Ngeee~ di cedok dari laman orang lein...
Penimbang yang wajib ada di rumah korang jika korang betul-betul komited untuk naik mahupun turun berat badan. Ia tidak lain dan tidak bukan ialah bathroom scale atau penimbang berat badan. Sila laburkan sedikit wang untuk membeli penimbang jenis ini kerana ianya PENTING untuk menentukan tahap kemajuan (progress) korang dalam proses naik (mahupun turun) berat badan.
Terdapat 2 jenis penimbang jenis ini yang boleh dibeli di pasaraya-pasaraya besar seperti Tesco, mahupun di farmasi-farmasi berhampiran seperti Guardian, iaitu Penimbang Analog (harga sekitar RM20++) dan Penimbang Digital/Elektronik (harga sekitar RM70++). Apakah perbezaan di antara kedua-duanya? Tak jauh beza sebenarnya, mungkin Penimbang Digital itu lebih jitu bacaannya berbanding Penimbang Analog (sehingga satu tempat perpuluhan), dan lebih mudah untuk mengambil bacaan berbanding Penimbang Analog. Ini terpulang kepada bajet dan cara masing-masing. Pokoknya cuma satu, sila beli sebuah penimbang berat badan ini.
Untuk mendapatkan bacaan yang konsisten dan tepat, aku sarankan korang ambil bacaan berat badan korang setiap kali selepas bangun tidur. Korang juga dinasihatkan tidak mengambil bacaan berat badan setiap kali selepas bersenam mahupun selepas makan, kerana mungkin terdapat perbezaan berat yang significant hanya disebabkan oleh jumlah makanan dan air yang baru sahaja diambil. Mungkin terdapat perbezaan berat yang ketara atau berubah-ubah antara hari-hari ketika bacaan berat korang diambil, sebagai contoh:
(Turun Berat)
Isnin, 17 Mei : 105.5 kg
Selasa, 18 Mei : 104.5 kg
Rabu, 19 Mei : 103.8 kg
Khamis, 20 Mei : 104.5 kg
Jumaat, 21 Mei : 104.0 kg
Sabtu, 22 Mei : 103.8 kg
Ahad, 23 Mei : 103.6 kg
Selasa, 18 Mei : 104.5 kg
Rabu, 19 Mei : 103.8 kg
Khamis, 20 Mei : 104.5 kg
Jumaat, 21 Mei : 104.0 kg
Sabtu, 22 Mei : 103.8 kg
Ahad, 23 Mei : 103.6 kg
Perhatikan dengan teliti turutan berat badan di atas (Ini adalah rekod sebenar kepunyaan seorang teman yang sedang mengamalkan kaedah kalori ni, weight loss phase). Korang mesti pelikkan kenapa berat badan beliau tiba-tiba naik pada hari Khamis? Usah bimbang, kerana ini adalah gejala yang biasa, hanya disebabkan oleh isipadu air yang berbeza-beza di dalam badan korang dari hari ke sehari (Ingat, 1L air = 1Kg). Oleh yang demikian, pastikan korang pantau berat korang hanya sekali setiap minggu, dan bukannya setiap hari. Dan catat juga berat korang setiap minggu tu dalam ‘food log’ korang. Dalam kes teman kita di atas, beliau telah turun kira-kira 2kg dalam tempoh 17 Mei - 23 Mei 2010 (105.5kg-103.6kg = 1.9kg).
Nor Nora: Memang lama dah nak beli yang digital scale... yang analog ni susah nak tengok... tapi nak beli kat mana erhhh yang leh agak2 elok sikit...
Nor Nora: Memang lama dah nak beli yang digital scale... yang analog ni susah nak tengok... tapi nak beli kat mana erhhh yang leh agak2 elok sikit...