Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Jumaat, 29 November 2019

Menu Diet October-November

Assalammualaikum

Dalam proses nak memdapatkan target 10% nie terpaksa try test buat IF. Sesiapa nak buat sila dapatkan nasihat dari Doktor memasing erh.

Nanti orang cakap kita memandai ajar orang buat IF pulak. Diet itu satu pilihan. Terpulang pada diri sendiri. Tepuk dada tanya selera memasing.

Diet IF nie Nora dah lama baca jer... dulu lagi dah tahu pasal IF nie... Tapi tak pernah buat sebab nanti takut payah nak follow balik jadual makan macam biasa. Breakfast, lunch dinner. IF nie pulak kita buat last makan malam jam 8 @ 9 mlm. so jam 11 @ 12 dah lapar. Makan time lunch n dinner. BF sudah hilang.

Bulan 10 hari tue tunggu aje lah jam 1 tgh hari... baru makan... tapi bulan Nov nie bawak je epal siap potong @ banana @ roti makan je la time office hour yg ringan2x... tak tahan menahan pewut berkeroncong on time...

Selepas jumpa dietitian bulan 11 baru2x nie. Katanya risau gula kurang dalam badan makin teruk. Nasihatnya tak boleh buat IF dalam jangka panjang. So kita bagi taulah maybe 3-6bulan je. Aternya dah Dr. kata 10% berat kena turun dalam 3 bulan... wahaha... udah umur lebih 35 an tahun badan tak sama macam diet umur 25 an... banyak tak lalu dari lalu...
*** soklan: jangka panjang tu mcm mana banyak panjang nya? jawapan dari dietition... 2 tahun... nie tak de pulak survey kesahihannya... sebab tak de planning buat IF sampai 2 tahun...

So nak selamat dan sedapkan hati... pagi ambil bacaan gula... jam 12 sebelum makan epal ambil bacaan.. selepas makan lunch jam 3 ambil bacaan lagi... Alhamdulilillah semua reading bawah dari 10... kata dietition tu mesti bawah 10... tapi kalau survey dalam reaserch beza pulak wooo... apapun reading alhamdulillah masih bawah bacaannya jugak... bawah 7... 👻👻👻

7 minggu lagi to go...  hari2x naik penimbamg...

Dugaan dalam berdiet.... godaan makanan bergula.. kek.. ice creame... makanan bercarbo... kerepek ubi, maruku...

Nie antara makanan yang sempat di photokan...

Occtober - November 2019


 Dinner - sekeping roti sebiji telur di renjis lada hitam pak aji.

 Lunch - Nasi dari beras faiza, timun, terung bulat hijau, ikan kembung masak kicap.

 Dinner - wrap telur, salad, tomato, bawang merah & mayo.

 Lunch - Nasi dari beraa faiza, ulam raja, terung panjang hijau, ayam grill bersama sambal ayam penyet.

 Dinner - wrap ayam grill, epal hijau, salad, mayo n cili sos.

 Lunch - Nasi beras faiza, timun n tomato. Telur grill (telur itik, telur ayam, daun ketumbar, ulam raja, daun selom n bawang merah)

 Lunch & Dinner - Lunch tak habis makan so bawak ke dinner.
Ayam grill, kacang kuda, kentang bakor, timun, tomato & bun.

 Lunch - Nasi beras faiza, ulam salam, telur itik n terung bulat hijau masak lemak cili padi.

Dinner - Ayam grill, kacang kuda, ulam raja, epal hijau, tomato.

 Lunch - Pecal

 Dinner - Sandwich ayam grill

 Dinner - Sandwich telur dengan sosej.

 Lunch - Ikan kembong goreng, daun selom, salad.

 Dinner - Sandwich sosej bersama kacang tanah tumbok.

Lunch - Beli

 Lunch - Ayam goreng pandan cecah sambal penyet berulamkan timun.

 Sambal ayam penyet.

 Dinner - Beli meehoon tomyam

 Dinner - wrap.chicken grill

 Lunch - Nasi beras faiza, ayam grill, salad n timun.

 Dinner - Ayam grill bersama nenas.

 Lunch - Nasi beras cap rambutan, ayam grill bersama nenas, sup cendawan enoki, salad.

 Dinner - Mee ramen n cendawan enoko n ayam grill.

Lunch - Sup ayam 2 ketul ayamnya, cendawan enoki, tomato, carrot, kentang n saderi. Dinner - pun sup ayam makan bersama roti 2 keping. Nak makan roti tapi sup banyak masak pagi tadi... So makan je la roti n sup... Jam 12 tgh hari makan banana. Jam 1.00 makan lagi banana... ( pisang emas saiz kecik )

D




Khamis, 28 November 2019

New Target kena lost 10% dalam masa 3 bulan

Assalammualaikum.
Record on 23/11/2019

Sambung record mengenai target lost 10% in 3 months.

Pada yang iman nya kuat pasti cakap... kacang je... mudah je... 👻👻👻

Kita yang lemah nie.. ber huhuhu je lah...

Lost 10 % dari berat on 17/10/2019 hari tue 87kg

Kalau 87 kg
kena lost 8.7kg
jadi berat next 3 bulan jumpa Doktor mesti 78.3kg

78.3kg tolak 1 kg berat baju berat taik berat air... kena dalam 77.3kg... haaa... mampu ke ???

Anggaran 10kg dalam 3 bulan
1 bulan jatuh 3.3333333kg

Telan air liur jer yang mampu...
👻👻👻

Insyaallah kita cuba yang termampu...


Ahad, 24 November 2019

Target lost 5 % in 3 months achived

Assalammualaikum

Lama tak update blog untuk progress diet dan target penurunan HbA1c aka bacaan gula dalam darah untuk diabetes.

Dari mana nak mula record data nie?

14/10/2019 - Blood Test
17/10/2019 - Blood Test Result

Berat Badan
Sebelum
15/7/2019
91.6kg

Selepas
17/10/2019
87kg poin berapa tak sure - next nak kena update
Target Lost 5% 
- 4.58 》》》 87.02kg


HbA1c
Sebelum
9/7/2019
HbA1c (NGSP) - 7.1
HbA11c (IFCC) - 54


Selepas
14/10/2019
HbA1c (NGSP) - 6.8
HbA1c (IFCC) - 50

Chart  dari myhealth.gov.my

HbA1c Level
<5.7mmol
Normal

6.5mmol or higher
Diabetic

5.7 - 6.4
high risk developing diabetes


Alhamdulillah ada penurunan. Tapi Doktor still request kita ambil ubat. Dan kita still tolak dan minta bagi masa lagi untuk turunkan secara control pemakanan dan senaman.

So kita ada masa lagi 6 bulan...

3 bulan yang kedua will be on 09 Jan 2020.

Saringan diabetes will be on 24 Dec 2019.

Masa result darah nie keluar Doktor tanya awak tahu tak awak ada thalassemia.

Kita: tahu

Doktor: Mana awak tahu ?

Kita: buat test dekat klinik swasta tapi tak ingat la jenis apa n apa.

Doktor: ok. kita fokus HbA1c dulu. Nanti kita cerita tentang thalassemia nie kemudian.

Kita: ok (dalam hati haishhh... besar ke masalah nie... hari tu Doktor klinik swasta kata kita just pembawa je... )

Berbalik kepada next target. Doktor yang kita junpa nie bukan Doktor yg sama sebelum nie. So dia punya target punya la tinggi 10% dalam 3 bulan.

Ditetian cakap.. awak salah faham kot... 10% dalam masa 6 bulan... katanya...

Entah kita siap tanya 2 kali ?

10 % 3 month ? & siap mention Doktor sebelum nie kata 5%...

Doktor baru cakap yes 10% in 3 months... 5% tu minimum katanya... adududu...

Insyallah kita cuba buat apa yang termampu...







Sabtu, 23 November 2019

Larian Kilauan Emas - 20/10/2019

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kita masuk larian nie pulak. Register free.

Larian kilauan emas bertempat di Taman Bandaran Kelana Jaya.

Seronok dapat member baru yang positif dalam kehidupan sihat dekat tempat kja. So ada la kawan untuk blaja cara2x libatkan siri dalam aktiviti sihat.

Kita dah start blaja register sendiri. Hehehe...


Ajenya baju nya hijau terang... bertambah nampak gumuks la teman..

Health screening lepas larian.. terkejut kejap gula 11 mmol... breakfast sebelum larian epal sebiji je... na mungkin... lepas health screening balik makan roti john n sengkuang calit... balik rumah sukat baru 8.4 mmol... something wrong kat mana2x yg kat health screnning tue..  apa da buat orang suspen...

Lepas makan tak kan la gula turun pulak.. patut naik lagi kan kan kan.. ???


Apapun larian tak sampai 5km.. tapi masa larian ada peningkatan..

Semoga hari esok lebih baik dari semalam..