Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Selasa, 21 Mei 2013

Melashine Cream 4 % Untuk Masalah Pigmentation


AMARAN KERAS
!!! SILA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR SEBELUM MENGGUNAKAN PRODUK INI !!!




Melashine cream nieh boleh didapati di klinik-klinik. Tak tahu ada atau tidak kat semua klinik atau tidak. Setakat nie kat farmasi NN ronda2x tak jumpa lagi yang ada jual Melashine. Sebabnya produk nieh produk yang di control. Dah cari tapi tak dok. Diaorang cakap Melaquin ada lah. OK sama jer. Tapi lain brand. Tapi keberkesanan tak tahulah. Kandungan Hydroquinone dier sama 4%.

Fungsi cream untuk hilangkan bekas jerawat yang hitam tue dan pudarkan pigmentation kat kulit. Setakat nie NN pakai untuk hilangkan parut jerawat yang hitam2x tue, cream nie berkesan. Bab pigmentation no komen sebab baru start tempek kat kawasan2x pigmentation.

Fungsi sebenar cream nie, dier bertindak mengurangkan pertumbuhan melanin di kulit. Bersaamaan mengurangkan tompok2x hitam di kulit. Explanation bab melanin kena baca sendiri, nak explain NN pun tak reti tapi untuk faham sendiri boleh lah.

MELANIN by wikipedia

Kurang melanin pun akan ada skin problem terlebih melanin pun akan ada skin problem. huahuahua... itu kesimpulan dari apa yang NN faham. Melanin terhasil di sebabkan kulit terdedah dengan sinar UVB. Mana datangnya sinar UVB??? dier dari sinaran matahari yang panas lah, nie lah sebab orang kata jangan berjemur tengah panas... haaa... degil lagi...

Tak rugi jadi minah payung... orang kata lebih baik mencegah dari merawat.


Sebelum orang seronok baca & seronok nak try product nieh.


Meh sini!!! Meh sini!!! Baca bahayanya produk yang mengandungi Hydroquinone.

- Boleh menyebabkan penyakit ochronosis

- Risiko mendapat kanser

- Kuku jadi kuning @ coklat

- Meningkatkan terdedahnya kulit pada sinar UV

- Sensitif pada sinar matahari

- Kulit iritasi / kemerah-merahan

- Kulit menipis


Risiko dari pemakaian Hydroquinone boleh menyebabkan masalah kulit lagi bertambah teruk. 

Untuk detail mengenai bad effect sila baca kat SINI.

Produk nieh jugak dah kena banned di US, dan di Malaysia pun sama, KKM dah buat rampasan produk yang lebih dari 4% hydroquinone. Tu pasal ubat nie under control. Doktor jer dapat lepaskan Melashine nieh. sebab takut orang salah info dan salah cara pemakaian.

Jika tak ada kesan dalam masa 2 bulan, kena hentikan pemakaian product. Jika ada pengurangan masalah kulit boleh terus pakai product dalam jangka masa 6 bulan sahaja. Jangan nak lebih-lebih mengada-ngada nak pakai dari tempoh yang di tetapkan oleh Doktor. Sila risaukan kesihatan anda. OK.

Cara pemakaian cream nie. Sikit jer sapu dekat spot2x hitam tue selama 1 bulan - 2 bulan tengok kepada tahap pudar spot2x color hitam tue. Pakai cream nie waktu malam sahaja. Selepas atau semasa pemakaian cream jangan terdedah pada sinaran matahari. 

Bila dah nampak nak sekata barulah sapu cream kat seluruh kulit muka. Bila dah sekata, jangan lagi pakai cream nie.

Haaa... part sini NN belum sampai lagi.

NN pun masih dalam proses peringkat yang pertama. Jika ada perubahan selepas tempoh 2 bulan baru NN boleh continue pakai sampai 6 bulan.

Selamat pakai waktu malam sahaja. 

Siang hari WAJIB pakai SUNBLOCK. 
Ini untuk elakkan dari kulit terbakar dan menyebabkan keadaan kulit bertambah teruk.

Semasa penggunaan produk jangan sesekali campur pemakaian produk yang lain sebab Hydroquinone akan bertindak negatif dengan sesetengah bahan2x cream lain. Yang nie sangat penting, sila dapatkan nasihat dari Doktor masing2x.

Antaranya elak dari guna product yang ada kandungan benzoyl peroxide & resorcinol. Yang nie kena baca ingredient setiap product yang kita ambil pakai untuk tahu ada ke tak bahan nieh. Untuk list detail nama2x bahan boleh click link SINI. Tengok m/s 5 aka page 5.

Antara product yang ada benzoyl peroxide & resorcinol oxy, clean & clear, neutrogena, olay, clinique, sr ives, proactiv, clarin, eucerin, clearasil, loreal. (kena survey kat ingredient nie antara list brand yang ada menggunakan tapi tak semua barang ada kandungan benzoyl peroxide & resorcinol oxy)

Kebiasaannya Doktor akan syor pencuci muka natural yang Doktor jual di klinik, ini untuk elakkan pengguna dari tersalah pakai product semasa pengguna menggunakan product yang ada mengandungi hydroquinone.

~~~~~~~~~~

Produk nie selamat selagi penggunaan di bawah pengawasan Doktor.

~~~~~~~~~

Yang tak selamat, banyak sangat product kecantikan kat luar sana tue yang tawarkan set pemutihan kulit yang kita tak tahu apa kandungan product tue. Haizzz...

~~~~~~~~~~

Masa pakai product nieh, jangan gatal nak kiss baby ke... nak pelok cium kucing ker.. kesian diaorang nanti tak pasal2x sakit disebabkan cream nie.

~~~~~~~~~~

Kalau pakai bawak tido, sila ingat jangan terlupa pulak. Nanti tergaru mata pulak nanti.

~~~~~~~~~~

Kira hydroquinone nie jalan terakhir sekiranya treatment yang lain2x dah tak boleh digunakan untuk hilangkan pigmentation tersebut. (i.e skin peel, microdermabrasion, retinoids, laser, etc).

Tapi...  kan kan... treatment yang lain2x tue mahal dari segi kos, huahuahua... -.-"

Laser huhuhu... tak perlu tanya kat klinik atau pusat kecantikan dah pasal harga, dalam internet banyak detail. Paling mahal rawatan laser nieh antara dengan rawatan lain.

Microdermabrasion sekali buat rawatan RM 150.00, yang nie NN survey kat klinik. Dalam hati... akan try kemudian nanti. Insyaallah jika di izin olehNYA. Yang nie perlu buat 5-6 kali rawatan untuk dapat hasil yang dikehendaki kata Doktor.


Retinoids jer NN belum survey lagi. Ia lebih dikenali sebagai Retin A.

~~~~~~~~~~

Harga Melashine Cream dalam lingkungan RM 55.00 dan ke atas dengan isi kandungan 20gram.

~~~~~~~~~~

OK... itu jer kot pasal Melashine Cream.

~~~~~~~~~~

Lupa pasal yang di tulis dalam kertas dier.

To be con't.

Tak larat nak taip da...

~~~~~~~~~~

Ref:-
Research - Hydroquinone
User Need To Know - Hydroquinone


8 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Just nk tanya, spjg awk pkai cream ni, berkesan x utk hilangkan pigmentation?
    Awk jumpe doc kulit or doc klinik biasa?
    Sy tnye coz sy pun ade mslh pigmntation.tqvm.

    BalasPadam
  2. waalaikumsalam, kalau nak pakai untuk sekatakan kulit, rasanya baik jumpa doktor, saya pakai just nak hilangkan parut jerawat, pakai nie memang kulit nampak putih, tp makin nampak pulak jeragat... huhuhu... doktor ni ada klinik lain, timeless kat kelana jaya... utk info, saya tak pakai dah cream nie, susah nak jaga sbb kulit cepat panas bila kena panas...

    BalasPadam
  3. Informasi Yang vagus d brharga

    BalasPadam
  4. hiii...sya pun baru guna ni dua malam memang berkesan lah pigmentation pun dah kurang alhamdulillah muka saya tdk plk gatal

    BalasPadam
  5. Mau tanya kak macam mana bila baru pertama kali pakia cream melasheni saya punya wajah keluar bintik bintik apa ini efek dari pemakaian pertama kali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi saya kali pertama pakai rasa berminyak muka. Berpeluh rasa kulit tertutup. Alhamdulillah tiada gatal2. Apa2 sila refer Doktor ya.

      Padam
  6. Masalah vitiligo boleh pakai ni kah

    BalasPadam
  7. Kena refer dengan Doktor. Saya pun tak pasti.

    BalasPadam