Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Ahad, 24 September 2017

DIY Busy Board for Toddler


Jom buat sendiri aka DIY busy board untuk anak & anak saudara @ adik...

Kenapa buat??? sebab nak bagi budak2 nieh busy tak kacau orang buat kerja Dan tak main2 dengan plug/suis yang betul... ada elektrik.

Update 29/5/2019
Tujuan sebenar atau fungsi.
Aktifkan saraf motor anak2x kecil

Contoh tutup softener yang Nora guna. Mengajar anak2x untuk memusing objek menggunakan sepenuh tapak tanggan yang digenggam.

Loceng basikal pula menggunakan jari dibengkok2xkan baru dapat tekan loceng basikal tue kan.

Lampu sambil tue diajar... keaadan lampu bila on... dan bila off...

Horn basikal... picit... picit... baru bunyi..

Plug... ajar fokus untuk dia masukkan dalam socket box... sampai meleleh air liur dia punya fokus.

Sama juga dengan magga dan anak kunci. Aim target n pusing.

Pintu kecil bersama kunci.. secara tak langsung kita ajar open n close... bukak tutup... kunci.... 😁😁😁

Calculator... nie memang budak2x suka... tekan2x ada keluar no.. mata & otak terangsang.

Poket boleh ajar budak2x simpan barang dengan cara menyelit...

Box ubat... bukak tutup.. ada bunyi clip clip.. tak sama dengan pintu... nie kena guna kekuatan jari kecik untuk umpil itu penutup box.

Pelbagaikan barang untuk banyakkan aktiviti budak2x.

Layan...

Anak buah sedang sibuk...

Tak siap 100% belum buat tempat gantung lagi... tak plan lagi nak gantung macam mana...

Tools yang diperlukan untuk buat busy board.

Barang yang diperlukan terpulang nak bagi anak2 blaja buat apa...
1- suis-kedai RM2
2- plug-kipas rosak
3-calculator-masa tempat kja lama
4-kunci 2-3 jenis-Mr DIY
5- lampu-Mr DIY
6-loceng basikal-Mr DIY
7-horn basikal-Mr DIY
8-kanta pembesar-Mr DIY
9-cermin-Mr DIY
10-mangga & anak kunci-Tesco
11-penutup botol-sabun top
12-batang pipe-hardware
13-plywood-2ply-hardware
14-kayu pine-geng tukang kayu
15-jeans-seluar lama

Barang boleh didapati di Mr DIY, Tesco dan hardware, GB plywood lebih dari buat para kucing, kayu pine lebih dari buat tempat kepala langsir, paip lebih dari repair paip bilik air, kain jeans dari seluar lama yang dah rosak... (Post blog bukan di taja, tapi senang orang nak refer cari barang di mana)

Nak buat sukat2 potong2 sagat2 lekat2 & skru2 kan aja... hahaha nampak tak... nampak sangat malas nak taip explain... harap gambar2 yang disertakan dapat membantu...















Sampai sekarang anak buah masih layan board nie. part lampu on off 😀 29/5/2019

Share la link board yg anda dah buat disini....

Selasa, 19 September 2017

Tukar Bingkai Pintu Bilik Air

Assalammualaikum.
Post update on 29/5/2019
Ramai pulak yang tanya contact no & location. Nora dah update dekat post.
----------------------------------------------------------

Rumah siapa masih menggunakan timber door frame??? Sekarang kebanyakan rumah dah guna yang besi... Susah kalau dah kayu di makan anai2x, takut anai2x membiak satu rumah.

Sebelah bingkai kayu pintu bilik air GB dah di makan anai2. Tahun lepas ingat reput biasa je, tampal je lah dengan simen. Tahun nie makin naik pulak reput.


Punca nak cat ruang laluan je sebab kerja cat terbengkalai dekat setahun 1/2... tapi tengok bahagian pintu tak cantik ingat nak repair tampal kayu je.


Di potong sikit nampak ada lagi reput, di potong lagi... ehhh jumpa anai2... titakkkkk... di potong hampir separuh sebab nak tengok had mana dah kena makan anai2x... adessssss...


Dah cuci dah nie tapi dalam dinding ada sikit anai2 lagi, lama jugak nak bagi tak nampak laluan anai2.. dalam kayu ada lagi tue.. tak boleh potong nanti tak boleh kunci pintu... siap tampal supaya anai2x konon2x tak dapat keluar...  nak raya haji... lepas raya haji... haaa dekat 3inch dia buat terowong dia atas batu simen tue dari arah kayu... getah latek tu pun dia boleh gigit makan...

Potong kayu sebelum raya haji, lepas raya haji barulah jalan project tukar frame pintu... disebabkan nak pakai pintu standard size terpaksa la cari hardware yang ada jual frame & pintu... Padahal baru je tukar daun pintu tahun lepas.. kayu ke plastik... pintu plastik tempah... leceh nak kena tempah2... datang sukat & datang pasang... siap pilih color pink... RM180 barang/upah/transport... kalau standard size katanya RM150.

*** pintu plastik - contact no lost hp rosak.

See Hup Hardware.beli frame pintu yang besi. Phone no. 03-7782 9935

Fikir nak senang masa akan datang... banyak kerja sikit la... Kerja nie yang lecehnya ada anak buah umur setahun lebih... haaa budak2x kan suka air... tapi....... Alhamdulillah... berjaya elakkan dia masuk bilik air... cakap eeeeeeee yek yek... eeeee... yek... tunjuk lantai simen hitam & pasir2 sepah... bila dia lalu je dia sebut eeeeeeeeee.... eeeeee... pandai tapi... aktif yang amat.....

Esoknya baru potong jubin sikit & pasang daun pintu..... satu rumah penuh debu... dengan koridor luar rumah pun berdebu macam kabus...




*** kerja pemasangan frame besi - contact no tak dapat nak share. bukan orang yang ambil kerja2x repair. kawan office yang tolong.

Nie semua upah orang tolong buatkan... kos tukar nie lebih kurang kos tukar pintu yang jenis slide tue... yang slide ada 2 jenis satu aluminium & satu GI... kos dia RM450-RM600.

Frame besi & pintu kayu je dah RM190 termasuk GST & transport.... belum simen/pasir/cat/upah... Orang kata bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian inilah dianya... Nota: Pembelian barang Nora sendiri pergi kedai ulang alik.

Nanti kalau pintu reput lagi tukar je daun pintu standard size... kalau bingkai reput... bingkai besi insyaallah tak de anai2..... tue jer sebab nak pintu standard size... tak leceh sangat di kemudian hari...



Sebelah dalam dah dipasangkan zink, wahaha Nora tak puas hati tak kemas... Nora bukak balik, Nora potong yang lain tampal balik yang lain.... kenapa pasang zink??? konon2 nak elak daun pintu cepat reput... 

*** kerja finishes macam pasang zink, undercoat dan cat Nora buat sendiri.

Pintu yang dah siap undercoat... itu je sempat amek gambar... undercoat frame tak dan nak amek gambar... terus cat jer... tak de masa nak ngirakan... gambar anai2x lagi la tak sempat nak amek... nampak je anai2x laju je spray bagi mati...

Belum sempat cat 2nd layer... nampak undercoat frame color hijau nampak lagi, belum touch up touch up lagi... cat pun senget benget... 2nd layer letak soletape nanti lurus la nanti... 



Nie pulak bahagian dalam yang tampal zink... bolehlah... boleh lah boleh... pun sama baru cat 1st layer... nampak sangat  cat tak rata di bahagian pintu kayu... silau masa cat nampak macam rata... bila kering cat tue dierrr...


Hasil kali ke-2 cat... malas nak sagat kertas pasir & cat lagi... boleh lah dah kilat cukup la...

Gambar dah siap belum lagi sebab belum siap... dah g cuci mata pulak hari ahad... mana nak siap kerja...


Masalah yang dihadapi...

*** silap dapat frame, kena tukar balik...

*** simen gam cair & lambat kering, tukar guna simen biasa...

*** pintu kecik jadi lock tak sampai, kena beli lock yang dalam tue yang panjang sikit... bukak sendiri & pasang sendiri... 

*** susah time nak cat... basah la cat sebab guna bilik air...


Time cuti2x la dapat kirakan hal rumah:-

Ahad - 10am-3pm - buka frame kayu & pasang frame besi...
Isnin - lepas waktu kerja - potong jubin & pasang daun pintu, skim & trim dinding...

Sabtu - undercoat 2x & 1st layer...
Ahad - pagi buka zink & pasang zink lain... lepas tu g mydin cuci mata... kerja tak siap lagi... 



Terima.kasih baca sampai habis. Maaf atas kekurangan dari segi contact no.

Macam2x plak komen diterima. 😂😂😂