Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Jumaat, 10 Februari 2012

~Petua Untuk Hilangkan Parut Jerawat Di Muka~

Tahap keberkesan tidaklah diketahui...

Pegaga:- Dijadikan sebagai jus, minum dalam 3 kali seminggu, baik utk kesihatan kulit. seluruh badan lah, termasuk muka. Fakta yg blh di cari di internet, jus pegaga tidak elok utk rahim wanita. (*dulu GB rajin buat tapi terhenti sebab terjumpa fakta pulak)

Pegaga ditumbuk dan dicampur dgn bedak sejuk elok di pakai waktu malam utk mengurangkan kesan2x parut jerawat. Ni selalu buat dulu mmg ada perubahan. Sekarang susah nak jumpa pegaga. huhuhu~~~

Bunga cengkih:- Ditumbuk kering dan halus (blender pun boleh), cara pakai dicampur dgn air sahaja dan terus disapu nipis kat kulit muka. (kwkwkw... jaga2x panas lepas sapu terus duduk depan kipas) atau serbuk bunga cengkih dicampur dgn bedak sejuk. (*kat supermaket dah ada jual serbuk cengkih, GB tak rajin pakai pedih, tp ok utk keringkan jerawat, bekas jerawat pun blh la sikit2x hilang)

hmmm... ape pun GB masih mencari produk atau herba tuk hilangkan parut jerawat nie... kesan dari jerawat degil masa form 4&5 dulu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan