Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Rabu, 27 Mac 2019

Dinner Diet ke ???


No idea nak masak apa, sebab rasa tak tahu nak makan apa.
Asal boleh isi perut yang lapar.
Resepi
Ayam
Bunga kobis
Broccoli
Cajun
Campurkan semua dan masak dalam pan tanpa minyak



 Pergi pasar malam banyak sangat pilihan makanan. Alih2x pilih pau, bawak balik makan dengan timun jepun. 😅



 Ada yang nak try? dulu aka 4 ke 5 tahun lepas, ayah Nora amalkan nie dengan epal hijau setelah kena mild stroke. Ubat hospital makan jugak. Saja nak try consume nie dalam 3 bulan & nanti nak try buat blood test. 1 kotak ada 10 sachet. RM39.90. Untuk 10 hari. 3 kotak stok 30 hari.


 Bunga kobis, broccoli n ayam lagi.



Lazy sunday... tengah hari start enjin kereta pergi kedai makan tapau meehoon tom yam 1 & tom yam campur 1. Lunch meehoon tom yam... dinner tomyam campur & tambah lagi sayur...

 Jemu makan ayam, makan sosej dengan telur ditambah kentang rebusbakar 😉 salad mesti ada baru la tak muak.



Nenas, salad timun tomato dan chicken pineapple bersama kentang rebusbakar.





 Ait rebusan halia, terpengaruh member office sebelah meja 😉 Lunch dia selalu order serai halia panas. So saja nak penuhkan perut malam2x dengan air serai halia 😉 asyik air kosong jer... bosan...



Chicken mango salad bersama timun dan kacang buncis.


Se7ven - jus botanical

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Terasa nak consume jus halia+madu+lemon+apple cider...
Nak buat ermmm susahnya nak simpan dalam peti ais... hmmm... jadinya beli jer jus Se7ven.

Jadi 1st pergi Super Pharmacy @ Petaling Jaya kita pun beli 1 kotak...

2nd time pergi aka sebelum habis kotak yang pertama kita pun pergi beli lagi 2 kotak...

Emmm... nie kira promot ke macam mana nie?

Cerita jer... 😅

Dulu... dulu tu... entah 3-4tahun dulu... pernah try jus se7en nie tapi dulu rasa dia tak boleh masuk tekak. Sekarang boleh dah rasanya... rasa dia dulu lain ke pun entah?

Mencuba mana tahu boleh membantu.... kebaikan? kena tunggu 3 bulan dulu... kena buat blood test.... baru tahu membantu ke tak membantu... jangan paras gula naik dah lah... 😅


Resepi Air Serai Halia

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Bahan-bahan
Serai 6 batang
Halia 6 inci saiz sederhana
Air 6 gelas

Cara penyediaan
Panaskan 3 gelas air dalam periuk
Kemudian blend serai dan halia bersama 3 gelas air. Bila dah halus masukkan semua kedalam periuk dan rebus selama 15-30minit. Boleh di minum panas dan sejuk dicampur dengan sedikit madu.



*** terasa nak minum air serai halia buatan sendiri, tapi tu la... tak sama dengan yang beli kat kedai... 😅


Ahad, 17 Mac 2019

Talassemia - Hbe Trait

Hemoglobin E trait

Patutlah 4 tahun lalu terasa penat sangat letak je kepala terus lelap. Selalu susah nak lelapkan mata. Betis panas mintak di siram air. Belakang rasa sakit.

Tahun nie lepas buat 1 test darah, LAB suggest buat talassemia test. Dari result HB analysis positif HbE trait. Doktor kata normal hanya pembawa. 

Dulu tak rasa... mungkin faktor umur dah meningkat mula rasa keletihan tue.


Julai 2015 sekarang March 2019
baru sekarang tahu kenapa...
pernah ada yang tanya kenapa mata putih merah2x... kalau dulu jawapan entah maybe alahan habuk... sekarang bila consume folic acid, urat2x merah tak la pekat sangat...

kalau sebelum2x nie balik kerja badan penat sangat... sekarang bila dah makan folic acid balik rumah tak ler la tersadai...