Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Isnin, 6 Jun 2011

~Protein vs Karbohidrat

Karbohidrat

Karbohidrat ialah polimer semula jadi yang merupakan sejenis kelas makanan yang sangat penting bagi manusia kerana karbohidrat adalah sumber utama tenaga untuk menjalankan pelbagai aktiviti.karbohidrat ialah nutrien yang mengandungi karbon,hidrogen dan oksigen.

Karbohidrat diperlukan untuk membekalkan tenaga bagi kegunaan badan.Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan seseorang itu berasa lemah dan tidak bermaya.Karbohidrat yang diambil secra berlebihan pula boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes.Penyakit ini berpunca daripada gangguan fungsi hormon insulin oleh pankreas.Gangguan ini menyebabkan kandungan glukosa dalam badan seseorang meningkat dan boleh menyebabkan penyakit diabetes.

Protein

Protein terdiri daripada karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen. Terdapat sebahagian protein juga mempunyai unsur fosforus dan sulfur. Ikan, susu, daging, kekacang (kacang tanah dan kacang soya) dan putih telur kaya dengan protein. Protein dapat membina tisu badan, enzim dan hormon.

Protein membentuk sebahagian besar struktur di dalam sel termasuklah sebagai enzim dan pigment respiratori. Protein dibentuk dari percantuman unit asas yang dikenali sebagai asid amino.

Lemak

Lemak ialah sejenis lipid, yang boleh dibezakan antara lipid-lipid lain berdasarkan struktur kimia. Kategori molekul ini penting untuk banyak bentuk hidupan yang lepas, terutama pada kedua-dua fungsi struktur dan metabolik. Lemak merupakan sebahagian diet bagi kebanyakan heterotrof (termasuk manusia). Lemak biasanya larut dalam sebatian organik tetapi tidak bersama air.


KARBOHIDRAT
Karbohidrat merupakan sumber utama tenaga
Keperluan karbohidrat dalam diet harian ialah 50% - 60% kalori
Dalam tubuh badan, karbohidrat disimpan dalam bentuk glukos (dalam darah) dan glikogen (dalam otot dan hati).

PROTEIN
Protein penting kerana ia mengandungi 9 asid amino
esential dan keperluannya adalah antara 10-12% daripada jumlah kalori.
Keperluan protein normal ialah 0.8-1.0 gm/kg berat badan.

LEMAK
Pengambilan lemak seharusnya kurang daripada 30% daripada jumlah pengambilan makanan.
Lemak membekalkan tenaga, penting untuk penyerapan protein larut minyak , untuk membina struktur membran sel, sintesis hormon, insulasi dan melindungi organ dalaman.


*yang pasti nn tengah pening... hahaha...
*habis merata2 nn mencari info tuk mendietkan diri secara sihat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan