sy ea...:-)

    http://cmatapanda.blogspot.com/2013/09/kisah-turun-naik-berat-badan-yoyo-ooo.html

    BalasPadam
  2. ^_^
    berat saya turun & naik...
    bila bersemangat turun jugak berat badan...
    tapi bila tak bersemangat... berat pun naik jugak...

    BalasPadam